You are on page 1of 20

PERLEMBAGAAN

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA MALAYSIA (SEMESTA)

OGOS 2003
(PIN.1/2003)

PERLEMBAGAAN
(PIN.1/2003) PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA MALAYSIA (SEMESTA) FASAL FASAL 1 FASAL 2 FASAL 3 FASAL 4 FASAL 5 FASAL 6 FASAL 7 FASAL 8 FASAL 9 FASAL 10 FASAL 11 FASAL 12 FASAL 13 FASAL 14 FASAL 15 FASAL 16 FASAL 17 FASAL 18 FASAL 19 FASAL 20 NAMA TEMPAT URUSAN LAMBANG TUJUAN KEAHLIAN BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI MESYUARAT AGUNG MESYUARAT AGUNG KHAS JAWATANKUASA KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA KEWANGAN PEMERIKSA KIRA-KIRA PEMEGANG AMANAH TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PENAUNG PENASIHAT LARANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN PEMBUBARAN 1 KANDUNGAN M/SURAT 2 2 3, 4, 5 & 6 6 7 8 8&9 9 & 10 10 & 11 11 & 12 12, 13 & 14 14, 15 & 16 16 16 & 17 17 17 18 18 18 & 19 19

PERLEMBAGAAN (Pin.1/2003)
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, MALAYSIA (SEMESTA) FASAL 1 NAMA Persatuan ini dikenali dengan nama PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, MALAYSIA atau ringkasnya SEMESTA yang selepas ini disebut Persatuan sahaja. SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA atau ringkasnya SMSTMFP selepas ini disebut SEKOLAH sahaja. FASAL 2 TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan Persatuan ini ialah di Wisma NCB, No. 50, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor atau di tempat lain atau tempat-tempat yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa dan alamat untuk surat menyurat ialah di Wisma NCB, No. 50, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat-menyurat Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3

LAMBANG 1) LAMBANG PERSATUAN Lambang tersebut adalah seperti di bawah:

2)

HURAIAN LAMBANG Lambang persatuan ini adalah diilhamkan dari LENCANA SEKOLAH. Ianya merupakan perisai sebagai paksi kepada putaran panah dilingkungi satu bulatan berlekuk enam belas. Pada perisai tertera struktur molukul, jangka lukis, gear dan bunga raya. Di dalam perisai terdapat huruf SMS dan perkataan KELANTAN. Di sebelah bawah perisai terdapat perkatan KEMBALI BERBAKTI iaitu cogankata Persatuan. Di sebelah atas luar perisai terdapat perkataan PERSATUAN ALUMNI SMSTMFP MALAYSIA. Di sebelah bawah luar perisai terdapat perkataan SEMESTA.

i.

TAFSIRAN LAMBANG BULATAN ENAM BELAS LEKUK Melambangkan penyatuan dan muafakat di antara semua Bekas Pelajar yang berada di 13 buah Negeri dan 3 buah Wilayah Persekutuan di Malaysia. PERISAI Melambangkan kekukuhan semangat dan daya tahan Bekas Pelajar Sekolah untuk berbakti kepada Sekolah, Agama, Bangsa, dan Negara. PUTARAN PANAH Satu seruan gigih dan bersungguh-sungguh Persatuan untuk membawa Bekas Pelajar Sekolah supaya KEMBALI BERBAKTI kepada Sekolah, Agama, Bangsa dan Negara. STRUKTUR MOLUKUL, JANGKA LUKIS DAN GEAR Satu inspirasi dan perjuangan yang berteraskan sains dan teknologi ke arah melahirkan masyarakat saintifik dan berteknologi tinggi. BUNGA RAYA Lambang Bunga Kebangsaan melambangkan semangat kebangsaan ahli-ahli.

ii.

TAFSIRAN WARNA MERAH Keberanian dan semangat sedia berjuang. BIRU Perpaduan dan keharmonian. KUNING Menyanjung tinggi kedaulatan Raja, Negara Malaysia dan sistem demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara. PUTIH Melambangkan keikhlasan dan kemurnian. HITAM Ketegasan dan keyakinan diri.

iii.

TAFSIRAN PERKATAAN PERSATUAN ALUMNI Gabungan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Kelantan (SMSK) / Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP). SMSTMFP Singkatan dari Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. MALAYSIA Ahli-ahli Persatuan dari semua negeri termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan. SEMESTA Singkatan dari Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Malaysia.

SMS Singkatan dari SEKOLAH MENENGAH SAINS yang merupakan nama asal sekolah. KELANTAN Negeri di mana Sekolah ditubuhkan. KEMBALI BERBAKTI Satu seruan kepada seluruh bekas pelajar sekolah untuk bekerjasama melalui satu persatuan agar dapat kembali berbakti kepada Sekolah, Agama, Bangsa dan Negara.

FASAL 4

TUJUAN Tujuan-tujuan Persatuan ini ditubuhkan:-

1)

Untuk memperkukuhkan rasa persaudaraan antara sesama ahli dan juga untuk menanam perasaan muhibah antara ahli-ahli, guru-guru dan pelajarpelajar sekolah.

2)

Mengikuti perkembangan yang berlaku di sekolah dan mewakili ahli-ahli dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah.

3)

Berusaha untuk menegakkan imej sekolah di mata umum dan memberi dorongan serta bimbingan kepada pelajar-pelajar sekolah.

4)

Menjalankan apa-apa jua usaha atau pergerakan untuk mencapai tujuan-tujuan di atas.

FASAL 5

KEAHLIAN

1)

Keahlian Persatuan bahagian:i. ii. iii.

ini

terbahagi

kepada

dua

Ahli Biasa (AB) Ahli Seumur Hidup (ASH) Ahli Kehormat (AK)

2)

Ahli Biasa (AB) dan Ahli Seumur Hidup (ASH) ini terbuka kepada semua bekas pelajar sekolah berusia 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menawarkan Ahli Kehormat (AK) kepada mereka yang difikirkan telah memberi sumbangan kepada Persatuan. Tiap-tiap permohonan menjadi Ahli Biasa (AB) dan Ahli Seumur Hidup (ASH) hendaklah dibuat dengan mengisi borang keahlian dan menghantar kepada Setiausaha Persatuan. Setiausaha akan membentangkan permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3)

4)

5)

Apabila permohonan untuk menjadi ahli persatuan telah diluluskan oleh Jawatankuasa dan yuran masuk serta yuran tahunannya yang pertama atau yuran seumur hidup telah dijelaskan maka namanya akan didaftarkan dalam daftar ahli dan akan diberikan senaskah buku Perlembagaan Persatuan dengan percuma. Seorang pelajar Universiti atau Kolej tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

6)

FASAL 6

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN 1) Yuran yang diwajibkan bagi Ahli Persatuan adalah seperti berikut:i. Biasa (AB)

Bayaran Masuk - RM20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Sahaja) Yuran Tahunan - RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Sahaja)

ii.

2)

Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan pada awal tiaptiap tahun sebelum 31hb Mac. Ahli yang terhutang yurannya selama dua (2) tahun berturut-turut dengan sendirinya gugur keahliannya dan akan hilanglah segala haknya didalam Persatuan dan namanya akan dipotong dari daftar ahli. Ahli-ahli yang gugur keahliannya boleh memohon untuk menjadi ahli semula mengikut FASAL 5(4) dan 5(5). Yuran Ahli Seumur Hidup (ASH) ialah RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) yang dibayar sekali gus. Ahli-ahli Kehormat tidak dikenakan apa-apa bayaran. Hanya Ahli Biasa (AB) dan Ahli Seumur Hidup (ASH) yang telah menjelaskan bayaran masuk sepenuhnya berhak mengundi. Yuran khas dan kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Jawatankuasa Persatuan.

3)

4)

5) 6)

7)

FASAL 7

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan, hendaklah memberi notis bertulis kepada Setiausaha dua (2) minggu lebih awal dan menjelaskan segala hutangnya.

2)

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan membela dirinya.

FASAL 8

MESYUARAT AGUNG 1) Mesyuarat Agung hendaklah diadakan setahun sekali seberapa segera selepas 30hb Jun dan sebelum 31hb Disember tiap-tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa. Notis memanggil Mesyuarat Agung yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Persatuan kepada semua ahli-ahli selewat-lewatnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat. Notis tersebut hendaklah disertakan dengan Agenda, Minit Mesyuarat Agung yang lepas, Laporan Aktiviti dan Penyata Kewangan yang telah diaudit. Koram bagi Mesyuarat Agung ialah setengah (1/2) daripada jumlah bilangan ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali jumlah ahli Jawatankuasa mengikut yang mana kurang. Jika satu (1) jam kemudian, dari masa yang ditentukan, bilangan koram tidak cukup, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu masa tidak lewat daripada 30 hari kemudian yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa. Dalam Mesyuarat yang ditangguhkan itu, jika tidak juga didapati koramnya, maka ahli-ahli yang hadir berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda Perlembagaan Persatuan.

2)

3)

4)

5)

6)

Tugas Ahli dalam Mesyuarat Agung adalah:i. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas. Menerima dan meluluskan Laporan Aktiviti. Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan. Memilih ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun yang akan datang. Menimbangkan perkara-perkara terkandung dalam Agenda. lain yang

ii. iii. iv.

v.

vi.

Pengundian akan dijalankan secara terbuka.

FASAL 9

MESYUARAT AGUNG KHAS 1) i. Mesyuarat Agung Khas diadakan:Apabila sahaja Jawatankuasa. difikirkan mustahak oleh

ii.

Dengan permintaan bertulis oleh tidak kurang satu perlima (1/5) daripada ahli yang berhak mengundi, menyatakan tujuan dan sebab mengadakan menyuarat itu. Mesyuarat Agung Khas diminta oleh ahli-ahli itu hendaklah diadakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh permintaan diterima. Notis dan Agenda bagi Mesyuarat Agung Khas hendaklah disampaikan oleh Setiausaha Persatuan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat.

2)

3)

10

4)

Syarat-syarat yang tersebut dalam Fasal 8(3), 8(4), 8(5) berkenaan dengan koram dan penangguhan Mesyuarat Agung adalah juga terpakai bagi Mesyuarat Agung Khas. Sekiranya Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli dan Mesyuarat itu ditangguhkan kerana tidak cukup korum, maka Mesyuarat itu ditangguhkan satu jam kemudian. Seterusnya jika masih juga tidak cukup korum, maka Mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Oleh itu, Mesyuarat untuk tujuan dan sebab berkenaan tidak boleh diadakan sehingga lepas enam (6) bulan dari tarikh Mesyuarat itu dibatalkan.

FASAL 10

JAWATANKUASA 1) Jawatankuasa adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran dan menguruskan hal ehwal Persatuan dalam masa diantara dua Mesyuarat Agung. Jawatankuasa terdiri dari :i. ii. iii. iv. v. vi. 3) Seorang Presiden Seorang Naib Presiden Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Sepuluh (10) orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2)

Nama-nama untuk jawatan-jawatan di Fasal 10(2) / (i), (ii), dan (vi) hendaklah dicadang, disokong dan dipilih oleh ahli-ahli didalam Mesyuarat Agung. Hanya tujuh (7) orang nama-nama untuk jawatan di Fasal 10(2) / (vi) hendaklah dipilih oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung. Jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Biasa akan dilantik oleh Presiden yang dipilih di dalam Mesyuarat Agung. Jawatankuasa Persatuan ini dan pegawai-pegawai yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. 11

4)

8)

6)

7)

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali dan koram mesyuarat ialah tidak kurang dari lapan (8) orang Ahli Jawatankuasa Persatuan. Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha dengan arahan atau persetujuan Presiden. Ahli-ahli Jawatankuas juga boleh memohon untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa dengan bertulis kepada Setiausaha. Notis mesyuarat hendaklah dibuat lima (5) hari penuh sebelum diadakan mesyuarat ini. Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah disahkan didalam Mesyuarat tersebut. Ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri 2 kali mesyuarat berturut-turut tidak lagi berhak menyandang jawatannya melainkan jika ia dapat memberi alasan yang memuaskan kepada Jawatankuasa Persatuan. Apabila mati, berhenti atau terlucut hak seseorang Ahli Jawatankuasa, Jawatankuasa berhak melantik calon baru bagi untuk memenuhi kekosongan itu. Dalam masa di antara dua Mesyuarat Agung, Jawatankuasa Persatuan akan mentafsirkan Perlembagaan Persatuan dan menentukan perkaraperkara yang tidak tersebut di dalam Perlembagaan.

8)

9)

10)

11)

FASAL 11

KEWAJIPAN AHLI JAWATANKUASA 1) i. PRESIDEN. Mempengerusikan semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa. Ia mempunyai undi pemutus. Menandatangani minit tiap-tiap apabila minit itu disahkan. mesyuarat

ii. iii.

12

2) i. ii.

NAIB PRESIDEN Membantu Presiden. Mengganti Presiden memegang kuasanya di masa ketiadaannya. SETIAUSAHA i. Mengelolakan kerja-kerja Persatuan mengikut Perlembagaan. Menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. Akan mengawasi kerja-kerja kakitangan Persatuan dan akan bertanggungjawab tentang surat-menyurat, menyimpan bukubuku, surat-surat keterangan dan kertas-kertas kepunyaan Persatuan dengan cara dan aturan yang diarahkan oleh Jawatankuasa. Menghadiri semua mesyuarat dan menulis minit-minit mesyuarat itu. Menyediakan Laporan Aktiviti untuk Mesyuarat Agung. Menyediakan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Pendaftar Pertubuhan dan menghantar kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa yang ditentukan. Menyimpan dan mengemaskini daftar ahli yang mengandungi nama-nama ahli, alamat, nombor ahli dan tarikh menjadi ahli Persatuan.

3)

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

4) i. ii.

PENOLONG SETIAUSAHA Membantu Setiausaha. Menggantikannya pada masa ketiadaannya.

13

5) i.

BENDAHARI Bertanggungjawab tentang menerima membayar wang bagi pihak Persatuan. Menyimpan buku-buku kewangan. Mengeluarkan resit bagi tiap-tiap wang yang diterima. Bertanggungjawab tentang keselamatan simpanan buku-buku kewangan dan suratsurat keterangan. Akan menyediakan Penyata Kewangan bagi tiap-tiap Mesyuarat Jawatankuasa dan bagi Mesyuarat Agung. dan

ii. iii.

iv.

v.

6) i.

AHLI JAWATANKUASA BIASA Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jawatankuasa Persatuan dari masa ke semasa.

FASAL 12

KEWANGAN 1) Tertakluk kepada syarat-syarat dalam Perlembagaan ini, wang Persatuan boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang perlu untuk mencapai matlamatnya termasuklah:i. Bayaran gaji, bayaran saguhati dan perbelanjaan kepada pegawai-pegawai berkenaan. Bayaran dan Persatuan. perbelanjaan pentadbiran

ii.

iii.

Mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang majalah, kertas berita atau lain-lain penerbitan yang dikeluarkan oleh Persatuan untuk faedah ahli-ahlinya mengikut Perlembagaan. 14

iv.

Mengadakan gerakan aktiviti yang boleh memberi menafaat kepada ahli-ahli dan Persatuan. Membayar perbelanjaan yang berpatutan bagi ahli Jawatankuasa yang menjalankan tugastugas Persatuan. Mendirikan bangunan Persatuan.

v.

vi.

2)

Bendahari Kehormat dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank Persatuan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa. Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang atas nama Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden atau Setiausaha dan Bendahari. Semua harta Persatuan yang tidak boleh dipindahkan akan dimiliki dengan nama Pemegang Amanah. Wang Persatuan yang tidak dikehendaki untuk urusan pentadbiran harian boleh disimpan dalam Akaun yang disetujui oleh Jawatankuasa Persatuan. Bendahari hendaklah mencatit dalam buku Kira-Kira Wang Persatuan keterangan penerimaan dan perbelanjaan wang Persatuan. Apabila beliau meletakkan atau terpaksa meletakkan jawatannya atau pada bila bila masa ia dikehendaki berbuat demikian sama ada oleh Jawatankuasa atau pun oleh ahli-ahli dengan ketetapan yang dibuat didalam Mesyuarat Agung, maka hendaklah ia menyerahkan kepada Persatuan dan ahli-ahlinya suatu kenyataan yang sah lagi betul perihal semua wang yang diterimanya atau dibayarnya dalam masa beliau memegang jawatannya, atau jika beliau telah pernah membentangkan kira-kiranya terlebih dahulu, maka hendaklah menyerahkan penyata akaun baki wang dan lain-lain harta Persatuan didalam simpanan atau jagaannya.

3)

4)

5)

15

6)

Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama dengan Setiausaha dan Bendahari. Tahun kewangan Persatuan bermula dari 1hb Julai dan berakhir pada 30hb Jun tahun berikutnya.

7)

FASAL 13

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1) Dua orang Pemeriksa Kira-Kira Persatuan yang bukan Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik dari kalangan ahli didalam Mesyuarat Agung. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. Pemeriksa Kira-Kira hendaklah memeriksa kira-kira Persatuan bagi sesuatu tahun, dan menyediakan laporan atau sijil perakuan untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Agung. Pemeriksa kira-kira boleh diarahkan oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan, pada sebarang masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

2)

FASAL 14

PEMEGANG AMANAH 1) Tiga orang Pemegang Amanah, yang mestilah umurnya lebih dari 21 tahun dan bukan menjadi Setiausaha atau Bendahari Persatuan, hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka itu akan menyandang jawatan itu selama dikendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindah milik sebarang harta Pesatuan dengan tiada mendapat persetujuan dan kuasa daripada Mesyuarat Agung. 16

2)

3)

Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan jawatannya oleh Mesyuarat Agung kerana tidak sihat, tidak sempurna fikiran, muflis, berpindah keluar negara atau kerana sebarang sebab yang lain yang menyebabkan beliau tidak boleh menjalankan tugasnya atau tidak dapat menyempurnakan tugasnya dengan memuaskan hati. Jika seseorang Pemegang Amanah mati, berhenti atau diberhentikan sebelum Mesyuarat Agung, jawatan hanya boleh dipenuhkan setelah dipilih oleh ahli didalam Mesyuarat Agung. Mesyuarat Agung boleh melantik sebuah syarikat Pemegang Amanah seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Syarikat Pemegang Amanah 1949 (Trust Companies Ordinance 1949) atau undangundang lain yang tertulis yang mengawal syarikatsyarikat Pemegang Amanah yang tunggal bagi Persatuan ini. Jika syarikat Pemegang Amanah seperti berikut itu dilantik, maka Pemegang Amanah di dalam Peraturan ini akan diwartakan sebagai Syarikat Pemegang Amanah.

4)

FASAL 15

TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 1) Dalam tempoh diantara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam Perlembagaan. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad.

2)

FASAL 16

PENAUNG 1) Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menawarkan kepada individu yang difikirkan telah memberi sumbangan kepada Sekolah atau Persatuan untuk menjadi Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. 17

FASAL 17

PENASIHAT 1) Pengetua Sekolah dilantik menjadi Penasihat bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 18

LARANGAN 1) Permainan yang disebutkan di bawah ini atau yang berunsurkan judi serta bertentangan dengan undangundang Negara Malaysia tidak boleh dimainkan di dalam bangunan Persatuan. Permainan permainan itu adala seperti Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Video Games, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, permainan dadu, bankers game dan lain-lain permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa berkenaan. Faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

2)

3)

4)

FASAL 19

PINDAAN PERLEMBAGAAN 1) Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat jika diluluskan oleh Mesyuarat Agung. Tiap-tiap Pindaan Perlembagaan akan berjalan kuatkuasanya dari tarikh pindaan itu didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. 18

2)

3)

Permohonan untuk pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan pindaan itu. Satu naskah Perlembagaan Persatuan yang dicetak dalam Bahasa Malaysia hendaklah diletakkan di suatu tempat yang senang dilihat di Pejabat Persatuan yang didaftarkan. Setiausaha Persatuan boleh memberi Perlembagaan Persatuan kepada sesiapa juga yang memintanya dengan membayar RM 50.00 senaskah.

4)

FASAL 20

PEMBUBARAN 1) Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan tidak kurang dari tiga perempat (3/4) dari jumlah ahli yang hadir didalam Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dipanggil khas kerananya. Jika sekiranya Persatuan ini dibubarkan seperti tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan yang dibuat dengan sah bagi pihak Persatuan hendaklah diselesaikan dengan penuh dan baki wang dan harta yang tinggal akan dibahagikan menurut keputusan yang dibuat didalam Mesyuarat Agung Luar Biasa berkenaan. Keputusan pembubaran Persatuan ini akan dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan selewatlewatnya 14 hari setelah pembubaran.

2)

3)

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (FAUZIAH ABD AZIZ) Setiausaha SEMESTA Tarikh : 16 Ogos 2003 19

. (IR MOHD EZANI MOHD NOR) Presiden SEMESTA Tarikh : 16 Ogos 2003

You might also like