You are on page 1of 3

PK11 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN TELIPOK

MINIT MESYUARAT HAL-EHWAL MURID (UNIT DISIPLIN) BIL 1 / TAHUN 2022

Tarikh : 18 April 2022


Masa : 11.00 am – 12.00 pm

Tempat : Bilik Rafflesia, SK Pekan Telipok

Pengerusi : En. Yap Chie Loong (Ketua Guru Disiplin)

Kehadiran : Pn Azizah Binti Miasin (GPK HEM)


En Francis Gabau (Pen. Guru Disiplin – Sesi Petang)
Pn Anidah Binti Kamsin (Setiausaha)
En Sh Julkiply Sh Agap (Badan Pengawas)
En Elton John Ebas (Guru 3K)
En Royner Jaffarat
En Franco Morrow Anak Balai
En Baharuddin Bin Bidin
En Mohd Norazmie Bin Mohd Zain
Pn Fasnah Pudin
Pn Marhani Mohd Shaffee
En Fitri Wahyudi Bin Suparno
En Edmund Thomas
En Ahmad Rifai Bin Syamsuddin
Cik Nur Amalina Binti Mali
Pn Shamala A/P Khrishnan
Pn Lucy Kong Chui Fung

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi, En Yap Chie Loong merangkap Ketua Unit mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kehadiran semua guru diisplin sekolah. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas
kesudian Pn Azizah, GPK HEM sekolah menyertai mesyuarat Unit Disiplin yang pertama bagi
tahun ini.
1.2 Seperti tahun sebelum ini, Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa beliau masih kekal sebagai
Ketua Unit Disiplin sekolah, dibantu oleh En Francis Gabau. En Francis juga merupakan Ketua
Unit Disiplin sesi petang.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan terdapat beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini, dan
meminta agar semua guru disiplin sekolah dapat memberikan kerjasama yang baik dalam setiap
aktivti yang dijalanlan kelak.
1.4 Pengerusi juga menyeru agar semua guru dapat mengisi portal SSDM , dengan mengisi salah laku
dan amalan baik murid murid yang layak. Ini sekaligus dapat mengenalpasti murid bermasalah,
murid yang selalu ponteng sekolah dan sebagainya.
1.5 Tindakan merotan atau mendenda oleh para guru hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan dan
dibenarkan. Unit Disiplin sekolah akan mengeluarkan surat yang sesuai sekiranya perlu
perjumpaan dengan murid yang sangat bermasalah.

Tindakan: Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Tiada membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
Tindakan: Makluman
PK11 Pengurusan Mesyuarat

3 PERKATA BERBANGKIT
3.1 Tiada
Tindakan: Makluman

4 PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID TAHUN 2022


4.1 Program pemantapan sahsiah murid akan dijalankan sekitar bulan April tahun ini, dengan
kerjasama dari Unit Badan Pengawas dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
4.2 Program ini akan bermula di Tahun 4 dan 5 bagi sesi pagi dan Tahun 3 dan Tahun 2 bagi sesi
petang. Kerjasama dari semua guru disiplin kedua-dua sesi amatlah diperlukan untuk menjayakan
program ini.
Tindakan: Makluman

5 PERGERAKAN MURID KELUAR DAN MASUK KELAS


5.1 Untuk makluman, pergerakan keluar dari kelas semasa pagi dan balik sekolah masih dikekalkan
seperi yang telah dibentang oleh Unit 3K sebelum ini.
5.2 Murid Tahun 6 akan turun dan balik dahulu pada waktu balik sekolah, manakala Tahun 4 akan
kekal balik paling akhir.
5.3 Laluan tangga untuk kegunaan murid juga dikekalkan mengikut kepada carta alir pergerakan
murid semasa S.O.P.
Tindakan: Makluman
6 BARANG LARANGAN
6.1 isu barang larangan yang tetap dibawa ke sekolah bukanlah sesuatu yang baru. Murid tetap
membawa beberapa jenis bahan larangan dengan menyatakanalasan bahawa terdapat guru yang
meminta mereka untuk membawanya.
6.2 Bahan larangan yang tidak dibenarkan untuk kegunaan di kelas adalah seperti gunting, penajam
pensel, kayu dan sebagainya.
6.3 Cik Amalina Mali mengusulkan untuk pihak Unit Disiplin sekolah untuk menyenaraikan objek
bahan terlarang untuk memudahkan semua guru mengenalpasti bahan tersebut dan mengambil
tindakan sewajarnya.
6.4 Pemeriksaan mengejut untuk membendung masalah ini juga akan dijalankan tanpa notis
pemberitahuan.
Tindakan: Makluman

7 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN UNIT DISIPLIN 2022


7.1 Terdapat beberapa program mahupun aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini dalam unit
disiplin.
7.2 Setiap aktiviti akan dijalankan sama ada secara sendiri mahupun bergabung dengan unit lain.
(Lampiran akan dikirim dalam wasap masing-masing).
Tindakan: Makluman

8 HAL-HAL LAIN
8.1 Kursus kepimpinan pengawas-pengawas sekolah akan dijalankan dalam tempoh masa terdekat,
oleh itu Unit Badan Pengawas diminta bersedia untuk menyusun atur perjalanan program.
8.2 Warna baju-baju pengawas masih kekal seperti sebelum ini dan diminta semua guru kelas untuk
memaklumkan dalam ’group whatsapp’ kelas untuk memaklumkan hal ini.
8.3 ’Spotcheck’ barang larangan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi mengingatkan murid
tentang peraturan yang telah dimaklumkan sebelum ini. Tindakan yang sewajarnya akan diambil.
8.4 Pihak sekolah tidak teragak-agak untuk menarik balik jawatan pengawas kepada murid yang
dilihat tidak menepati kriteria sebagai pengawas sekolah. Walaubagaimanapun hal ini akan
dimulai dengan amaran kepada murid terlebih dahulu.
PK11 Pengurusan Mesyuarat

8.5 Murid yang bermasalah kehadiran akan diapungkan namanya dan akan dihubungi secara personal
oleh Ketua Guru Disiplin. Sesi kaunseling akan dijalankan jika perlu bersama Unit Bimbingan
Kaunseling sekolah.
8.6 Guru 3K memaklumkan bahawa perlu ada guru yang memastikan murid keluar masuk sekolah
mengikut pada waktu yang ditetapkan. Ini untuk mengelakkan berlakunya teguran dari ibu bapa
berkaitan keselamatan keluar dan masuk anak-anak.
8.7 En Yap memaklumkan juga bahawa papan kenyataan Unit Disiplin perlu ditambah baik dari
semasa ke semasa.

9 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru yang terlibat dan
mengharapkan sekali lagi kerjasama dari semua guru untuk sama-sama memantapkan lagi pengurusan
disiplin sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 pm.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………………….. …………………………..

(ANIDAH BINTI KAMSIN) (YAP CHIE LOONG)

Setiausaha Unit Disiplin, Ketua Unit Disiplin.

Tarikh: 25/04/2022

You might also like