You are on page 1of 4

*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SELANGOR


JALAN PINANG RAJA 18/2, SEKSYEN 18,
40200 SHAH ALAM, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN


MORAL BILANGAN 1 TAHUN 2023/2024

Tarikh : 6 APRIL 2023 (KHAMIS)

Masa : 1:00 - 1:30 TENGAH HARI

Tempat : KAMAR KASTURI

Kehadiran :
Bil Nama Jawatan
1. Pn. Nur Hasyikin binti Halim Ketua Panitia
2. Pn. Mahizam binti Mad Arof Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn.Sharanya A/p Murugesu Setiausaha

Tidak Hadir :
1. En. Mohd Zaini bin Miskon - Berkursus
2. Pn. Siti Zarina binti Sabri - Cuti Sakit

Turut Hadir :

Urus Setia Mesyuarat :


1. Pn. Sharanya A/p Murugesu Urus Setia

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat
Panitia Pendidikan Moral Bil.1 Tahun 2023/2024.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat penambahan guru yang mengajar Pendidikan
Moral iaitu En. Mohd Zaini bin Miskon dan Pn. Siti Zarina binti Sabri.
Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil.2 Tahun 2022 telah disahkan.
Cadangan: Pn. Mahizam binti Mad Arof
Sokongan: Pn. Sharanya a/p Murugesu
Makluman

1
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

Dalam perkara 4.2.4, pengerusi menyatakan ramai guru tidak menghantar borang penyemakan
buku latihan murid kepada Ketua Panita di akhir sesi persekolahan 2022/2023. Beliau
memohon semua guru hendaklah memberi kerjasama dan melengkapkan borang penyemakan
buku latihan dari semasa ke semasa.

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 PENUBUHAN JAWATAN KUASA BAHARU

4.1.1 Perlantikan jawatan kuasa baharu bagi tahun 2023/2024 telah ditetapkan seperti
berikut:
Pengerusi : Pn. Nur Hasyikin binti Halim
Penolong Pengerusi : Pn. Mahizam binti Mad Arof
Setiausaha : Pn. Sharanya a/p Murugesu
Bendahari : Pn. Siti Zarina binti Sabri
AJK : Semua guru Pendidikan Moral

4.2 RPT DAN RPH

4.2.1 Penyediaan RPT boleh dibuat mengikut kesesuaian masing-masing.


Di dalam RPT, terdapat 42 minggu sesi pembelajaran termasuk cuti
penggal/akhir sesi persekolahan.
4.2.2 Semua guru diminta menghantar RPT dalam bentuk softcopy dan hardcopy
kepada Ketua Panitia sebelum bulan Mei 2023 bagi tujuan fail panitia.
Tindakan: Semua guru

4.2.3 Penulisan format RPH ini mengandungi tajuk, objektif, aktiviti dan
refleksi. Format tersebut yang disediakan oleh Ketua Panitia boleh
digunakan oleh semua guru.
Makluman
Makluman

4.3 PERANCANGAN PROGRAM PANITIA 2023

4.3.1 Pengerusi memohon perbincangan aktiviti yang seusai diadakan dalam Panitia
Pendidikan Moral. Antara cadangan akitviti Panitia yang dibincangkan ialah:
1) Ramadhan dihormati Aidilfitri diraikan
2) Program Bertema Sayangi Keluarga
3) Program Hormati Warga Sekolah
4) Hari Panitia Pendidikan Moral
5) Program Cakna Kebersihan Diri
2
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

6) Kelas Bimbingan Moral


7) Program Pemantapan Nilai Moral
8) Bengkel Pembinaan Diari Peribadi Bermoral
Makluman
4.4 PERBELANJAAN PCG

4.4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa jumlah PCG yang diterima pada tahun ini
adalah sebanyak RM 120.

Semua guru diminta memberi senarai nama ABM kepada pengerusi dalam
tempoh tiga minggu.
Tindakan: Semua guru
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Semua guru menyerahkan borang maklumat diri guru dan jadual waktu kepada Ketua
Panitia sebelum 7 April 2023.

5.2 Semua guru diminta mencetak dan mengisikan borang penyemakan buku latihan murid
setiap kali mereka habis mengajar pada waktu Pendidikan Moral. Jika murid membuat
kesalahan, guru perlu memastikan murid membuat pembetulan.
Tindakan: Semua guru
5.3
Aktiviti PLC akan dijalankan sebanyak 3 kali pada tahun ini dan diatur oleh Ketua
Panitia.

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
mesyuarat panitia kali pertama bagi sesi 2023/2024 ini.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:45 petang.

6.3 Pengerusi memaklumkan mesyuarat panitia kali kedua bagi sesi 2023/2024 akan
diadakan pada bulan Mei 2023 dan tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan
kemudian.

3
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN

Disediakan oleh,

(NUR HASYIKIN BINTI HALIM)


Ketua Panitia
SK Pendidikan Khas Selangor
Tarikh : 17 Julai 2023

Disemak oleh,

(MAHIZAM BINTI MAD AROF)


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Pendidikan Khas Selangor
Tarikh :

Disahkan oleh,

(MOHD ZAINI BIN MISKON)


Guru Besar,
SK Pendidikan Khas Selangor
Tarikh :

You might also like