You are on page 1of 5

UNIT 5 KATA KERJA TRANSITIF

NOTA:
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek selepasnya. Objek mestilah
terdiri daripada kata nama atau frasa nama. Kata kerja transitif dapat dipasifkan.

Kata Kerja Transitif

Satu Objek Dua Objek

Kata Kerja Transitif Contoh


Kata Kerja Transitif Satu Objek membaca (buku), memakai (jaket), menaiki (bas)
Kata Kerja Transitif Dua Objek membacakan (ayah) petikan itu
menghadiahi( ibu) sebentuk cincin,
menuliskan ( nenek) surat,
menjahitkan (datuk) baju Melayu,
menganugerahi (Haji Mazlan) pingat

Latihan i-Think
i-Think-Peta Buih Berganda
Lengkapkan peta buih berganda di bawah mengikut persamaan dan perbezaan bagi jenis
kata kerja transitif.

Perbezaan Persamaan Perbezaan

Kata dua objek


kerja
transitif

awalan
membaca membacaka
meN- buku n
adik
buku cerita

Objek tidak

bergerak
21
Praktis 1
Kaji ayat di bawah, kemudian garis kata kerja transitif dan bulatkan objek.
1. Muslim memancing ikan di tepi Sungai Kelantan.
2. Hassan menduduki posisi penting dalam Pasukan Ragbi Singapura.
3. Nenek memasak sambal petai belalang sebagai hidangan untuk kami.
4. Tuan Kumar mengirimi anak keduanya yang belajar di Universiti Oxford, London
sekotak muruku.
5. Cikgu Kamal mengajari kami bahasa Melayu.
6. Petani itu menanam padi dengan rajinnya.
7. Ibu membuatkan tamu secawan kopi.
8. Hasmidar membacakan anaknya buku cerita yang bertajuk “Cinderella”.
9. Pada setiap hari, saya membeli nasi lemak di gerai Mak Timah.
10. Kami menyaksikan perlawanan badminton pada malam Sabtu yang lalu.

Praktis 2
Nyatakan sama ada kata kerja transitif yang digelapkan di bawah diikuti oleh satu objek
atau dua objek.
1. Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang kertas RM2.00 yang baharu.
_______________
2. Peniaga moden menggunakan mesin daftar tunai untuk mengira jumlah barangan yang
terjual.__________
3. Cikgu Rozita telah memberi kami tugasan tentang seni ukir kaum Iban._______
4. Kamal dan Fahimi menghadiri ujian lencana berbasikal di Taman Lalu Lintas Kanak-
kanak Sungai Ujong. _________
5. Maheran menyuapi datuknya yang terlantar di atas katil nasi lembik. _______
6. Rahimah mengepos surat itu kepada saudaranya yang tinggal di Kedah. _______
7. Jabatan Kerja Raya akan memperlebar jalan raya di Bandar Tun Razak bermula pada
1 November ini.
8. Sultan Kelantan yang kelima menganugerahi Datuk Paduka Mat Daud pingat
kebesaran.
9. Haji Ismadi mencarikan isteri mudanya buah delima dari daerah Sik.
10. Pasukan Antipendatang Tanpa Izin Jabatan Imigresen menyeberangi Sungai Golok
dengan berhati-hatinya.

Praktis 3
Isi tempat kosong dengan kata kerja transitif yang sesuai
1. Kerajaan ____________ (tawar) biasiswa kepada para penuntut universiti yang
menunjukkan kecemerlangan.

2. Tetamu yang ____________ (tabur) bunga rampai kepada pasangan pengantin itu ialah
Pegawai Pendidikan Daerah.

22
3. Kejadian yang _____________ (sulit) semua pihak itu berpunca daripada sekumpulan
pelumba haram.

4. Kes kehilangan kanak-kanak itu memang _____________ (sedih) kami.

5. Pihak yang akan ___________ (dalam) Sungai Krayong itu ialah tanggungjawab pihak
Bandaraya Kuala Lumpur.

6. Posmen yang sedang ___________ (isi) karungnya dengan surat-surat berdaftar itu
adalah dari kampung kami.

7. Murid yang _____________ (oleh) tempat pertama dalam peperiksaan pertengahan


tahun itu amat cerdik.

8. Wakil kami yang akan ____________ (temu) pengetua esok ialah Abdul Rashid.

9. Kita mesti ____________ (gerak) aktiviti itu pada minggu ini juga.

10. Mereka _________ (serah) perkara ini kepada saya untuk saya selesaikan.

Soalan Berformat Peperiksaan


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Adik tidak dapat ___________ sungai itu kerana arusnya yang terlalu deras.
A melalui
B menjalani
C merentasi
D menyeberangi

2 Abang sedang ____________ sabit di birai tangga untuk menebas semak.


A memalu
B mengasah
C membaiki
D mempertajam

3 Pak Leh __________ kambingnya di sebatang pokok pinang.

A menolak
B menuntun
C menambat
D memimpin

4 Setelah __________ ubat darah tinggi itu, kesihatan Mak Limah bertambah baik.

A melulur
B menelan

23
C menyedut
D menghisap

5 Kita perlu belajar secara berkesan dari awal tahun untuk ___________ keputusan yang
cemerlang dalam UPSR.
A menerima
B mendapati
C mempunyai
D memperoleh

6 Pertubuhan Bahasa dan Budaya negeri Kedah akan ___________ pertandingan bercerita
di Sungai Petani pada akhir tahun ini.
A mengadakan
B menjalankan
C menempatkan
D merealisasikan

7 Pulau Langkawi merupakan destinasi terbaik untuk pemancing ___________ sotong.


A menjala
B menjoreng
C mencandat
D memancing

8 Pak Zamrud ______________ perahunya yang bocor itu.


A membaiki
B memperbaik
C membaikkan
D membetulkan

9 Beliau sanggup _________ kami wang berjumlah RM1500 atas dasar persahabatan.
A meminjami
B memberikan
C menawarkan
D meminjamkan

10 Awanis Natasha telah __________ ves pemantul cahayanya di tepi pintu belakang
Kelas 4 Amanah.
A menemui
B menemukan
C mempertemu
D mempertemukan

11 Setelah memikirkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh isterinya, akhirnya Shakir
_____________ keputusan untuk berhenti kerja bagi menjaga anaknya.
A menetap

24
B mengikat
C mengambil
D menganggarkan

12 Kata-katanya yang keterlaluan itu telah _________ hati kedua-dua ibu bapanya.
A mencuit
B menggores
C melucukan
D menggelikan

Lukis gambar seorang


wanita tua yang sedang
menjunjung bakul di atas
kepalanya

13 Nenek ___________ bakul yang berisi padi sambil berjalan dari sawah ke rumah.

A menatang
B mengandar
C menjinjing
D menjunjung

14 Kanak-kanak zaman ini suka menonton filem yang ______________ seperti “Pontianak
Harum Sundal Malam”.
A menyelerakan
B menyeramkan
C mengagumkan
D menggembirakan

15 Norzila ________ tetikus bagi membuka e-melnya untuk _________ e-mel rakannya itu.
A menolak ... membaca
B mengklik ... membalas
C mengalih ... memasuki
D mengetuk ... meletakkan

25

You might also like