You are on page 1of 10

Kertas 1 Bahagian A

( 20 markah )

Soalan 1 hingga 4
Lengkapkan ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sejak kecil Kim Wei sememangnya rajin belajar. _______________ sekarang belajar
dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.

A Dia C Engkau
B Awak D Mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Nenek sedang ___________ air di atas tungku dapur kayu.

A mereneh C memasak
B menanak D menjerang

3. Pemakaian artis lelaki itu yang segak, ____________ , dan bergaya menyebabkan dia
menjadi contoh dalam kalangan artis yang lain.

A kemas C anggun
B mahal D menawan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Ismail memotong rumput _________ mesin pemotong rumput yang baru dibelinya.

A kepada C dengan
B tentang D terhadap
Soalan 5 dan Soalan 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

5. Cikgu Fauzi meminta anak muridnya mencari maksud berapa frasa berpandukan
A B C
Kamus Dewan. Tiada kesalahan.
D

6. Jumlah kerugian akibat kebakaran yang membabitkan sebuah pusat beli-belah di

bandar
A B
ini kelmarin ditaksirkan bernilai berjuta-juta ringgit. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 hingga 8
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Pihak berkuasa sentiasa melancarkan operasi mencegah lumba haram.

II Motosikal berkuasa tinggi itu amat mahal harganya.
III Selain bahasa Melayu, pelajar perlu berkuasa dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
IV Ibu bapa berkuasa besar dalam memastikan kejayaan anak-anak mereka.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

8. I Encik Azahari membaca surat khabar sementara menunggu isterinya

memasak.
II Buatlah kerja sekolah kamu sementara masih ada waktu.
III Sebelum ditawarkan sebagai pengurus kewangan, pemuda itu hanyalah
pekerja sementara di syarikat tersebut.
IV Rajesh pergi ke rumah rakannya sementara kerana ada hal yang hendak
dibincangkan

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja

B III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 9 dan 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut itu mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan .

9. Pengetua sekolah akan membincangkan tentang perkara-perkara lain yang berkaitan

dengan disiplin murid dalam mesyuarat guru.
A berbincang tentang lain-lain perkara
B berbincang tentang perkara-perkara lain
C membincangkan tentang lain-lain perkara
D membincangkan tentang perkara-perkara lain
10. Berbagai cara telah dilakukan oleh pembuat kek untuk melariskan jualan kek mereka.
A Berbagai-bagai acara telah dilakukan
B Berbagai-bagai cara telah dilakukan
C Pelbagai-bagai cara telah dilakukan
D Berbagai cara telah dilakukan

Soalan 11 dan 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11 I Bawang putih itu telah dimayang oleh saya untuk ditumis.

II Di hari cuti, ramai pengunjung berkelah di Pantai Hiburan Rompin.
III Ketam yang digunakan oleh tukang kayu itu diperbuat daripada kayu cengal
IV Encik Halil menghadiahi isterinya sebentuk cincin berlian sempena ulang
tahun perkahwinan mereka.

A I dan II sahaja.
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

12 I Tanah di hujung kampung itu bukan milik datuk saya.

II Ayam goreng berempah yang kami makan di gerai itu amat enak sekali.
III Encik Herry membawa keluarganya makan malam di Restoran Aminah
Tomyam.
IV Ani Hazrina duduk antara Kamal Hazli dengan Siew Fong sewaktu
mendengar taklimat PT3

A I dan II sahaja.
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal

13. Kawasan pelancongan merupakan tempat yang paling sesuai bagi seseorang
mencari ketenangan dan beristirahat.

A Destinasi pelancongan sesuai bagi orang yang suka merehatkan diri daripada
suasana tenang dan sepi.
B Ketenangan dan kesunyian destinasi pelancongan membolehkan kita berehat
dengan tenang.
C Untuk mendapatkan ketenangan fikiran sambil berehat, seseorang mesti
mencari destinasi pelancongan.
D Tempat yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja menenangkan fikiran dan
merehatkan badan ialah destinasi pelancongan.
Soalan 14 dan 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan berikut.

14. Pepatah di bawah menyatakan kepentingan budi dalam kehidupan kecuali

A hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
B bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
C hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
D harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah ini

15 Peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut ialah

A Ada gula ada semut
B Mati semut kerana gula
C Naik seperti semut turun seperti ribut
D Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

PENDAKWA RAYA : Bulat bin Leper, adakah pada 10 Januari 1988, antara jam 8:00 hingga
9:00 kamu berada di Taman Gagak Putih?

TERTUDUH 1 : Ya, benar tuan.

PENDAKWA RAYA : Dan pada waktu yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang dan
membuang kulitnya?

TERTUDUH 1 : Ya, benar sekali tuan.

PENDAKWA RAYA : Dan dalam waktu yang tersebut itu, seorang nenek yang sedang berjoging
telah terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu tergelincir dan jatuh.
Kejadian itu menyebabkan pinggangnya patah dan dia mati dalam
perjalanan ke hospital.

PENDAKWA RAYA : Adakah kamu mengaku bahawa kenyataan ini benar?

TERTUDUH 1 : Kenyataan itu tidak benar, tuan.

(Dipetik daripada drama “Mahkamah”, Antologi Baik Budi, Indah Bahasa,

Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)
16. Di manakah tertuduh berada pada 10 Januari 1988 antara pukul 8:00 pagi hingga 9:00
pagi.

A Tepi jalan
B Taman Rekreasi
C Tepi tong sampah
D Taman Gagak Putih

17. Apakah yang terjadi sebaik-baik sahaja nenek tua yang sedang berjoging terpijak kulit
pisang?

A Tergelincir dan jatuh

B Patah pinggang dan mati
C Tergelincir dan terduduk
D Tergelincir dan patah pinggang

18 Apakah perwatakan yang ada pada watak Tertuduh I?

A Seorang yang penakut

B Seorang yang adil menjalankan tugasnya
C Seorang yang berani mempertahankan pendiriannya
D Seorang yang terburu-buru ketika berhujah

19. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama “Mahkamah” tersebut

A Keberanian dan kasih sayang

B Keikhlasan dan kerjasama
C Kegigihan dan ketelitian
D Kejujuran dan ketegasan

20. Berikut merupakan kepentingan kesedaran sivik dalam diri seseorang kecuali…

A akan meningkatkan kes vandalisme dan gengsterisme

B mengelakkan seseorang melakukan perkara yang negatif
C akan sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara-perkara yang baik
D kehidupan masyarakat akan bertambah aman, makmur, sejahtera dan harmoni
Kertas 1 Bahagian B
( 25 markah )

1. A) Dalam iklan di bawah, terdapat dua kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin iklan itu semula.

PENGUMUMAN

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR PROGRAM

PENGAJIAN ASASI SENI KRAETIF, BERIKUT MERUPAKAN

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR BERTULIS

PROGRAM PENGAJIAN ASASI SENI
KREATIF SEMISTER 03, SESI AKADEMIK
2015/2016

SILA PASTIKAN SLIP PEPERIKSAAN TELAH DIAMBIL DI KAUNTER BAHAGIAN

HAL EHWAL AKADEMIK (HEA) UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN

11 JULAI 2016

(i) ______________________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________________

( 2 Markah )

B) Bina ayat menggunakan jenis ayat yang diberi.

(i) Ayat Tanya

________________________________________________________________________

(ii) Ayat Seru

_________________________________________________________________________

(iii) Ayat Perintah

_________________________________________________________________________

( 3 markah )
2. Baca bahan – bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan – soalan
yang berikutnya.

Bahan 1
Bahan 2
Kucari damai di sini
di tanah subur makmur dan merdeka “Abah tak kisah kalau kau sudah nekad
yang menyilau dan merdeka mahu jadi atlet. Barangkali itu juga suatu
antara realiti dan mimpi sumbangan kepada bangsa dan negara,”
membebat perasaan kehidupan ujar abah sebelum menyambung, “tapi
dengan sejarah persaudaraan kau peliharalah syariat dalam bersukan.
mengikat naluri kemanusiaan.
Syukur. Kini wasiat abah masih saya
pelihara. Janji itu masih saya genggam
Kucari damai di sini
erat. Sehingga sekarang, hanya saya satu-
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma satunya pemain lelaki Muslim yang
dengan kasih sayang menutup aurat di gelanggang pada
bersemadi di naluri. peringkat antarabangsa.

(dipetik daripada sajak Kucari Damai Disini, Antologi Baik Budi,Indah Bahasa, Tingkatan 2 Kementerian Pendidikan

Bahan 3

1. Berdasarkan bahan 2 dan bahan 3 di atas, nyatakan kaedah yang dapat dilakukan
untuk menunjukkan rasa cinta akan negara. ( 3 markah )
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam Bahan 1. ( 3 markah )

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________
3. Penduduk negara ini hendaklah mengawal diri demi perpaduan kaum.

Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan di Malaysia?

( 4 markah )
__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
tingkatan 2.

(i) Jalan Ke Puncak , karya Juri Durabi

(ii) Meniti Impian, Karya Osman Ayob
(iii) Jejak MONPUS, karya Zulaiha Paikon
(iv) Darah Titik di Semantan, karya Arman Sani

Latar masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam penghasilan

sesebuah novel.
Berikan tiga contoh peristiwa bagi menggambarkan latar masyarakat yang wajar
dicontohi dalam novel tersebut.
[10 markah]
_____________________________________________________________________

Bahagian C
( 15 Markah )

Anda dikehendaki menjawab soalan di bawah ini.

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
___________________________________________________________________________

You might also like