You are on page 1of 13

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Mohd Fuad, Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya.
______________ mula bertugas di sekolah itu sejak dua tahun yang lalu.

A Kalian
B Beliau
C Baginda
D Mereka

2 Teratak usang keluarga _______________terletak di hujung Kampung Ulu


Bendul, jelas Hang Deraman kepada Pandak Mat Aris.

A beta
B patik
C hamba
D tuanku

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diamalkan oleh


penenun-penenun songket terutamanya di Terengganu.

A menekat
B menenun
C menyulam
D menganyam

4 Kain Sutera Tenun Terengganu ini amat ________ buatannya dan agak
mahal harganya, kata pemandu pelancong itu kepada kami.

A licin
B gebu
C halus
D empu
k

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Mak Cik Siti menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut
sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

A bilah
B berkas
C batang
D rumpun

6 Pengurus Projek Pan Borneo sedang memantau kerja-kerja pembinaan di


tapak projek itu.
Pilih perkataan seerti bagi memantau

A memerhati
B menjeling
C mengkaji
D memintas

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.


7 Albert Lee belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh
kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.

A tekun
B cakna
C bernas
D hikmah

8 Pokok rambutan gading di dusun Pak Cik Abu ____________ hingga


mencecah tanah kerana buahnya yang sungguh lebat.

A meluyut
B melabuh
C merimbun
D merendang

9 Beberapa orang _____________ tahun akhir di Universiti Kebangsaan


Malaysia itu terlibat dalam program khidmat masyarakat yang diadakan
di Kampung Layau.

A seniman
B mahasiswa
C siswazah
D sasterawan
1 Semua murid _________________ berjaya dalam peperiksaan jika belajar
0 bersungguh-sungguh.
A belum
B telah
1 _____________________
C boleh Galeri Seni dan Budaya yang baharu dibina di
1 Bandar Putra itu berkonsepkan seni bina Minangkabau.
D hendak
1 lima
Harga barang-barang di kedai runcit itu mahal dan ________________
A Kaki
2 pula.
B Paras rupa
C Susun aturA tangkai jering
B mulut tempayan
D Reka bentuk
C paku belanda
D rambang mata

13 Upacara _____________ Raja Abdullah sebagai sultan di negeri itu


dijalankan
selepas kemangkatan ayahanda baginda.

A pemilihan
B pelantikan
C pertabalan
D pencalonan

Soalan 14

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

14 Berapakah jumlah kacang yang terdapat di dalam balang plastik itu?

A Bilangan kacang di dalam balang plastik itu akan saya hitung.


B Ya, jumlah kacang di dalam balang plastik ini ialah 1234 biji ke
semuanya.
C Jawapan saya sama seperti saudara katakan sebentar tadi iaitu
jumlahnya lebih kurang 1234 biji.
D Besar kemungkinan beliau telah memasukkan beribu-ribu biji kacang
ke
dalam balang plastik itu.

Soalan 15
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
15 IIbu memeram pisang itu sehingga masak.
IIIbu ayam itu sedang memeram telur di dalam reban.
IIIAnak gadisnya itu asyik memeram di dalam rumah sahaja.
Sudah bertahun-tahun lamanya Aisyah memeram perasaan sedih
IV
itu.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Pilih ayat yang betul.

1 A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebentuk pingat keberanian.


6
B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada
hari ini.
C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-
membantu.
D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang
lumayan.

Soalan 17 hinggaSoalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Merokok memudaratkan kesihatan. Tabiat merokok dapat menyebabkan
pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kanser paru-paru dan
strok. Namun begitu, masih ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.
Mereka memandang ringan akan bahaya rokok.

Langkah menangani gejala merokok dalam kalangan generasi muda


harus bermula dari rumah. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menunjukkan teladan
yang baik kepada anak-anak. Jangan sesekali merokok di hadapan mereka. Hal
ini demikian kerana setiap tindakan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada
anak-anak. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Pihak sekolah juga perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam


menangani gejala merokok. Misalnya, pihak sekolah perlu memperketat
peraturan yang sedia ada. Murid-murid yang merokok di dalam kawasan
sekolah perlu dikenakan tindakan yang lebih keras. Dengan itu, mereka akan
berasa serik untuk mengulangi perbuatan yang sama.
Seterusnya, kerajaan perlu memainkan peranan yang serius dalam usaha
menangani gejala merokok. Kempen-kempen seperti kempen Tak Nak Rokok
dan Hari Tanpa Rokok perlu diadakan dengan lebih kerap dan secara
berterusan. Kerajaan juga perlu mengurangkan jumlah eksport dan import
tembakau. Langkah ini menyukarkan lagi syarikat pengeluar untuk
menghasilkan rokok.

Tabiat merokok hanya membazirkan wang ringgit dan menjejaskan


kesihatan. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk menangani
gejala merokok dalam kalangan generasi muda.

1 Rangkai kata memandang ringan bermaksud


1
7 Mengapakah ibu bapa dilarang merokok di hadapan anak-anak?
8 A membuat ramalan sendiri. kempen anti rokok ialah
1 Pihak yang perlu memperbanyak
9 A Perbuatan tersebut tidak disukai oleh anak-anak.
B menganggap tidak penting.
B
A Setiap
C menilaitindakan ibu bapa mencerminkan keperibadian mereka.
secara terburu-buru.
kerajaan.
C
B Setiap
D melihattindakan
ibu bapa. ibu bapalalu.
secara sepintas akan menjadi ikutan kepada anak-anak.
D
C Perbuatan
murid-murid.tersebut menyebabkan anak-anak hilang rasa hormat
2 terhadap
Antara ibu bapa.
tindakan
D pihak sekolah. yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk
0 menangani gejala merokok ialah
A memperketat peraturan yang sedia ada.
B menjalankan operasi pemeriksaan beg sekolah.
C menasihati murid-murid supaya tidak merokok.
D melarang murid-murid merokok di dalam kawasan sekolah.
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberi.

berlabu
membantu berjumpa mendarat
h
menyimpa bergera menungg
berbincang
n k u

Rozita dan keluarganya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor


Bahru. Mereka sedang _____________ kepulangan abangya, Zulkifli. Mereka
berada di situ sejak pukul sembilan pagi tadi. Baru setengah jam berlalu, Rozita
sudah gelisah. Dia tidak sabar-sabar hendak ____________ dengan abangnya.
Kapal terbang yang dinaiki Zulkifli dijadualkan ____________ pada pukul
11.00 pagi. Rozita merasakan masa terlalu lambat _____________. Rindunya
terasa membuak-buak kerana sudah dua tahun dia tidak berjumpa dengan
Zulkifli. Walaupun mereka selalu bersembang melalui internet, keadaannya
tidak sama jika berbual secara berhadapan.

[4 markah]

Soalan 22

a. Garisi kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1) Fattah dan rakan-rakannya berasa bangga kerana memenangi


perlawanan
bola sepak.
2) Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan tempat tinggal
yang
selesa untuk anak- anak mereka.
[2
markah]
b. Tandakan ( / ) pada ayat yang betul atau ( x ) pada ayat yang salah.

1) Murid lelaki itulah yang paling terpandai di sekolah kami. (


)
2) Zulaikha kelihatan gembira sekali setelah menerima hadiah (
)
daripada ibu bapanya.
[2
markah]

c. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang disediakan.

Ayat Tanya : __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Jawapan : Sambutan murid terhadap acara-acara yang diadakan sepanjang


Minggu Bahasa
Melayu tersebut baik sekali.
[2
markah]

d. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

[2 markah]

Soalan 23
Baca petikan dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kak Saleha : Wah, asyik sungguh Zetty menggunakan komputer! Langsung


tidak sedar kakak datang.
Zetty : Eh, Kak Saleha! Sebenarnya Zetty ingin membuat turun aplikasi
permainan komputer dari Internet tetapi tidak tahu
caranya. Bolehkah Kak Saleha bantu Zetty?
Kak Saleha : Zetty, jangan memuat turun sebarangan aplikasi dari Internet
dengan sesuka
hati. Bahaya jika tersalah langkah, komputer kita akan diserang
virus.
Sebaiknya, Zetty melayari internet dengan bijak
Zetty : Bagaimana?
Kak Saleha : Pertama sekali, Zetty perlu meminta izin daripada ibu bapa.
Semasa melayari Internet, fikir dahulu sebelum klik
mana-mana laman sesawang. Pilih laman
yang bermanfaat sahaja. Jangan dedahkan maklumat peribadi
dengan mudah.
Kita kena berhati-hati supaya tidak ada pihak yang
menyalahgunakan data
peribadi kita.

1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Zetty ketika Kak Saleha datang?
__________________________________________________________________________
[1 markah]

2. Apakah akibatnya jika Zetty memuat turun sebarang aplikasi dari Internet
dengan sesuka hati?

________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[2 markah]

3. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir sebelum klik sesuatu
laman sesawang?

________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 24
Teliti carta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

pembelajaran
Pendidikan didedahkan kempen
alam sejak risalah
sekitar bangku
sekolah

tanggalkan plug
Cara-cara wayar daripada soket
mengatasi usaha dilakukan elakkan pembakaran
pemanasan Kesedaran oleh sekolah, terbuka
global diri masyarakat dan penanaman pokok
negara
Penguatkuasaan denda atau saman
undang-undang tindakan mengawal
undang- pengeluaran lesen
undang pembalakan
yang tegas

a. Bilakah pendidikan alam sekitar perlu diajarkan ?

____________________________________________________________________________
[1 markah]

b. Berikan satu contoh penguatkuasaan undang-undang penjagaan alam


sekitar ?

___________________________________________________________________________
[1
markah]

c. Apakah sikap kesedaran diri yang perlu wujud dalam mengatasi pemanasan
global ?

___________________________________________________________________________
[1 markah]

d. Pada pendapat kamu, mengapakah aktiviti penanaman pokok dapat


mengatasi masalah
pemanasan global ?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Fahmi tergesa-gesa ke bilik atas untuk menukar pakaian. Kemudian, dia


menuruni anak-anak tangga dengan agak pantas. Dia berasa amat bersalah
kerana terlupa akan janjinya dengan Datuk Salman dan Tauke Chong. Entah
mengapa pula janji itu berada diluar ingatannya pagi itu.

Fahmi membuka pintu kereta dengan pantas dan melompat masuk. Dia
terus menghidupan enjin tanpa menoleh-noleh lagi. Dia mengundurkan
keretanya dengan pantas sambil menjeling jarum jam tangannya.

Fahmi terasa keretanya terhenjut, melanggar sesuatu benda. Lalu jeritan


nyaring terdengar memecahkan gegendang telinga. Bulu roma Fahmi
meremang dan darah terasa melonjak. Dia terdengar jeritan yang memilukan
lalu melompat keluar dari keretanya. Sekujur tubuh montok tersadai di tepi
longkang. Dia merangkul tubuh anak perempuannya yang mengerang
kesakitan.

Di kepala anak perempuannya itu mengalir darah membasahi baju


Fahmi. Fahmi berasa kaku. Wajah anaknya itu tidak dapat dilihatnya lagi
dengan jelas. Darah semakin banyak mengalir dari hidung anaknya. Tiba-tiba
mulut anaknya itu terbuka perlahan-lahan. Sebentar kemudian, Amalina dan
Mak Cik Rokiah menerpa ke arah mereka. Namun, tubuh anak perempuannya
sudah sejuk dan kaku. Air mata mula menitis di pipi Fahmi. Fahmi terpaut pada
bola getah di tepi longkang yang baru dibelinya petang semalam sebagai
hadiah sempena hadiah hari lahir anak perempuannya yang berusia 3 tahun
itu.

a. Perkataan meremang dalam petikan boleh juga digantikan dengan


perkataan

___________________________________________________________________________

[1 markah]

b. Mengapakah wajah anak perempuannya tidak dapat dilihat dengan jelas?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2
markah]

c. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi


mengelakkan perkara
seperti ini berulang ?

__________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like