You are on page 1of 2

Arahan: Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang paling sesuai.

1 Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.


(dari / sejak)

2  Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
(dari / daripada)

3  Buku perubatan lama itu menerangkan _____ kaedah akupunktur.


(pada /tentang)

4  Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Taiwan sebentar lagi.


(dengan /ke)

5 Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
(kepada / daripada)

6 Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan
ini.
(dari / demi)

7  Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama
penduduk kampung.
( pada / dengan)

8 Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.
(di / oleh)

9 Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
(tentang / dengan)

10 Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes
kecurian yang kian berleluasa.
(oleh / untuk)

11  Kita hendaklah sayang _____ kedua-dua ibu bapa kita.


(akan / dengan)

12 Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _____ kawasan pedalaman Sarawak.
(dari / daripada)
13 Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka ____ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.
(seperti / pada)

14 Buku nota yang dibeli tadi ada ____ Leong Man.


(di / pada)

15 Tabung yang unik itu diperbuat _____ tempurung kelapa.


( dari / daripada)

16 _____ semasa ke semasa biodata murid-murid akan dikemaskinikan.


(Dari / Pada)

17 Sesetengah haiwan melindungi diri _____ musuh dengan bertukar warna mengikut
persekitaran.
(dari / daripada)

18 Mesyuarat agung Persatuan Bahasa Malaysia itu akan dijalankan ____ pukul 9.00 pagi
hingga pukul 12.00 tengah hari.
(dari / daripada)

19 Kita boleh sampai ke Bulan ____ masa empat hari dengan menaiki roket.
(di / dalam)

20 Seng Tan menghulurkan segugus kunci ____ Cikgu Gan.


(pada / kepada)

You might also like