You are on page 1of 5

BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN TAHUN 5

NAMA : _________________________ Kelas : __________

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu
jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul.

 Soalan 1 hingga Soalan 25

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.

 Gambar 1
     1. ___________di restoran itu dijual dengan harga yang berpatutan.
A.  Lauk-pauk                 B.  Sayur-sayuran         
C.  Rumput-rumpai           D.  Paku-pakis

2.    __________ juadah telah terhidang di atas meja apabila kami sampai.


A.  Para                           B.  Segala   
C.  Seluruh                      D.  Pelbagai

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2.

Gambar 2
     3.    Puan Azura _________ tangan kepada anaknya yang hendak ke sekolah.
A.  mengibar-ngibar                                      C.  menggamit-gamit
B.  melambai-lambai                                      D.  menggoyang-goyang

   

M/S 1
  4.    Pelancong asing itu boleh _________ dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
A.  bersuara    B.  bertutur   
C.  berkata             D.  Bertitah

5.    Abu Bakar meraut mata penselnya _________ sebilah pisau sehingga tajam.
A.  pada                     B.  dengan             
C.  tentang             D.  untuk

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3.

Gambar 3
 6.     Malina sangat __________ akan kucing peliharaannya.
A.  Rindu                            B.  sayang
C.  gembira                       D.  main

 Soalan 7 berdasarkan Gambar 5.

 Gambar 5

     7.    Puan Kwan sedang ___________bawang dengan menggunakan sebilah pisau yang
          tajam.
A.  menghiris                    B.  membelah
C.  menyiang            D.  menebang

8.    Keadaan jalan raya yang _______ sering menyebabkan berlakunya kemalanganjalan


raya.
A.  licin                            B.  luas
C.  kesat                 D.  kasar

9.    Berita penculikan itu menjadi __________ orang ramai.


A.  buah hati                     B.  anak buah  
C.  buah mulut         D.  buah tangan

M/S 2
10.    __________ kamu berputus asa, kalah atau menang adalah adat bertanding.
A.  Sila                             B.  Tolong              
C.  Jangan                D.  Jemput

Soalan 11 berdasarkan Gambar 6.

 Gambar 6
     11.    Makanan di atas meja itu ditutup dengan __________.
A.  tudung saji              B.  bekas makanan       
C.  mangkuk lonjak          D.  bekastangan 
 

12.    Murid-murid Tahun Lima Merah mengadakan latihan memukul gendang setiap


petang untuk __________ pada Hari Guru nanti.
A.  perhimpunan  B.  persembahan  
C.  pembatasan               D.  percantuman
 
13.    Beberapa _________ gigi adik telah rosak dan perlu dicabut.
A.  papan               B.  rangkap
C.  butir                           D.  batang

14.    Suet Ni mengajak rakan-rakannya datang ke majlis hari jadinya.


Perkataan seerti bagi mengajak ialah
A.  melarang         B.  mempelawa  
C.  menegur                     D.  menyuruh

Soalan 15 berdasarkan Gambar 9. 

M/S 3
Gambar 9
    15.    Mak Piah menjemur kain baju yang telah dicucinya tadi.
Perkataan berlawan bagi menjemur ialah
A.  membilas                 B.  mengering
C. membasuh              D.  merendam

Soalan 16 - 20
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
                                                                                                               Aman bin Haji Amran,
Maktab Rendah Sains Mara,
                                                                                                               82000 Pontian,
                                                                                                               Johor.
                                                                                                               8 Jun 2009

 Ke hadapan ayahanda dan bonda di Sandakan dengan selamatnya. Apa khabar ayahanda
dan bonda? Anakanda berdoa semoga ayahanda dan bonda berada dalam keadaan yang
sihat. Anakanda di sini sihat hendaknya.

Ayahanda dan bonda,

          Pada hujung bulan ini,semua sekolah akan bercuti. Pada mulanya anakanda
merancang hendak balik ke kampung. Anakanda teringin hendak berjumpa dengan
ayahanda dan bonda. Maklumlah enam bulan anakanda tidak pulang ke kampung.
Anakanda juga teringin hendak makan Hinava Udang masakan ibu. Nampaknya rancangan
anakanda itu tidak tertunai kerana sekolah anakanda akan mengadakan lawatan ke utara
Malaysia . Jangan ayahanda dan bonda bimbang kerana kami diiringi oleh empat orang
guru.

          Rombongan kami akan melawat tapak sejarah di Lembah Bujang. Selepas itu,


kami akan ke Pulau Langkawi. kami dijangka berada di sana selama tiga hari sebelum ke
Pulau Pinang. Anakanda yakin banyak pengalaman baru yang dapat ditimba sepanjang

M/S 4
lawatan itu nanti. Peluang sebegini tidak harus dilepaskan. Anakanda berharap ayahanda
dan bonda memahami keadaan tersebut. Setakat ini sahaja warkah anakanda. Sebelum
berpisah sambutlah sembah salam daripada anakanda.

          Sekian, terima kasih.

Anakandamu yang jauh,


                                                                                                                                   Aman

16.     Keluarga penulis tinggal di


A.  Johor           B.  Pontian
C.  Sandakan           D.  utara Malaysia

17.    Tujuan utama penulis menulis surat ini adalah untuk


A.  pulang ke kampungnya                         B.  memberitahu tentang lawatannya
C.  bertanya khabar                                  D.  merancang hendak pulang ke kampung

18.    Pilih pernyataan yang tidak benar tentang surat di atas.


A.  Penulis akan melawat ke Kedah dan Pulau Pinang
B.  Sudah enam bulan penulis tidak berjumpa dengan keluarganya
C.  Sekolah penulis mengadakan lawatan ke utara Malaysia 
D.  Penulis akan pulang ke kampungnya pada masa cuti nanti

19.    Maksud melawat dalam petikan ialah


A.  memantau            B.  mendatangani 
C.  menziarahi                  D.  Menghadiri

20.    Berikut ialah kebaikan yang diperoleh daripada lawatan yang akan diadakan kecuali
A.  menanam semangat cinta akan negara.
B.  pelajar akan mendapat pengalaman baru.
C.  membantu murid-murid lulus dalam peperiksaan.
D.  dapat melihat tinggalan sejarah pada zaman dahulu

Disediakan oleh : Disemak oleh :

M/S 5

You might also like