You are on page 1of 13

TERHAD

PEPERIKSAAN SEMESTER I 2021

TINGKATAN 2
UJIAN BERTULIS 1 jam 15 minit
02/1

ARAHAN:
Untuk kegunaan pemeriksa
1. Buka kertas peperiksaan ini Nama pemeriksa:
apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan angka Bahagian Soalan Markah Markah
Penuh Diperoleh
giliran anda pada ruang yang
disediakan. A 1-20 20
3. Kertas peperiksaan ini
Bahasa Melayu

mengandungi tiga bahagian 1 3


iaitu Bahagian A, Bahagian
B dan Bahagian C. 2 2
B
4. Jawab semua soalan dalam
3 5
Bahagian A dan Bahagian B
serta Bahagian C. 4 5
5. Bagi soalan Bahagian A
hitamkan jawapan yang betul C 1 15
pada helaian jawapan yang
disediakan pada halaman Jumlah 50
akhir kertas peperiksaan ini,
manakala bagi soalan
Bahagian B, dan Bahagian
C, jawapan hendaklah ditulis
pada ruangan jawapan yang
disediakan.
Bahagian A 6. Kertas peperiksaan ini
hendaklah diserahkan kepada
pengawas peperiksaan pada
akhir: peperiksaan.
NAMA NURIN QISTYNA BT SHUKUR

KELAS : 2 0 2

Kertas peperiksaan ini mengandungi 12 halaman bercetak.


Bahagian A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]
Soalan 1 – 4

02/1© 2021 Hak UnitBM Jabatan Bahasa MRSM Kepala Batas TERHAD
TERHAD 2 02/1

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Lampu hiasan yang tergantung di anjung rumah ______________ ditiup angin.


A terliuk-liuk
B terayun-ayun
C terawang-awang
D terlayang-layang

2 Pasar Siti Khadijah merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di negeri Kelantan
kerana terdapat _____________jenis barang yang menarik.

A setiap
B pelbagai
C segala
D semua

3 Pada alaf ini, semangat kejiranan _________________ kalangan masyarakat semakin


renggang.
A di dalam
B dalam
C di
D oleh

4 Para penyokong pasukan bola tampar itu berasa ________________ apabila peluang
pasukan mereka untuk memenangi perlawanan itu semakin tipis.
A cemas
B takut
C lega
D bimbang

Soalan 5 hingga 6
TERHAD 3 02/1

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

5 Pihak Berkuasa Tempatan bercadang memperdalamkan longkang di kawasan


perumahan
A B
itu untuk mengatasi masalah banjir kilat. Tiada kesalahan.
C D

6 Aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah banyak memberikan faedah pada murid-
murid.
A B C
Tiada kesalahan.
D

7 Setelah termenung sejenak, pelajar itu menggoyangkan kepalanya apabila guru


A
mengajukan soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Tiada kesalahan.
B C D

Soalan 8 hingga 9

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8 I Lukisan itu ialah cermin kepada kehidupan masyarakat pada masa ini.
II Berita tentang kes penculikan itu sedang dipaparkan di cermin televisyen.
III Cermin sisi kereta itu patah kerana dilanggar oleh sebuah motosikal yang
memintas secara berbahaya.
IV Cermin muka yang tergantung di bilik adik pecah akibat terkena bola yang
ditendangnya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
TERHAD 4 02/1

9 I Bangunan itu kelihatan usang kerana warnanya sudah luntur.


II Walaupun menempuh pelbagai cabaran, semangatnya untuk menghadapi
peperiksaan tidak pernah luntur.
III Kejelitaan peragawati itu mulai luntur apabila usianya semakin meningkat.
IV Hobinya yang suka melancong menyebabkan kewangannya semakin luntur.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 hingga 12

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

10 Norman Hakim berlakon watak sebagai anggota polis yang tegas dan garang.
A melakonkan watak sebagai
B berlakon perwatakan sebagai
C melakonkan perwatakan sebagai
D berlakon watak sebagai

11 Semua pelajar sedang berkumpul di dalam dewan sempena perhimpunan bulanan


sekolah.
A berkumpul dalam dewan
B berkumpul ke dalam dewan
C berkumpul ke dewan
D berkumpul di dalam dewan

12 Pihak polis meminta Alisa menerangkan tentang kejadian ragut yang berlaku semalam.
A menerang kejadian ragut
B menerangkan kejadian ragut
C menerangi kejadian ragut
TERHAD 5 02/1

D menerangkan tentang kejadian ragut

Soalan 13 hingga 14

Pilih ayat-ayat yang betul.

13 I Berbagai-bagai jenis pakaian dijual di butik yang baru dibuka itu.


II Usahawan terkenal itu memelihara beribu-ribu ekor kambing di ladang
ternakannya.
III Ali beransur-ansur sihat sejak keluar dari hospital pada dua hari yang lalu.
IV Kereta-kereta itu agak mahal-mahal harganya kerana diimport dari luar negara.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14 I Pertengkaran di antara adik-beradik itu diselesaikan oleh ibu bapa mereka.


II Pembayaran bil secara dalam talian menjimatkan masa dan tenaga.
III Oleh sebab harga yang tinggi, banyak rumah tidak dapat dijual.
IV Inara tidak melepaskan peluang melanjutkan pelajaran di institusi terkemuka itu
demi mengejar cita-citanya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 15 hingga 16

Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Inas sudah lama merantau di luar negara. Namun begitu, dia dan
keluarganya kembali semula ke tanah air untuk menjalani kehidupan
yang baharu.

15 Situasi ini bertepatan dengan peribahasa ___________________________________.

A biduk lalu kimbang bertaut.


B seperti ikan pulang ke lubuk.
TERHAD 6 02/1

C tiada rotan akar pun berguna.


D ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.

Kehidupan Puan Rina sekeluarga sangat bahagia. Namun demikian, setelah


kematian suaminya Puan Rina dan anak-anak hilang tempat bergantung.

16 Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah


A Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
B Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
C Seperti embun di hujung rumput
D Bagai layang-layang terputus tali

Soalan 17 hingga 20 berdasarkan petikan prosa di bawah.

Setelah didengar Sang Sebarau akan titah baginda itu, ia pun lalu sujud menyembah,
sembahnya, Daulat duli tuanku, ampun sembah patik harapkan diampun, seperti titah Duli
yang Maha Mulia itu, terjunjunglah di atas jemala ubun-ubun patik, akan tetapi harapkan
diampun jikalau sekiranya tiada tuanku memanggil patik ini, sahaja patik hendak
menghadap juga hendak bermaklumkan hal diri patik-patik. Hamba rakyat tuanku ini
sangatlah dianiaya oleh Sang Memerang ke atas patik-patik sekalian, habis rakyat tentera
tuanku dimakannya, dan seperti hamba tuanku dan anak-anak didik itu, habislah sudah
dimakan, tuanku, oleh Sang Memerang itu. Di dalam suatu lubuk tempat kediaman patik-
patik tinggal patik seekor sahaja. Maka inilah berupa kesusahan yang dilihat pacal Sang
Udang itu kerana terlebih maklum tuanku fasal melarikan nyawa ini, tiada berketahuan
dukacita hati patik kedudukan tiada mendapat aman sentosa sekali-kali. Inilah patik
memohon hukum Duli yang Maha Mulia taalif timbangan yang keadilan di atas antara
patik-patik ini dengan Sang Memerang ini, yang selalu suka mengadakan aniaya ke atas
patik dengan tiada menaruh kasihan belas, berinsaf-insaf sama-sama hamba Allah dan
rakyat tentera Duli yang Maha Mulia ini. Inilah patik pohonkan hukumannya.”
Hatta setelah baginda mendengarkan sembah Sang Sebarau itu, baginda pun bertitah
kepada Sang Memerang dengan murkanya, titahnya, "Hai Sang Memerang, sebenarnya
seperti kata Sang Sebarau ini, selalu engkau membuat aniaya ke atas dia sekaliannya? Boleh
engkau sembahkan dengan sebenarnya?"

(Dipetik daripada prosa tradisional “Pelanduk Mengajar Memerang",


antologi
TERHAD 7 02/1

Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)

17 Apakah perkara yang diadukan oleh Sang Sebarau kepada Duli yang Maha Mulia?

A Dia diserang oleh Sang Memerang


B Semua anaknya telah dimakan oleh Sang Memerang
C Tinggal beberapa ekor ikan sahaja di dalam lubuk kediamannya
D Kehidupannya sudah tidak aman lagi kerana diganggu oleh Sang Udang

18 Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, Duli Yang Maha Mulia digambarkan
sebagai seorang pemimpin yang

A patuh
B rajin
C pendiam
D bertangggungjawab

19 Perkataan taalif dalam petikan prosa tradisional di atas merupakan contoh

A bahasa istana.
B bahasa klasik.
C bahasa Arab
D bahasa Inggeris.

20 Antara yang berikut yang manakah bukan pengajaran yang terdapat dalam petikan prosa
tradisional di atas?

A Kita hendaklah akur akan arahan pemerintah.


B Kita mestilah jujur dalam berkata-kata.
C Kita janganlah bersikap mementingkan diri sendiri.
D Kita menghadapi dugaan. perlulah berani dalam
TERHAD 8 02/1

Bahagian B
(15 markah)

1 Dalam iklan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin iklan itu semula.

KARNIVAL KESIHATAN
 Pamiran kesihatan  Sukaneka untuk murid tadika,
 Pemeriksaan kesihatan percuma tabika dan pra sekolah
 Ceramah kesihatan  Persembahan dikir barat
 Senamrobik  Persembahan kugiran

TEMPAT :
Padang Bandaran,
Sandakan, Sabah.

TARIKH :
15 Februari – 16 Februari 2020

MASA :
8.00 pagi – 6.00 petang

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak urusetia : 089-7414800

(i) Pameran
(ii) Urus setia
(iii) Prasekolah
[3 markah]

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selendang ungu itu dibeli oleh saya di negara Jerman pada tahun lepas.

Negara Jerman

(ii) Ibu amat rindukan abang yang sudah lama tidak pulang ke kampung.

merindui abang
[2 markah]
TERHAD 9 02/1

3Nyatakan pola ayat-ayat yang berikut sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN),
Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN+FK) , Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN+FS)
atau Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA).

i. Pekerja-pekerja kilang itu sedang membungkus produk kosmetik.


Frasa nama +Frasa kerja

ii. Kebudayaan nasional lambang identiti negara.


Frasa nama+Frasa adjektif

iii. Basikal merah itu untuk abang saya.


Frasa nama+Frasa sendi nama

iv. Beberapa orang pakar bedah yang terkenal itu sedang melakukan pembedahan tersebut.

Fasa nama+Frasa kerja

v. Menara yang tinggi itu memang cantik reka bentuknya.

Frasa nama+Frasa adjektif


[ 5 markah ]

4 Kenal pasti jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah, atau ayat seruan.
i. Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, pelbagai program telah dirancang oleh
Kementerian Kesenian dan Warisan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara
kita.

Ayat penyata

ii. “Bila kau sampai dari luar negara ?” tanya Khusairi kepada Samir.

Ayat tanya

iii. “Amboi, hebatnya kau berhujah, Syam!” kata Mahathir kepada Syamsul.

Ayat seruan

iv. “Bawa semua buku itu ke bilik bacaan dan susunkan dengan kemas,” kata Cikgu
Ameera kepada pelajarnya.

Ayat perintah

v. “Mengapa kau rahsiakan penyakit kau daripada pengetahuan kami?” ujar Shaheera
sambil memandang Syima dengan pandangan yang sayu.

[ 5 markah ]
TERHAD 10 02/1

Ayat tanya

Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1 Lihat grafik di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
grafik tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

KEBAIKAN TELEFON PINTAR KEPADA MURID

berkong
maklumat

sumber
carian

si bahan
pembela
jaran

saluran
menambahkan

untuk
kenalan

bertany
a
kepada
guru
TERHAD 11 02/1

Dengan arus kemodenan masa kini, penggunaan telefon pintar menjadi satu keperluan
kepada setiap masyarakat. Tidak dinafikan, penggunaan telefon pintar memberi banyak
kebaikan kepada kita khususnya para murid. Antara kebaikan telefon pintar kepada murid
adalah sebagai sumber carian maklumat. Sebagai contoh kita boleh mencari maklumat
dengan menggunakan aplikasi “Google” dan sumber dari “youtube”. Hal ini dapat
menjimatkan masa dan tenaga murid. Selain itu, dengan penggunaan telefon pintar murid-
murid juga dapat berkongsi maklumat serta bahan sesama rakan. Hal ini memudahkan
pertukaran idea serta maklumat sesama ahli kumpulan terutamanya keadaaan murid kini yang
berhadapan dengan pembelajaran secara atas talian disebabkan oleh pandemik yang melanda
negara dan juga dunia. Dalam pada itu juga, murid-murid dapat menambah kenalan dengan
murid -murid sekolah lain dengan mudah menerusi aplikasi “facebook”, “instagram” dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung membolehkan murid-murid bertukar pandangan
dan pendapat sesama mereka. Akhir sekali, penggunaan telefon pintar dapat menjadi saluran
utama untuk murid bertanya dan berhubung dengan para guru. Dengan ini dapat
memudahkan murid-murid berinteraksi dengan guru secara maya sekaligus dapat membantu
dalam sesi pembelajaran atas talian. Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar memberi
banyak manfaat kepada murid khususnya dalam urusan pembelajaran murid.
TERHAD 12 02/1

BAHAGIAN A - NURIN QISTYNA BT SHUKUR 202

1. B

2. B

3. B

4. D

5. D

6. C

7. D

8. B

9. A

10. A

11. D

12. D

13. C

14. D

15. B

16. D

17. B

18. D

19. C

20. D
TERHAD 13 02/1

You might also like