You are on page 1of 12

SULIT

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1 “Tolong belikan _______________ sekaki payung dan sekotak susu segar,” kata
Roberto kepada Albert.
A kami C saya
B kita D mereka

2 ________________ seorang raja yang adil serta bijak mentadbir negara.


A Beliau C Patik
B Baginda D Beta

3 Hamzah akan ________________ ke sekolah baharu minggu hadapan.


A berpindah C memindahi
B dipindah D memperpindah

4 Pokok-pokok bunga di halaman rumah itu kelihatan _____________ dan cantik.


A segar C ceria
B cerah D basah

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5 Kuda itu berlari dengan ________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk
oleh kerbau.
A perlahan C cepat
B pantas D laju

Lihat halaman sebelah


SULIT

6 Suara juruhebah itu kurang ___________


A jelas C kasar
B gopoh D kuat

7 Ibu menggunakan pisau yang ____________ untuk menghiris bawang merah itu.
A tajam C panjang
B runcing D licik

8 “Walaupun buku itu sangat ___________ tetapi isinya kurang padat,” kata Afiq
kepada Tarmizi.
A kusam C panjang
B tebal D using

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9 Chris, Rebecca dan Aswadi berlatih menyanyi sambil ________ alat muzik untuk
menyertai Pertandingan Bincang Kecil di sekolahnya.
A bermain C memainkan
B permainan D memetik

10 Maslinda membeli sebatang pensel, dua naskhah buku latihan, _________ enam
helai kertas warna di koperasi sekolahnya.
A untuk C atau
B lalu D dan

11 Cikgu Khafizul ditugaskan mengajar di kawasan __________ Sabah mulai tahun


hadapan.
A kedalaman C pendalaman
B pedalaman D didalami

Lihat halaman sebelah


SULIT

12 Zuhairi ingin memenangi Pertandingan Nyanyian Lagu Asli. _____________, dia


berlatih bersungguh-sungguh setiap hari.
A Sungguhpun C Oleh itu
B Meskipun D Sedemikian

13 Lee Choong mendapat tempat ___________ dalam pertandingan kuiz sains itu.
A berdua C kedua
B dua-dua D kedua-kedua

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


14 Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi
A Saya tidak dengarlah
B Saya tidak boleh bercakap
C Saya bercakap dengan kamu tadi
D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


15 “Saya tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi,” kata Ida kepada Nurul.
A Ida memberitahu Nurul bahawa dia tidak mahu mengingati peristiwa itu
lagi.
B Nurul memberitahu bahawa Ida tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi.
C Ida memberitahu bahawa Nurul tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi.
D Ida memberitahu saya bahawa Nurul tidak mahu mengingati peristiwa itu
lagi.
Pilih ayat yang betul

16 A Adik memberikan sisa makanan itu ke kucing.


B Jarak antara rumah Faizuddin ke pejabatnya ialah dua kilometer.
C Buku novel yang baru dibeli oleh Fariza di pesta buku semalam ada pada
Adila.
D Banglo using terhadap tepi jalan itu sungguh menyeramkan terutamanya
pada waktu malam.

Lihat halaman sebelah


SULIT

17 A Timun ini enak dimakan bersama tomato sos


B Setengah-setengah murid suka membaca buku pada waktu rehat.
C Rombongan itu bukan dari Kuala Lumpur.
D Aiman memberi susu itu ke kucing kesayangannya

Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Ia
juga mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.

Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D.
Vitamin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, dan penyakit barah.

Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak
besar.Telur Omega ini juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan
perkembangan otak, sistem saraf dan tisu-tisu mata ( retina ).

Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih
mahal sedikit tetapi ia amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini,
orang ramai sudah mula mementingkan pemakanan sihat dan seimbang.

Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan untuk


menjamin kesihatan yang lebih baik.

18 Apakah kelebihan telur Omega 3?

A kerana saiznya
B kerana harganya mahal
C kerana kuantitinya banyak
D kerana ia mempunyai banyak khasiat
19 Telur merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan.
A serat
B protein
C mineral
D karbohidrat

Lihat halaman sebelah


SULIT

20 Apakah akibat jika kandungan kolesterol yang tinggi dalam


makanan kepada tubuh badan kita ?

A tulang kita mudah reput


B badan kita menjadi lemah
C sering mengalami sakit kepala
D mudah mendapat pelbagai penyakit

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

Ketika Sementara atau dan


Walaupun yang setelah dalam

Pada minggu lepas, Safwan menyambut hari lahirnya ______________ ke-10.


Ibunya telah memasak sebiji kek. _______________ menunggu kek masak, ibu
_____________ kakaknya menghias rumah. Ayahnya pula menghadiahkan Safwan
seutas jam tangan yang dibelinya ________________ melancong ke China.

[ 4 markah ]

Lihat halaman sebelah


SULIT

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Jawapan : Tayar-tayar buruk yang dibuang sesuka hati menjadi salah satu punca
peningkatan kes demam denggi.
[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
[ 2 markah ]

Lihat halaman sebelah


SULIT

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


________________________________________________________________
________________________________________________________________

[ 2 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah
Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah.
Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan kemalangan di sekolah?
Pertama sekali, murid perlu mematuhi peraturan di dalam bilik darjah.
Peraturan ini dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Murid perlu
menghindarkan diri daripada berlari, bertolak-tolakan, atau bergaduh di dalam
bilik darjah.
Sementara itu, setiap murid perlu berhati-hati ketika menggunakan
peralatan semasa mengikuti pembelajaran di dalam bilik khas atau di makmal.
Mereka tidak sepatutnya bermain peralatan yang membahayakan diri sendiri dan
rakan-rakan.

Lihat halaman sebelah


SULIT

Sementara itu, murid-murid perlu mengamalkan sikap sopan dan bertolak


ansur semasa berada di kawasan kantin. Jika mereka menunjukkan sikap
tersebut, sudah tentu sesuatu perkara yang tidak diingini akan dapat dihindari.
Akhir sekali, murid-murid perlu menjauhkan diri daripada berada di
kawasan yang sunyi. Contohnya, di belakang bangunan. Murid-murid sepatutnya
berada di kawasan yang lebih terbuka seperti pondok bacaan atau di kawasan
tapak perhimpunan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab menjaga keselamatan
diri masing-masing. Jika perkara ini dapat dilaksanakan sudah tentu murid dan
warga sekolah akan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

a. Murid mesti mengikut peratauran sekolah


kerana________________________________________________________
_____________________________________________________________
[ 1 markah ]

b. Apakah perkara yang perlu dijauhi oleh murid semasa berada di dalam bilik
darjah?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Murid-murid perlu menitikberatkan keselamatan


diri di sekolah.

Peraturan yang diikuti oleh murid di dalam bilik


darjah menyebabkan murid tidak berdisiplin. Betul

Salah
Sikap sopan dan bertolak ansur semasa di kantin
dapat menghindarkan murid daripada melakukan
perkara yang tidak diingini. Lihat halaman sebelah
sesuai sebagai tempat pembacaan untuk murid-
murid.

SULIT

[ 2 markah ]

Soalan 24

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, manusia menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan.


Mereka mula menyusuri sungai dengan menggunakan batang kayu yang besar. Mereka
akan duduk di atas batang kayu tersebut lalu mendayung dengan menggunakan kaki.
Hal ini kerana, pada ketika itu manusia belum terdedah dengan perkembangan
teknologi.

Manusia berubah mengikut peredaran zaman. Daripada menggunakan batang


kayu, manusia bertukar menggunakan rakit. Justeru, alat perhubungan pun turut
diperbahurui. Mereka menebang bulu untuk dibuat rakit. Besar atau kecil sesebuah rakit
bergantung kepada tujuan penggunaannya.

Apabila semakin maju, manusia mereka cipta pengangkutan yang lebih baik
berbanding rakit, iaitu sampan. Dengan menggunakan sampan, pergerakan manusia ke
sesebuah destinasi menjadi lebih pantas. Namun begitu, perkembangan teknologi
menyebabkan sistem pengangkutan air mengalami transformasi. Jadi, manusia telah
menggunakan ilmu sains dan teknologi untuk mereka pengangkutan air yang lebih
canggih seperti bot, feri, dan kapal selam.

a. Perkataan zaman dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

Lihat halaman sebelah


SULIT

__________________
[ 1 markah ]
b. Apakah alat pengangkutan yang digunakan oleh manusia sebelum rakit dicipta?
________________________________________________________________
________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Mengapakah sistem pengangkutan air semakin mengalami transformasi


________________________________________________________________
________________________________________________________________
[ 2 markah ]
d. Mengapakah manusia pada zaman dahulu menggunakan sungai sebagai jalan
perhubungan?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca pantun di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tanam balik buah peria,


Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,

Lihat halaman sebelah


SULIT

Buat jahat jangan sekali.

Hangus bertih berwarna merah,


Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah,
Kelak terbang ke bunga lain.

Anak cina membawa surat,


Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggang helang,


Jatuh ke lubuk Inderagiri;
Jikalau berdagang di rantau orang,
Baik-baik membawa diri.

Gelang emas di dalam baling,


Gelang dari pedagang Burma;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?


______________________________________________________________
______________________________________________________________
[ 2 markah ]
b. Apakah yang harus kita lakukan jika pergi ke tempat orang?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[ 1 markah ]

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang


salah berdasarkan pantun tersebut.

Ibu dan ayah tidak patut dimarahi


Adat tidak diutamakan dalam hidup
[ 1 markah ]

Lihat halaman sebelah


SULIT

Harimau mati meninggalkan belang,

Manusia mati meninggalkan nama.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
[ 1 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

___________________ _________________ _________________


(ARDY RECHIE APANG) ( ) (
)

Lihat halaman sebelah

You might also like