You are on page 1of 5

SJKC CHUNG HUA LADANG GEDDES

MINIT MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


BIL. 2 TAHUN 2021

Tarikh : 20.04.2021
Masa : 2.45 hingga 3.15 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran :
1 Lee Chet Yin 2 Lim Hui Ping
3 Yong Song Ping 4 Lee Su Hau
5 Choo Jia Hui 6 Lim Shok Yian
7 Kong Ming Yau 8 Lee Soo Chan
9 Chen Jia Sin 10 Lim Ann Ki
11 Lim Pei Luan 12 Aznida bt. Ali
13 Chu Yung Leng 14 Leu Qiao Xin
15 Tee Geok Wah 16 Lee Me Ling

1. Ucapan Alu-aluan Penasihat dan Pengerusi

1.1 Ucapan Penasihat Cikgu Lee Chet Yin

1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat Panitia M/P Pendidikan Moral
kali kedua ini.
1.1.2 Beliau berharap dapat terus beroleh kerjasama erat dari semua guru supaya panitia ini
dapat dimajukan dan dijayakan.
1.1.3 Beliau mengingati guru perlu sentiasa bersedia dengan penularan pandemik covid 19
yang semakin meningkat dan memastikan semua SK dan SP tahun ini dapat
disampaikan
sepenuhnya kepada murid berdasarkan RPT yang telah dibuat berpandukan dokumen
penjajaran kurikulum 2.0.

1.2 Ucapan Pengerusi Cikgu Kong Ming Yau

1.2.1 Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan terima kasih kepada semua guru yang
hadir
pada mesyuarat kali kedua ini.
1.2.2 Beliau berharap semua guru memberi pendapat atau cadangan dalam mesyuarat ini
supaya program atau aktiviti dapat dijalankan dengan lebih lancar pada masa yang akan
datang.

2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Cadangan : Cikgu Tee Geok Wah


Sokongan : Cikgu Lim Pei Luan

3. Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Guru yang mengajar Pendidikan Moral Tahun 5 telah muat turun DSKP semakan baru dan
dokumen penjajaran Kurikulum 2.0 dari internet pada bulan Januari.
3.2 Rancangan pengajaran tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6 telah disemak
oleh guru besar.
3.3 Murid-murid dan guru yang mengajar Pendidikan Moral Tahun 5 telah menerima buku teks
Pendidikan Moral pada bulan April. Semua murid Tahun 5 telah membalut buku teks tersebut.
Tindakan: Makluman semua
4. Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan

4.1 Program Dasar KPM

4.1.1 KSSR
a) Semua guru Pendidikan Moral perlu menjalankan P&P dan menulis RPH mengikut format
KSSR.
b) Guru perlu mencatat tugasan yang diberikan serta refleksi.
c) Refleksi perlu ditulis bilangan murid yang boleh menguasai dan bilangan murid yang
memerlukan pemulihan.
Tindakan: Makluman semua
4.1.2 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )
a) PBD dijalankan dari semasa ke semasa.
b) Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru yang telah mengisi
borang pentaksiran bilik darjah setiap kali PdP dijalankan.
c) Semua projek, aktiviti dan tugasan yang diberi boleh dinilai untuk PBD murid.
d) Guru boleh merujuk DSKP 2.0 atau kemahiran yang perlu dikuasai untuk memberi tahap
penguasaan murid yang bersesuaian.
e) Guru diingatkan mengisi pelaporan secara offline dan mengemaskini pelaporan di desktop
komputer bilik guru.
Tindakan: Semua guru P. Moral
4.1.3 PLC
a) PLC Pendidikan Moral Kitaran 1 telah dijalankan oleh ketua panitia ( Cikgu Kong Ming
Yau-Learning Walk).
b) Borang-borang yang sedia dalam folder PLC dan laporan telah diisi dan dilengkapkan.
c) PLC Pendidikan Moral Kitaran 2 akan dijalankan oleh setiausaha ( Cikgu Choo Jia Hui –
Learning Walk).
Tindakan: Makluman semua
4.1.4 NILAM
a) Guru perlu menggalakkan murid lebih banyak membaca dan mengisi Rekod Bacaan
NILAM.
b) Guru-guru boleh mencari e bahan kepada murid-murid supaya dapat memupuk minat
membaca murid.
c) Guru diingatkan perlu mengemaskini data rekod bacaan NILAM yang direkodkan dalam i-
NILAM dan selaras dengan buku rekod bacaan murid
d) Rekod bacaan hendaklah disimpan sebagai bukti untuk dikemukakan kepada guru NILAM.
e) Murid-murid perlu memberi komen atau menulis sinopsis ringkas tentang cerita yang
dibaca
dalam rekod bacaan NILAM.
f) Guru perlu memberi bimbingan yang banyak kepada murid-murid Tahap 1 untuk mengisi
rekod bacaan NILAM.
Tindakan: Semua guru P.
Moral
4.1.5 MMI
a) MMI masih dilaksanakan.
b) Guru wajib menepati masa memasuki kelas dan melaksanakan PdP yang berkesan bagi
meningkatkan keberhasilan murid.
Tindakan: Makluman semua
4.1.6 SIVIK dalam Mata pelajaran Pendidikan Moral
a) Pengerusi mengingatkan guru menulis rancangan pengajaran harian Sivik pada minggu
ketiga setiap bulan dan mencatat tarikh dalam borang yang disediakan.
b) Rancangan pengajaran harian Sivik yang ditulis perlu mengikut tema dan nilai moral serta
format yang betul.
c) Guru Pendidikan Moral Tahun 1 telah menulis rancangan pengajaran harian Sivik mulai
bulan April.
Tindakan: Semua guru P. Moral
4.1.7 KBAT/ Pembelajaran abad ke-21/ ICT
a) Pengerusi mengingatkan guru malaksanakan KBAT dalam bilik darjah semasa mengajar
Pendidikan Moral supaya merangsang minat dan fokus murid untuk menyertai aktiviti yang
mampu menjana proses berfikir murid.
b) Pembelajaran secara kolaboratif memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi serta
belajar bertoleransi dengan pendapat rakan sebaya.
c) Platform seperti Google Classroom, Whatsapp, Quizziz, Kahoot boleh terus digunakan
sebagai pengukuhan walaupun bukan dalam tempoh PDPR.
Tindakan: Makluman semua
4.2 Progam Memperkasakan Panitia Daerah Bil 1/ 2021
a) Program Memperkasakan Panitia Daerah Bil 1/ 2021 telah dilaksanakan.
b) Minit curai telah disediakan oleh guru yang menghadiri mesyuarat dan 1 salinan
dimasukkan dalam fail minit curai.
c) Program guru Pendidikan Moral daerah Jempol yang dijalankan ialah membina slide power
point yang bertajuk ”Perpaduan- Keharmonian rakyat dan keamanan Negara”. Cikgu
Kong Ming Yau telah membawa murid-murid Tahun 5 bergotong royong di taman sayur.
Slide power point telah siap disediakan dan dikongsi dengan semua sekolah melalui
Google Drive.
d) Satu program murid Pendidikan Moral daerah Jempol juga telah dirancang dan akan
dijalankan pada masa yang telah ditetapkan.
Tajuk : Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Perpaduan
Tarikh : 1 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 pertandingan dan muat naik karya
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021 penilaian
30 Ogos 2021 keputusan pertandingan diumumkan
Tempat : Sekolah sendiri masing-masing
Tindakan: Makluman semua guru
4.3 Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian
a) Pentaksiran pertengahan tahun telah diawalkan dan akan dijalankan pada minggu 15 ( 3 –
7 Mei 2021).
b) Guru Pendidikan Moral Tahap 2 perlu menyediakan dan menghantar kertas ujian kepada
ketua panitia untuk disemak pada atau sebelum 30 April 2021.
c) Pengerusi meminta guru menggubal soalan yang berkualiti dan berbentuk KBAT yang
selaras
dengan kurikulum KSSR.
d) Pengerusi mengingatkan bahawa pada akhir muka surat kertas soalan perlu mencatat
nama
penggubal dan penyemak kertas soalan.
e) Setiap kertas soalan yang digubal perlu mencatat setiap jenis item bagi amalan murid di
akhir
muka surat kertas soalan.
f) Markah seluruh kertas ujian adalah 100%, 80% untuk peperiksaan, 20% untuk amalan.
Berikut adalah butiran mengenai markah bagi amalan murid.

ITEM MARKAH
Kebersihan Diri 4%
Kerajinan (Kerja Sekolah) 4%
Sikap belajar 4%
Komunikasi/ Interpersonal 4%
Kelakuan 4%
Tindakan: Semua guru P.
Moral
4.4 PdPc SKPMG 2 ( Pencerapan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan )
a) Pengerusi mengingatkan guru berjumpa dengan pencerap untuk tarikh dan masa
pencerapan. Masa pencerapan boleh merujuk kepada jadual yang telah ditetapkan dalam
manual pengurusan sekolah.
b) Guru perlu mengisi intrument PdPc SKPMG2 bagi bulan Januari.
c) Pencerapan PdPc bagi bulan Februari hingga March boleh dibuat secara PDPR atau kelas.

4.5 Program Panitia Pendidikan Moral


4.5.1 Aktiviti Hari Guru/ Hari Ibu Bapa
a) Pengerusi mengingatkan guru membimbing murid-murid untuk membuat dan menghias kad
ucapan dan kad penghargaan bagi ibu bapa ataupun guru sempena Hari Guru ataupun Hari
Ibu Bapa yang akan datang ( bulan Mei dan Jun).
b) Murid-murid juga boleh dibimbing untuk menghasilkan karya/ kraf tangan yang mudah
sebagai hadiah untuk ibu bapa atau guru.
Tindakan: Semua guru P.
Moral
5. Hal-hal Lain
5.1 Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
a) Guru diingatkan untuk mencatat nama di dalam buku yang disediakan setiap kali masuk ke
pusat sumber.
b) Semua guru diingatkan juga memastikan murid sering menjaga kebersihan, mematuhi
SOP serta mengamalkan penjarakan sosial.
c) Murid-murid perlu mencuci tangan dengan cecair sanitasi tangan sebelum dan selepas
masuk
ke pusat sumber.
Tindakan: Makluman semua guru
5.2 Keceriaan dan Kebersihan Bilik / Kelas
a) Sebelum P&P bermula, guru-guru perlulah mengawal disiplin murid dan memastikan
keselamatan, kebersihan dan SOP dipatuhi serta diamalkan.
b) Guru digalakkan menampal hasil kerja murid di papan kenyataan sebagai satu tanda
penghargaan kepada murid.
Tindakan: Makluman semua guru
5.3 Papan Kenyataan Panitia
a) Guru yang bertugas untuk menghias papan kenyataan panitia Pendidikan Moral pada kali
kedua ialah Cikgu Lee Me Ling. Beliau telah mengemaskini info papan kenyataan
tersebut dan menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk dipaparkan.
b) Guru yang bertugas untuk menghias papan kenyataan panitia Pendidikan Moral pada kali
ketiga ialah Cikgu Kong Ming Yau.
Tindakan: Makluman semua guru
5.4 Disiplin dan peraturan sekolah
a) Semua guru diingatkan sentiasa memastikan kuku tangan murid pendek dan bersih.
b) Guru Pendidikan Moral boleh memeriksa dan membetulkan kesalahan murid yang tidak
mematuhi peraturan dan disiplin sekolah dari aspek penampilan dan kekemasan diri
terutamanya bagi budak lelaki.

Tindakan: Makluman semua guru


6. Penutup/ Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap guru-guru
mengambil tindakan atas semua keputusan yang dipersetujui bersama.
6.2 Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 3.15pm sehingga ke satu tarikh dan masa yang
akan ditetapkan kelak.

Disediakan oleh,

.....................................
Choo Jia Hui
Setiausaha Panitia Pendidikan Moral Bil.2/2021
Tarikh : 20 / 04 / 2021

You might also like