You are on page 1of 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.


A ke
B daripada
C dari
D sejak

2 Soalan peperiksaan Bahasa Malaysia tahun ini lebih senang ______ tahun lepas.
A di
B dari
C pada
D daripada

3 Buku perubatan lama itu menerangkan _____ kaedah akupunktur.


A di
B untuk
C pada
D tentang

4 Kapal terbang WX773 akan berlepas ____ Taiwan sebentar lagi.


A dengan
B ke
C pada
D di

5 Bunga-bunga yang cantik akan dihadiahkan ______ cikgu sempena sambutan Hari Guru.
A ke
B oleh
C kepada
D daripada

6 Polis trafik sanggup mengorbankan masa_____ mengawal lalu lintas pada musim perayaan
ini.
A dari
B demi
C dengan
D daripada

7 Rumah Pak Samad dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat _____ kerjasama penduduk
kampung.
A bagi
B sejak
C pada
D dengan

8 Wang saku yang dibeli oleh ibu saya simpan _____ dalam kocek seluar.
A di
B oleh
C pada
D kepada

9 Guru besar dan guru-guru sedang berbincang _____ masalah disiplin para pelajar.
A bagi
B akan
C tentang
D dengan

10 Penduduk di kawasan perumahan kami menubuhkan rukun tetangga _____ mengatasi kes
kecurian yang kian berleluasa.
A oleh
B untuk
C dengan
D terhadap

11 Kita hendaklah sayang _____ kedua-dua ibu bapa kita.


A ke
B pada
C akan
D dengan

12 Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal _____ kawasan pedalaman Sarawak.
A dari
B daripada
C ke
D di

13 Setiap kakitangan melaksanakan tugas mereka ____ yang ditetapkan oleh ketua jabatan.
A kepada
B dengan
C seperti
D pada

14 Buku nota yang dibeli tadi ada ____ Leong Man.


A untuk
B dengan
C di
D pada

15 Tabung yang unik itu diperbuat _____ tempurung kelapa.


A dari
B oleh
C dengan
D daripada

16 _____ semasa ke semasa biodata murid-murid akan dikemaskinikan.


A ke
B Dari
C Pada
D Daripada

17 Sesetengah haiwan melindungi diri _____ musuh dengan bertukar warna mengikut
persekitaran.
A dari
B oleh
C demi
D daripada

18 Mesyuarat agung Persatuan Bahasa Malaysia itu akan dijalankan ____ pukul 9.00 pagi
hingga pukul 12.00 tengah hari.
A ke
B dari
C pada
D daripada

19 Kita boleh sampai ke Bulan ____ masa empat hari dengan menaiki roket.
A di
B demi
C dalam
D seperti

20 Seng Tan menghulurkan segugus kunci ____ Cikgu Gan.


A ke C pada
B untuk D kepada

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Hafiz makan ______ nasi kerana terlalu lapar.
A berpinggan-pinggan C berbulan-bulan
B berdozen-dozen D beribu-ribu

2 “Jangan suka _______ membuat sesuatu kerja, nanti kamu yang akan rugi,” nasihat ibu
kepada saya.
A bertangguh-tangguh C berselang-seli
B bersimpang-siur D bertalu-talu

3 Guru besar sekolah itu tidak ________untuk mengenakan tindakan disipin terhadap murid
yang selalu mencuri harta-benda sekolah itu.
A terhegeh-hegeh C teragak-agak
B terbawa-bawa D tercari-cari

4 Adila ________ balasan e-mel daripada abangnya yang sedang menuntut di luar negara.
A terpandang-pandang C terhenti-henti
B terbayang-bayang D ternanti-nanti

5 Izaat berjalan ke sekolah dengan ______ kerana dia terlambat bangun daripada tidur.
A tercengang-cengang C tergesa-gesa
B terhegeh-hegeh D tercari-cari

6 ________ penonton datang ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan


badminton antara Malaysia dengan Indonesia.
A Berduyun-duyun C Bertalu-talu
B Berbakul-bakul D Bertubi-tubi

7 Sarimah ______ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.


A mengusap-usap C mencubit-cubit
B memicit-micit D mengurut-urut

8 Semangat saya untuk berjaya semakin _______ selepas mengikuti khemah motivasi itu.
A berkobar-kobar C berkilau-kilau
B berkibar-kibar D berkelip-kelip

9 Puan Saleha _________ hendak menambah satu lagi cawangan kedai keknya di Ipoh.
A berebut-rebut C berkata-kata
B berpura-pura D berkira-kira

10 Marina menangis ________ apabila mendapati namanya tidak tersenarai untuk mewakili
sekolah dalam acara bola jaring.
A tersengguk-sengguk C tergapai-gapai
B tersenyum-senyum D teresak-esak

You might also like