You are on page 1of 3

Bincangkan keunikan pengunaan internet dalam pendidikan?

Pengunaan internet menyediakan peluang unik dan cabaran baru berbanding pengajaran
bilik darjah tradisional. pelajar boleh mendapatkan pelbagai bahan sumber maklumat
melepasi daripada kawasan sempadan bilik darjah sekolah. Internet juga memainkan
peranan komunikasi yang boleh berkisar antara guru kepada pelajar, guru kepada guru,
dan pelajar dengan pelajar sendiri. Contohnya, guru dan pelajar boleh berkomunikasi
melalui e-mail atau beruap didaktik dan interaktif secara atau antara kumpulan. Selain itu
internet juga boleh membantu pelajar mencapai matlamat asas pendidikan seperti
perkembangan kemahiran asas yang kukuh, kepakaran isi kandungan, berfikiran kritis,
serta berfungsi sebagai sebahagian daripada komuniti dan penglibatan pembelajaran
sepanjang hayat.

Apakah yang anda faham tentang teori konstuktivisme? Huraikan ciri-ciri utama
konstruktivisme?
Pada pendapat saya, menurut prinsip konstruktivisme proses pembelajaran bertindak
sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat
tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. Teori ini sesuai untuk
tajuk yang mudah difahami oleh pelajar melalui pendedahan yang minima. Di antara
ciri-ciri utama teori kontruktivisme terbahagi kepada dua iaitu guru dan pelajar. Guru
memainkan peranan sebagai pembinbing, pemantau dan jurulatih manakala para pelajar
pula memainkan peranan dalam mengawal pembelajaran.

Bagaimanakah teori knostruktivisme amat sesuai dengan PBW?


Teori knostruktivisme amat sesuai dengan PBW dari segi interaksi, dimana para pelajar
boleh berinteraksi antara satu sama lain. Konstruktivisme membolehkan pelajar
mengubah idea dan menganalisis sesuatu maklumat tanpa had oleh itu PBW merupakan
sistem terbuka yang boleh membantu pelajar bergerak luas walaupun mereka belajar di
situasi tertutup.

Bagaimanakah model PBW oleh Reeves (1997) memperkukuh PBW?

Model PBW oleh Reeves memeperkukuhkan PBW dari segi interaktif, contohnya
pelajar boleh berkomunikasi diantara satu sama lain dengan insrtuktur dan sumber dalam
talian, selian itu sistem terbuka PBW membantu pelajar boleh bergerak luar daripada
suasana pembelajaran dan keselarasan sedunia membolehkan seseorang di dunia ini
mereka cipta dan menghantar dokumen debgan menggunakan bahasa pengatucaraan dan
alamat internet yang standard.

Terangkan teori keanjalan kognitif oleh spiro etal.(1989) dalam teori


knotruktivisme?

Menurut Spiro, Konstruktivisme menyatakan individu membentuk atau mengkonstruk


tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka manakala Teori keanjalan Kognitif
telah dibangunkan untuk mengatasi kesalahfahaman anatara pelajar bagi mempromosikan
pemerolehan pegetahuan yang tinggi. Pandangan para pelajar adalah berlainan apabila
sesorang pelajar mengkonstuk konteks apa yang telah dipelajari oleh itu Teori keanjalan
kognitif menangani peranan konteks maklumat yang diperoleh dalam konteks dunia
sebenar serta mengelakkan kekeliruan yang dihadapi oleh para pelajar ketika
menkonstruk pemahaman mereka., selain itu seperti semua pendekatan konstruvitis, teori
keanjalan kognitif menekankan pengajaran berasaskan kes yang pelbagai dan secara
meluas.

Huraikan aktiviti – aktiviti yang boleh dijalankan dalam mengplikasikan internet


dalam pendidikan?

Aplikasi internet dalam pendidkan boleh dilakukan melalui tiga ketegori iaitu
komunikasi, mendapatkan maklumat dan menerbitakan maklumat. Akitiviti yang
melibatkan komunikasi boleh dilakukan melalui web blog, E-mel, listservs iaitu cara
untuk menerima maklumat melalui internet tanpa mencarinya melalui e-mel, senarai mel
menggunakan e-mel untuk menyampaikan topik tertentu kepada komputer anda. Aktiviti
yang seterusnya aktiviti chatting yang membolehkan guru dan pelajar boleh chat dripada
orang perseorangan atau kepada orang ramai. Seterusnya perolehan maklumat dalam
pendidikan melalui internet iaitu plug-in yang membenarkan guru dan pelajar
memaparkan dan menjalankan sesetengah jenis fail yang terdapat di dalam internet.
Penerbitan maklumat guru dan pelajar boleh menerbitkan bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam internet. Pelajar dan guru boleh mencipta laman web mereka sendiri
untuk menerbitakan bahan pengajaran dan pembelajaran masing- masing.

Kenapakah aktiviti e-mel sangat berguna sebagai satu alat pengajaran dan
pembelajaran?

Aktiviti e-mel sangat berguna sebagai alat pengajaran dan pembelajaran kerana Ia cepat,
murah dan menjimatkan kos pos. Guru dan pelajar boleh berbincang dalam kumpulan
perbincangan dan bertanyakan soalan, membincangkan masalah dan berkongsi
pengalaman degan cara mudah.

Apa yang dimaksudkan dengan pendidkan jarak jauh?

Pendidikan jarak jauh melibatkan pengasingan seseorang merentasi kawasan geografi.


Pengasingan ini termasuk pengasingan guru daripada pelajar, dan pelajar dengan pelajar
yang lain. Pengasigan ini berlaku melalui pengunaan Internet, ia bermakna kita boleh
berkomunikasi merentasi sempadan tanpa had. Pendidikan jarak jauh boleh disampaikan
melalui beberapa teknik seperti televisyen disokong oleh bahan bercetak melalui
koresponden. Pendidikan jarak jauh boleh termasuk kursus, bengkel, syarahan dan
seminar.
Bagaimanakah pengunaan internet mempengaruhi pendidikan jarak jauh?

Pengunaan internet mempengaruhi pendidikan jarak jauh dari segi kecanggihannya


kerana megintegrasikan imej (kaku dan bergerak), teks, bunyi, dan juga boleh
berkomunikasi dalam masa sebenar. Mesej boleh dicipta, dihantar dan dibaca pada bila-
bila masa yang sesuai.. Penggunaan internet juga membolehkan pembelajaran jarak jauh
dapat dijalankan secara linear atau tidak linear. Pengunanan internet tidak bergantung
pada tempat mesej dan sumber bahan boleh diperoleh dan ditukar secara global, sama ada
perjalanan, menghadiri persidangan, di rumah atau di pejabat.

Huraikan ciri-ciri yang terdapat dalam pendidikan jarak jauh yang menjadi
keistemewaan terhadap PBW?

Ciri-ciri yang terdapat dalam pendidkan jarak jauh yang menjadi keistimewaan PBW
adalah melalui kuasa tinggi ini kerana tulang belakang rangkaian ini boleh menghantar
bersamaan 20 jilid set ensiklopedia dalam beberapa saat. Mesej boleh dihantar dengan
pantas. Selain itu internet tidak bergantung pada masa misalnya mesej boleh dihantar dan
dibincang pada bila bila masa yang sesuai. Pendidikan jarak jauh pula merupakan
pengasingan dari segi geografi, oleh itu tempat tidak menjadi masalah dalam pengunann
internet, misalnya mesej dan sumber bahan boleh diperoleh dan ditukar secara global,
sama ada dalam perjalanan, menghadiri persidangan, di rumah atau di pejabat.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran kolobratif?

Pembelajaran kolobratif adalah pembelajaran secara kumpulan, contohnya melibatkan


kumpulan pelajar yang kecil, biasanya empat hingga enam orang untuk menyiasat,
menyelidik, berbincang, mempersembahkan fakta dan pendapat, serta sampai pada
permuafakatan berkenaan sesuatu topik yang telah ditugaskan oleh pengajaran atau
bersetuju oleh kumpulan dan guru.

Bincangkan kebaikan dan keburukan PBW?

Di antara kebaikan PBW adalah Hiperteks dan interaktiviti iaitu hiperteks menyediakan
bentuk termudah interaksi pengguna serta membolehkan pengguna mengawal maklumat,
selain itu dengan mengklik pada teks hiperpaut atau imej akan membawa anda kepada
muka atau laman lain. Seterusnya penyampaian multimedia dapat disampaikan kepada
web melaui pelayan grafikal. Gambar foto boleh disampaikan begitu juga audio, video,
dan animasi. Diantara keburukan PBW adalah pelayan dan pelantar yang berbeza pada
skrin sehingga mrnghasilkan keputusan yang berlainan. Versi berlainan juga menhasilkan
output yang berlainan. Pengguna boleh muat turun sebarang teks atau fail imej tetapi
undang-undang hakcipta terpelihara tidak tejamin.

You might also like