You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA JAGAU, KANOWIT

MINIT DIALOG PRESTASI BIL 6/2016


Tarikh: 28 Julai 2016
Hari: Khamis
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Makmal Komputer SKNJ
Kehadiran:
1) Cikgu Watt Ak Ayom (Guru Besar)
2) Cikgu Dang Ak Bugak (Guru PK Pentadbiran)
3) Cikgu Jimmy Telajan Ak Warrant Betie (Guru PK HEM)
4) Cikgu Ballang Ak Juan (Guru Prasekolah)
5) Cikgu Mohamad Fardzizul Bin Ismail (Guru Akademik)
6) Cikgu Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar (Guru Akademik)
7) Cikgu Sonia Jeane Ak Usup (Guru Akademik)
8) Cikgu Vanessa Yolanda Ak Seman (Guru Akademik)
9) Cikgu Anthoneo Ak Jetie (Guru Akademik)
10) Encik Abdul Halil Bin Bakar (PPM Asrama)
11) Cik Sandra Ak Bennet (PPM Prasekolah)
12) Encik Oliver Rabing Ak Layang (Pembantu Tadbir)
13) Encik Balthasa Ak John (Pembantu Operasi)
14) Encik Gregory Ak Joseph (Pembantu Operasi)

Tidak hadir bersebab:

1) Cikgu Robert Radin Ak Bunak (Guru PKKK) – Sukarelawan SUKMA


2) Cikgu Johnson Ak Malang (Guru Akademik) – Guru Pengiring MSSR
3) Cikgu Crystal Wong (Guru Pemulihan) – Petugas MSSR
4) Cikgu Muhammad Zaid Bin Ismail (Guru Akademik) – Guru Pengiring MSSR
5) Cikgu Muhammad Farid Ariffin Bin Suhaimi (Guru Akademik) – Cuti Rehat Khas
6) Cikgu Aouriaza Intik Ak Pingan (Guru Akademik) – Guru Pengiring MSSR
7) Beakari Ak Sumbang (Penyelia Asrama) – Bertugas di luar stesen
8) Puan Nurdina Binti Abdullah (PPM Asrama) – Cuti bersalin
9) Encik Roseli Bin Bolhi (Pembantu Operasi) – Bertugas di luar stesen

1
AGENDA DIALOG PRESTASI

1.0 Perutusan Pegawai


1.1 Cikgu Watt Ak Ayom, guru besar SK Nanga Jagau mengalu – alukan kedatangan
semua staf yang hadir ke Taklimat Dialog Prestasi (DP) Bil 6/2016.
1.2 Guru besar membacakan agenda – agenda Dialog Prestasi Bil 6/2016.

Tindakan: Semua staf

2.0 Pengesahan Rumusan DP Bil 5/2016


2.1. Minit DP yang lepas dibacakan oleh setiausaha DP Cikgu Mohamad Fardzizul
Bin Ismail dan telah dicadangkan oleh Cikgu Sonia Jeane dan disokong oleh
Encik Gregory.
Tindakan: Setiausaha DP

3.0 Perkara – Perkara Berbangkit


3.1 Kesalahan ejaan dan beberapa ralat telah dibetulkan dalam minit mesyuarat DP
Bil 5/2016.
3.2 Guru besar mengingatkan jika murid sakit, mohon guru kelas minta sijil sakit
daripada murid dan ibu bapa/penjaga mereka.
3.3 Perhimpunan mingguan sekolah pada hari Isnin hendaklah diadakan dalam
tempoh masa yan ditetapkan. Perkara ini untuk mengelakkan masa perhimpunan
tidak mengganggu waktu PdP.
3.4 Cikgu Jimmy menyatakan isu berkenaan laptop 1Malaysia sudah dibuat susulan
tetapi belum ada kata putus daripada pihak berkaitan.
3.5 Guru besar memohon sumbangan kewangan daripada para staf untuk disalurkan
kepada unit HEM bagi tujuan perhiasan dan menceriakan dewan makan.
Tindakan: Semua Staf
4.0 Pembentangan Kertas Kerja/Isu/Laporan
4.1. Pembentangan Rumusan Ujian Percubaan UPSR
4.1.1. Setiausaha Peperiksaan Cikgu Mohamad Fardzizul membentangkan rumusan
ujian Percubaan UPSR Tahun 6 melalui Model Grow ver4.3.

2
4.1.2. GPS pada Percubaan UPSR tahun 6 menurun daripada 3.46 kepada 3.54
berbanding AR2:

Subjek Teras GPMP AR2 GPMP Percubaan UPSR


BM Kefahaman 3.25 2.00
BM Penulisan 3.25 3.75
BI Kefahaman 4.00 3.75
BI Penulisan 3.75 5.00
Matematik 3.75 4.00
Sains 2.75 2.75
GPS Tahun 6 3.46 3.54

4.1.3. Pelan intervensi bagi setiap mata pelajaran UPSR boleh dirujuk pada model
Grow sekolah.

Tindakan: Guru PK1 dan guru matapelajaran teras Tahun 6

4.2. Kedatangan Murid dan Intervensi


4.2.1. Cikgu Jimmy Telajan selaku PKHEM menyatakan kehadiran murid pada
bulan Jun ialah 97.47% dan Julai ialah 96.73%

Kelas Bulan
Jun Julai
Tahun 1 100% 96%
Tahun 2 100% 94%
Tahun 3 97% 95%
Tahun 4 98% 96%
Tahun 5 97% 97%
Tahun 6 100% 95%

Tindakan: Unit HEM dan Guru Kelas


4.3 Kekerapan Ketidakhadiran Murid
4.3.1 Ella Jazzlyn –Tahun 6 (1 hari sakit)
4.3.2 Gordon Frazer (Tahun 6) sakit 2 hari
4.3.3 Susana Suri (Tahun 6) – 1 hari sakit
4.3.4 Usaid – (Tahun 5) – 1 hari /urusan peribadi
4.3.5 Lizzy Ladut (Tahun 4 ) 1 hari sakit
4.3.6 Mike Shane – (Tahun 4) sakit 1 hari
4.3.7 Sebastian (Tahun 4) urusan keluarga- 1 hari
4.3.8 Sheredine (Tahun 4) urusan keluarga- 1 hari
3
4.3.9 Refenny (Tahun 4) dan Reayiana (Tahun 5)- urusan keluarga - 3 hari
4.3.10 Castelo – 3 hari sakit (tahun 3)
4.3.11 Ferdrick Tansang (Tahun 3) – 4 hari sakit
4.3.12 Gwen (Tahun 3) – sakit 2 hari
4.3.13 Mathedeus (Tahun 3) – 1 hari sakit
4.3.14 Cuchi – (Tahun 2) – 2 hari urusan keluarga
4.3.15 Joseph Irau (Tahun 2) – 1 hari urusan keluarga
4.3.16 Farhad (Tahun 2) - 1 hari urusan keluarga
4.3.17 Christina Ellam (Tahun 1) – 2 hari urusan keluarga
4.3.18 Gilbert (Tahun 1) – sakit dua hari
4.3.19 Justin Meringgai (Tahun 1) –sakit 1 hari
4.3.20 Shereen (Tahun 1) – 1 hari urusan keluarga
4.3.21 Cassandra (Tahun 4) – urusan keluarga 1 hari

Tindakan: Unit HEM dan Guru Kelas

4.4 Program Intervensi Menangani Ketidakhadiran Murid


4.4.1 Perjumpaan dan mesyuarat dengan PIBG dengan pentingnya
kehadiran murid di sekolah
4.4.2 Ceramah dan taklimat mengenai pentingnya kehadiran di sekolah
4.4.3 Program dan pertandingan kokurikulum dan kurikulum untuk
menarik murid hadir pada aktiviti PdP serta aktiviti petang
4.4.4 Penghantaran surat peringatan kepada murid yang tidak hadir
4.4.5 Bimbingan dan nasihat serta perjumpaan kepada murid dan ibubapa
akan kepentingan persekolahan
4.4.6 Sesi bimbingan dan nasihat pada murid yang bermasalah dalam
ponteng.
Tindakan: Unit HEM dan Guru Kelas

4.5. Disiplin Murid dan Intervensi


4.5.1. Statistik kes disiplin

Bulan Bilangan Kes Disiplin


Jun 1
Julai 2
Tindakan: Unit HEM

4
4.5.2. Tindakan pencegahan
4.5.2.1. Memberi nasihat dan teguran membina pada murid-murid .
4.5.2.2. Memberi taklimat dan perbincangan dengan murid-murid.
4.5.2.3. Mengadakan aktiviti-aktiviti berunsur sukan, permainan, riadah ,
KK dan kurikulum secara berterusan untuk mengelak mereka
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
4.5.2.4. Melalui mesyuarat PIBG , memberi penerangan dan taklimat
kepada ibu bapa, masyarakat dan komuniti untuk memberi
kerjasama dan sokongan.
4.5.2.5. Mengamalkan program guru penyayang serta menitikberatkan
kebajikan dan keselamatan murid.
4.5.2.6. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik perhatian mereka
seperti majlis sambutan harijadi, pertandingan - pertandingan
kokurikulum, kurikulum, ceramah - ceramah dan lain-lain untuk
mengurangkan kes-kes displin murid.

Tindakan: Semua Staf

4.6. Keberadaan Guru


4.6.1. Keberadaan guru pada bulan Julai ialah 87.10%.
4.6.2. Ketidakberadaan pada bulan Julai ialah 12.89%.
4.6.3. Ketidakberadaan ini disebabkan oleh guru menghadiri bengkel, bertugas di
luar stesen dan bercuti.
Tindakan: Guru PK1

4.7. Kualiti Kepimpinan


4.7.1. Guru besar mengingatkan mengenai cuti bahawa cuti bukan hak tetapi
keistimewaan. Mohon semua staf untuk merancang dan memohon cuti seawall
yang boleh mengikut keutamaan.
4.7.2. Guru besar menegaskan tentang pakaian semasa menghadiri majlis anjuran
sekolah. Dimohon para staf untuk menghormati majlis dari segi pemakaian.
4.7.3. Penggunaan sumber pendidikan sewajarnya diubah suai untuk digunakan
dalam PdP. Perkara ini adalah untuk memotivasikan murid mengikuti
pembelajaran.

5
4.7.4. Guru besar mengingatkan agar para staf baca, fahami dan patuh akan
pekeliling dan arahan perbendaharaan dalam perkhidmatan.
4.7.5. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) hendaklah dijalankan. Mohon berjumpa
dengan Cikgu Dang dan tetapkan tarikh. Perkara ini penting untuk
meningkatkan profesionalisme penjawat awam.
Tindakan: Semua Staf

4.8. Lawatan Bimbingan: Ketua PPD/SIPartner+/SISC+


4.8.1. Guru besar memaklumkan lawatan daripada rombongan ketua PPD adalah
pada 11 Ogos 2016.
4.8.2. Fokus lawatan adalah berkenaan pengurusan, pencapaian murid Tahun 6 dan
prasekolah.
4.8.3. Guru besar memohon semua staf untuk mengemaskini segala dokumen dan
fail berkaitan.
Tindakan: Semua Staf

4.9. Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Inggeris


4.9.1. Guru besar mengingatkan agar guru – guru panitia Bahasa Inggeris
menjalankan perancangan meningkatkan profesionalisme bagi panitia tersebut.
4.9.2. Panitia Bahasa Inggeris juga dimohon untuk mencari jalan untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid terutamanya murid Tahun 6.
Tindakan: Semua guru Panitia Bahasa Inggeris

4.10. ICT Dalam Pendidikan: Penyelenggaraan dan Penggunaan


4.10.1. Cikgu Fardzizul selaku wakil Cikgu Zaid menyatakan permasalahan berkaitan
ICT dalam pendidikan seperti penyelenggaraan projektor LCD, kampus Astro
dan netbook telah dilaporkan dalam Group Telegram Guru ICT Kanowit.
Tindakan: Guru ICT

5.0 Rumusan
5.1 Guru besar merumuskan bahawa ketidakhadiran murid adalah diluar kawalan.
Murid hendaklah dinasihati supaya hadir ke sekolah dan mengikut SOP yang
ditetapkan.

6
5.2 Guru besar menyentuh kepada pembahagian guru pengiring bagi sesuatu aktiviti
adalah bergantung kepada jumlah murid. Pembahagian guru pengiring dilakukan
secara teliti bagi melindungi MMI di sekolah.
Tindakan: Semua Staf
6.0 Hal – Hal Lain
6.1. Guru Besar
6.1.1. Guru besar memohon Cikgu Vanessa melengkapkan dashboard sekolah
dengan dibantu Encik Gregory.
6.1.2. Setiap panitia subjek diminta membuat laporan aktiviti, membuat
perancangan strategik, pelan taktikal, pelan operasi dan analisis SWOT.
6.1.3. Ehsan daripada Encik Gregory dipohon untuk membantu membuat
meja mesyuarat. Cikgu Vanessa diminta untuk menghias meja
mesyuarat.
Tindakan: Semua Staf
6.2 Cikgu Jimmy
6.2.1 Cikgu Jimmy memaklumkan bahawa isteri Cikgu Robert disahkan
menghidap penyakit bawaan nyamuk. Oleh itu beliau menggesa para
staf dan murid untuk menjaga kebersihan agar penyakit ini dapat
dibendung dan saman dapat dielakkan.
6.2.2 Kerja amal membersihkan kawasan sekolah akan dijalankan sepanjang
tahun.
6.2.3 Cikgu Jimmy memohon jawatankuasa unit HEM bersiap sedia dari
segi pengemaskinian dokumen dan fail bagi pemantauan oleh
rombongan PPD Kanowit.
6.2.4 Mesyuarat HEM kali ketiga akan diadakan pada hari Selasa minggu
hadapan.
Tindakan: Semua Staf
6.3 Cikgu Dang
6.3.1 Data pencapaian murid setiap kelas dalam ujian AR1, AR2 dan AR3
hendaklah diperolehi dan diserahkan untuk salinan fail ujian.
6.3.2 Cikgu Dang mengingatkan tentang pemantauan fail organisasi
keberhasilan PBPPP dan eviden.
Tindakan: Guru Kelas dan Semua PYD

7
6.4 Cik Sandra
6.4.1 Cik Sandra selaku pegawai HRMIS sekolah menggesa semua staf
untuk membuat pengisytiharan harta dalam HRMIS. Perkara ini
hendaklah dilakukan sebelum September 2016.
Tindakan: Semua Staf

Taklimat ditangguhkan pada jam 4.26 petang.

Disediakan oleh:

_______________________________
Cikgu Mohamad Fardzizul Bin Ismail
Setiausaha,
Dialog Prestasi,
SK Nanga Jagau, Kanowit.

Disemak oleh:

_______________________________
Cikgu Dang Ak Bugak
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Nanga Jagau, Kanowit

You might also like