You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023

HARI: ISNIN AKTIVITI: PERHIMPUNAN RASMI

KELAS: MASA: 0710-0810

OBJEKTIF:

1) Menyampaikan info berkenaan program dan aktiviti sekolah kepada murid dan

ibu bapa

2) Memupuk semangat perpaduan di kalangan warga sekolah

3) Membantu murid Tahun Satu menyesuaikan diri dengan guru dan rakan di

sekolah

AKTIVITI:

1) Guru memberikan arahan kepada murid untuk beratur dengan tertib semasa

keluar dari kelas untuk ke dewan.

2) Guru kelas dan guru pembantu kelas Tahun 1 mengiringi murid ke dewan

sekolah.

3) Guru meminta murid agar berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku, Ibu

Pertiwiku, Majulah SK Green Road & Fly, Kenyalang Fly, Fly High

4) Murid mendengar ucapan dan amanat daripada Guru Besar, PK Pentadbiran,

PK Hal Ehwal Murid & PK Kokurikulum dengan teliti.

5) Guru kelas dan guru pembantu kelas memantau keadaan murid.

6) Murid balik ke kelas masing-masing dalam keadaan senyap dan tertib ketika

berjalan.

REFLEKSI:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023

HARI: ISNIN AKTIVITI: RUTIN KELAS

KELAS: MASA: 0810-0840

OBJEKTIF:

1) Memupuk budaya hormat-menghormati di kalangan murid terhadap rakan

sekelas dan guru

2) Mendidik murid untuk sentiasa mengamalkan sikap yang baik di rumah, di

sekolah dan di mana sahaja

3) Menggalakkan murid untuk mengamalkan rutin kelas dengan betul

AKTIVITI:

1) Guru menunjukkan cara untuk mengucapkan selamat pagi dan terima kasih

kepada murid.

2) Guru meminta murid membaca doa mengikut kepercayaan agama masing-

masing.

3) Murid ditunjukkan cara untuk duduk dengan tertib.

4) Guru mengambil kedatangan murid.

5) Murid membersihkan kelas, meyusunatur tempat duduk dan mengemas kelas.

6) Guru menerangkan peraturan dalam bilik darjah.

REFLEKSI:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023

HARI: ISNIN AKTIVITI: PERBUALAN AWAL

KELAS: MASA: 0840-0940

OBJEKTIF:

1) Meningkatkan keyakinan murid untuk memulakan perbualan bersama rakan dan

guru

2) Menggalakkan murid menyatakan perasaan mereka ketika berada di sekolah

AKTIVITI:

1)Guru bertanya kepada murid tentang perasaan mereka pada hari pertama
datang ke sekolah.
2)Murid menyanyikan lagu “Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan”.

Kalau Rasa Gembira


Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira tepuk tangan
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki


Kalau rasa gembira hentak kaki
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira pusing-pusing


Kalau rasa gembira pusing-pusing
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira pusing-pusing

Kalau rasa gembira buat semua


Kalau rasa gembira buat semua
Kalau rasa gembira beginilah caranya
Kalau rasa gembira buat semua

3) Murid bercerita tentang perasaan masing-masing.


4) Guru boleh memilih lagu-lagu lain yang sesuai.
REFLEKSI:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023

HARI: ISNIN AKTIVITI: SUAI KENAL (JOM

MENGENALI RAKAN-RAKAN

SEKELAS)

KELAS: MASA: 0810-0840

OBJEKTIF:

1) Memupuk budaya hormat-menghormati di kalangan murid terhadap rakan

sekelas dan guru

2) Meningkatkan keyakinan murid untuk bercakap di khalayak

AKTIVITI:

1)Guru memperkenalkan diri.

2) Guru membimbing murid memperkenalkan diri masing-masing.

3) Murid memperkenalkan diri mengikut giliran.

4) Guru meminta murid membuat latihan bertulis dalam Modul Transisi m/s 2.

5) Murid mendengar arahan guru dengan teliti.

6) Guru membimbing murid membuat latihan.

7) Guru menyemak latihan bersama murid.

REFLEKSI:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023


HARI: ISNIN AKTIVITI: REHAT

KELAS: MASA: 0940-1010

OBJEKTIF:

1) Memastikan murid sentiasa menjaga kebersihan sepanjang masa

2) Membimbing murid cara beratur dan membeli makan di kantin sekolah

AKTIVITI:

1) Guru memastikan semua murid mencuci tangan sebelum dan selepas

makan.

2) Murid sentiasa tertib semasa beratur dan membeli makanan di kantin.

3) Murid membaca doa makan.

4) Murid membersihkan sisa makanan dan membuang sampah ke dalam

tong sampah yang disediakan.

5) Murid mencuci tangan dengan sabun di sinki di luar bilik darjah.

6) Guru menasihati murid agar sentiasa bersyukur dengan rezeki

makanan dan mengelakkan pembaziran.

REFLEKSI:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023

HARI: ISNIN AKTIVITI: SUAI KENAL

KELAS: MASA: 1010-1110

OBJEKTIF:

1) Memastikan murid mengenali tempat dan bilik khas di sekolah

2) Memupuk semangat sayangkan sekolah

AKTIVITI:

1)Guru dan murid mengadakan lawatan ke seluruh kawasan sekolah iaitu

tandas, bilik guru, pejabat am, bilik sains, Pusat Sumber Sekolah, kantin, Bilik

Bacaan, bilik komputer, bilik pemulihan khas, bilik Bahasa Tamil(SK), surau,

Blok A dan Blok B.

2)Murid dibawa melawat mengikut ketetapan berikut:

 1 TAR: 10.10 – 10.25

 1 TH: 10.25 - 10.40

 1 TM: 10.40 – 10.55

 1 TA: 10.55 – 11.10

3)Pengisian aktiviti bagi kelas lain sewaktu menunggu giliran lawatan adalah

aktiviti mewarna dalam Modul Transisi m/s 4 & 5.

REFLEKSI:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023

HARI: ISNIN AKTIVITI: AKTIVITI PEMBELAJARAN

(LITERASI ASAS)

KELAS: MASA: 1110-1210

OBJEKTIF:

1) Meningkatkan keyakinan murid untuk melakukan aktiviti menyurih garisan putus

dengan berhati-hati

2) Menyediakan murid untuk literasi asas

AKTIVITI:

1)Guru menerangkan arahan aktiviti.

2)Guru menunjukkan cara menyurih garisan putus-putus pada papan tulis.

3)Murid menyurih garisan putus di dalam Modul Transisi m/s 8 & 9 dengan

pensel warna dengan berhati-hati dan kemas.

4)Murid juga menjalankan aktiviti menyurih huruf dalam Modul Transisi m/s

10 dengan pensel warna.

REFLEKSI:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU: 1 TARIKH: 20.03.2023


HARI: ISNIN AKTIVITI: REFLEKSI

KELAS: MASA: 1210-1230

OBJEKTIF:

1) Mendapatkan maklumbalas murid tentang kesemua aktiviti yang dijalankan pada

hari pertama PTTS 2.0

2) Memberikan peluang kepada murid untuk menyatakan perasaan mereka

sepanjang berada di sekolah

AKTIVITI:

1) Guru bersoal jawab dengan murid tentang kesemua aktiviti yang

dijalankan pada hari pertama.

2) Murid membuat refleksi berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

3) Murid menyatakan perasaan mereka sepanjang aktiviti berlangsung.

4) Murid mengemas beg masing-masing dan menyusunatur kerusi dengan

kemas.

5) Murid mengutip sampah dan membuang ke dalam tong sampah.

6) Guru meminta murid menutup suis dan kipas.

7) Guru mengucapkan selamat jalan kepada murid dan mengiringi mereka

balik.

REFLEKSI:

You might also like