You are on page 1of 7

Sekolah Menengah Kuen Cheng

Ujian Bulan Februari 2023


Bahasa Melayu Tingkatan Tiga

Nama : _________________________ Tarikh : 28/2/2023


Kelas : ____________ Jumlah mukasurat : 7

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi satu bahagian sahaja iaitu Bahagian A.
Jawab semua soalan.
Bahagian A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Soalan 1 - 5
Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Kawasan rekreasi itu menjadi __________ para pelancong dari dalam dan luar negara
pada setiap hujung minggu.
A buruan
B hambatan
C tumpuan
D perhatian

2. ”Janganlah __________ bebankan ayah dan emak dengan masalah ini,” kata Kamal
kepada adik-adiknya.
A kita
B kami
C mereka
D beliau

3. Kapal mewah itu tenggelam selepas __________ dengan bongkah ais yang besar.
A bertemu
B berlawan
C berjumpa
D berlanggar

1
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4. Azizi yang cedera pada bahagian kaki ____________ oleh petugas perubatan ke tepi
padang untuk diberikan rawatan.
A dipikul
B diseret
C diheret
D ditandu

5. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri banyak menyediakan __________


sukan kepada murid-murid bagi meningkatkan mutu sukan sekolah tersebut.
A termudah
B kemudahan
C dimudahkan
D memudahkan

Soalan 6 – 11
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6. I Gulai ikan itu tawar kerana kakak terlupa untuk membubuh garam semasa
memasak.
II Dia berasa tawar hati untuk menyertai sebarang pertandingan menulis esei
anjuran pihak sekolah.
III Warna baju yang dipakai oleh Hazim sudah tawar kerana lama dipakai.
IV Nyanyian penyanyi baharu itu sangat merdu sehingga berjaya tawar hati para
pendengar.

2
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

7. I Biskut yang dibiarkan terdedah di atas meja itu keras kerana telah dimasuki
angin.
II Tarmizi murid yang keras hati dan tidak pernah berputus asa dalam melakukan
sesuatu perkara.
III Besi padu itu sukar dilentur walaupun dibakar dengan api kerana sangat keras.
IV Tapak tangan lelaki itu keras kerana kuat bekerja sejak usia muda.

A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8. I Pihak sekolah mempunyai hasrat untuk menubuhkan Kelab Warisan Sejarah.


II Edlinawati menyokong hasrat adiknya untuk menceburi bidang perniagaan.
III Hasrat Abang Khairul untuk bertunang tidak dipersetujui oleh ibu dan ayah.
IV Salah satu hasrat pertandingan ialah peserta perlu berusia lapan belas tahun.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

9. I Daun-daun kering itu gugur ke bumi.


II Kita patut mengenang jasa askar-askar yang gugur di medan perang.
III Mana-mana ahli yang tidak membayar yuran keahlian lebih daripada tiga bulan,
akan gugur haknya sebagai ahli persatuan tersebut.
IV Kita patut gugur sebagai warganegara yang setia kepada bangsa dan negara.

3
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

10. I Dazrin masuk lalu menekan butang lif untuk naik ke rumahnya di tingkat enam.
II Penularan penyakit COVID-19 yang sangat cepat menyebabkan penduduk
berasa bimbang dan menekan.
III Fadzlan sudah lama menekan perasaan marahnya terhadap Zahir yang sering
menyakiti hatinya.
IV Encik Haslam selalu menekan pekerjanya supaya menyiapkan kerja dengan
pantas.

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

11. I Rusuhan itu meletus keadaan huru-hara di tengah bandar.


II Zamri terkejut apabila sebiji belom meletus dengan kuat
III Pergolakan politik menyebabkan peperangan meletus di negara-negara Timur
Tengah.
IV Kemarahannya meletus apabila keluarganya ditindas dan dianiaya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

4
Soalan 12 – 15
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

12. ”Rajan memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat datang ke sekolah pada petang
A B C
ini,” kata Aliya kepada Idraqi. Tiada kesalahan.
D

13. Syahir dan Syahiran menggigil kesejukan kerana kehujanan ketika dalam perjalanan
A B
pulang dari rumah rakan mereka. Tiada kesalahan.
C D

14. Pelabur-pelabur asing yakin bahawa kekentalan politik di sesebuah negara dapat
A B
membantu mereka untuk meningkatkan pelaburan di negara tersebut. Tiada kesalahan.
C D

15. Para penonton terpegun oleh kecekapan Haslina menyampaikan hujah-hujahnya dalam
A B
pertandingan perbahasan itu. Tiada kesalahan.
C D

5
Soalan 16 – 18
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

16. Jalan masuk ke Taman Cheras Jaya akan diperlebarkan pada minggu hadapan.
A akan diperlebar di
B akan diperlebar pada
C akan diperlebarkan di
D akan diperlebarkan pada

17. Sebelum menyertai Kursus Kecemerlangan Sukan, para murid perlu menjalan
pemeriksaan kesihatan.
A para murid perlu menjalani
B para murid perlu menjalankan
C murid-murid perlu menjalankan
D para murid perlu menjalan

18. Anak muda-anak muda digalakkan untuk menceburi bidang kemahiran dan vokasional.
A Anak-anak muda digalakkan
B Anak muda-muda disarankan
C Anak muda-anak muda galak
D Anak muda-anak muda digalakkan

6
Soalan 19 – 20
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
19. Para pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu terkejut apabila mendapati
keadaan di tempat tersebut yang kotor tidak seperti yang digambarkan. Keadaan ini
diibaratkan seperti
A masuk bakul angkat sendiri
B indah khabar daripada rupa
C bagaimana acuan begitulah kuihnya
D di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

20. Sejak medan selera itu ditutup, banyak peniaga yang ___________ kerana tiada tempat
lain untuk mereka mencari pendapatan.
A patah hati
B putus rezeki
C patah kandar
D berputih mata

You might also like