You are on page 1of 14

MODUL PdP

#LEARNING@HOME
BAHASA MELAYU TAHUN 6
TAHUN 2020
SIRI 2 – BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (BM011)
EDISI : MURID

Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
CAKNA PBD 2 011

MODUL PdP #LEARNING@HOME


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
TAHUN ENAM : (SIRI KEDUA - 2020)

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011


Tahun 2020
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Modul ‘MAS’ UPSR 2020 disediakan oleh:


1. Md. Ramli bin Sabran (JU HP)
2. Mohd Shariff bin Hashim (JU KU)
3. Shahrun Nizam bin Husain (JU UP)
4. Abu Bakar bin Pute Yah Yah (JU BP)
5. Muhammad Faez bin Mohammad Yusoff (JU BD)
6. Noor Haszwani binti Mohd Yusoff (JU K)
7. Nur Akmar binti Md. Arshad (JU LMS)
8. Suzana binti Abdul Rashid (JU KK)
9. Mardhiah binti Amamah (JU PT)
10. Nizam binti Baharuddin (JU KS)
11. Rosmah binti Akhomat (JU M)

Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 3 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 9
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Izuni : Ibu, boleh ________ tahu, ________ sarapan kita pada hari ini?
Ibu Izuni : Ibu menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk kita sekeluarga pada hari
ini, iaitu kek pisang.
A saya ... apakah
B kita ... berapakah
C mereka ... siapakah
D kami ... mengapakah

2 Encik Tarmizi tidak dapat membuat tindakan secara berkesan kerana mengalami tekanan
perasaan. Oleh itu, fikirannya berkecamuk dan hatinya sering ________.
A kucar-kacir
B kusut-masai
C kelam-kabut
D gundah-gulana

3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Kencana telah menjalankan
pelbagai aktiviti yang ________ menarik ________ sepanjang Program Sarana diadakan.
A amat ... sekali
B agak ... sangat
C cukup ... benar
D betul .... sungguh

4 Doktor Nurul Amira sedang ________ keadaan pesakit yang telah positif dijangkiti virus
Covid-19 dengan teliti setelah pulang dari luar negara.
A menguji
B mengkaji
C menyiasat
D memeriksa

5 Beberapa ________ penduduk Kampung Aman yang disyaki positif virus Covid-19 telah
dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh untuk diberikan rawatan selanjutnya.
A orang
B kawan
C pasukan
D gerombolan

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 4 011

6 Suara Amar dan Siew Mei yang ________ semasa mendendangkan lagu patriotik dan lagu
asli pada malam Karnival Bahasa Melayu itu telah memukau para penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Seorang pelukis muda yang berbakat telah ________ potret seorang pemuda di tepi sebuah
kaki lima.
A melakar
B mencipta
C mewarna
D menconteng

8 Penggunaan ________ yang tidak terkawal akan menyebabkan para pengguna berbelanja
secara boros.
A kad kredit
B kad penanda
C kad prabayar
D kad pengenalan

9 Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah telah ________ untuk merasmikan pembukaan
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.
A mencemar duli
B merafak sembah
C menjunjung kasih
D memohon perkenan

Soalan 10
Pilih peribahasa yang sesuai.
10 Penduduk desa itu ________ kerana sering bekerjasama melakukan aktiviti gotong-royong
bagi menjaga kebersihan desa tersebut.
A bagai api dalam sekam
B bagai aur dengan tebing
C bagai pinang dibelah dua
D bagai kacang lupakan kulit

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 5 011

11 Puan Salmah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan kerana beliau telah
dinaikkan pangkat baru-baru ini.
Pilih perkataan sinonim bagi berhijrah.
A beralih
B berangkat
C berpindah
D bertandang

12 Untuk mengelakkan daripada dijangkiti wabak Covid-19, seluruh penduduk Malaysia telah
dinasihatkan supaya sentiasa memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri.
Pilih perkataan antonim bagi mengelakkan.
A menular
B merebak
C menahan
D menyusur

13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Pengusaha inap desa itu sentiasa memberikan layanan yang sangat mesra dan baik kepada
sema pengunjung yang bercuti di situ.
A Siapakah yang dilayan oleh pengusaha inap desa itu?
B Bagaimanakah pengusaha inap desa itu menjaga hati pengunjungnya?
C Bilakah pengusaha inap desa itu membuat pengunjungnya berasa puas hati?
D Adakah pengunjung inap desa itu berpuas hati dengan layanan pengusaha tersebut?

Soalan 14
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14 I Adik terjatuh kerana tapak kasutnya sudah haus akibat sudah lama digunakan.
II Tubuh Pak Din semakin hari semakin haus kerana dia tidak lalu menjamah makanan.
III Akibat cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan, air tasik dan sungai itu menjadi
semakin haus.
IV Murid-murid itu membeli air di gerai berhadapan sekolah mereka kerana cuaca yang
panas telah menyebabkan mereka berasa sangat haus.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Nurain menjerit sekuat hati apabila melihat seekor tikus menuju ke arahnya.
A Tikus itu telah menyebabkan Nurain menjerit sekuat hatinya.
B Sementara tikus menuju ke arah Nurain, dia pun menjerit sekuat hati.
C Sebaik-baik sahaja tikus itu menuju ke arah Nurain, dia pun menjerit sekuat hati.
D Sebaik-baik sahaja ternampak tikus menuju ke arahnya, Nurain menjerit sekuat hati.

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 6 011

Soalan 16 dan 17
Pilih ayat yang betul.

16 A Lukisan-lukisan di dinding bangunan itu cantik-cantik belaka.


B Pekerja-pekerja itu sedang memperdalam longkang yang tersumbat.
C Oleh kerana terlalu penat, Encik Rizal tertidur di ruang tamu rumahnya.
D Cikgu Sharifah sedang berbual-bual mengenai temasya sukan itu kepada Cikgu Thana.

17 I Puan Nani amat rindu akan anak bongsunya yang bertugas sebagai doktor di Hospital
Sungai Buloh.
II Roslan mengambil masa selama satu setengah jam untuk menjawab soalan karangan
jenis syarahan itu.
III Seluruh bandar-bandar di negeri itu telah pun memasang bendera bersempena dengan
ulang tahun kemerdekaan negara.
IV Datuk Doktor Noor Hisham telah dinobatkan antara tiga orang doktor terbaik dalam
mengendalikan wabak Covid-19 di dunia.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RENCANA COVID-19 : PSIKOLOGI KANAK-KANAK TURUT TERKESAN

Lumrah kanak-kanak memang suka bermain, berseronok, ke sekolah dan meneroka pelbagai
perkara bersama-sama kawan mereka. Namun disebabkan krisis COVID-19 dan arahan PKP ini,
aktiviti harian mereka boleh dikatakan banyak berubah dan pergerakan menjadi terhad. Mungkin
ada ibu bapa yang tertanya-tanya sejauh mana keadaan ini boleh memberi kesan terhadap emosi
dan psikologi anak-anak mereka?
Menurut Pakar Psikologi di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti
Malaya (UM), Profesor Datin Doktorr Mariani Md. Nor, sikap kanak-kanak berbeza mengikut
peringkat umur. Menurut beliau, bagi kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun
tidak kira sama ada yang tinggal di rumah atau dihantar ke taska mugkin tidak terlalu terasa
perbezaan rutin harian mereka. Malahan, mereka mungkin lebih seronok dapat berada di rumah.
Namun berbeza bagi kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah dan di sekolah rendah.
Tempoh PKP ini lama-kelamaan akan membuatkan mereka berasa bosan dan gelisah akibat
terlalu lama terperuk di rumah. Ini sudah tentu kerana mereka tidak dapat ke sekolah dan sekali
gus tidak dapat bermain dengan kawan-kawan.
Beliau mengulas lanjut, untuk itu ibu bapa harus merancang dan mengisi masa anak-anak
dengan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh PKP. Masa anak-anak menjadi lebih bermanfaat
sekiranya ibu bapa menyediakan jadual di rumah, iaitu peruntukan masa untuk bermain, belajar
dan melakukan aktiviti sampingan. Dalam dunia teknologi hari ini, ibu bapa perlu menjadi lebih
kreatif dalam memastikan anak-anak seronok dan teruja melakukan aktiviti yang dirancang.

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 7 011

Beliau menambah, selain kerja sekolah yang dibekalkan dan proses pembelajaran dalam
talian, ibu bapa juga boleh menyediakan ruang khas untuk anak-anak mewarna, membuat kerja
seni, aktiviti berkhemah secara indoor dan bermain permainan tradisional seperti congkak dan
batu seremban. Anak-anak juga boleh dididik untuk membantu ibu bapa membuat kerja rumah
seperti belajar memasak, mengatur pinggan mangkuk, menghias rumah, dan berkebun. Pada
masa yang sama mereka turut diberi peluang untuk menonton rancangan televisyen kegemaran
mereka. Konklusinya, peranan ibu bapa amat penting dalam memberi sokongan moral, perhatian
dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak sepanjang tempoh PKP ini bagi
menjamin emosi mereka tidak terjejas.

18 Kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga lima tahun


A berasa gelisah kerana terlalu lama di rumah.
B terasa bosan apabila terpaksa tinggal di rumah.
C berasa sedih dan sering menangis ketika di rumah.
D berasa lebih seronok kerana dapat berada di rumah.

19 Frasa terperuk di rumah dalam petikan bermaksud


A tinggal sendirian di rumah.
B bersembunyi di dalam rumah.
C tidak dapat keluar dari rumah.
D mengurungkan diri di dalam rumah.

20 Pilih penyataan yang betul tentang petikan tersebut.


A Anak-anak tidak dibenarkan menonton rancangan kegemaran mereka.
B Ruang khas disediakan oleh ibu bapa untuk anak-anak bermain sahaja.
C Anak-anak digalakkan menyelesaikan kerja sekolah dan belajar sepanjang masa.
D Anak-anak boleh membantu ibu bapa memasak, mengemas rumah dan berkebun.

BAHAGIAN A TAMAT

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 8 011

NO. KAD PENGENALAN / NO. SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

MODUL MASIH ADA SINAR (MAS)


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
TAHUN ENAM : (SIRI KEDUA - 2020)

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011


Bahagian B

Untuk Kegunaan Pemeriksa


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU Kod Pemeriksa:
Nombor Markah Markah
Soalan Penuh Diperoleh
1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil
(a)
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang 21 7
disediakan. (b)
(a)
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang 22 4
(d)
disediakan dalam kertas soalan ini.
(a)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama kertas 23 6
(b)
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada
(a)
4.
akhir peperiksaan. 24 5
(b)
(a)
(b)
25 8
(c)
(d)

Jumlah 30

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 9 011

Bahagian B
[30 markah]

Soalan 21

(a) Pilih perkataan antonim yang paling sesuai bagi perkataan bergaris. Tulis jawapan kamu
pada ruang yang disediakan.

______
dingin berselerak menggulung
nggam
singkat berkumpul membentang

Contoh:
Tayangan filem “Kasih Tak Terucap” mendapat sambutan yang hangat
dingin
daripada orang ramai.

(i) Puan Ain menghamparkan permaidani merah yang baru dibelinya


itu di ruang tamu.

(ii) “Seluar sukan yang kamu pakai ini terlalu labuh,” kata Cikgu Siti
Zubaidah kepada Suhana.

(iii) Penduduk kampung yang bersembang di warung kopi itu diarahkan


oleh pihak polis supaya bersurai.

[3 markah]

(b) Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan yang
bergaris dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Abang menjalani latihan selaman di dasar laut bersama-sama ahli


kumpulannya.

(ii) Pihak polis memperketatkan sekatan jalan raya sewaktu Perintah


Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

(iii) Datuk Doktor Noor Hisham bin Abdullah telah dinobatkan sebagai
antara doktor terbaik dunia melawan Coronavirus.

[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 10 011

Soalan 22

(a) Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.

batu api otak cair bulat hati makan suap

(i) Amirul pernah bekerja dengan syarikat kewangan tersebut tetapi dia telah dibuang kerja
kerana ____________________. Amirul menyesal dan dia ____________________ untuk
membuka perniagaanya sendiri. Akhirnya dia berjaya menjadi usahawan terkenal.
[2 markah]

(b) Pilih dan tandakan √ bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

(i) Dengan bantuan anggota RELA, warung pisang goreng Mak Cik Kiah yang
rosak teruk kerana hujan rebut semalam berjaya dibaiki.

Warung pisang goreng Mak Cik Kiah yang rosak teruk akibat hujan lebat
semalam berjaya dibaiki oleh anggota RELA.

Anggota RELA dan Mak Cik Kiah telah berjaya membaiki warung pisang
goreng yang rosak semalam, kerana hujan lebat.

(ii) “Ayah akan membelikan Fatini hadiah yang sungguh istimewa sekali sempena
sambutan hari lahir Fatini nanti,” kata Datuk Azizan.

Datuk Azizan akan menghadiahi anaknya satu hadiah yang amat istimewa
sekali sempena kelahirannya nanti.

Datuk Azizan berjanji kepada anaknya, Fatini untuk membelikan hadiah


yang sungguh istimewa sekali sempena sambutan hari lahirnya nanti.

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 11 011

Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan semalam telah mengumumkan beberapa strategi untuk
menghadapi penularan wabak COVID-19 yang dijangka terus meningkat. Antara langkah utama
yang diumumkan ialah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi
sehingga 14 April 2020.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata, strategi kerajaan
bagi membendung wabak ini adalah dengan mengesan, menyaring, mengasing dan merawat
pesakit. Tegas beliau lagi, strategi kerajaan hanya akan berjaya jika orang ramai tidak terdedah
kepada jangkitan virus COVID-19 menerusi pergaulan harian.
“Jadi, saudara-saudari mesti bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam
di rumah bagi tempoh yang agak lama. Hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar
untuk mendapatkan keperluan harian bagi keluarga tersebut. Hanya dengan cara ini, kita dapat
memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sepenuhnya. Pastikan anda semua menjaga jarak
sekurang-kurangnya satu meter, menjaga kesihatan, menjaga kebersihan serta kerap membasuh
tangan dengan sabun.”

(a) Bagaimanakah penularan wabak penyakit ini berjaya disekat?

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Tandakan √ pada pernyataan yang betul, tandakan X pada pernyataan yang salah.

Berita pengumuman tersebut telah dibuat pada 26 Mac 2020 oleh Perdana
Menteri Malaysia.
Rantaian jangkitan virus COVID-19 dapat diputuskan dengan cara menjaga
kebersihan, pergaulan dan duduk diam-diam di rumah.
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah caranya virus ini boleh merebak dan bagaimana pula
cara mengatasinya?

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 12 011

Soalan 24(a)

Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(i) Bilakah tarikh tutup penghantaran video tersebut?


_________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(ii) Muhammad Asyraf dari SK Gopeng telah berjaya menjadi johan dalam Pertandingan
Bercerita - Video Pendek “Cerita Rakyat” yang diadakan tersebut.

Nyatakan ganjaran-ganjaran yang diterima oleh Muhammad Asyraf.


_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 13 011

Soalan 24(b)

Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(i) Jumlah keseluruhan bagi bilangan kes kumulatif sehingga 20 April 2020 ialah sebanyak
________________________________________________________________________________________
1 markah]

(ii) Negeri manakah yang mencatat bilangan kes baharu yang tertinggi berdasarkan jadual?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(iii) Pada pendapat kamu, mengapakah bilangan kes baharu yang dilaporkan semakin menurun?
Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[3 markah]

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 14 011

Soalan 25
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Berdasarkan gambar di atas, nyatakan dua aktiviti yang dilakukan oleh Frontliners (Barisan
Hadapan) COVID-19.

(i) _____________________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Pengorbanan Barisan Hadapan yang bertugas semasa PKP dilaksanakan sentiasa dihargai
dan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia bak kata pepatah
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD

You might also like