You are on page 1of 21

TERHAD

UJIAN BERTULIS
Kertas 1
OKTOBER 1 Jam 30 Minit

ARAHAN:
1. Buka kertas peperiksaan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang
disediakan di dalam kertas peperiksaan ini.
4. Kertas peperiksaan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa:
Markah Markah
Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
A 1-20 20
1 3
B 2 2
3 10
4 10
C 1 15
(Pilih satu) 2 15
Jumlah 60

NAMA : ………………………..………………………………………………………...………

ANGKA GILIRAN :

S02/1 TERHAD
TERHAD

Arahan : Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B serta satu soalan
daripada Bahagian C.

BAHAGIAN A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 Minit]

Soalan 1 - 4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1 Ketika terbatuk, nasi yang terdapat di dalam mulut adik ______________ ke lantai.

A bersemburan
B bertaburan
C berderaian
D berserakan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2 Kereta yang dipandu laju di atas jambatan itu terbabas lalu _______________ ke
dalam sungai.

A tersasar
B terjunam
C terperosok
D terpelanting

S02/1 2 TERHAD
TERHAD

3 Bantuan yang diterima daripada orang ramai akan disumbangkan ______________

mangsa bencana alam.

A terhadap
B kepada
C pada
D bagi

4 Walaupun kelulusannya tidak ______________ kelulusan dalam peperiksaan tetapi

dia tetap berpuas hati kerana telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

A sepadan
B sebesar
C setinggi
D sepandai

Soalan 5 – 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D.

5 Sultan mencemar duli bersama-sama dengan permaisuri baginda ke majlis jamuan

A B
diraja yang akan disempurnakan di dewan orang ramai. Tiada kesalahan.
C D

6 Sepasang kerongsang emas dibeli oleh Halim untuk dihadiahi kepada isterinya
A B
sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Tiada kesalahan.
C D

S02/1 3 TERHAD
TERHAD

Soalan 7 - 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7 I Sultan telah berkenan untuk berangkat ke majlis perasmian sekolah yang

baru dibuka itu.
II Ketika membeli-belah, ibu menyuruh kami memilih mana-mana baju yang
berkenan di hati.
III Nenek berkenan melihat tingkah laku cucu-cucunya yang sopan dan berbudi
bahasa itu.
IV Pakaian yang dipakai oleh Fatimah tidak berkenan dengan majlis pada
malam itu.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8 I Kasut adik terlucut ketika berlari kerana ikatan tali kasutnya longgar.
II Seluar panjang yang baru dibeli oleh ayah untuk adik itu agak longgar.
III Perhubungan antara Yazid dengan Othman mulai longgar setelah mereka
bertukar sekolah.
IV Langkahnya yang longgar ketika memperagakan fesyen menyebabkan orang
ramai tidak meminatinya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

S02/1 4 TERHAD
TERHAD

Soalan 9 - 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

9 Kejayaan seseorang usahawan di dalam sektor perniagaan bergantung kepada

komunikasi yang berkesan dengan setiap pelanggan.

A di dalam sektor perniagaan bergantung pada

B dalam sektor perniagaan bergantung kepada

C dalam sektor perniagaan bergantung pada

D di dalam sektor perniagaan bergantung kepada

10 Baginda sultan menasihatkan rakyat agar bersyukur ke atas nikmat keamanan yang
wujud di negara kita.

A menasihati rakyat agar bersyukur di atas nikmat

B menasihati rakyat agar bersyukur atas nikmat

C menasihatkan rakyat agar bersyukur atas nikmat

D menasihatkan rakyat agar bersyukur ke atas nikmat

S02/1 5
5 TERHAD
TERHAD

Soalan 11 - 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11 I Amir masih belum sampai di sekolah walaupun loceng sudah berbunyi.

II Pencuri itu ditangkap semasa sedang hendak memecahkan pintu rumah
Encik Kassim.
III Murid-murid gembira kerana boleh dapat menyaksikan kejohanan olahraga
yang
dianjurkan di sekolah.
IV Bendahari persatuan harus telah menyelesaikan pungutan yuran ahli sebelum
sesuatu aktiviti dijalankan.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja

12 I Bas sekolah yang kami naiki masih baru malahan tayarnya sudah tiada bunga
lagi.
II Rancangan televisyen itu tidak banyak penontonnya tambahan pula disiarkan
pada lewat malam
III penggunaan telefon bimbit memerlukan belanja yang besar tetapi tetap
menjadi pilihan remaja
IV Ayah sedang mencuci kereta sementara abang sedang menyiram pokok
bunga.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I ,II dan III
D. II, III dan IV

S02/1 6 TERHAD
TERHAD

Soalan 13

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13 Sebilangan kecil rakyat gemar memiliki barangan mewah sedangkan pendapatan

mereka tidak seberapa. Oleh itu, kerajaan selalu mengingatkan mereka agar
berbelanja mengikut kemampuan.

Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa yang berikut, kecuali

A ukur baju di badan sendiri

B besar pasak daripada tiang
C alah membeli menang memakai
D berapa panjang lunjur, begitulah selimut

S02/1 7 TERHAD
TERHAD

Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan drama di bawah

PENDAKWA RAYA : Yang arif, hujah peguam bela tidak logik, tak masuk akal sama
sekali, kambing yang lapar tidak makan kulit pisang dan mengaisnya keluar…

PEGUAM BELA : Yang arif, saya minta pendakwa raya tidak mengganggu perjalanan
mahkamah.

Hakim mengeluarkan kad kuning.

HAKIM : Satu kad kuning untuk pendakwa raya. Sila duduk.

Ya, peguam bela, sila teruskan…

PEGUAM BELA : Yang arif, saya sambung kembali hujah saya.

Adapun kambing yang tersangat kurus dan lapar itu juga tersangatlah letihnya
sehingga matanya pun sudah menjadi kabur dan berpinar-pinar. Ini menyebabkan
kambing itu tidak nampak kulit pisang, sehingga terkaislah olehnya makanan
kegemarannya itu ke atas jalan raya. Malang tak berbau, seorang nenek yang sedang
berjoging menghampiri… kambing terkejut dan cabut lari. Nenek tua itu terpijak kulit
pisang dan jatuh… sampailah ajalnya, dia pun mati.

Dengan ini, jelas bahawa Bulat bin Leper tidak terbabit dalam soal ini. Yang
bersalah, bukannya Bulat, tapi kambing kurus. Oleh sebab itu, bukan Bulat yang
harus dihukum, sebaliknya kambing kuruslah yang perlu dihukum.

Dipetik daripada drama Mahkamah,

Antologi Baik Budi Indah BahasaTingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

14 Apakah maksud peribahasa malang tak berbau?

A Bencana yang menimpa secara berturut-turut.

B Musibah yang terjadi secara tiba-tiba.
C Kesusahan yang berlaku secara berterusan.
D Mala petaka yang menimpa tiada kesudahannya.

S02/1 8 TERHAD
TERHAD

15 Yang berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama,
kecuali

A Masyarakat yang bertanggungjawab.

B Masyarakat yang jujur.
C Masyarakat yang adil.
D Masyarakat yang prihatin.

16 Antara yang berikut, yang manakah merupakan permintaan peguam bela kepada
hakim sebelum pendakwa raya dikenakan kad kuning?

A Menyuruh pendakwa raya duduk.

B Menjatuhkan hukuman kepada kambing kurus.
C Memohon kebenaran untuk meneruskan hujah.
D Meminta pendakwa raya tidak mengganggu perbicaraan.

17 Yang berikut merupakan perkara-perkara yang berlaku di dalam mahkamah,

kecuali

A hakim menyuruh pendakwa raya duduk setelah diberi kad kuning.

B Bulat bin Leper dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.
C peguam bela meneruskan hujah setelah dibenarkan oleh Hakim.
D pendakwa raya mengganggu hujah yang dikeluarkan oleh peguam bela.

S02/1 9 TERHAD
TERHAD

Soalan 18 – 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah

“Tapi … ,” Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam memang bukan tugas

mudah tetapi kata Abang Azman. “Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha,
semua perkara tidak mustahil dapat kita laksanakan.”

“ Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu … .”

“ Profesor Azizah, ukuran bagi nilai kejayaan seseorang bukan pada menang
atau kalah … tapi pada kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang semata-mata
untuk meningkatkan kemajuan diri. Ingat pesan cikgu.”

Terkebil-kebil mata Azizah apabila menerima mandat yang besar daripada Cikgu
Zaleha.

Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat yang kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan
wang yang banyak, bukan tenaga yang kuat.

Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan

berulang-ulang, dicubanya untuk meneroka pelbagai bentuk dan warna, aneka
rupa dan teknik, cara dan persembahan. Dengan suntikan kata-kata semangat
ayah dan bimbingan ibunda yang berjemari seni, tidak hairanlah Azizah menang
pada peringkat daerah sebagai johan. Pada peringkat negeri pula, dia mendapat
naib johan.

Dipetik daripada cerpen Hadiah,

Antologi Kuingin Berterima Kasih,Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita
laksanakan.

18 Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A di mana ada kemahuan di situ atau jalan

B alah bisa tegal biasa
C belakang parang kalau diasah lagikan tajam
D alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal jalan

S02/1 10 TERHAD
TERHAD

19 Apakah perkara yang merisaukan Azizah?

A Tugas menganyam bukan sesuatu yang mudah

B Tidak berjaya dalam pertandingan
C Tidak dapat memenuhi mandat gurunya
D Bimbang akan kehabisan bahan anyaman

20 Yang berikut ialah faktor-faktor yang menyebabkan Azizah memenangi

pertandingan itu, kecuali

A kata-kata semangat daripada ayahnya.

B bimbingan daripada Cikgu Zaleha.

C tunjuk ajar daripada ibunya.

D galakan daripada Abang Azman.

[20 markah]

S02/1 11 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN B
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 45 Minit]

1 Dalam iklan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin iklan itu semula.

IKLAN JAWATAN KOSONG

Pihak kami ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi
kekosongan jawatan di bawah:

Jawatan : Juru ulas

Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : Dua

Calon hendaklah mempunyai kelayakan yang berikut:

1. Berkelulusan sekurang-kurangnya peringkat diploma dalam bidang

penyiaran
2. Sanggup bekerja di mana-mana lokasi yang diarahkan
3. Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman

Faedah bekerja di syarikat kami:

1. Potongan KWSP dan PERKESO

2. Elaun makan tengahari dan
perubatan
3. Program motivasi staf

Sila hantarkan borang permohonan yang lengkap melalui emel ke alamat serisentosa@gmail.com.
Tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2017.

(i) _____________________________

(ii) _____________________________

(iii) _____________________________
[3 markah]

S02/1 12 TERHAD
TERHAD

2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang amat penting sekali sebagai
bekalan bagi menempuh alam pekerjaan yang kian mencabar di ketika ini.

______________________________________

(ii) Oleh sebab wang simpanannya belum masih cukup, Azmi berasa kecewa sangat
kerana tidak dapat membeli kereta idamannya.

_______________________________________

[2 markah]

S02/1 13 TERHAD
TERHAD

3 Baca maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1

Kucari damai di sini

di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka BAHAN 2
antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan “Abah tak kisah kalau kau sudah nekad mahu
dengan sejarah persaudaraan jadi atlet. Barangkali itu juga suatu sumbangan
mengikat naluri kemanusiaan. kepada bangsa dan negara,” ujar abah sebelum
menyambung, “tapi kau peliharalah syariat
dalam bersukan.
Kucari damai di sini
cinta dan jati diri Syukur. Kini wasiat abah masih saya pelihara.
bersemarak di laman sukma Janji itu masih saya genggam erat. Sehingga
dengan kasih sayang sekarang, hanya saya satu-satunya pemain lelaki
bersemadi di naluri. Muslim yang menutup aurat di gelanggang pada
peringkat antarabangsa.
(dipetik daripada sajak Kucari Damai Disini,
Antologi Baik Budi,Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia) (dipetik dan diubah suai daripada novel Justeru Impian
Dijaring, Kementerian Pendidikan Malaysia)

BAHAN 3

S02/1 14 TERHAD
TERHAD

1. Berdasarkan bahan 2 dan bahan 3 di atas, nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan
untuk menunjukkan rasa sayang akan negara. [3 markah]

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. Berikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah]

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. Usaha menyuburkan rasa cinta akan tanah air telah memberikan pelbagai kesan
terhadap pembangunan negara
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut? [4 markah]

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

S02/1 15 TERHAD
TERHAD

4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 3.
(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(ii) Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Nilai merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil
karya mereka bagi tujuan mendidik pembaca. Penerapan nilai ini digambarkan menerusi
sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan nilai yang sesuai
dengan contoh peristiwa yang diberikan. Kemudian, kemukakan dua contoh peristiwa
lain yang bersesuaian dengan nilai tersebut. Peristiwa yang dikemukakan mestilah
berkait dengan watak utama yang dinyatakan.

NOVEL WATAK CONTOH PERISTIWA

JUSTERU Syahir menunjukkan rasa sayang kepada ibunya

IMPIAN DI SYAHIR dengan membantu menyediakan juadah berbuka
JARING puasa untuk ibunya.

HEMPASAN Farid berusaha bersungguh-sungguh untuk

FARID menyelesaikan masalah perniagaan syarikat arwah
OMBAK ayahnya.

TAWANAN Farhani mengambil risiko untuk mencuba formula

KOMANDER FARHANI yang dicipta oleh saintis kumbang agar dirinya
menjadi manusia normal semula.
CAUCASUS

Walaupun hidup dalam kemiskinan dan serba

CHOT ALIAS kekurangan, Alias tetap tabah menjalani
kehidupannya.

[10 markah]

S02/1 16 TERHAD
TERHAD

_____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________.

S02/1 17 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Pilih sama ada soalan 1 atau soalan 2

1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sungai merupakan kurniaan Tuhan yang amat bernilai dan perlu dipelihara.
Namun begitu, sejak akhir-akhir ini sungai-sungai di negara kita dikatakan semakin
tercemar. Sudah tentu banyak perkara yang mengakibatkan kejadian ini berlaku.

Kesedaran rakyat yang cetek tentang kepentingan kebersihan sungai telah

menyebabkan masalah ini terjadi. Mereka tidak menyedari bahawa sungai
merupakan sumber air terpenting dalam kehidupan. Sikap sesetengah penduduk
menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa domestik, contohnya
pembuangan lebihan makanan, sampah sarap dan air kumbahan turut mencemarkan
sungai.

Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindakan

manusia ini juga menjadi penghalang kepada usaha-usaha membendung masalah
pencemaran sungai. Walaupun telah ada tindakan yang dikenakan terhadap pihak
yang mencemarkan sungai, namun mereka tidak mengendahkannya terutama dalam
kalangan pengusaha kilang. Hal ini kerana denda yang dikenakan dianggap ringan
dan masih mampu dibayar oleh mereka.

Meskipun pelbagai kempen telah diuar-uarkan melalui media massa seperti

‘Kempen Cintailah Sungai Kita’, tetapi pelaksanaannya masih dianggap tidak
berkesan kerana kurang memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk
memastikan sungai terus terpelihara. Lebih mengecewakan lagi, ada segelintir
masyarakat tidak menyedari kewujudan kempen tersebut.

Sesungguhnya, masalah pencemaran sungai seolah-olah tiada

penghujungnya. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, pasti merugikan generasi
yang akan datang. Hal ini kerana mereka bukan sahaja tidak dapat menikmati
keindahan sungai malah mereka juga tidak dapat mengenali hidupan akuatik yang
akan pupus akibat pencemaran sungai.

S02/1 18 TERHAD

S02/1 19 TERHAD
9
TERHAD

2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut , tulis sebuah
ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Isu kemalangan jalan raya senantiasa diperkatakan oleh banyak pihak. Hal ini
demikian kerana kadar kemalangan dewasa ini masih membimbangkan.
Mengapakah situasi ini berlaku? Sudah tentu terdapat banyak sebab yang menjadi
penyumbang kepada keadaan ini.

Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sesetengah pemandu dan
penunggang motosikal yang tidak mematuhi had laju yang dibenarkan walaupun
tanda had laju terpampang di hadapan mereka. Sikap pengguna jalan raya yang suka
memotong kenderaan lain di selekoh tajam dan di garisan berkembar turut
mengundang risiko kemalangan. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan diri
sendiri bahkan juga pengguna jalan raya yang lain. Tambahan lagi, terdapat
segelintir pemandu yang baru memperoleh lesen hanya memikirkan keseronokan
tanpa menduga bahawa maut sedia menanti di hadapan mereka.

Di samping itu, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di sesetengah

tempat turut mengundang terjadinya kemalangan terutamanya pada waktu malam
dan ketika hujan lebat. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat kenderaan
yang tidak diselenggarakan dengan baik masih digunakan di jalan raya. Oleh itu,
setiap pemilik hendaklah memastikan kenderaan mereka diselenggarakan mengikut
jadual agar selamat digunakan.

Jelaslah kepada kita bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku banyak
disebabkan sikap pengguna itu sendiri. Oleh itu, diharapkan agar semua pengguna
jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang.

S02/1 20 TERHAD

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

S02/1 21 TERHAD

You might also like