You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN,

JALAN TOK SULONG, 73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2018


TARIKH : 23 JANUARI 2018
MASA : 1.35 PETANG
TEMPAT : MAKMAL SAINS 1

Kehadiran:
1. En. Nasruddin bin Nayan
2. Pn. Hafizah binti Hamidon
3. Pn. Norlisuryati binti Ramli
4. Pn. Nor Saidatul Hafizah binti Mahad
5. Pn. Roeyhidawati binti Ayob
6. Pn. Maziah binti Malek

Agenda:
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Huraian Sukatan / RPT/ DLP dan Rancangan Harian
5. Pelaporan, pemantauan guru dan buku latihan
6. Penyelarasan buku latihan
7. Peruntukan Panitia
8. Post Mortem dan TOV
9. Pengurusan Peperiksaan Tahun 2018
10. Perancangan Strategik / Pelan Taktikal/ Pelan Operasi
11. Perancangan aktiviti/ carta gantt
12. Hal-hal lain
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
(En. Nasruddin bin Nayan)

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah atas kejayaan calon UPSR Tahun 2018
khususnya bagi mata pelajaran sains yang mencapai 98.6 % dengan hanya
seorang calon yang gagal. Seramai 3 orang calon mendapat A berbancaing
1 orang calon pada tahun 2016.
1.2 Pengerusi berharapa pada tahun 2018 keputusan mata pelajaran sains dapat
ditingkatkan lagi. Beliau juga berharapa agar mata pelajaran sains tidak menjadi
‘killer subject’.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYURAT YANG LALU


2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

2.2 Puan Hafizah mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh Pn. Nor Saidatul
Hafizah binti Mahad.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Murid-murid yang tidak menguasai semasa peperiksaan pada tahun lepas
disebabkan murid-murid tidak menguasai Kemahiran Proses Sains dan
Kemahiran Manipulatif.
3.2 Keputusan UPSR 2017 bagi mata pelajaran Sains menunjukkan peningkatan
berbanding tahun 2016.
3.2 Bulan Panitia Sains akan diadalan pada tahun ini.
3.3 Kelas tambahan bagi calon UPSR2018 akan bermula pada bulan Februari.
3.4 Sudut Sains diadakan di dalam makmal sains dan di laluan koridor hadapan
makmal sains.
3.5 Program Panitia Sains diadakan pada setiap hari Selasa sebelum Program Laluan
Iqra’.

3.6 Agihan tugas Pengajaran dan Pemudahcaraan kelas Perdana bagi tahun 2018
adalah seperti berikut:

KELAS 1 2 3 4 5 6
CERIA Pn. Norlisuryati Pn. Norlisuryati En. Nasruddin Pn. Hafizah Pn. Hafizah En. Nasruddin
CEKAL Pn. Norlisuryati Pn. Norlisuryati En. Nasruddin Pn. Hafizah Pn. Hafizah En. Nasruddin

4.0 LAPORAN/ PERBINCANGAN ISU

4.1 Huraian Sukatan / RPT/DLP Dan Rancangan Pengajaran Harian

4.1.1 Pengerusi mengingatkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan Dokumen


Standard Prestasi dan Pentaksiran (DSKP) hendaklah difailkan manakala
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) boleh difailkan atau ditampal
Buku Rekod Mengajar. Beliau berharap semua guru telah menyediakan
Rancangan Pelajaran Tahunan bagi tahun 2018.
Tindakan: Semua Guru

4.1.2 Objektif Pembelajaran yang ditulis mestilah dalam bentuk eksplisit (yang boleh
diukur).
Tindakan: Semua Guru

4.1.3 Pelaporan PBS Offline hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Penyelaras PBS
iaitu Puan Aisyah binti Sulaiman.

Tindakan: Semua Guru

4.2. Pelaporan Pemantauan Guru Dan Buku Latihan

4.2.1 Pemantauan guru berdasarkan jadual yang telah disediakan oleh pihak
pentadbiran sekolah.
4.2.2 Pengerusi mengingatkan agar semua guru sentiasa menyemak latihan murid.
Pencerapan buku latihan murid adalah seperti yang telah dijadualkan oleh pihak
pentadbiran sekolah.
Tindakan: Semua Guru
4.3 Penyelarasan Buku Latihan Murid
4.3.1 Buku latihan murid bagi tahap 1 menggunakan Buku Aktiviti yang
disediakan oleh Bahagian Buku Teks KPM, manakala buku latihan tahap 2
berdasarkan bahan yang diberi oleh guru atau buku kerja luar.

Tindakan: Semua Guru


4.4 Peruntukan Panitia
4.4.1 Peruntukan Panitia pada tahun 2018 masih belum dimaklumkan. Namun semua
guru diminta menyerahkah senarai keperluan bagi pembelian barang-
barang di bawah peruntukan panitia secepat yang mungkin.

4.5 Post Mortem Peperiksaan 2017


4.5.1 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 adalah seperti berikut:

TAHUN % MENGUASAI (ABCD) GPMP


1 98.18 1.78
2 100 1.55
3 82.69 2.48
4 82 2.98
5 50 3.94
4.5.2 Kelemahan:
4.5.2.1 Sikap murid yang tidak mengulangkaji topic-topik yang telah dipelajari
4.5.2.2 Murid-murid tidak menguasai Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran
Manipulatif
4.5.3 Cadangan:
4.5.3.1 Semua guru hendaklah memberikan lebih banyak latihan kepada murid-
murid.
4.5.3.2 Aktiviti berasaskan eksperimen hendaklah dilaksanakan untuk
meningkatkan pemahaman murid serta melatih Kemahiran Proses Sains
dan Kemahiran Manipulatif murid-murid.
Tindakan: Semua Guru
4.5.4 Analisis UPSR 2017

TIDAK
BIL. CALON A B C D E MENGUASAI GPMP
MENGUASAI
DAFTAR AMBIL TH BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
3

4.5.4.1 Jumlah calon yang lulus ialah _______ orang dengan peratusan sebanyak 98.6
peratus, di mana hanya seorang murid yang gagal.

4.5.4.2 Bilangan yang mendapat A meningkat daripada 1 orang (2016) kepada 3 orang
(2017). Pengerusi berharap pada tahun 2018 bilangan calon yang mendapat A
dapat ditingkatkan lagi.

4.6 Pengurusan Peperiksaan Tahun 2018


4.6.1 Jadual Pembuat / Pengurus Soalan Sains 2018 adalah seperti berikut:

KELAS UJIAN 1 PERTENGAHAN TAHUN AKHIR TAHUN


TAHUN 1 Pn. Norlisuryati Pn. Norlisuryati Pn. Norlisuryati
TAHUN 2 Pn. Norlisuryati Pn. Norlisuryati Pn. Norlisuryati
TAHUN 3 En. Nasruddin En. Nasruddin En. Nasruddin
TAHUN 4 Pn. Hafizah Pn. Hafizah Pn. Hafizah
TAHUN 5 Pn. Hafizah Pn. Hafizah Pn. Hafizah
TAHUN 6 En. Nasruddin En. Nasruddin En. Nasruddin

4.7 Perancangan Strategik / Pelan Taktikal/ Pelan Operasi

4.8 Perancangan aktiviti/ carta gantt

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pengerusi memaklumkan Jadual Program Panitia Sains yang diadakan pada
setiap pagi Selasa dipatuhi.
5.2 Pada tahun 2018 Panitia Sains akan terus melaksanakan aktivti yang dirancang
mahupun yang telah tertangguh pada tahun lepas.
5.3 Panitia Sains akan menghantar penyertaan ke Karnival Sains dan Teknologi pada
tahun ini iaitu dalam acara Bercerita Sains Tahap 1 dan Saintis Muda.
5.4 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sehingga 23 Januari 2018, Buku Aktiviti Sains
Tahun 1 bag Kelas DLP masih belum diterima. Hal ini mengganggu pembelajaran
murid-murid. Murid-murid hanya dibekalkan Buku Teks Sains DLP dan Buku
Aktiviti Sains dalam Bahasa Melayu.
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi berharap segala aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan pada
tahun ini.
6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat
menghadirkan diri dan memberikan kerjasama sepanjang mesyuarat
berlangsung.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disdiakan oleh,

……………………………….

You might also like