You are on page 1of 8

KERTAS PENILAIAN SUMATIF BAHASA MELAYU 2021

Sekolah-Sekolah Rendah Aliran Bahasa Cina, Miri


Bahasa Melayu Tahun 4

Masa : 1 jam

Nama: Tahun: 4 ( ) Markah:

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam ketiga-tiga bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A dan Bahagian B, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

BAHAGIAN A
[60 markah]

Soalan 1 hingga 20
Isi tempat kosong dengan jawapan paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Kereta itu terbabas lalu melanggar _____ lampu di tepi jalan.

A batang B rotan C tiang D kayu

2. “ Datuk Bendahara, __________ berkenan untuk mencemar duli melihat kehidupan

rakyat jelata di negeri ini,” titah sultan.

A baginda B beta

C hamba D patik
1
3. Rebecca menerima _____ poskad daripada sahabat penanya di Jepun.

A sepucuk B sebuah C sehelai D sekeping

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Puan Lisa sedang _____ cili yang ditanam di belakang rumahnya.

A melihat B memetik C menggali D mencantas

5. Setiap hari, Li Qi berjalan kaki ke sekolah kerana rumahnya _____ dengan sekolah.

A jarak B dekat C nyaris D jauh

6. Jason berasa sangat _____ apabila dipanggil berjumpa dengan guru besar.

A ragu B gembira C bosan D cemas

7. Bentuk badan Puan Suraya masih _____ walaupun sudah mempunyai tiga orang anak.

A gempal B kurus C bujur D ramping

8. Pejabat hartanah itu dibuka pada setiap hari _____ hari Ahad dan cuti umum.

A apabila B sejak C kecuali D sekiranya

2
9. Semua jemputan berpuas hati _____ layanan yang diberi.

A pada B dengan C demi D untuk

10. Andrew sangat sayang akan _____ orang ibu bapanya.

A dua B kedua C kedua-dua D satu perdua

11. Seekor buaya sedang _____ di bawah terik cahaya matahari.

A berbaring B berlunjur C berjemur D berehat

12. Chun Han dan abangnya menyaksikan _____ hoki itu di kaca televisyen.

A perlawanan B perlumbaan C perjalanan D pendakian

13. _____ kenderaan memasuki kawasan sekolah itu berkuat kuasa semalam.

A Aduan B Laluan C Larangan D Nyatakan

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14. Nenek mengambil _____nya yang jatuh di bawah sofa.

A air mata B cuci mata C bulu mata D kaca mata

15. Semua _____ Malaysia yang sudah cukup umur perlu memiliki MyKad.

A warganegara B bumiputera C suruhanjaya D kakitangan


3
16. Ruby masih berasa _______________ untuk menerima pelawaan Cindy ke tempat yang
sunyi.
A. lemah-lemah B. ragu-ragu C. diam-diam D. usik-usik

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17. Taman bunga di sekolah Juliana dihiasi dengan _________________.


A. jejari B. tetuang C. bebaling D. gegantung

18. “_____________kah anugerah yang diterima oleh tokoh akademik itu, Elaine?” tanya
Caroline kepada Elaine.
A. Siapa B. Apa C. Di mana D. Bagaimana

19. Yang manakah ayat penyata?


A. Hai, lama kita tidak berjumpa!
B. Janganlah kamu menconteng dinding sekolah.
C. Berapakah harga sebungkus nasi kerabu ini?
D. Hong Wah tidak hadir ke sekolah kerana demam.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.


20. Banjir yang amat dahsyat telah melanda Kampung Permata.
A. Kampung Permata telah dilanda banjir yang amat dahsyat.
B. Kampung Permata yang amat dahsyat telah dilanda banjir.
C. Amat dahsyat banjir yang melanda Kampung Permata.
D. Kampung Permata dahsyat oleh banjir yang melanda.

4
BAHAGIAN B
[20 markah]

Soalan 21 hingga 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menurut cerita orang tua-tua, asal usul daerah Kluang di Johor diambil daripada nama
sejenis haiwan, iaitu keluang. Haiwan ini merupakan sejenis kelawar yang bersaiz besar.
Pada zaman dahulu, penduduk di kawasan itu mengusahakan dusun buah-buahan.
Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang ditanam. Apabila musim buah-buahan tiba,
banyak haiwan yang datang untuk memakan buah termasuklah keluang.
Para penduduk berusaha menghalau keluang daripada memakan hasil tanaman
mereka. Namun begitu, mereka masih gagal menghalaunya.
Setelah mencapai kata sepakat, mereka pergi meminta bantuan seorang pawang yang
handal di kawasan itu. Akhirnya, pawang itu berjaya menghalau keluang itu. Sejak hari
itu, kawasan itu dipanggil Kluang oleh penduduk setempat.

21. Daerah Kluang dinamakan bersempena dengan nama _______________.


A keluang B. kelawar
C pawang D. Johor

22. Apakah yang diusahakan oleh penduduk di kawasan itu?


A Mengusahakan dusun buah B. Menangkap kelawar
C Memelihara keluang D. Mengusahakan ladang ternakan

23. Berikut merupakan sikap penduduk kawasan itu, kecuali


A gigih B. putus asa
C muafakat D. bekerjasama

24. Penduduk-penduduk Kluang mengetahui cerita ini melalui ____________.


A cerita yang disampaikan oleh orang yang lebih tua
B orang-orang kenamaan
C. orang dewasa di daerah itu
D. jiran tetangga

25. Apakah yang akan berlaku sekiranya keluang gagal dihalau?


A Penduduk akan dimakan oleh keluang.
B Hasil penanaman penduduk akan berkurangan.
C Semua tanaman akan dimusnahkan oleh keluang.
D Penduduk akan kehilangan pekerjaan.
5
BAHAGIAN C
[20 markah]

Soalan 26
Tulis "betul" atau "salah" bagi penggunaan kata nafi yang bergaris dalam ayat.

Untuk membuat buku skrap ini tidak senang. Kita mesti


membuatnya bersama-sama.

[3 markah]

Soalan 27
Pilih kata ganti nama diri yang paling tepat untuk diisi dalam ayat.

mereka beliau kita dia


Azmi dan rakan-rakannya memakai topi keledar sebelum ______________ berbasikal di
taman rekreasi.
[3 markah]

Soalan 28
Lengkapkan peribahasa berikut berdasarkan maksud yang diberi.

Masuk kandang kambing mengembek, _______________________________.

Maksud: menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

[4 markah]
Soalan 29
Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat tanya:

_______________________________________________________

_______________________________________________________

Jawapan: Ibu dan ayah saya akan pulang dari tempat kerja sebentar sahaja lagi.

[5 markah]

6
Soalan 30
Bina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberikan.
(a) Doktor Ali menggunakan stetoskop.
(b) Doktor Ali mahu memeriksa degupan jantung pesakit.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[5 markah]

SJKC CHUNG HUA KROKOP

7
8

You might also like