You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

Jalan Batu Maung,


11960 Bayan Lepas,
PULAU PINANG.
No. Tel : 04-626 1531
No. Faks : 04-626 1531
E-mel : pba3005@jpnpp.edu.my

MINIT MESYUARAT EMK 2/2022

Tarikh : 11 Jun 2022 (Isnin)

Masa : 1.00 Petang

Tempat : Kelas PPKI SKPDL

Kehadiran :

1. Puan Zuraini binti Dollah (PKPK)


2. Encik Mohamad Noor Rizan bin Mokhtaruddin
3. Encik Muhammad Fitri bin Shari
4. Puan Nasitof binti Othman
5. Puan Qamarina binti Hj Yaacob
6. Puan Zurainy binti Md Nayi
7. Puan Noor Azrina binti Ali
8. Puan Siti Akmar bin Amran
9. Cik Lew Ai Lee

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru di dalam
mesyuarat EMK kali kedua bagi tahun 2022.
1.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk pemberitahuan perkara berkaitan EMK.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Puan Zurainy binti Md Nayi mencadangkan agar minit mesyuarat kali pertama
diterima dan disahkan
2.2 Encik Muhammad Fitri bin Shari bersetuju dan menerima cadangan tersebut
3. PERKARA BERBANGKIT
-Tiada

4. FOKUS MESYUARAT
4.1 Penyelaras memaklumkan urusan permohonan EMK atas talian sudah selesai dan
sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM18 300 untuk diagihkan pada 26
orang murid.
4.2 Penyelaras memaklumkan Pembantu Tadbir sekolah telah memberikan senarai
maklumat penerima EMK kepada BSN cawangan Sungai Tiram untuk dikreditkan
ke dalam akaun murid.
4.3 Guru kelas diminta memberitahu ibu bapa melalui aplikasi Whatsapp supaya ibu
bapa pergi menyemak akaun anak masing-masing untuk memastikan EMK sudah
diterima.
Tindakan : Guru Kelas

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi memaklumkan seorang murid PPKI iaitu Angela Woo dan seorang
murid Pra Integrasi iaitu Muzaffar Shah tidak mahu menerima EMK atas sebab-
sebab tertentu. Terdapat seorang murid PPKI juga keciciran maklumat untuk
menerima EMK iaitu Roxsana Shallum.
5.2 Pengerusi berharap semua guru kelas dapat mengambil Tindakan segera bagi
memastikan kelancaran permohonon EMK bagi semua murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.


Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

….……………….. ……………………
(QAMARINA BINTI HJ YAACOB) (ZURAINI BINTI DOLLAH)
Penyelaras EMK Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Permatang Damar Laut SK Permatang Damar Laut

You might also like