You are on page 1of 10

SMK SEMERAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


TINGKATAN DUA 2021

BAHASA MELAYU
1 JAM 30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi TIGA BAHAGIAN.


2. Jawab semua soalan.

Ruangan Pemeriksa:

Bahagian Markah Penuh Markah diperoleh

BAHAGIAN A 25
BAHAGIAN B 10
BAHAGIAN C 15
JUMLAH 50

NAMA MURID: _______________________________________________

KELAS: __________________

Disediakan Oleh; Disemak Oleh; Disahkan Oleh;

PN. NURUL WAHIDA PN. HASIKIN PN. HANIDAH


BINTI WAHAB BINT1 DZUL FAKAR BINTI A. SHUKOR
(GURU M/P B. MELAYU) (KP MEN. REN. (GKMP BAHASA)
BAHASA MELAYU)

1
Bahagian A: Aneka Pilihan
[25 markah]

Arahan: Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga 5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Tolong sampaikan salam _________________ kepada Cikgu Ramlan,” kata Ammar dan
Umairah kepada anak Cikgu Ramlan.
A kita
B saya
C kami
D kalian

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Anak kambing itu tidak henti-henti _______________ sejak terpisah daripada ibunya.
A mengiau
B menguak
C memekak
D mengembek

3. Encik Kumaran sentiasa ______________ penggunaan telefon bimbit oleh anak-anaknya


demi mengelakkan mereka mengalami masalah ketagihan telefon bimbit.

A menjaga
B memantau
C menyelidik
D menganalisis

4. Saya akan menelefon kamu ______________ saya tiba di stesen bas.

A sebab
B kerana
C bila
D apabila

2
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Baju kemeja yang baru dibeli oleh Puan Mahani untuk suaminya sudah _____________
jahitannya.

A retak
B retas
C robek
D rapuh

Soalan 6 hingga 9

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

6. Perasaan cinta akan negara haruslah dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
A B C
Tiada kesalahan
D

7. Kasut yang baru dibeli oleh ayah itu adalah kasut kulit berjenama antarabangsa.
A B C
Tiada kesalahan.
D

8. Para pengguna dinasihatkan agar meneliti maklumat pada produk makanan yang
A B C
dijual. Tiada kesalahan.
D

9. Kita digalakkan agar membeli barangan pembuatan Malaysia untuk mengelakkan


A B C
pembaziran. Tiada kesalahan.
D

3
Soalan 10 hingga 11

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

10. I Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan.

II Tudung yang dipakai oleh adik padan sungguh dengan warna kulitnya.

III Perangai gadis itu sangat teruk, tidak padan dengan wajahnya yang cantik.

IV Paras air di sungai itu padan dengan hujan yang turun selama dua jam.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

11. I Hari lahir adik saya yang keenam jatuh pada 28 September ini.

II Syamsul sudah jatuh hati dengan rakan sekerjanya.

III Projek perumahan yang bernilai jutaan ringgit itu jatuh ke tangan Syarikat Bina
Maju Berhad.

IV Rumah saya telah dinaiki air kerana hujan jatuh tanpa henti semalam.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 12 hingga 13

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

12. Penyelia kilang itu sedang menjelaskan tentang proses kerja yang perlu dilakukan oleh para
pekerjanya.

A penjelasan proses kerja


B menjelaskan proses kerja
C penjelasan tentang proses kerja
D menjelaskan tentang proses kerja

13. Kontraktor itu mempercepat kerja-kerja membaik pulih jambatan yang runtuh.

A mempercepatkan kerja-kerja membaikpulihkan


B mempercepatkan kerja-kerja baik pulih
C mempercepat kerja-kerja membaik pulihkan
D mempercepat kerja-kerja membaik pulih

4
Soalan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.
14. I Semua murid-murid dilarang merokok di kawasan sekolah.

II Kemelesetan ekonomi menyebabkan beribu pekerja kilang terpaksa diberhentikan


secara berperingkat.

III Segenap lapisan masyarakat diingatkan berbelanja secara berhemah.

IV Pelbagai jenis cenderamata dijual di kedai itu.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 15
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

15. Pihak sekolah telah mengadakan program Jom ke Sekolah untuk menarik minat
murid datang awal ke sekolah pada setiap hari.

A Program Jom ke Sekolah merupakan langkah awal yang dianjurkan oleh pihak sekolah
demi menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

B Untuk menarik pihak sekolah datang awal ke sekolah pada setiap hari, program Jom
ke Sekolah telah dianjurkan.

C Program Jom ke Sekolah telah diadakan oleh pihak sekolah untuk memastikan murid
murid datang awal ke sekolah pada setiap hari.

D Murid datang awal ke sekolah pada setiap hari apabila pihak sekolah mengadakan
program Jom ke Sekolah.

Soalan 16
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

16. Puan Julia seorang yang sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
pengurus pemasaran. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga tugasannya
dapat diselesaikan dengan jayanya.
Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa

A biar senget, jangan tertiarap


B biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
D genggam bara api biar sampai jadi arang

5
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
PENDAKWA RAYA : Bulat bin Leper, adakah pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi
kamu berada di Taman Gagak Putih?

TERTUDUH 1 : Ya, benar tuan.

PENDAKWA RAYA : Dan pada waktu yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang dan
membuang
kulitnya?

TERTUDUH 1 : Ya, benar tuan.

PENDAKWA RAYA : Dan dalam waktu yang tersebut itu, seorang nenek yang sedang berjoging telah
terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu tergelincir dan jatuh. Kejadian itu
menyebabkan pinggangnya patah dan dia mati dalam perjalanan ke hospital.

Adakah kamu mengaku bahawa kenyataan ini benar?

TERTUDUH 1 : Kenyataan itu tidak benar, tuan.

(Dipetik daripada drama “Mahkamah”, Antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)
17. Di manakah tertuduh berada pada 10 Januari 1988 antara pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi?

A Tepi jalan
B Taman rekreasi
C Tepi tong sampah
D Taman Gagak Putih

18. Apakah perwatakan yang ada pada watak Tertuduh 1?

A Seorang yang pasrah


B Seorang yang penakut
C Seorang yang tiada kesedaran sivik
D Seorang yang bertindak terburu-buru

19. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama “Mahkamah”tersebut.

A Keberanian dan kasih sayang


B Keikhlasan dan bekerjasama
C Kesungguhan dan ketelitian
D Kejujuran dan hormat-menghormati

20. Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak mengambil berat isu
penjagaan alam sekitar?

A Menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak seperti membuang sampah ke


dalam tong sampah.
B Memastikan anak-anak menjaga kebersihan di kawasan kediaman sahaja.
C Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak membuang sampah di tempat yang
betul.
D Menakutkan anak-anak tentang akibat tidak menjaga kebersihan.

6
Soalan 21 hingga 25
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.

21. Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.
A Bagai tanduk diberkas
B Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

22. Orang yang tidak pandai membaiki sesuatu benda, tetapi cuba membaiki hingga benda
itu menjadi rosak.
A Seperti tikus membaiki labu
B Kalah jadi abu menang jadi arang

23. Kita perlulah pandai membawa diri dan menyesuaikan diri apabila berada di tempat
orang.
A Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
B Enau dalam belukar melepaskan, pucuk masing-masing

24. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi jika tidak mahu anak-anak
menimbulkan masalah apabila mereka dewasa nanti.
A Sekali air bah, sekali pantai berubah
B Melentur buluh biarlah dari rebungnya

25. Kita janganlah menjadi orang yang asyik mengikut kata orang lain tanpa membuat
pertimbangan terlebih dahulu.
A Seperti kerbau dicucuk hidung
B Sambil menyelam minum air

7
Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pisahkan ayat majmuk di bawah
supaya menjadi dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan.

i. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa sesetengah negara Asia


memiliki rangkaian jangkitan SARS dalam kalangan penduduk tempatan.

a) __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
b) __________________________________________________________________
__________________________________________________________________

ii. Pengurus harta itu melarikan diri setelah mengutip wang penyelenggaraan daripada
penghuni perumahan bertingkat di sekitar Pulau Pinang.

a) __________________________________________________________________
b) __________________________________________________________________
__________________________________________________________________

iii. Aiskrim goreng keluaran syarikat itu kelihatan rangup di luar tetapi sejuk di dalam.

a) __________________________________________________________________
b) __________________________________________________________________

iv. Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila menemukan sejumlah bahan letupan di
kawasan semak berhampiran dengan lebuh raya.

a) __________________________________________________________________
b) __________________________________________________________________
__________________________________________________________________

v. Anda akan memperoleh keuntungan yang lebih banyak pada usia tua sekiranya anda
melabur pada usia muda.

a) __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
b) __________________________________________________________________

8
Bahagian C: Ringkasan
[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kesan-kesan ketagihan Facebook. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Facebook sememangnya membawa ketagihan kepada


penggunanya.
Daripada kaji selidik yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan
menghabiskan masa terlalu lama melayari laman sosial tersebut sehingga mereka tidak
gembira dengan kehidupan mereka. Menurut kaji selidik yang dijalankan itu, pengguna yang
mula membuka komputer akan terus ke laman sosial tersebut. Golongan yang berpendapatan
dan berpendidikan rendah ialah golongan yang didapati berisiko tinggi mengalami ketagihan
itu. Sebahagian responden merasakan bahawa kehidupan yang dikecapi oleh mereka selama
ini telah diambil alih oleh Facebook. Banyak masa yang diluangkan hanya untuk Facebook
sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain. Daripada kaji selidik yang
dibuat secara rawak itu, 85 peratus daripada mereka mengakui bahawa mereka menggunakan
Facebook setiap hari. Sebahagian daripada mereka pula akan membuka laman sosial tersebut
terlebih dahulu berbanding dengan laman sosial yang lain sama ada menggunakan komputer
atau alat telekomunikasi yang lain.
Di Malaysia, ketagihan terhadap Facebook juga dilihat sama tahapnya dengan
pengguna-pengguna lain di luar negara. Pengguna Facebook di Malaysia banyak
menghabiskan masa di fanpage serta group dengan membaca status, menonton video,
membalas komen serta bersembang dan mereka sanggup menghabiskan masa seharian di
depan komputer. Perkara lain yang lebih membimbangkan adalah apabila kaum ibu di Malaysia
leka dengan Facebook sehingga mereka mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
Mereka yang ketagihan Facebook juga mengalami masalah semasa bekerja. Tumpuan
mereka beralih kepada Facebook dan tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pekerjaan.
Oleh sebab itu, terdapat majikan yang melarang para pekerja menggunakan telefon bimbit
sewaktu bertugas kerana tidak mahu kualiti kerja para pekerjanya terjejas.
Pengguna Facebook di negara kita gemar berkongsi sestiap aktiviti yang dilakukan,
berkongsi gambar sewaktu percutian dan berkongsi kebahagiaan mereka dengan pasangan
masing-masing. Lebih malang lagi apabila ada yang sengaja menayangkan kemewahan diri
dan perbuatan ini boleh mengundang masalah jenayah seperti rompakan, penculikan pecah
rumah dan sebagainya.
Oleh itu, janganlah kita menjadikan laman sosial ini sebagai keutamaan. Masa yang
diperuntukkan dalam penggunaan Facebook hendaklah dikawal supaya tidak berlaku
pembaziran masa.

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada “Facebook Membawa Ketagihan”


Oleh Rudin Salleh, www.marilayar.blogspot.com)

9
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

SOALAN TAMAT

10

You might also like