You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHENG CHEE

PERSIARAN INDERA, PUSAT BANDAR PUCHONG, 47100 SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


BILANGAN 3 TAHUN 2018

Tarikh : 12 Julai 2018


Masa : 2.00 petang – 3.00 petang
Tempat : Kelas 2T
Kehadiran :

Bil. Nama Jawatan


1. En. Lim Wah Lim Guru Besar (Pengerusi)
2. En. Hee Chee Heung GPK Pentadbiran
3. Pn. Tan Ting Xiu GPK HEM
4. Pn. Yoon Wai Yee Gpk Kokurikulum
5. Pn. Zaitun Jamaludin Guru Akademik Biasa

Turut Hadir :

Tidak Hadir : (Bersebab)


Urus Setia Mesyuarat :
Pn. Zaitun Jamaludin Setiausaha Panitia Pendidikan Islam

1) PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru.

2) PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Cadangan : Pn. Tan Ting Xiu
Sokongan : Pn. Zaitun Binti Jamaludin

3) PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam
menjayakan program panitia seperti KBS1 dan KCJ1.
Tindakan : Makluman
3.2 Pengerusi juga mengingatkan kepada penggubal soalan peperiksaan dapat menyiapkan
soalan mengikut format peperiksaan sebenar serta mengikut ketetapan yang digariskan
oleh pihak sekolah.
Tindakan : Makluman
3.3 Pengerusi memaklumkan supaya ahli panitia agar menyelesaikan PBS mengikut DSKP
yang terkini.
Tindakan : Makluman

3.4 Aktiviti bagi program Ihya’ Ramadan telah dilaksanakan dengan lancar sepanjang bulan
Ramadan. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh
semua guru yang terlibat.
Tindakan : Makluman
4) PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1. Post Mortem Penilaian Standard Prestasi Pendidikan Islam Pertengahan Tahun
4.1.1. Prestasi Penilaian Pendidikan Islam bagi semua murid memuaskan. Murid-murid
dilihat dapat menjawab soalan penilaian dengan baik.
4.1.2. Penilaian pada kali ini menunjukkan terdapat sebilangan murid yang gagal
memperoleh markah yang baik.
4.1.3. Semoga guru akan lebih berusaha untuk mengekalkan dan meningkatkan
prestasi murid dengan lebih cemerlang.
Tindakan : Makluman
4.2. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
4.2.1. Guru-guru mesti membuat PBS setiap kali habis sesi PdP. Kemudian perlu
mengisi di dalam tapak PBS yang telah diberi secara offline.
4.2.2. PBS mestilah dinilai sesuai mengikut tahap kemampuan murid. Guru jangan
terlalu kedekut untuk memberi penilaian yang tinggi kepada murid jika mereka telah
mencapai objektif pelajaran.
Tindakan : Makluman

4.3. Bulan dakwah


4.3.1. Dalam setiap PdP, guru mesti selitkan juga unsur-unsur dakwah kepada murid.
4.3.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam program
Ihya’ Ramadan yang dijalankan pada bulan Mei dan Jun 2018.

Tindakan : Makluman
4.4. Kursus Orientasi DSKP Pendidikan Islam Tahun 3
4.4.1. Pengerusi menjelaskan dengan ringkas tentang kursus orientasi DSKP tahun 3
yang telah dijalankan pada minggu lalu.
4.4.2. Pengerusi meminta supaya guru-guru boleh mula membuat RPT tahun 3 2019
mengikut DSKP yang dibekalkan oleh BPK.
Tindakan : Makluman
4.5. VLE Frog
4.5.1. Guru boleh menyediakan Kuiz untuk murid.
4.5.2. Ini memupuk minat murid-murid terhadap Pendidikan Islam.
Tindakan : Makluman
4.6. Soalan Peperiksaan
4.6.1. soalan mesti dibuat mengikut tahap kemampuan murid.
4.6.2. Peperiksaan pendidikan Islam 2 ialah pada 3 dan 4 Oktober 2018. Guru mesti
menyiapkan kertas peperiksaan seperti yang telah ditetapkan.
4.6.3. Soalan mestilah dibuat dengan menggunakan dua tulisan iaitu jawi dan rumi.
Tindakan : Makluman
4.7. Laporan pencapaian sekolah sistem e-pelaporan program j-QAF KPM
4.7.1. Laporan menunjukkan gred pencapaian masih berada pada tahad cemerlang
iaitu 82.32% namun untuk khatam al-Quran peratus masih sedikit iaitu hanya
34.78%.

Tindakan : Makluman

5) HAL-HAL LAIN
Tiada.

6) PENUTUP
6.1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.
6.2. Penghargaan
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan AJK P.Islam.

Urus Setia
Zaitun Jamaludin
Setiausaha
Panitia Pendidikan Islam
SJK (C) Kheng Chee

Tarikh : 20 Julai 2018

You might also like