You are on page 1of 14

TERHAD 02/1

BAHAGIAN A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 Minit]

Soalan 1 - 4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “________ akan bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menjuarai kejohanan ini,”


kata ketua pasukan bola sepak itu kepada pengurus pasukannya.
A. Kita
B. Kami
C. Dia
D. Kalian

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Encik Umar ________ semalam ketika pulang dari tempat kerjanya.


A. kepanasan
B. kehujanan
C. kemalangan
D. keletihan

2
TERHAD 02/1

3. ________ orang anak Pak Rosdi belajar di luar negara.


A. Tiga
B. Ketiga
C. Ketiga-tiga
D. Bertiga-tiga

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pengantin lelaki itu memakai ________ yang dibuat daripada kain songket semasa
persandingan itu.
A. serban
B. kopiah
C. tengkolok
D. tanjak

3
TERHAD 02/1

Soalan 5 hingga 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

5. Penduduk-penduduk kampung itu amat berterima kasih kepada kerajaan kerana


A B C
menyediakan bekalan elektrik. Tiada kesalahan
D

6. Semua mangsa banjir yang berada di pusat menempatkan mangsa banjir itu akan pulang
A B
ke rumah masing-masing selewat-lewatnya tengah hari esok. Tiada kesalahan
C D

Soalan 7 hingga 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I. Angkatan Tentera Diraja Malaysia berikrar akan mempertahankan tanah air ini
daripada dicerobohi pengganas.
II. Datuk Wira Lee Chong Wei akan bertanding dalam Kejohanan Badminton Terbuka
Malaysia bagi mempertahankan gelaran juara beliau.
III. Pasukan itu terpaksa bermain secara mempertahankan setelah salah seorang pemain
mereka dibuang padang.
IV. Pengurus pasukan bola sepak itu mempertahankan tindakan pemainnya yang
mengasari pemain lawan sehingga dilayangkan kad merah.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

4
TERHAD 02/1

8. I. Hilmi hanya mendiami diri apabila ditegur oleh Cikgu Erina kerana dia sedar akan
kesalahannya yang tidak menyiapkan kerja rumah dalam tempoh yang ditetapkan.
II. Walaupun Faisal kaya raya kini, dia tetap mendiami rumah pusaka yang usang itu
kerana terdapat banyak kenangan lama di sana.
III. Setelah kerajaan membenarkan rakyat merentas negeri, Zikri mendiami rancangannya
dengan pulang ke kampung secara diam-diam daripada pengetahuan ibu bapanya
kerana ingin memberikan kejutan kepada mereka yang sudah lama tidak berjumpa.
IV. Sejak Afiq bergaduh dengan Aleef, Afiq terus mendiami Aleef sungguhpun mereka
sudah lama berkawan.
A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 9 hingga 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan
mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

9. Dalam majlis itu, pelbagai kuih-muih dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
A. berbagai kuih-muih dihidangkan
B. berjenis-jenis kuih muih dihidangi
C. pelbagai kuih dihidangkan
D. pelbagai kuih-muih dihidangkan

10. Pegawai polis itu akan menyiasat sekali lagi kes itu setelah bukti-bukti terbaharu diperoleh.
A. menyiasat kes itu sekali lagi.
B. sekali lagi menyiasat kes itu
C. menyiasat lagi sekali kes itu
D. menyiasat lagi kes itu

5
TERHAD 02/1

Soalan 11 hingga 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I. Masyarakat di kampung itu belum mengetahui tentang perkara yang sebenarnya.
II. Setiap petang dia pergi ke tepi pantai untuk mencari ketenangan.
III. Cikgu Faez menasihati Zamzuri supaya belajar rajin-rajin.
IV. Ibu memberikan coklat kepada budak kecil itu.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III, dan IV

12. I. Fahmi menyatakan yang adiknya senak perut.


II. Van yang mereka naiki itu terbabas.
III. Ubat yang diberikan oleh doktor itu amat mustajab.
IV. Mereka sedang berbincang tentang perkara itu.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

6
TERHAD 02/1

Soalan 13

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Sikap Pak Seman yang berusaha untuk menghasilkan rekaan sendiri telah diteladani
cucunya, Fahim untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Situasi ini amat sesuai dengan
peribahasa _______________________________.

A. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


B. belakang parang jika diasah lagikan tajam
C. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
D. alah bisa, tegal biasa

7
TERHAD 02/1

Soalan 14 hingga 17

Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

14. Dengan berdasarkan sajak, apakah gambaran watak aku?


A. Seorang yang suka melihat bintang
B. Seorang anak kecil yang bercita-cita untuk menjadi ahli kaji bintang
C. Seorang anak yang ingin menghadiahi ibu dan ayahnya bintang-bintang
D. Seorang ibu yang gembira melihat bintang

15. Persoalan yang terdapat dalam sajak di atas, kecuali


A. Orang yang suka melihat keindahan alam
B. Tanggungjawab ibu dan ayah memberikan kasih sayang kepada anak-anak
C. Seorang anak yang mengenang jasa ibu dan ayah
D. Perasaan kasih sayang dalam keluarga yang erat

8
TERHAD 02/1

16. Yang manakah antara penyataan berikut yang tidak benar tentang tanggungjawab
seorang anak?
A. Seorang yang ingin membalas jasa
B. Seorang yang menghargai masa
C. Seorang yang bertanggungjawab membahagiakan ibu bapa
D. Seorang yang gembira melihat keindahan alam

17. Apakah peranan penyajak dalam sajak?


A. Penyajak bertanggungjawab untuk membahagiakan ibu dan bapa.
B. Penyajak berperanan untuk bersikap jujur terhadap ibu bapa.
C. Penyajak seorang yang prihatin terhadap keluarga.
D. Penyajak berperanan untuk terbang ke langit untuk memetik bintang.

9
TERHAD 02/1

Soalan 18 hingga 20

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut.

Maka hari pun petanglah. Maka Si Miskin itu tiada undur dari situ lagi. Di sanalah ia tidur. Maka
hari pun sianglah. Maka pagi- pagi hari maka Si Miskin pun pergi berjalan dua laki isteri maka
bertemulah dengan orang. Maka dilihatnya Si Miskin itu segera mengambil kayu. Maka
dilontarkannya dan dipalunya Si Miskin dua laki isteri itu. Maka ia pun larilah membawa dirinya
berlumuran darah. Maka kata isterinya, "Wahai kakanda, sangatlah rasa tubuhku tidak berdaya
lagi, hancurlah segala anggotaku"

Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ia pun turut
menangis seraya mengambil daun kayu, dimandikannya maka disapunya seluruh tubuh isterinya
sambil berkata, "Diamlah tuan, jangan menangis. Sudahlah untung kita ini rupanya." Maka
isterinya pun diamlah.

(Dipetik daripada prosa tradisional "Bahagia Sesudah Derita",


antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

18. Mengapakah Si Miskin meminta isterinya berhenti menangis?


A. Si Miskin berasa rimas mendengar tangisan isterinya.
B. Supaya isterinya tidak kelihatan seperti kanak-kanak.
C. Si Miskin berasa malu jika didengari oleh orang kampung.
D. Perkara yang berlaku merupakan takdir mereka pada hari itu.

10
TERHAD 02/1

19. Mengapakah Si Miskin dan isterinya berlumuran darah?


A. Terjatuh ketika mencari makanan
B. Dibaling dengan batu dan kayu oleh orang ramai
C. Si Miskin dan isterinya dipukul oleh raja.
D. Mereka bergaduh kerana mencuri makanan.

20. Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ia pun turut menangis
seraya mengambil daun kayu, dimandikannya maka disapunya seluruh tubuh isterinya.

Perwatakan paling tepat bagi Si Miskin berdasarkan petikan di atas ialah


A. Penyayang
B. Tegas
C. Amanah
D. Jujur

11
TERHAD 02/1

BAHAGIAN B
[5 markah]
[Masa dicadangkan: 15 Minit]

21. Dalam resipi di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat resipi itu semula.

Nasi Goreng Kampung Cili Padi


Bahan-bahan
2 sudu besar minyak jagung

Bahan A
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 biji bawang besar, ditumbuk
1 sudu besar ikan bilis, direndam sehingga lembut
4 biji cili padi, ditumbuk
100g dada ayam, dihiris nipis
1 biji telor, dipukul
Bahan B
300 g nasi yang telah dimasak
100g daun kangkung, dihiris nipis
100g ikan bilis, digoreng
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan yang telah di tumbuk selama 2 minit.
2. Masukkan Bahan A yang selebihnya dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan Bahan B, gaul rata-rata sehingga masak.
4. Taburkan ikan bilis goreng.
5. Nasi Goreng Kampung Cili Padi sedia dihidang.

12
TERHAD 02/1

Salah Betul
(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]

22. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i) Adik tidak minum air teh yang dibuat oleh abang kerana rasanya pahit.

__________________________________________________________________

(ii) Pihak urusetia akan menerangkan tentang perkara itu kepada para peserta
seminar.

__________________________________________________________________

[2 markah]

13
TERHAD 02/1

BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Dengan berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
rumusan yang tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat menggalakkan pelajar, dan warga
prasekolah, sekolah rendah dan menengah untuk bersama-sama menjaga alam sekitar
menerusi aktiviti berkebun di sekolah. Malah aktiviti ini turut menyokong program
kerajaan seperti Pertanian Bandar yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan (MAFI).

Dari aspek kesihatan, aktiviti berkebun mampu merehatkan minda dan rohani.
Aktiviti berkebun dapat merehatkan minda dan memberikan ketenangan apabila
melihat tanaman yang ditanam menghijau subur, berbunga dan berbuah. Selain itu,
aktiviti berkebun dapat membantu memberikan kesegaran pada mata buat seketika
apabila melihat pokok-pokok dan dedaun yang menghijau. Seterusnya, aktiviti
berkebun dapat membantu mengurangkan tekanan belajar dan tekanan semasa
menghadapi peperiksaan.

Bau-bauan dan warna-warni yang terhasil daripada bunga-bungaan turut


memberikan keadaan spiritual dan kesihatan psikologi yang menyeronokkan murid.
Perasaan keseronokan ini sukar untuk digambarkan dan diluahkan melalui kata-kata.
Melihatkan sekuntum bunga dengan warna yang tertentu, spektrum warna yang
diterima otak akan menghantar isyarat ke sistem saraf dan menghasilkan kesan tertentu
terhadap fikiran dan jiwa pelajar. Sehubungan dengan itu, aktiviti berkebun yang
diusahakan secara serius dilihat berupaya memberikan pulangan yang lumayan. Selain
itu, aktiviti berkebun yang dilakukan secara kecil-kecilan juga dapat membantu
mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi dan menjimatkan perbelanjaan harian.

Jelaslah bahawa aktiviti in memberikan impak positif terhadap remaja dan


keluarga keseluruhannya. Aktiviti ini memberikan manfaat yang lebih untuk
menikmati alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bertani Terapi Diri' oleh Mahani Amat@Halimi,
Dewan Siswa bil 6, 2021

14
TERHAD 02/1

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

15

You might also like