You are on page 1of 9

SMK BUKIT JAMBUL

PENTAKSIRAN SUMATIF
TINGKATAN 1 2021

BAHASA MELAYU KERTAS 1


(Masa : 1 jam 30 minit)

NAMA : _______________________________________ TINGKATAN :_______________


_________________________________________________________________________________________________________

Arahan: Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua
soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan daripada Bahagian C.

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga 6
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Pak Cik Hasan sangat ___________ mengendalikan kapal layar itu.


A. arif C. tangkas
B. cekap D. licik

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2. Kenderaan pacuan empat roda keluaran baharu itu akan ___________ terlebih dahulu sebelum
dilancarkan
A. dikawal selia C. diambil-alih
B. dipandu uji D. diusul periksa

3. Kami tidak tahu bahawa lelaki itu ___________ kerana penampilannya tidak menonjolkan
kemewahan.
A. hartawan C. karyawan
B. wartawan D. usahawan

4. Kegagalan lalu tidak pernah ___________ semangat Kamala untuk mencapai kejayaan.
A. kepatahan C. dipatahkan
B. berpatahan D. mematahkan

5. Hui Jia memenangi kejohanan lumba lari 100 meter sebanyak dua kali ___________.
A. berkali-kali C. berganti-ganti
B. berturut-turut D. bertukar-tukar

6. Tiga orang ___________ asing ditahan oleh pihak berkuasa maritim dan hasil tangkapan mereka
dirampas kerana menceroboh perairan negara.
A. nakhoda C. nelayan
B. pekerja D. pengawal

1
Soalan 7 hingga 8
Ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
hendaklah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

7. Kejayaan Haris dalam pelajaran merupakan hadiah yang paling berharga kepada kedua ibu
A B C
bapanya. Tiada kesalahan.
D

8. Jangan tergopoh-gapah ketika menaiki tangga kerana kamu mungkin akan tergelincir.
A B C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 9 hingga 10
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9. I Dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang multimedia.


II Pihak penganjur akan melanjutkan tempoh pertandingan itu.
III Tokoh itu melanjutkan huraiannya sehingga sesi bual bicara tamat.
IV Pak Harun melanjutkan tali yang terikat pada pokok kelapa itu.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja


B. II dan III sahaja D. I, II, dan III sahaja

10. I Perasaan kesal timbul dalam hati saya.


II Buah kelapa itu timbul di permukaan kolam
III Novel yang baru timbul itu sangat laris di pasaran.
IV Sudah lama dia menanti tapi dia belum timbul lagi.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja


B. II dan III sahaja D. II, III, dan IV sahaja

Soalan 11 hingga 12
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan
mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

11. Pihak FAMA turut memasarkan segala hasil-hasil pertanian penduduk di kawasan luar bandar.
A. Semua hasil-hasil pertanian
B. Segala hasil pertanian-pertanian
C. Semua hasil pertanian
D. Segala hasil-hasil pertanian

12. Setiap hari, Joshua akan meletakkan keretanya di bawah pokok yang rendang itu.
A. di dalam pokok yang rendang itu.
B. di tengah pokok yang rendang itu.
C. di atas pokok yang rendang itu.
D. di bawah pokok yang rendang itu.

2
Soalan 13 hingga 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Pahlawan itu memenggal kepala seekor naga dengan sebilah pedang.
II Pembuangan sisa toksik itu menyebabkan ikan-ikan di sungai itu mati.
III Makanan organik bukan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kita.
IV Rukun Negara menjadi wahana demi untuk menjamin keharmonian.

A. I dan II sahaja C. I dan IV sahaja


B. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja

14. I Setiap kumpulan bagi aktiviti sukan ini terdiri dari lima orang ahli.
II Kereta terbang bukan satu keperluan buat masa ini.
III Mereka bersorak gembira ketika meraikan kemenangan itu.
IV Sesetengah orang mengalami alahan apabila makan ketam.

A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja


B. II dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

Soalan 15
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

15. Mereka melakukan aktiviti pemanasan sebelum bersukan bagi mengelakkan kekejangan
otot.
A. Aktiviti pemanasan sebelum bersukan dilakukan supaya tidak berlaku kekejangan otot.
B. Mereka mengalami kekejangan otot sebelum bersukan kerana melakukan aktiviti
pemanasan.
C. Kekejangan otot berlaku ketika bersukan selepas mereka melakukan aktiviti pemanasan.
D. Aktiviti pemanasan dilakukan supaya tidak berlaku kekejangan otot selepas bersukan.

Soalan 16
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

16. Awatif ____________ apabila menghalau rakan serumah yang banyak membantunya selama ini.
A. bagai mendukung biawak hidup
B. bagai kacang melupakan kulit
C. bagai kucing kehilangan anak
D. bagai kera mendapat bunga

3
Soalan 17 hingga 20
Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawapan soalan-soalan berikutnya dengan menandakan
pilihan jawapan yang tepat.

17. Mengapakah penyajak berasa kagum terhadap pejuang negara?


A. sentiasa berjuang demi negara tercinta
B. memberikan rezeki kepada para petani
C. menghilangkan derita nelayan tua yang tinggal di pondok
D. menginsafkan manusia tentang kekejaman perang

18. Yang berikut merupakan imej alam yang terdapat dalam sajak ini, kecuali
A. bunga C. hujan
B. tanah D. sungai

19. Pengajaran yang sesuai bagi rangkap kelima sajak ini ialah
A. kita diseru agar mengisi kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
B. kita perlu mempunyai sikap suka membantu orang yang susah supaya dapat meringankan
beban mereka.
C. kita hendaklah membela nasib golongan yang susah.
D. kita haruslah menghargai rahmat yang diberikan oleh tuhan.

20. Gaya bahasa bagi frasa api amarah pun terpadam ialah
A. inversi
B. metafora
C. hiperbola
D. personifikasi

4
BAHAGIAN A
( 20 markah )

JAWAPAN
Hitamkan hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1. A B C D 11. A B C D

2. A B C D 12. A B C D

3. A B C D 13. A B C D

4. A B C D 14. A B C D

5. A B C D 15. A B C D

6. A B C D 16. A B C D

7. A B C D 17. A B C D

8. A B C D 18. A B C D

9. A B C D 19. A B C D

10. A B C D 20. A B C D

5
BAHAGIAN B
(25 markah)

Soalan 1
(a) Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kita dapat
berintraksi dan saling mengenali antara satu sama lain. Aktiviti sukan dapat juga
mengurangkan tekanan setelah seharian penat bekerja di samping mengisi masa lapang.
Dengan itu kita dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala negetif seperti
merokok dan vandalisma.

i) ___________________________________________
ii) ___________________________________________
iii) ___________________________________________
[3 markah]

(b) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

i) Mereka mengagihkan makanan dan berbagai keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat
pemindahan itu.
_________________________________________________________________________

ii) Gugusan pulau-pulau kecil di sekitar Pulau Langkawi menjadi tumpuan para pelancong dari
luar negara.
_________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 2
Baca maklumat di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1 Bahan 2

6
i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan sumbangan pejuang negara.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]

ii) Berikan dua nilai yang terdapat dalam kedua-dua bahan.


____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]

iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah dapat membantu anak-anak anggota tentera
yang kehilangan nyawa ketika menjaga keamanan negara?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[4 markah]

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia


ii) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I
iii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail bin Sarbini
iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman

Nilai ialah perlakuan positif yang memberikan kesan baik dan teladan kepada seseorang.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam novel
tersebut. Kemudian, kemukakan contoh peristiwa yang sesuai.

[10 markah]

7
BAHAGIAN C
(15 markah)

Pilih satu soalan sahaja sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

Soalan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

MASALAH KEMURUNGAN

Masa depan murid terjejas

Menghadapi tekanan yang tinggi

Meninggalkan kesan fizikal

Soalan 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
langkah-langkah meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik yang semakin luntur dan rapuh dalam kalangan
generasi muda sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir
masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan Hari Kebangsaan. Pihak kerajaan tidak pernah
mengambil enteng perihal semangat kebangsaan ini. Oleh itu, pihak kerajaan mengadakan kempen
meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Misalnya, Kempen Kebudayaan dan
Kempen Sehati Sejiwa Se-Malaysia dijalankan untuk mendaulatkan bahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat.

Warisan kemerdekaan yang telah dipertahankan melebihi lima dasawarsa ini tidak seharusnya
dibiarkan luntur. Semangat kebangsaan mestilah ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia sejak
kecil lagi. Pendedahan tentang sejarah tanah air serta semangat kepahlawanan para pejuang negara
haruslah diterapkan melalui pendidikan di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan
lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah untuk meningkatkan semangat patriotisme
remaja. Melalui cara ini, rakyat akan bangkit untuk mempertahankan negara demi Maruah bangsa.
8
Media elektronik seperti televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program
yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Media elektronik juga boleh menyiarkan lagu-lagu patriotik untuk
membungakan semangat kebangsaan dalam jiwa rakyat. Pelbagai pertandingan dijalankan dalam
usaha meningkatkan taraf patriotisme rakyat Malaysia, umpamanya pertandingan mendeklamasikan
sajak kemerdekaan, menulis esei, dan sebagainya.

Ibu bapa sebagai tunjang utama keluarga perlu memainkan peranan dalam meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlu membiasakan anak-anak dengan cerita-
cerita rakyat yang berunsurkan sejarah. Perkara ini dapat mengajar anak-anak mereka untuk lebih
mengenali warisan dan budaya kita. Tuntasnya, semangat patriotisme perlu ada dalam diri setiap
rakyat agar menjadi warga yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

(Dipetik dan diubahsuai daripada 'Semangat Patriotisme dalam Kalangan Rakyat',


Dewan Siswa Bil.3, 2000)

=============SOALAN TAMAT==============

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh : Diluluskan oleh:

________________ __________________ ____________________ ___________________


(CIK NORLIDA BINTI (PN.SITI HAJAR BINTI (PN. ANG CHUI YEAN) (PN. HJH ZAHARAH BT
MOHD RADZI) MD ISA) ABDULLAH)
Guru mata pelajaran Ketua Panitia Guru Kanan Bidang Pengetua Cemerlang
Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa SMK Bukit Jambul

You might also like