You are on page 1of 21

TERHAD

NAMA : ........................................................................................................
ANGKA GILIRAN :

02/1
PT3 2019
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
UJIAN BERTULIS
Kertas 1
Sept./Okt. 1 jam 30 minit

ARAHAN:
1. Buka kertas peperiksaan ini Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahasa Melayu

apabila diberitahu.
Nama Pemeriksa:
2. Tulis nama dan angka
giliran anda pada ruang Markah Markah
Bahagian Soalan
yang disediakan. Penuh Diperoleh
3. Kertas peperiksaan ini A 1 – 20 20
mengandungi tiga bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian 1 3
B, dan Bahagian C.
2 2
4. Jawab semua soalan dalam B
Bahagian A dan Bahagian B 3 10
serta satu soalan daripada
4 10
Bahagian C.
5. Bagi soalan Bahagian A 1 15
C
hitamkan jawapan yang (Pilih satu)
2 15
betul pada helaian jawapan
yang disediakan pada
Jumlah 60
halaman akhir kertas
peperiksaan ini, manakala
bagi soalan Bahagian B,
dan Bahagian C, jawapan
hendaklah ditulis pada ruang
jawapan yang disediakan.
6. Kertas peperiksaan ini
hendaklah diserahkan kepada
pengawas peperiksaan pada
akhir peperiksaan.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 2 02/1
Bahagian A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Soalan 1 – 4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Para penyokong pasukan badminton itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka
untuk memenangi pertandingan itu semakin .
A genting
B getir
C tipis
D runcing

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Kamarul tersepak batu lalu


jatuh .
A tersembam
B terpelanting
C tercampak
D terguling

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 3 02/1
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Setibanya di rumah, Roslina mendapati barang di dalam biliknya kerana


rumahnya digeledah pencuri.
A bertindih-tindih
B berserak-serak
C bertimbun-timbun
D berlonggok-longgok

4 Bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat meringankan beban mangsa


banjir itu.
A seelok-eloknya
B sebaik-baiknya
C setidak-tidaknya
D seboleh-bolehnya

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 4 02/1
Soalan 5 – 6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.

5 Peniaga-peniaga makanan perlu memastikan bahawa makanan yang dijual pada


A B

orang ramai adalah bersih daripada kekotoran. Tiada kesalahan.


C D

6 Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya namun
A B
kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 ­– 8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7 I Gadis itu menyisihkan sekuntum bunga ros di celah-celah rambutnya.


II Pasukan bola baling sekolah kami mara ke pusingan akhir setelah berjaya
menyisihkan pasukan tuan rumah.
III Kita tidak boleh menyisihkan pendapat bahawa pencemaran alam sekitar menjadi
punca penularan pelbagai jenis penyakit.
IV Adik menyisihkan diri di dalam biliknya beberapa jam sehari untuk
mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8 I Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya
hari peperiksaan.
II Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti.
III Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.
IV Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk
menyelamatkan mangsa kebakaran.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
[Lihat halaman sebelah
02/1 TERHAD
TERHAD 5 02/1
Soalan 9 – 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

9 Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin


yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.
A dari tahun ke setahun
B daripada tahun ke tahun
C daripada setahun ke setahun
D dari setahun ke setahun

10 Nelayan-nelayan itu sedang sibuk mengisi ais ke dalam tong-tong yang


mengandungi ikan.
A mengisi ais dalam
B mengisikan ais di dalam
C mengisikan ais ke dalam
D mengisi ais ke dalam

Soalan 11 – 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11 I Jalan raya ke kampung itu paling sunyi sepi sekali selepas jam 12.00
tengah malam.
II Walaupun dia bukan sangat pandai, dia tidak membantu rakan-rakannya.
III Parasnya yang kemelayuan menyebabkan pelakon itu diminati di Malaysia.
IV Sudah letih lesu badannya ketika dia ditemui terdampar di pinggir pantai.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 6 02/1
12 I Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan
huruf kecil.
II Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan
saya cetek tentang isu-isu semasa.
III Beberapa pintu rumah kedai itu telah dibeli oleh seorang usahawan untuk dijadikan
bengkel kereta.
IV Kita tidak boleh terlalu bergantung pada ihsan orang lain dalam mencapai
matlamat hidup.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13 Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah
merantau jauh, kecuali
A seperti itik pulang petang.
B seperti belut pulang ke lumpur.
C tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua.
D berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 7 02/1
Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan drama di bawah.

ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Saya datang ini untuk menyampaikan
penghargaan negara kepada keluarga Pak Mail kerana kematian
Sarjan Akhbar semasa bertempur di sempadan dahulu.
Kami bersimpati benar dengan keluarga Pak Mail, terutamanya
kepada Puan Fauziah dan dua orang anaknya.

PAK MAIL : Terima kasihlah, Encik Musa. Kami memanglah sedang


menghadapi masalah sekarang ini, terutamanya dalam hal
persekolahan Hayati. Hari ini dia pulang dari asrama.

ENCIK MUSA : Mengapa begitu, Pak Mail?

PAK MAIL : Masalah belanja, Encik Musa. Nampaknya saya terpaksa mencari
satu punca tetap untuk membantu persekolahan cucu saya.
Saya sudah pun memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini.

DATUK PENGHULU : Betul, Encik Musa. Saya akan berikhtiar untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh Pak Mail sekarang. Pak Mail
tentu tidak dapat mengharapkan pencen bulanannya yang
sedikit itu untuk menyara keluarga.

PAK MAIL : Betul, Tuk.

ENCIK MUSA : Begini, Pak Mail. Kedatangan saya ini juga untuk menyampaikan
sekeping cek yang bernilai sepuluh ribu ringgit untuk
Puan Fauziah. Di manakah Puan Fauziah sekarang, Pak Mail?

PAK MAIL : Dia di dalam agaknya. (Memanggil) Fauziah!

FAUZIAH : (Dari dalam) Ya, ayah.

PAK MAIL : Keluar sekejap.

FAUZIAH : Baik, ayah. (FAUZIAH keluar)

ENCIK MUSA : Begini, Puan Fauziah. Kami datang untuk menyampaikan


sekeping cek bantuan untuk keluarga puan. (Bangun untuk
menyampaikan cek itu) Jadi terimalah cek ini. (Mengunjukkan
sekeping cek)

FAUZIAH : (Sambil menerima) Terima kasih, encik. (Mengesat air matanya)

Dipetik dan diubah suai daripada drama ‘Hadiah’,


antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 8 02/1
14 Apakah masalah utama yang dihadapi oleh Pak Mail?
A Kematian menantunya Sarjan Akhbar.
B Masalah kewangan persekolahan cucunya.
C Kepulangan cucunya dari asrama.
D Masalah pencen bulanannya.

15 Yang berikut merupakan perwatakan Encik Musa, kecuali


A bertanggungjawab
B penyayang
C prihatin
D amanah

Pak Mail telah mendapat bantuan tanpa diduga sewaktu


beliau benar-benar memerlukannya.

16 Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah


A kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
B bagai si kudung mendapat cincin.
C bagai tikus jatuh ke beras.
D orang mengantuk disorongkan bantal.

17 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan drama di atas?
A Hayati terpaksa pulang ke rumah kerana menghadapi masalah di asrama.
B Pak Mail telah menerima cek bantuan yang disampaikan oleh Encik Musa.
C Datuk Penghulu berjanji akan berusaha untuk menyelesaikan masalah Pak Mail.
D Cek bernilai sepuluh ribu ringgit merupakan sumbangan peribadi Encik Musa
kepada Fauziah.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 9 02/1
Soalan 18 – 20 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

“Varieti padi baru MR220 CL1 dan MR220 CL2 yang dikacukkan daripada
varieti MR220 ini dijangka dapat mengawal masalah padi angin dan rumput-rampai
yang menjejaskan tanaman padi. Kita jangka ini dapat memberi perolehan beras
73.8 peratus dan 75.4 peratus. Tentunya ini lebih baik daripada MR220 yang beri
pulangan 61.7 peratus. Sudah terbukti dalam uji kaji, hasilnya antara 8480 sehingga
8690 kilogram sehektar.”

Alif terhimbau perbualan dengan pegawai pertanian yang sentiasa tidak


lokek maklumat dengannya.

Dia hafal kebaikan yang bakal diperoleh daripada varieti padi yang
diusahakan ini. Benih varieti ini kebal terhadap racun rumpai imidazolodonone,
dapat menjimatkan penggunaan air melalui pembanjiran sawah yang dilewatkan,
dan keadaan ini sekali gus dapat mencegah satu lagi masalah perosak utama,
iaitu siput gondang emas. Dengan kos tidak melebihi RM600 sehektar, nilai
tuaiannya cukup berbaloi, iaitu dengan pulangan lima kali ganda.

“Jangan pandang rendah bidang ini, Alif. Bidang pertanian cukup


menjanjikan. Awak dah ada modal … petak bendang itulah modalnya. Kita tidak
perlu beli beras dari luar kalau kita serius usahakan tanah sendiri. Sekarang kita beli
beras dari Thailand … kalau negara itu berdepan dengan krisis, misalnya banjir
atau kemarau dan hasilnya terjejas, kita nak bergantung pada siapa pula?

“Bayangkan pula kalau nilai ringgit jatuh dan bath melambung, tentu teruk
kita menanggung kos mengimport beras.”

Dipetik daripada cerpen ‘Menuai Emas’,


antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia

18 Berdasarkan petikan, rangkai kata berdepan dengan krisis membawa maksud


A mendepani halangan
B menghadapi masalah
C mendepani kegentingan
D menghadapi pergelutan

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 10 02/1
19 Yang berikut merupakan kebaikan benih varieti padi baru yang dinyatakan oleh
pegawai pertanian kepada Alif, kecuali
A benihnya kebal terhadap racun rumpai imidazolodonone.
B masalah padi angin dan rumput-rampai dapat dikawal.
C pembanjiran sawah dapat dilewatkan.
D memberikan pulangan beras sebanyak 61.7 peratus.

20 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan tersebut?


A Petani yang menanam varieti padi MR220 akan mendapat hasil sehingga
8690 kilogram sehektar.
B Kejatuhan nilai bath dan kenaikan nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan
kos mengimport beras.
C Kos yang diperlukan bagi penanaman varieti padi baru MR220 CL2 melebihi
RM600 sehektar.
D Kedua-dua varieti padi baru merupakan hasil kacukan daripada varieti MR220.

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 11 02/1
Bahagian B
[25 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

1 Dalam setiap iklan di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin iklan itu semula.

(i) (ii)
Jawatan Kosong
Jawatan : Posmen

Warganegara Malaysia yang berminat


dipelawa untuk hadir ke sesi temuduga
terbuka seperti ketetapan berikut:

Air Mineral Semula Jadi Tarikh : 10 November 2019


Jenis punca air : Air bawah tanah Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Isi padu minima 500 ml Tempat
: Ibu Pejabat Pos Malaysia
Diluluskan oleh: Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan Malaysia
Buatan Malaysia

(iii)
SK SERI MAHKOTA SETIA
Pemberitahuan:
Pendaftaran murid-murid pra-sekolah
Tahun 2020
Tarikh : 27 Disember 2019
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Blok A,
SK Seri Mahkota Setia

Kerjasama ibu bapa dan penjaga


untuk hadir mengikut ketetapan
tersebut amat dihargai.

(i)

(ii)

(iii)
[3 markah]
[Lihat halaman sebelah
02/1 TERHAD
TERHAD 12 02/1
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selepas menjalani kursus penanaman padi secara moden, sebahagian besar
petani-petani memperoleh hasil tuaian yang sungguh amat memuaskan.

(ii) Sekaki payung yang baru emak beli telah saya gunakan untuk ke sekolah semasa
hujan lebat.

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 13 02/1
3 Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1

“Kebetulan pada hari itu, Lim Meng yang baru balik dari sekolah nampak
Lim Foong terkapai-kapai kerana lemas. Lim Meng cuba turun untuk
menolong menyelamatkan Lim Foong tetapi dia pula yang lemas. Dia dah
tak menghiraukan keselamatannya lagi asalkan abangnya selamat. Mujur
Sudin ada di situ. Dialah yang menyelamatkan Lim Meng. Sudin tak mengira
Lim Foong itu bangsa apa, agama apa untuk ditolongnya. Dia ikhlas menolong
Lim Meng tapi sayangnya dia tidak sempat menyelamatkan Lim Foong,”
Sim Pau menangis lagi mengingatkan peristiwa lama itu.

Dipetik daripada Cerpen ‘Kuih Bakul Limau Mandarin’


antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Petikan 2

Amir memicit-micit sampul itu dan sahlah bahawa isinya ialah wang. Amir
mengeluh.
“Janganlah begini, Toh Seng. Kami tidak boleh menerima wang ini,” kata
Amir. Kali ini, Toh Seng pula yang mengeluh.
“Amir, kita hidup bersama-sama. Masa senang kita hadapi bersama-sama.
Masa susah pun mestilah kita hadapi bersama-sama juga. Ambillah duit itu.
Niat kami hendak membantu sahaja,” kata Toh Seng, sedikit kesal dengan
sikap Amir yang tidak mahu menerima bantuan itu.
Masing-masing terdiam.
“Ambillah duit itu, Amir. Awak boleh menggunakannya sebagai modal
untuk berniaga nanti,” kata Toh Seng.

Dipetik dan diubah suai daripada


novel, Kasih Sahabat karya Alias Derait,
buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, KSSM

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 14 02/1
1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan tindakan yang diambil oleh Sudin
dan Toh Seng ketika membantu rakan mereka dalam kesusahan. [3 markah]

2 Nyatakan dua nilai yang sama yang terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut.
[3 markah]

3 Perpaduan antara kaum akan memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat


dan negara kita.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan yang diperoleh sekiranya perpaduan
antara kaum dapat dipupuk di negara kita? [4 markah]

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 15 02/1
4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 3.
(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Tema ialah persoalan utama yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah
karya dan digambarkan menerusi peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan
tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan watak yang telah ditetapkan.

NOVEL TEMA WATAK

JUSTERU
IMPIAN Kegigihan / Ketabahan seorang anak muda
SYAHIR
DI JARING yang ingin mencapai impian.

HEMPASAN Kegigihan seorang anak dalam memajukan


FARID
OMBAK perniagaan warisan keluarga.

TAWANAN Kegigihan remaja berdepan dengan


KOMANDER FARHANI
berbagai-bagai cabaran dan rintangan.
CAUCASUS

Kasih sayang sesama makhluk ciptaan


CHOT Tuhan. ALIAS

[10 markah]

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 16 02/1

.
[Lihat halaman sebelah
02/1 TERHAD
TERHAD 17 02/1
Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1 Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

JOM BERCUTI

KUALA LUMPUR – PULAU PINANG


KUALA LUMPUR – KOTA KINABALU
(BUTTERWORTH)

KERETA API / ETS KAPAL TERBANG

HARGA TIKET MASA HARGA TIKET MASA


BERTOLAK BERLEPAS
DEWASA KANAK-KANAK DEWASA KANAK-KANAK

6.13 PAGI 11.00 PAGI


RM79 RM44 RM390 RM335

KUALA LUMPUR – KUALA TERENGGANU

BAS EKSPRES

HARGA TIKET MASA


BERTOLAK
DEWASA KANAK-KANAK

10.30 MALAM
RM43 RM32.90

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 18 02/1

.
[Lihat halaman sebelah
02/1 TERHAD
TERHAD 19 02/1
2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kegunaan-kegunaan serai. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Serai ialah sejenis rumput yang dikatakan berasal dari Selatan India dan
Sri Lanka. Serai menjadi tarikan banyak pihak kerana penggunaannya yang meluas
dalam industri makanan, perubatan tradisional dan nilai komersialnya dalam
penghasilan minyak pati serai.
Sejak dahulu lagi, selain dijadikan penyedap masakan, serai juga digunakan
sebagai ubat tradisional untuk merawat pelbagai penyakit seperti batuk, selesema,
sakit kepala, radang gusi, kusta dan malaria. Bagi golongan wanita, serai sangat
berguna kepada mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana serai yang dicampurkan
dengan lada dapat dijadikan sebagai terapi terbaik di rumah untuk mengatasi masalah
haid dan loya. Selain itu serai dipercayai dapat mengurangkan asid urik, kolesterol,
lemak yang berlebihan dan toksin dalam tubuh manusia melalui proses detoksifikasi
secara semula jadi. Sudah tentu hal ini sesuatu yang menggembirakan banyak pihak,
khasnya bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan.
Bagi golongan yang menghadapi masalah kulit muka seperti jerawat pula, serai juga
diyakini dapat membantu mereka.
Berdasarkan kedudukan serai sebagai tumbuhan ubatan dalam rawatan
tradisional, pelbagai kajian moden telah dilakukan terhadap serai termasuklah
minyak pati serai dan ekstrak cecairnya. Kini, minyak pati serai dikomersialkan
dalam pelbagai bidang. Sebatian kimia utamanya iaitu sitral menghasilkan bau lemon
yang kuat dan wangi. Sebatian inilah yang digunakan dalam pembuatan kosmetik
seperti minyak wangi dan sabun. Peranan serai sebagai antikanser juga turut diakui.
Hal ini dikatakan demikian kerana berdasarkan laporan, minyak pati serai berkesan
untuk menghalang pertumbuhan sel tumor, sekali gus membunuhnya.
Jelaslah bahawa serai merupakan anugerah Tuhan yang cukup istimewa
kepada manusia. Oleh itu, para petani boleh mengusahakan tanaman serai sebagai
tanaman alternatif lantaran potensinya yang besar dalam industri tempatan
dan antarabangsa.

Dipetik dan diubahsuaikan


daripada ‘Minyak Pati Serai Antikanser’,
Dewan Kosmik bil. 2, 2017

[Lihat halaman sebelah


02/1 TERHAD
TERHAD 20 02/1

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


_\ /_
PENGESAHAN PENGETUA
........................................................

02/1 TERHAD
TERHAD 21 02/1

HELAIAN JAWAPAN BAHAGIAN A

NAMA:

ANGKA GILIRAN:

Hitamkan jawapan anda.

Contoh:

A B C D

1 A B C D 11 A B C D

2 A B C D 12 A B C D

3 A B C D 13 A B C D

4 A B C D 14 A B C D

5 A B C D 15 A B C D

6 A B C D 16 A B C D

7 A B C D 17 A B C D

8 A B C D 18 A B C D

9 A B C D 19 A B C D

10 A B C D 20 A B C D

02/1 TERHAD

You might also like