You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN YAACOB LATIF 2

JALAN PEEL, 55100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT LEMBAGA PENGAWAS DAN DISIPLIN


BIL 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 9 JANUARI 2018 (SELASA)


Masa : 12:30 TENGAH HARI
Tempat : BILIK GERAKAN
Pengerusi : Encik Mohd Faizuddin bin Miswan
(GPK HAL EHWAL MURID)

Kehadiran :
1. Encik Mohd Faizuddin bin Miswan - GPK Hal Ehwal Murid
2. Encik Azrul Izzat Bin Mokhtar - Penyelaras / Setiausaha
3. Cik Munirah bt Abd Mulok
4. Puan Aslinawati binti Asmone
5. Puan Nur Zufika binti Che Rosdi

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli-ahli


jawatankuasa ke mesyuarat kali pertama tahun 2018 ini.
1.2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada penyelaras Unit Pengawas dan
Disiplin bagi tahun 2018 iaitu Encik Azrul Izzat bin Mokhtar atas lantikan
tersebut. Beliau menasihati supaya mendapatkan bimbingan daripada
penyelaras terdahulu iaitu Cik Munirah binti Abdul Mulok dalam
melaksanakan tugas.
1.3. Pengerusi berharap agar tahap disiplin pada tahun 2018 ini akan lebih baik
dan mantap berbanding tahun-tahun sebelumnya. Beliau turut berharap agar
kebarangkalian untuk kes-kes berat berlaku dapat dibendung dengan lebih
efisyen.
Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit Mesyuarat Bil. 2/ 2017 dicadangkan pengesahannya oleh Cik Munirah
binti Abdul Mulok dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Makluman

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Perkara 3.1, muka surat 1 (Perkara-Perkara Berbangkit: Pembacaan Buku


Peraturan Sekolah)

3.1. Pengerusi memaklumkan bahawa Buku Peraturan Sekolah bagi tahun 2018
akan digubal namun buku yang lama masih boleh digunakan.

Makluman

1
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ LAPORAN

4.1. Majlis Pelantikan Pengawas

4.1.1.Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis Perlantikan Pengawas dan


Ketua Kelas akan diadakan pada 15 Januari 2018 (Isnin) . Program
ini di bawah anjuran Lembaga Pengawas Dan Disiplin. Encik Mohd
Faizuddin bin Miswan berharap agar murid-murid yang dilantik akan
menjalankan tugas mereka dengan baik dan dibimbing oleh guru-guru
disiplin.
4.1.2.Pengerusi memaklumkan bahawa majlis tersebut akan dirasmikan
oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Sarjan Mohd Ali bin
Hamzah.
4.1.3.Pengerusi memaklumkan bahawa penglibatan Puan Aslinawati binti
Asmone selaku guru pemulihan di dalam majlis pelantikan adalah
diperlukan.
4.1.4.Pengerusi memaklumkan bahawa perlunya terdapat beberapa
perubahan untuk majlis pelantikan pada tahun ini. Antaranya adalah
upacara pemakaian tanda nama yang tidak dapat dilakukan
memandangkan tanda nama pengawas-pengawas dari tahun 2017
tidak dipulangkan.
4.1.5.Pengerusi juga memaklumkan bahawa terdapat beberapa murid
baharu yang berpotensi untuk memegang jawatan; akan dilantik pada
bulan Jun.
Makluman

4.2. Kem Kepimpinan dan Motivasi Pengawas

4.2.1.Pengerusi memaklumkan bahawa Kem Kepimpinan dan Motivasi


Pengawas dicadangkan untuk dijalankan pada 27 Februari 2018 dan
begabung dengan program Perkhemahan Unit Beruniform.
4.2.2.Pengerusi menyatakan bahawa perkara ini akan dibincangkan
bersama dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Rohanida
binti Johari dengan lebih lanjut. Sebarang perubahan akan
dimaklumkan.
Makluman

4.3. Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

4.3.1.Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun ini, keterlibatan semua


guru kelas dalam pengisian aplikasi Sistem Salah Laku Disiplin Murid
(SSDM) adalah wajib. Guru kelas perlu mengisi pada ruangan ‘amalan
baik’ bagi setiap murid di dalam kelas mereka.
4.3.2.Pengerusi memaklumkan kepada penyelaras unit pengawas dan
disiplin yang baharu iaitu Encik Azrul Izzat bin Mokhtar mengenai cara
untuk mengakses masuk ke aplikasi SSDM dan mengeluarkan surat
amaran.
Makluman

4.4. Pengawas sekolah

4.4.1.Pengerusi mencadangkan kepada penyelaras untuk mewujudkan


buku log bagi mencatat nama murid yang hadir lewat ke sekolah
bermula pada pukul 7.35 hingga 7.50 pagi.
4.4.2.Dua orang pengawas akan dilantik bagi mencatat nama murid yang
hadir lewat ke sekolah pada setiap hari.
Makluman

2
4.5. Program REKRUT

4.5.1.Program REKRUT adalah satu inisiatif di bawah Unit Pelaksana dan


Prestasi Pendidikan (PADU) Kementerian Pendidikan Malaysia
bertujuan untuk membanteras gejala ponteng dengan memberikan
apresiasi kepada murid-murid yang berjaya hadir dengan kehadiran
penuh ke sekolah.
4.5.2.Pengerusi memaklumkan bahawa bajet telah diberikan oleh Unit
Pencegahan Ponteng dan program perlu dilaksanakan di sekolah.
4.5.3.Pelancaran program akan dilaksanakan bermula bulan Februari 2018.

Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pengerusi mengingatkan agar pembacaan buku peraturan sekolah dan


disiplin dibaca oleh guru bertugas pada setiap hari Isnin semasa
perhimpunan pagi.
5.2. Pengerusi juga mengingatkan agar teks pengacara majlis perlu diolah dan
diubah suai bersesuaian dengan jawatankuasa sekolah bagi tahun 2018.

6 PENUTUP

6.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa


kerana hadir ke mesyuarat ini dan mengharapkan agar segala yang telah
dibincangkan dapat dilaksanakan dengan efisyen.
6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………..........................
(AZRUL IZZAT BIN MOKHTAR)
Penyelaras / Setiausaha
Lembaga Pengawas dan Disiplin

Tarikh : 12 Januari 2018

You might also like