You are on page 1of 15

KERTAS KERJA PROGRAM AKTIVITI

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024


SJKC AIK CHEE

1. LATAR BELAKANG

Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan
dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk
melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana
"Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera". Minggu
pertama persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti
menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek
sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal.

2. MATLAMAT

Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan akan menjadi
penentu kepada pembentukan adab, akhlak dan motivasi dalam kalangan murid. Pihak
sekolah mempunyai ruang memupuk pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian
murid dalam tempoh ini. Aktiviti dan amalan baik yang menyeronokkan pada awal
pembukaan sekolah akan mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka
masa panjang.

3. OBJEKTIF

Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab memupuk sikap bekerjasama dan


persefahaman yang erat antara murid, guru, ibubapa atau penjaga dan komuniti serta
mewujudkan komunikasiberkesan. Hal ini dapat mewujudkan hubungan mesra antara
murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru, gurudengan ibu bapa dan
sekolah dengan komuniti.

4. KONSEP PROGRAM

Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaansekolah adalah seperti


yang berikut:
i. mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang;
ii. mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif;
iii. merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat
memupuk nilai;

iv. mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibubapa atau


penjaga dan komuniti;

v. memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa
atau penjaga dan komuniti; dan

memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang
vi.
sosioekonomi.

JAWATANKUSA PENGURUSAN PROGRAM AKTIVITI


MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
SJKC AIK CHEE

PENGERUSI : PN FU YEE YEAN


(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI : TANG SIEW HONG


( PK PENTADBIRAN)

SETIAUSAHA : CIK LIM PHAIK NEE


(PK HAL EHWAL MURID)

PENYELARAS : CIK LIM CEE ZHI


( GURU BIMBINGAN & KAUNSELING )

BENDAHARI : PN KONG BEE LING


(S/U KOKURIKULUM)

AJK DOKUMENTASI : EN LIM YEE KHANG


(PK KOKURIKULUM)

AJK PERHUBUNGAN : PN TEH SHIN YUAN


(PENYELARAS HIP)

AJK ALATAN & TEMPAT: EN MOHD ZULKEFLI


(GURU AGAMA)

Jadual Guru Bertugas Program Minggu Pertama


Persekolahan 2023/2024

Ahli kumpulan

Kumpulan Guru bertugas

A Tang Siew Hong, Lim Phaik Nee

B Mohd Zulkefli Bin Mat Zain, Kong Bee Ling

C Teh Shin Yuan, Lim Cee Zhi

D Fu Yee Yean, Lim Yee Khang

Agihan tugas

Hari Ahad Isnin Selasa Rabu


(19.3.2023) (20.3.2023) (21.3.2023) (22.3.2023)

Aktiviti

1 A D C B

2 B A D C

3 C B A D

4 D C B A

PROGRAM AKTIVITI MINGGU PERTAMA


PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
SJKC AIK CHEE
Tarikh: 19.3.2023 ( Hari Ahad )
TEMA1 : SEKOLAHKU
OBJEKTIF: Pada akhir sesi, murid dapat
1. Mewujudkan semangat mencintai persekitaran sekolah yang bersih dan
ceria.
2. Memastikan murid mengetahui dan mengenali warga sekolah.
3. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

AKTIVITI 1: Memperkenalkan wargasekolah, logo sekolah dan lagu


sekolah
MASA: 8:15 a.m. – 9:15 a.m.
TEMPAT: Dewan sekolah
ALATAN: gambar logo sekolah, pensel warna
SASARAN: Guru, murid tahap 1 dan 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan A

LANGKAH-LANGKAH:
1. Murid berkumpul di dewan sekolah.
2. Guru memperkenalkan warga sekolah kepada murid-murid.
3. Guru menayangkan slaidpowerpoint untuk memperkenalkan logo
sekolah dan lagu sekolah.
4. Guru memainkan lagu sekolah.
5. Guru mengedarkan gambar logo sekolah kepada murid untuk mewarna.

AKTIVITI 2: Memperkenalkan persekitaran sekolah.


MASA: 9:15 a.m. – 10:15 a.m.
TEMPAT: Kawasan sekolah
ALATAN: -
SASARAN: Guru, murid tahap 1 dan 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan B

LANGKAH-LANGKAH:
1. Membawa murid melawat Kawasan sekolah.
2. Guru memperkenalkan sudut-sudut dan tapak khas di kawasan
sekolah.
3. Guru memperkenalkan bilik-bilik khas dan kegunaannya.
AKTIVITI 3: Melukis sudut sekolah kegemaran saya
MASA: 10:35 a.m. -12:05 p.m.
TEMPAT: Dewan sekolah
ALATAN: Kertas lukisan dan pensel warna
SASARAN: Guru, murid tahap 1 dan 2
GURU BERTUGAS: Kumpulan C

LANGKAH:
1. Murid berkumpul di dewan sekolah.
2. Guru mengedarkan kertas lukisan kepada murid.
3. Murid melukis sudut sekolah yang disukainya.

AKTIVITI 4 :Membentangkan hasil sudut sekolah kegemaran saya


MASA: 12:05 p.m. – 1:05 p.m.
TEMPAT: Dewan sekolah
ALATAN: Hasil kerja murid
SASARAN: Guru, murid tahap 1 dan 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan D

LANGKAH:
1. Murid-murid bergilir-gilir untuk berkongsi pengalaman hasil kerja
mereka.
2. Guru dan murid memberi rumusan.

PROGRAM AKTIVITI MINGGU PERTAMA


PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
SJKC AIK CHEE
TARIKH: 20.3.2023 (ISNIN)

TEMA 2: KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL

OBJEKTIF: Pada akhir sesi, murid dapat

1. menyatakan kebaikan senam sihat.


2. mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
3. mengurangkan tekanan murid pada minggu awal persekolahan.
4. mengamalkan makanan seimbang setiap hari.

AKTIVITI 1: SENAM SIHAT

MASA : 0745-0845
TEMPAT : Gelanggang bola keranjang
ALATAN : https://drive.google.com/drive/folders/1bXpp3_meF3Tyeaq4vKcvR3wr5-bKM0tE?
usp=sharing
SASARAN : Guru, waris dan murid tahap 1 & 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan D

LANGKAH:

1. Murid dikehendaki berada di gelanggang bola keranjang.


2. Seorang murid dilantik untuk mengendalikan aktiviti memanaskan
badan.
3. Tayangan video lagu minda sihat.
4. Murid dibimbing oleh guru untuk mengikuti aktiviti senam sihat dengan
iringan
muzik.

5. Aktiviti menyejukkan badan.

AKTIVITI 2: Penyediaan Sarapan Berkhasiat


MASA :0845-1015
TEMPAT: Kantin sekolah
ALATAN: pinggan, pisau, papan pemotong, camca
BAHAN : roti, telur rebus, sardin, mayonis, tomato, daun salad, timun daan
garam.
SASARAN: Guru, waris dan murid tahap 1& 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan A

Langkah-langkah:

1. Murid dan waris berkumpul di kantin sekolah.


2. Guru memberi penerangan tentang penyediaan sandwich telur dan
sandwich
sardin.

3. Guru mengagihkan alat dan bahan kepada murid.


4. Murid menyediakan sandwich dengan bimbingan waris dan guru.
5. Menghidangkan sandwich dan sesi soal jawab.

AKTIVITI 3: Memperkenalkan makanan seimbang

MASA : 1035-1135
TEMPAT: Dewan sekolah
ALATAN: https://www.youtube.com/watch?v=wbJz4ayXo_I (makanan seimbang)
https://www.youtube.com/watch?v=43wGBlQMgrI(Jom pilih makanan berkhasiat)
SASARAN: Murid tahap 1 dan 2

GURU BERTUGAS : Kumpulan B

Langkah-langkah:
1. Murid dikehandaki berada di dewan sekolah.
2. Tayangan youtube mengenai makanan seimbang.
3. Penerangan lanjut mengenai makanan seimbang oleh guru.
4. Sesi soal jawab.

AKTIVITI 4: Penyediaan gambar piramid makanan

MASA : 1135-1305
TEMPAT : Dewan sekolah
ALATAN : gunting, pembaris
BAHAN : gam, gambar makanan. kertas warna, kertas lukisan, marker pen
SASARAN : Murid tahap 1 dan 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan C

Langkah-langkah:

1. Murid dikehandaki berada di dewan sekolah.


2. Murid dibahagi kepada 3 kumpulan.
3. Penerangan tentang penyediaan gambar piramid makanan oleh guru.
4. Guru mengedarkan bahan kepada setiap kumpulan.
5. Setiap kumpulan menghasilkan satu gambar piramid makanan dalam
masa 45 minit.
6. Pembentangan hasil kerja.
7. Sesi soal jawab.

PROGRAM AKTIVITI MINGGU PERTAMA


PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
SJKC AIK CHEE

TARIKH: 21.03.2020 (Hari Selasa)

TEMA 3: PermainanTradisional

OBJEKTIF: Pada akhir sesi, murid dapat

1. Mendedahkan mengenai permainan tradisional dalam kalangan murid-


murid.
2. Menyemai sikap menghargai permainan tradisional dalam kalangan
murid-murid
3. Meningkatkan semangat kerjasama, bertolak ansur dan saling tolong
menolong Di kalangan murid.
4. Mewujudkan suasana belajar yang seronok.

AKTIVITI 1: MEMPERKENALKAN PERMAINAN TRADISIONAL

MASA: 7.45am-8.45am
TEMPAT: Dewan
ALATAN: Projektor, skrin
SASARAN: Guru, Murid tahap 1 dan tahap 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan C

LANGKAH:
1.Guru memperkenalkan permainan tradisional melalui slaid power point.
2.Murid dibahagikan kepada 4 orang sekumpulan. Setiap kumpulan
diberikan dua kad arahan. Merekaperlumencari kad permainan tradisional
yang disembunyikan di sudutsekolah.

AKTIVITI 2:(845-1015) :PERMAINAN TRADISIONAL


MASA: 8.45am-10.15am
TEMPAT: Dewan
ALATAN: Congkak, carrom, ketingting, batu seremban, ular&tangga, main
guli, wisel, lembarankertas
SASARAN: Guru, Murid tahap 1 dan tahap 2
GURU BERTUGAS: Kumpulan D

LANGKAH:
1.Murid dibahagikan kepada 4 orang sekumpulan dan diberikan masa 15
minit untuk bermain di setiap station.
2. Apabila wisel ditiupkan, murid bertukar station.
3. Murid mengumpulmarkah di setiap station dan pemenang keseluruhan
akan diumumkan selepas ini.

AKTIVITI 3: PERMAINAN ISI KOSA KATA

MASA: 10:35a.m.-12:05a.m.
TEMPAT: Dewan
ALATAN: Lembarankerja, Gambar permainantradisional dan
permainanmoden
SASARAN: Guru, Murid tahap 1 dan tahap 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan A

LANGKAH:
1. Murid diberikan lembaran kerja.
2. Murid perlu menjawab 2 set soalan berkaitan permainan tradisional secara
individu.
3. Murid menyemak jawapan.
4. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.
5. Guru mengedarkangambar permainan tradisional dan permainan moden
kepada setiap kumpulan. 
6.Secara berkumpulan, murid diminta membandingkan permainan
tradisional dan permainan moden.
7.Kemudian, guru meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil
kerja mereka di hadapan. 
8.Guru merumuskan keseluruh aktiviti tersebut.
AKTIVITI 4: MEMBENTANGKAN HASIL

MASA: 12:05a.m.-1:05p.m.
TEMPAT: Dewan sekolah
ALATAN: Kertas A4
SASARAN: Guru, Murid tahap 1 dan tahap 2
GURU BERTUGAS : Kumpulan B

LANGKAH:
1. Murid melukis atau menulis permainan tradisional yang digemari.
2. Murid-murid Bergilir-gilir untuk membentangkan hasi lkerja mereka.
3. Guru dan murid merumuskan hasil kerja.

PROGRAM AKTIVITI MINGGU PERTAMA


PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
SJKC AIK CHEE
TARIKH: 22.3.2023 (RABU)

TEMA 4: MENCINTAI ALAM SEKITAR

OBJEKTIF: Pada akhir sesi, murid dapat

1.Memupuk nilai kecintaan murid terhadap alam sekitar dan melahirkan


usaha untuk sentiasa memelihara keindahan alam sekitar.

2. Mengetahui kaedah penyemaian dan cara penyediaan semaian.

3. Mengenali jenis sayur-sayuran melalui aktiviti tanaman.

4.Menjalin hubungan mesra antara warga sekolah dengan warga komuniti.

AKTIVITI 1

CERAMAH CARA MENANAM SAYUR

MASA: 7.45-8.45
TEMPAT: Tapak Tanaman sekolah
SASARAN : Guru, murid , waris dan komuniti (ahli LPS& PIBG ).
ALATAN: tanahtanaman, benih sayuran, perkakasan menanam
GURU BERTUGAS: Kumpulan B

LANGKAH: 1. Semua murid, guru dan Lembaga Pengelola sekolah


dijemput ke tapak tanaman sekolah.
2. Pengerusi LPS En Wong memberipenerangancara dan
cara menjaga tanama sertaciri-ciritapaksemaian yang baik.

AKTIVITI 2
SEDIAKAN TAPAK SEMAI DAN MENANAM SAYUR

MASA: 8.45-10.15AM
TEMPAT: Tapak tanaman sekolah
ALATAN: tanah tanaman, benihsayuran, perkakasan menanam
SASARAN: Guru, murid ,waris dan komuniti (ahli LPS& PIBG )
GURU BERTUGAS: Kumpulan C

LANGKAH: 1. Semua warga sekolah dan komunitibergotong royong


sediakan tapak semaian.

2. Aktiviti pengurusan tapa ksemaian.

AKTIVITI 3

MENONTON VIDEO DAN MEMADANKAN SAYUR DENGAN


NAMA SAYUR

MASA: 10.35AM-12.05PM
TEMPAT: Dewan sekolah
ALATAN: komputer, projector, lembaran kerja,
https://www.youtube.com/watch?v=8mnWbjhZgKk
SASARAN: Murid dan guru.
GURU BERTUGAS : Kumpulan D

LANGKAH: 1. Murid-murid menonton video tentangpengenalansayur


2. Murid-murid menjawablembarankerja yang diterima.
3. Murid-murid menyemak jawapan lembaran kerja bersama cikgu.

AKTIVITI 4
MEMBACA CERITA DAN LAKONAN

MASA: 12.05-1.05PM
TEMPAT: Dewan sekolah
ALATAN: Teks cerita dan Buku NILAM
SASARAN : Guru dan murid
GURU BERTUGAS: Kumpulan A

LANGKAH:
1. Murid-murid diberikan teks cerita berkaitan dengan pengetahuan sayur-
sayuran.
2. Murid-murid membaca secara senyap.
3. Seorang wakil murid membaca cerita dan murid lain mendengar.
4. Bacaan teks cerita bersama-sama.
5. Sesi soal jawab dan penerapan nilai moral dalam cerita.
6. Murid berlakon cerita yg dibaca.

You might also like