You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KALI PERTAMA TAHUN 2019

Tarikh : 21 Februari 2019


Hari : Khamis
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Haji Salleh Masri

Kehadiran :

1. Pn. Nor Zalina binti Baharuddin (Guru Besar)


2. En. Muhamad Nasir bin Ghazali (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn. Siti Nooriza binti Abdullah (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Pn. Basyira binti Ali Ahmad (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar
6. Pn. Hayati binti Hamdi
7. En. Amirud Din bin Othman
8. Pn. Hafiza binti Hamzah
9. Pn. Salina binti Hamid
10. Pn. Zuraini binti Shafii

Agenda 1 : Aluan Pengerusi

1.1 Pn. Nor Zalina binti Baharuddin mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kehadiran
pentadbir dan guru ke Mesyuarat Guru Unit Bimbingan Kaunseling Kali Pertama Tahun 2019.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat pertama Unit Bimbingan dan Kaunseling lewat
dilaksana kerana Guru Bimbingan Kaunseling, Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar baru
memulakan kerja selepas cuti bersalin selama 3 bulan.
1.3 Guru Besar mengingatkan guru-guru bahawa Unit Bimbingan Kaunseling merupakan unit
yang banyak menggerakkan aktiviti sekolah dan memastikan kemenjadian murid-murid di
sekolah ini.

1
1.4 Pelbagai aspek perlu diutamakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling terutama aspek pelaksanaan
sesi bimbingan kaunseling individu dan juga kelompok.
1.5 Guru Besar juga meminta kerjasama semua guru agar sentiasa memberi semangat positif bukan
sahaja kepada murid-murid, malah warga sekolah secara amnya.
1.6 Guru Besar menyatakan bahawa pentadbiran sesi kaunseling dan aktiviti berkaitan unit ini
perlu mengikut prosedur yang digaris oleh Kementerian Pendidikan Malaysia contohnya
pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik, pelaksanaan sesi bimbingan kaunseling dan lain-lain.

2. Agenda 2 : Aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling Tahun 2019

2.1 Setiausaha Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar
memaklumkan bahawa senarai lengkap aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling boleh dirujuk
di dalam lampiran yang telah diedar kepada semua guru.
2.2 Aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling 2019 tertumpu kepada 4 bidang utama iaitu :

2.2.1 Bidang Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri


2.2.2 Bidang Peningkatan Diri Murid
2.2.3 Bidang Pendidikan Kerjaya Murid
2.2.4 Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Murid

2.3 Menurut Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar, antara aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling yang
telah dilaksanakan ialah Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Papan Kenyataan PPS.
2.4 Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Pelancaran Program Sekolah
Penyayang, Mentor Mentee, Program Jom Ke Sekolah dan juga Amalan 3S (Senyum, Sapa dan
Salam) pada bulan Mac.
2.5 Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing
Rakan Sebaya akan diadakan pada pertengahan bulan Mac dan Ketua Polis Balai Polis Kuala
Kedah, Tuan Nicholas A/L Sinnapan akan dijemput sebagai perasmi majlis tersebut.
2.6 Sesi bimbingan kaunseling individu dan kelompok akan dilaksana mengikut arahan
pelaksanaan sesi yang telah ditetapkan oleh pihak JPN dan KPM.
2.7 Menurut Pn. Nurhaslina binti Mohd Kamar, tarikh bagi aktiviti tahunan Unit Bimbingan dan
Kaunseling mungkin akan mengalami sedikit perubahan bergantung kepada keperluan dan isu-
isu semasa di sekolah.
2.8 Guru Besar memaklumkan bahawa setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling perlu direkod dan didokumentasi. Dokumentasi program yang lengkap perlu

2
diserah kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan juga simpanan fail di dalam bilik
Bimbingan dan Kaunseling.

3. Agenda 3 : Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 6 dan Calon PASR (PPKI) Tahun
2019

3.1 Guru Besar meminta Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling menerangkan analisa data
pentaksiran Ujian Psikometrik Tahun 6 bagi Tahun 2018.
3.2 Pn. Nurhaslina memaklumkan bahawa garis panduan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik
Tahun 6 telah dikeluarkan oleh pihak KPM. Pentaksiran perlu dilaksana pada bulan April 2019.
3.3 Pentaksiran Psikometrik bagi calon-calon PASR Pendidikan Khas juga perlu dilaksana pada
bulan April sama seperti Pentaksiran Psikometrik Murid Tahun 6.
3.4 Kedua-dua data pentaksiran perlu diurus oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama guru-guru berkaitan mengikut garis panduan pentaksiran tersebut.
3.5 Semua murid Tahun 6 dan calon PASR PPKI akan terlibat, surat siaran pelaksanaan ujian
berkenaan akan dikeluarkan kepada waris murid seminggu sebelum ujian dilaksanakan bagi
memastikan kehadiran murid pada hari ujian berkenaan.
3.6 Kertas soalan dan borang jawapan kedua-dua ujian boleh dimuat turun didalam sistem
pengurusan profil murid (Sepkm).
3.7 Manual dan panduan pengurusan ujian juga boleh diperoleh melalui sistem tersebut
menggunakan kata laluan berikut :
Kata laluan : KBA2096
Kata Kunci : SEKOLAH
3.8 Sijil Pentaksiran Psikometrik perlu diserah kepada murid-murid sebelum keputusan UPSR
diumum. Analisa data pula perlu diisi di dalam tapak data online, didokumentasi dan dibentang
di dalam mesyuarat kurikulum dan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

4. Agenda 4 : Hal – hal lain

4.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengingatkan AJK Unit Bimbingan Kaunseling untuk
memasukkan nama dan maklumat murid dalam Sistem Disiplin Murid (SSDM). Guru-guru
bukan sahaja boleh memasukkan nama murid yang melakukan kesalahan disiplin malah murid
-murid yang menunjukkan contoh dan perlakuan yang baik.

3
4.2 Selaras dengan langkah pihak KPM untuk meringankan beban guru, Guru Besar menyatakan
bahawa dokumentasi aktiviti anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling boleh dibuat lebih
ringkas dan padat.
4.3 Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Pn. Siti Nooriza binti Abdullah berharap agar fungsi peti
aduan murid dilaksana semula di sekolah ini agar masalah disiplin dapat dibendung.
4.4 Guru Besar, Pn. Nor Zalina binti Baharuddin memohon agar unit bimbingan kaunseling
merancang ceramah motivasi untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 dalam masa terdekat dan juga
menyediakan kertas kerja Kursus Kepimpinan Pengawas bagi Tahun 2019.
4.5 Guru Besar juga bahawa Bilik Bimbingan Kaunseling perlu dikemas dan dihias agar kelihatan
ceria dan tersusun.
4.6 Guru Besar juga mengharapkan semua AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat
memberikan kerjasama dan menjalankan tugas dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………….. …………………………………………….
(NURHASLINA BT MOHD KAMAR) (PN. SITI NOORIZA BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Haji Salleh Masri SK Haji Salleh Masri

You might also like