You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG EDENSOR

28400 MENTAKAB, PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


KALI KEDUA 2019

Tarikh : 08 Mei 2019


Hari : Khamis
Masa : 1.15 Tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan SJK(T) Ldg Edensor

Kehadiran :
1. Pn.A.Letchumma Guru Besar
2. En. Muralee GPK 1 (Penasihat)
3. Pn. Thavamalar GPK HEM
4. Pn. Sarweshwary GPK KOKO
5. En.G.Pathmanathan Penyelaras guru penyayang
6. En.Kumar
7. Pn. Cristina
8. Pn. Nithiya devi
9. Pn. Shanmugapriya
10. Pn. Vikneswari
Agenda Mesyuarat :
1.Ucapan Pengerusi
2.Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas
3.Perkara Berbangkit
4.Pengurusan Aktiviti Guru Penyayang
5.Program DWEN
6.Tindakan Susulan
7.Hal-hal Lain
8.Penutup
AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa dan mengucapkan


terima kasih kepada semua .
1.2. Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat
mengemaskini Pengurusan Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling.
1.3. Mesyuarat sebagai garis panduan atau hala tuju ke arah keberkesanan Unit
Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa perkara yang perlu dilaksanakan:
1.1.1: Senarai nama murid yang diberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
1.1.2: Mematuhi etika Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Tindakan : Ketua Unit.
AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn.Nithiya devi membentangkan minit mesyuarat yang lepas.


2.2 Minit mesyuarat telah dicadangkan oleh En.Muralee.
2.3 Minit mesyuarat telah disokong oleh Cik.Vikneswari.

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling menyarankan agar ahli jawatan kuasa
unit Unit Bimbingan dan Kaunseling dapat melaksanakan tugasan yang diagihkan
dengan penuh amanah.
3.2 Laporan tentang program Ziarah caknah yang dilancarkan pada awal tahun kurang
memuaskan kerana murid-murid yang terlibat dalam masalah kehadiran ke
sekolah mengulangi kesalahan yang sama walaupun telah diberi peluang banyak
kali.
3.2 Penyelaras bersama ajk Unit Bimbingan dan Kaunseling membincangkan langkah
seterusnya yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

AGENDA 4 : PENGURUSAN AKTIVITI GURU PENYAYANG


4.1 Aktiviti meraikan hari jadi murid-murid yang lahir pada penggal pertama dan
penggal kedua dijalankan seperti biasa dan guru kelas perlu memilih dan memberi
nama murid-murid yang terpilih kepada ajk guru penyayang agar mereka dapat
melaksanakan tindakan seterusnya.
Tindakan :Semua Guru.
4.2 Program bagi menghayati murid yang mencapai kedatangan penuh dalam penggal
pertama perlu dilaksanakan secepat mungkin agar murid-murid akan berasa dirinya
dihargai oleh pihak sekolah.
4.3 Guru-guru bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti ini. Guru menentukan murid-
murid yang mempunyai rekod kehadiran yang cemerlang.
4.4 Tugasan-tugasan lain diagihkan di antara AJK Program Guru Penyayang. Semua
guru mengagihkan tugas masing-masing.
Tindakan : Semua guru.

AGENDA 5 : PROGRAM DWEN


5.1 Program DWEN kali ini akan dilaksanakan setelah tamat peperiksaan UPSR.
Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling meminta agar guru yang berkaitan
dengan program ini menentukan tempat yang akan dipilih sebagai lokasi bagi
menjayakan program ini.
5.2 Peruntukan bagi program ini akan diperbincangkan dengan Guru Besar dan
bilangan murid yang akan terlibat dalam program ini.

AGENDA 6 : TINDAKAN SUSULAN

6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan


Perlaksanaan aktiviti mentor-mentee kepada murid dan guru.

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

7.1 Semua guru diharapkan dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti


seterusnya yang akan dijalankan pada masa akan datang.
AGENDA 8 : PENUTUP

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru.


8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 tengah hari.

Minit disediakan oleh,

___________________
( G.PATHMANATHAN)
PENYELARAS UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SJK (T) LADANG EDENSOR

You might also like