You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH

KG.LAPAN, BACHANG, 75200 MELAKA.

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA 2018

Tarikh : 5 April 2018


Hari : Khamis
Masa : 2.45 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Tun Tuah

Kehadiran :

Semua Guru Hadir kecuali :

Tidak Hadir :

1. En. Mohamad Diah Ibrahim - Mesyuarat


2. En. Shahar Bakar - Mesyuarat
3. En. Abd Malek Hussein - Mesyuarat
4. Pn. Nuraima Ishak - Cuti Bersalin
5. Pn. Farha Jamari - MC
6. Pn. Ili Najlaa Hasim - Kursus
7. En. Muhd Ali Abd Rahman - Mesyuarat
8. En. Mohd Kamal Ismail - Kursus

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru panitia dan ketua-ketua unit
kurikulum untuk membentangkan Post mortem SPM dan membincangkan tentang
perancangan kurikulum dan meningkatkan prestasi kurikulum bagi tahun 2018.
Mengucapkan tahniah kepada ketua panitia yang telah mendapat anugerah perkhidmatan
cemerlang 2017. Berharap agar dapat meningkatkan lagi kerja dan menjadi motivasi kepada
yang lain.
Tindakan : Makluman

1
2. Pengesahan Minit Mesyuarat:
2.1 Minit mesyuarat yang lepas telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Maswira Abd Latif
disokong oleh Pn. Juliana Junus.
Tindakan : Makluman

3. Perkara Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit.
Tindakan : Makluman

4. Post Mortem SPM 2017


4.1Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan SPM 2017 merupakan keputusan terbaik
sekolah. GPS sekolah turun kepada 5.28 berbanding SPM 2016 5.77. Penurunan sebanyak
0.47. Peratusan lulus juga meningkat. Ini menunjukkan Program kecemerlangan yang dibuat
oleh panitia berkesan. Manakala program yang tidak berkesan boleh diperbaiki dan membuat
penambahbaikan.
4.2 Keputusan bagi subjek Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan peratus lulus dari 97.44%
2016 kepada 98.67% 2017. Berlaku juga peningkatan dari segi kualiti. Pada tahun 2016 ada 2
orang pelajar A+. Tahun 2017 ada 3 orang A+. Pn Roslind memaklumkan bahawa program
kecemerlangan seperti ICC yang dibuat telah membantu pelajar. Guru mengenalpasti pelajar
potensi, lulus dan cemerlang. Panitia target pelajar A+. Menggunakan contoh karangan
pelajar tersebut semasa program ICC. Pelajar lain dapat melihat contoh karangan terbaik dan
membuat penambahbaikkan. Mengadakan bengkel kepada pelajar. Menggunakan kepakaran
Pn. Juliana sebagai pemeriksa Kertas 2 SPM dalam memberi bengkel kepada pelajar.
4.3Keputusan bagi Subjek Sejarah juga menunjukkan peningkatan dari segi peratusan lulus dan
GPMP. Peratus lulus Sejarah SPM 2017 adalah 87.92% berbanding 82.05% pada tahun 2016.
Manakala GPMP adalah 5.56 berbanding 5.76 pada tahun 2018. Pn. Noorazreen
memaklumkan bahawa pelajar telah diberikan kepada 3 kumpulan iaitu Cemerlang, Lulus dan
potensi. Pelajar cemerlang dan lulus fokus kepada kertas 1 dan 2. Manakala pelajar potensi
fokus kerapa kertas 1 dan 3. Selain itu, faktor teknik simulasi kertas 3 juga membantu pelajar
untuk lulus kerana bahan yang diberi membantu pelajar menjawab kertas 3. Pn. Khairiyah
juga memaklumkan bahawa kertas 1 dan kertas 3 dapat membantu pelajar potensi dan lulus
mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Pelajar yang gagal adalah disebabkan tidak
menjawab penuh soalan kertas 3 dan mereka sering tidak hadir semasa program ICC
dilaksanakan.
4.4Keputusan bagi subjek Fizik menunjukkan peningkatan yang sangat banyak di mana GPMP
turun kepada lebih baik dari 5.04 kepada 3.38 pada SPM 2017. Peratus lulus adalah 100%.
Puan Juliana memaklumkan bahawa beliau fokus kepada esei bagi pelajar cemerlang. Mereka
perlu memahamkan konsep dan teknik. Manakala pelajar yang potensi, fokus kepada kertas 3
dan kertas 2. Dari segi teknik, fokus teknik berbeza kepada pelajar cemerlang dan potensi.
4.5 Keputusan bagi subjek Matematik menunjukkan peningkatan iaitu dari 64.94% kepada
82.48%. GPMP tahun 2017 juga menunjukkan peningkatan iaitu 5.72 berbanding GPMP 6.27
2016. En. Hazri memaklumkan bahawa penyumbang kegagalan adalah dari kelas 5PD dan
5AHR. Subjek Matematik senang nak lulus tetapi atas sikap pelajar. Bagi subjek Matematik
tambahan memang merisaukan kerana subjek lain lulus tetapi subjek Matematik Tambahan
gagal. Mengucapkan tahniah kepada guru matematik yang berusaha membantu budak. En.
Hazri juga memaklumkan bahawa pelajar ramai tidak bawa kalkulator semasa peperiksaan
matematik.
4.6 Keputusan Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan iaitu 48.15 % 2016 dan
meningkat kepada 67.50% pada tahun 2017. GPMP juga meningkat dari 7.19 2016 kepada
2
6.75 2017. Pn. Maswira memaklumkan bahawa guru-guru fokus kepada kertas 2. Kertas 1
pelajar tak mampu kerana markahnya tinggi. Fokus kepada 5 topik terutama pelajar 5TK.
4.7Keputusan bagi subjek Pendidikan Islam juga menunjukkan peningkatan lulus iaitu 80.29%
pada tahun 2016 kepada 94.12% pada tahun 2017. Manakala GPMP juga meningkat dari 5.50
2016 kepada 4.24 pada tahun 2017. Ustazah Siti Rohani Senong memaklumkan bahawa
panitia menggunakan modul khas yang dibuat oleh Selangor. Modul ini digunakan
sepenuhnya selepas percubaan SPM. Selain itu, panitia juga membuat amali bagi topik-topik
tertentu. Amali ini membantu pelajar mengingat dan menjawab soalan.
4.8 Keputusan bagi subjek Prinsip Perakaunan menunjukkan peningkatan peratus % iaitu
98.18% tahun 2017 berbanding tahun 2016 iaitu 85.19%. GPMP juga meningkat iaitu 4.67
2017 berbanding 6.22 2016. Pn. Monaliza memaklumkan bahawa tekniknya ialah membuat
kelas tambahan. Menghubungi ibubapa pelajar yang bermasalah. Membuat soalan dari 2007
hingga 2017. Mencari teknik untuk pelajar lulus. Mereka yang dapat A dapat 2 sijil iaitu sijil
SPM dan sijil ACCS.
4.9Keputusan bagi subjek Bahasa Inggeris Pn. Hong memaklumkan bahawa perlu merubah
sikap pelajar. Guru perlu beri dorongan dan motivasi. Berusaha berlipat gandakan usaha.
Memberi banyak latihan. Program kecemerlangan dua kali. Modul sangat berguna kepada
pelajar.
Tindakan: Makluman

5. Target SPM 2018


5.1 Panitia perlu buat target dahulu berdasarkan keputusan semasa. Cemerlang +3, Lulus +5 dan
GPMP -0.27. Mengikut pencapaian semasa.
5.2 Serahkan kepada En. Tan selepas siap target sekolah.
5.3 Target JPN kekalkan ikut target JPN sediada. Mengikut pencapaian semasa.
5.4 TOV mesti ikut Peperiksaan Akhir Tahun 2017.
Tindakan: Semua KP

6. Pentaksiran PT3 2018


6.1Ujian Bertutur PT3 bagi subjek BM ialah 17 hingga 20 April 2018. Manakala BI ialah 23
hingga 27 April 2018.
6.2 Calon pelajar cemerlang untuk PT3 ialah 8 orang.
6.3Melaksanakan taklimat PT3 kepada semua guru tingkatan 3 pada 10 April 2018.
6.4 Kerja kursus PT3 sejarah adalah pada 2 Mei hingga 26 Mei 2018.
Tindakan: Semua Panitia

7. Analisis dan Postmortem ujian 1 2018


7.1Ketua panitia perlu membuat analisis ujian 1 dan bentangkan kepada ahli semasa mesyuarat
panitia kedua.

Tindakan : Makluman

8. Qnet dan headcount


8.1Panitia perlu buat target dahulu berdasarkan keputusan semasa. Cemerlang +3, Lulus +5 dan
GPMP -0.27. Mengikut pencapaian semasa.

Tindakan : Semua KP

3
9. Program Intervensi
9.1 En. Hosnaini memaklumkan guru-guru melaksanakan program intervensi. Tahniah buat
panitia yang telah membuat program intervensi.
9.2 Program Lonjakan Saujana berterusan. Guru-guru diminta memberitahu atau mencari ganti
jika tidak boleh hadir.
Tindakan : Semua KP dan guru mata pelajaran

10. Semakan buku


10.1Guru-guru dikehendaki menghantar buku untuk semakan pentadbir seperti yang telah
termaktub dalam takwim.
10.2 KP perlu memaklumkan kepada ahli panitia tentang semakan buku dan meminta ahli panitia
menghantar buku mengikut tarikh yang ditetapkan kepada pentadbir.
Tindakan : guru mata pelajaran

11. Hal-hal lain


11.1Pn. Khairiyah meminta semua KP yenag membuat semakan buku, dikehendaki menyediakan
senarai semak.
11.2Guru-guru wajib daftar kelas dalam SAPS dan key in markah.
11.3HC3 perlu diisi oleh guru mata pelajaran
11.4Laporan post mortem perlu dihantar kepada Su Kurikulum.
11.5Minggu depan guru-guru akan guna jadual baru.
11.6Pn. Safiah memaklumkan bahawa keputusan ujian 1 pelajar kelas 5PP1 adalah kurang
memberangsangkan dan perlu memberi motivasi kepada mereka.
11.7Pn. Monaliza memaklumkan bahawa PBS ditukar nama kepada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Lembaga peperiksaan akan datang pada bulan 5 ke Melaka untuk melihat PBD dan fail PBD.
Guru-guru mata pelajaran yang terlibat dengan kelas PBD dikehendaki melengkapkan fail
tersebut. SU PBD membuat penambahbaikan fail PBD.
11.8En. Sairan mencadangkan agar guru mata pelajaran memberi nama pelajar bermasalah kepada
kaunselor untuk diambil tindakan dan diberi motivasi.
11.9En. Hazri mencadangkan agar sesetengah pelajar dari 4PSV1 pindah ke 4PSV2 kerana jumlah
pelajar 4PSV1 ramai.
11.10 En. Hosnaini memaklumkan Ladap 3 akan diadakan pada 21 April 2018. Topik perbincangan
adalah berkaitan PBPPP.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.

Disediakan oleh,

………………….……..……………
(NOORAZREEN BINTI HUSSEIN)
Pen. Setiausaha Kurikulum,
SMK Tun Tuah.

You might also like