You are on page 1of 9

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN PENGGAL 1

TINGKATAN 2

KERTAS 02/1 4 MAC 2019 7.15 – 8.45 1 JAM 30


MINIT
SMK SARIKEI BARU

ARAHAN:
1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah menggunakan kertas jawapan objektif
(OMR) bagi soalan Objektif dan bagi soalan subjektif hendaklah ditulis
Dengan kertas kajang
4. Jawab semua soalan bahagian A dan B serta satu soalan daripada
bahagian C.

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Nama Pemeriksa:
Soalan Markah Markah Penuh
Bahagian A 20
Bahagian B 25
Bahagian C 15
Jumlah 60

NAMA : _________________________________ TINGKATAN 2 ____

ANGKA GILIRAN:

1
BAHAGIAN A
SISTEM BAHASA
(20 MARKAH)
SOALAN A
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Binatang yang membunuh anak kambing kamu itu____________?


A. siapa B. apa C. bila D. mengapa

2. ________, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa ini!
A Syabas B Aduh C Nah D Eh

3. Sepatu kulit Osman telah dibelikan oleh kakaknya dari luar negeri.
a. Setokin b. Seluar c. Capal d. Kasut

4. Ke mana sahaja Puteri Aini pergi dia akan ditemani oleh ______nya.
a. amah-amah b. dewi-dewi c. pari-pari d. dayang-dayang

5. Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang B haiwan C makhluk D ternakan

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan kesalahan itu telah
ditandakan dengan A,B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan
yang paling sesuai.

6. “Saya mahu kami bercakap benar,” kata cikgu syamsul kepada Muzaffar.Tiada kesalahan
A B C D

7. Julia memperagakan baju-baju ciptaan pereka fesyen terkenal itu. Tiada kesalahan
A B C D

8. Sultan Ahmad penganugerahan bintang kehormat kepada pahlawan yang banyak berjasa itu.
A B C
Tiada kesalahan.
D

9. Suzana memarahi Rohaidah kerana dia terambilkan begnya yang diletak di atas rak itu.
A B C
Tiada kesalahan.
D

10. Syarikat Perumahan Cipta telah membina rumah kos rendah di kawasan itu. Tiada kesalahan.
A B C D

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling
sesuai.

11. I Ruang bilik ini sangat sempit.


II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal paling memasak makanan barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana sikapnya yang lembut terlalu.
A I dan II B III dan IV C I, II dan III D I, III dan IV
2
12. I Cara hidupnya agak kebaratan.
II Saiful tidak sepandai-pandai abangnya.
III Kulitnya yang melecur itu gelembung.
IV Hidupnya sekeluarga sederhana.
a. I dan II sahaja
b. I, II dan III sahaja
c. I,II dan IV sahaja
d. I, III dan IV sahaja

13 I Puan Habsah berniaga secara kecil-kecilan.


II Tepukan daripada para penyokong begitu gemuruh.
III Tidur bayi itu nyenyak benar.
IV Gunung Kinabalu ialah gunung tertinggi di Asia Tenggara.
a. I dan II sahaja
b. II dan III sahaja
c. I, II dan III sahaja
d. I, II, III, dan IV.

14. I Bunyi biolanya sungguh mersik.


II Rupa orang cacat itu hodoh, tetapi hatinya baik.
III Kita tidak dibenarkan menggunakan pakaian yang lembam.
IV Dia berdiri sambil menunjukkan muka masin.
a. I dan II sahaja
b. I dan IV sahaja
c. II dan III sahaja
d. III dan IV sahaja

15. I Gerak-gerinya amat lincah.


II Pesilat itu mempunyai gerakan yang cepat.
III Bola ragbi berbentuk lonjong.
IV Usah dikenang waktu yang lampau-lampau.
a. I, II dan III sahaja
b. I dan III sahaja
c. II dan IV sahaja
d. III dan IV sahaja

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

16. Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam
sahaja.
A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh
Diana.
B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu
Ali.
C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

3
17. Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
B. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

18. Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan,
cabaran dan ketegangan yang tertentu.
A. Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam
kehidupan.
B. Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh
kehidupan alam remaja.
C. Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam kehidupan
D. Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan
kerungsingan.

Soalan Peribahasa

19. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia
_______________.
A buta hati B buta huruf C buta kayu D buta gaji

20. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah B anak emas C anak tunggal D anak bongsu

BAHAGIAN B
PEMAHAMAN
(25 MARKAH)

SOALAN A (5 markah)
Baca petikan umum di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar kali pertama menganjurkan Hari Keluarga
pada 25 Januari 2019. Sambutan Hari Keluarga ini dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid
Pasir Akar. Sambutan tersebut akan diadakan di kawasan Masjid Pasir Akar. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa
dan Guru sekolah itu, Ahmad Abd. Kadir berkata, program bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.00
petang. Semua kutipan yang diperoleh akan digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan
sekolah seperti penubuhan pusat sumber dan makmal komputer. Hari Keluarga ini akan dirasmikan oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Besut.

Jawab soalan-soalan berikut.

21. Siapakah yang menganjurkan Hari Keluarga ?


A. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
B. Jawatankuasa Masjid Pasir Akar

4
C. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
D. Pegawai Pendidikan Daerah Besut

22. Bilakah sambutan ini akan diadakan ?


E. pada 25 Januari 2009
F. pada 25 Januari 2019 Pukul 8.00 pagi hingga 4.00
G. pada 20 Januari 2019
H. Pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada 25 Januari 2019

23. Di manakah sambutan tersebut akan diadakan ?


I. Di kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
J. Di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Besut
K. Di kawasan Masjid Pasir Akar
L. Di Negeri Terengganu

24. Mengapakah Hari Keluarga ini diadakan ?


M. Untuk membina masjid baru
N. Untuk membina bangunan sekolah
O. Untuk memberi bantuan kepada pelajar miskin
P. Untuk mengutip wang bagi membiayai projek sekolah

25. Siapakah yang merasmikan Hari Keluarga tersebut ?


Q. Pegawai Pendidikan Daerah Besut
R. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
S. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar
T. Imam Masjid Pasir Akar

SOALAN B (10 markah)


Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

5
PANTUN BUDI

Tenang-tenang air di laut, Anak beruk di tepi pantai,


Sampan kolek mudik ke tanjung; Pandai melompat pandai berlari;
Hati terkenang mulut menyebut, Biar buruk kain dipakai,
Budi yang baik rasa nak junjung. Asal hidup pandai berbudi.

Yang kurik kundi, Tingkap papan kayu bersegi,


Yang merah saga; Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Yang baik budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Yang indah bahasa.
Padang Temu padang baiduri,
Bunga melati bunga di darat, Tempat raja membangun kota,
Bunga seroja di tepi kali; Bijak bertemu dengan jauhari,
Hina besi kerana karat, Bagai cincin dengan permata.
Hina manusia tidak berbudi.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa,
Bunga cina di atas batu, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

(i) Berdasarkan rangkap pertama Pantun Budi, Nyatakan pendapat pemantun tentang budi yang
baik? (3 markah)

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua ciri pantun Budi (3 markah)

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

(iii) Amalan berbudi bahasa perlu disemaikan dalam diri kanak-kanak. Pada pendapat anda , apakah
kesan-kesan yang akan berlaku jika ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka agar berbudi
bahasa? (4 markah)

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

SOALAN C (10 markah)


Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Darah Titik di Semantan dalam tingkatan 2

6
Watak utama memainkan peranan penting dalam menghidupkan jalan cerita sesebuah novel.
Berdasarkan novel tersebut, huraikan tiga perwatakan watak utama.

Watak utama
Datuk Bahaman

Berani penyabar Amanah

BAHAGIAN C
ULASAN ATAU RINGKASAN
(15 MARKAH)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

7
ATAU

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis ringkasan tentang kepentingan
menghayati Rukun Negara. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kerajaan disaran melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara kerana penghayatan terhadap
Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat Malaysia. Malah jika ditanya generasi muda sekarang
sudah pasti ada antara mereka yang tidak mengetahui kandungan prinsip Rukun Negara yang menjadi
pegangan rakyat negara ini sejak 35 tahun yang lalu. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak ingat untuk
melafazkan Rukun Negara kerana beranggapan tidak penting disebabkan negara sudah aman dan
makmur. Keadaan ini menyebabkan generasi sekarang seakan-akan hilang jati diri mereka dan mudah
terpengaruh dengan budaya asing.

Penghayatan Rukun Negara amat penting kepada masyarakat negara ini. Hampir lima dekad
negara mencapai kemerdekaan dan segala dugaan yang dilalui telah membina tapak yang menjadi asas
keharmonian dan perpaduan kaum. Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat
setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain itu Rukun Negara

8
bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama-sama.

Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Kepercayaan kepada Tuhan
antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa
seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup. Tahap
kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang
perpaduan negara. Keluhuran perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan
harus diterima, dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat. Kedaulatan undang-undang pula memberi
keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang sopan dalam kalangan
rakyat untuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan amalan
menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini.
Langkah kerajaan melancarkan kempen tersebut amat tepat bagi mengingatkan rakyat supaya
menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dan keharmonian negara dapat terus dipelihara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Kepentingan


Menghayati Rukun Negara’ Mohd Izranuddin Jelani
- Fokus, April 2006)

KERTAS SOALAN TAMAT

Verifikasi item

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh

______________ ____________ ______________


(HAJMI HJ SAHRAN Ketua Panitia Ketua Bidang Bahasa

HHS2015

You might also like