You are on page 1of 20

TERHAD

PEPERIKSAAN SEMESTER II 2020

TINGKATAN 3
UJIAN BERTULIS
02/1
Kertas 1
Disember 1 jam 30 minit

ARAHAN:
1. Buka kertas peperiksaan ini Untuk kegunaan pemeriksa
apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan angka giliran Nama pemeriksa:
anda pada ruang yang Markah Markah
Bahagian Soalan
disediakan. Penuh Diperoleh
3. Kertas peperiksaan ini
Bahasa Melayu

A 1-20 20
mengandungi tiga bahagian
iaitu Bahagian A, Bahagian 1 3
B dan Bahagian C.
4. Jawab semua soalan dalam 2 2
Bahagian A A dan Bahagian B B
Bahagian
[20serta
markah]
satu soalan daripada 3 0
Bahagian C.
5. Bagi soalan Bahagian A 4 10
hitamkan jawapan yang betul
1 15
pada helaian jawapan yang C
disediakan pada halaman (Pilih satu)
2 15
akhir kertas peperiksaan ini,
manakala bagi soalan
Jumlah 60
Bahagian B, dan Bahagian C,
jawapan hendaklah ditulis
pada ruangan jawapan yang
disediakan.
6. Kertas peperiksaan ini
hendaklah diserahkan kepada
pengawas peperiksaan pada
akhir peperiksaan.

NAMA: …………………………………………………………………….

ANGKA GILIRAN :

Kertas peperiksaan ini mengandungi 20 halaman bercetak.

[Lihat halaman sebelah
02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 2 02/1

Bahagian A
[20 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 “ __________________ perlu mengusahakan kebun arwah ayah bersama-sama secara

efisien agar tidak terbiar begitu sahaja,” pesan Uqail kepada adik-beradiknya.
A Kami
B Kita
C Awak
D Mereka

2 Perasaan ____________ mula menjelma tatkala mengingati ayah dan ibu yang kini
berada di Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
A rindu
B gembira
C hairan
D sayang

3 Pasar Siti Khadijah merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di negeri Kelantan
kerana terdapat _____________jenis barang yang menarik.

A setiap
B pelbagai
C segala
D semua

4 Ibu perlu _____________ ubi kayu itu sehingga empuk untuk membuat tapai.

A menanak
B mereneh
C merebus
D memanggang

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 3 02/1

Soalan 5 – 6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
5 Setelah termenung sejenak, pelajar itu menggoyangkan kepalanya apabila guru
A
mengajukan soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Tiada kesalahan.
B C D

6 Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan
A
diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital. Tiada kesalahan.
B C D

Soalan 7 – 8
Pilih ayat -ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7 I Lukisan itu ialah cermin kepada kehidupan masyarakat pada masa ini.
II Berita tentang kes penculikan itu sedang dipaparkan di cermin televisyen.
III Cermin sisi kereta itu patah kerana dilanggar oleh sebuah motosikal yang memintas
secara berbahaya.
IV Cermin muka yang tergantung di bilik adik pecah akibat terkena bola yang
ditendangnya.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

[Lihat halaman sebelah

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 4 02/1

8 I Sesi temu duga bagi jawatan anggota polis itu dimulakan pada pukul lapan pagi.
II Temu duga secara terbuka di Karnival Kerjaya 2020 itu berjaya menarik perhatian
majikan termasuk agensi kerajaan dan syarikat swasta.
III “Awak sudah temu duga jurulatih pasukan hoki negara,” tanya penerbit rancangan
sukan itu kepada pemberita.

IV Amira memarahi Sofea kerana sering membatalkan temu duga pada minit-minit
terakhir.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 9 – 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

9 Norman Hakim berlakon watak sebagai anggota polis yang tegas dan garang.
A melakonkan watak sebagai
B berlakon perwatakan sebagai
C melakonkan perwatakan sebagai
D berlakon watak sebagai

10 Semua pelajar sedang berkumpul di dalam dewan sempena perhimpunan bulanan

sekolah.
A berkumpul dalam dewan
B berkumpul ke dalam dewan
C berkumpul ke dewan
D berkumpul di dalam dewan

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 5 02/1

Soalan 11 – 12
Pilih ayat-ayat yang betul.

11 I Zulaikha sedang membantu ibunya menggoreng ayam di dapur untuk sajian

makan malam.
II Hani mempersuami seorang pengurus Bank Simpanan Nasional Berhad cawangan
Serdang.
III Kedai barangan elektrik itu diserbu oleh orang ramai kerana mengadakan promosi
penghabisan stok.
IV Demi untuk kesihatan anaknya, Encik Ali dan Puan Aminah terpaksa bekerja
keras mencari wang bagi menampung kos rawatan yang tinggi.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

12 I Kerajaan melancarkan program khusus untuk memulihara bangunan bersejarah.

II Warganegara Malaysia wajar cinta akan negara demi mengekalkan kemerdekaan
yang dikecapi bersama-sama.

III Kari ikan yang dijual di Restoran Kassim mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada para pelanggan.

IV Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kampung Indah itu memperolehi

keuntungan yang besar .

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

Kehidupan Puan Rina sekeluarga sangat bahagia. Namun demikian, setelah

kematian suaminya Puan Rina dan anak-anak hilang tempat bergantung.

13 Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah

A Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
B Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
C Seperti embun di hujung rumput
D Bagai layang-layang terputus tali

[Lihat halaman sebelah

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 6 02/1

Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan di bawah

Gejala vandalisme sering dikaitkan dengan remaja. Hal ini demikian kerana
golongan remaja ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang
tidak sihat terutamanya gejala vandalisme. Vandalisme sinonim dengan perbuatan
merosakkan harta benda awam dan persendirian. Perbuatan menconteng dinding
bangunan, lif, tiang elektrik dan tandas awam dengan lukisan atau perkataan lucah
ialah contoh vandalisme. Perbuatan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, bahkan
membawa kerugian yang besar kepada kerajaan dan orang perseorangan.
Remaja yang berumur antara 12 tahun hingga 18 tahun dikenal pasti golongan
yang paling banyak melakukan vandalisme. Dalam usia sebegini, remaja sering
menghadapi krisis identiti diri iaitu emosi mereka berada dalam keadaan yang tidak
seimbang. Pergolakan emosi yang dihadapi oleh mereka akan diluahkan dalam
bentuk perbuatan, perkataan atau perwatakan yang bercanggah dengan norma
masyarakat. Bagi meluahkan perasaan tidak puas hati dan protes, mereka melepaskan
geram terhadap harta benda yang terdapat di sekeliling mereka. Namun begitu,
terdapat remaja yang melakukan vandalisme sekadar untuk suka-suka atau
terpengaruh dengan telatah dan kerenah remaja dari Barat. Tidak kurang juga yang
menjadikan perbuatan ini untuk melepaskan tekanan perasaan dan kemarahan.
Kesan perbuatan ini akan membawa kemudaratan dan kesusahan kepada
orang lain, malah boleh menjejaskan imej negara. Masyarakat harus peka akan isu ini
dengan mewujudkan pasukan rukun tetangga di kawasan masing-masing bagi
mencegah perkara yang tidak diingini berlaku.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Vandalisme dalam Kalangan Remaja’,
Dewan Siswa Jun 2015

14 Berdasarkan petikan apakah maksud vandalisme?

A perbuatan merosakkan harta benda awam
B perbuatan menconteng harta persendirian
C perbuatan terpengaruh dengan gejala atau budaya yang tidak sihat
D perbuatan merosakkan harta benda awam dan persendirian

15 Yang berikut ialah punca vandalisme kecuali

A meluahkan perasaan dukacita
B melepaskan tekanan perasaan dan kemarahan
C meluahkan perasaan tidak puas hati dan protes
D terpengaruh dengan telatah dan kerenah remaja dari Barat

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 7 02/1

16 Bagi mencegah gejala vandalisme masyarakat seharusnya

A membuat pemantauan di kawasan sekeliling
B memberi nasihat kepada golongan remaja yang terlibat
C mewujudkan pasukan rukun tetangga di kawasan masing-masing
D mengenakan hukuman yang lebih berat dan setimpal kepada pelaku

17 Antara berikut, yang manakah kesan vandalisme kepada negara?

A maruah keluarga tercalar
B imej negara tercemar
C tanggapan negatif masyarakat luar
D peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja

[Lihat halaman sebelah

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 8 02/1

Soalan 18 – 20 berdasarkan puisi di bawah.

Bintang

Suatu malam aku duduk

di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu

itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Siti Zaleha M. Hashim

Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,

Kementerian Pendidikan Malaysia

18 Maksud frasa bintang itu adalah aku ialah

A penyajak ialah penyeri hidup

B penyajak ialah penghias bintang
C penyajak ialah penyuluh hidup
D penyajak ialah penyinar bintang

19 Peribahasa yang sesuai dengan rangkap pertama ialah

A Bulan dipagar bintang

B Bagai menatang minyak yang penuh
C Buah hati pengarang jantung
D Syurga di bawah tapak kaki ibu

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 9 02/1

20 Berdasarkan puisi, gambaran perasaan ibu dan ayah ialah

A suka dan sejahtera

B ceria dan harmoni
C seronok dan riang
D gembira dan bahagia

[Lihat halaman sebelah

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 10 02/1

Bahagian B
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

1 Dalam brosur di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin brosur itu semula.

HOTEL PERDANA

Lokasi di Kota Bharu, kelantan berhampiran dengan:

✓ Pasar Besar Siti Khadijah : 950 meter

✓ Restoran Nasi Ulam Cikgu : 900 meter
✓ Muzium Kelantan : 500 meter

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

✓ Bilik berhawa dingin
✓ 2 katil bujang dengan 1 bilik air
✓ Tempat letak kereta percuma
✓ Disediakan juga televisen, pemanas air dan peti ais
✓ Sarapan pagi disediakan

Harga : RM206.32 / malam

Daftar masuk : 2.00 petang
Daftar keluar : 12.00 tengahari
Untuk maklumat lanjut hubungi : Puan Najihah (01136091844)

(i) ___________________________________
(ii) ___________________________________
(iii) ___________________________________

[3 markah]

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 11 02/1

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Abdul memecahkan rekod sebagai penebar roti canai paling terpantas dalam
pertandingan tersebut.

_____________________________________________________________________

(ii) Pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 telah mendapat persetujuan Majlis Raja-
Raja.

_____________________________________________________________________

[2 markah]

[Lihat halaman sebelah

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 12 02/1

3 Baca petikan-petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1 Petikan 2

Santap Istiadat
Makanan ialah keperluan asas
Santap beradat, santap istiadat, dalam kehidupan manusia. Makanan
Santap raja di majlis kebesaran, diperlukan untuk manusia bekerja dan
Santap merai, hormat-menghormat; melaksanakan kehidupan seharian
Bukan santap hendakkan kenyang, mereka. Selain itu, makanan
Santap santun dengan aturan. membekalkan nutrien penting untuk
keperluan pembesaran dan pertumbuhan
Nasi disuap di tangan kanan, badan. Pengambilan makanan yang
Lauk dibinjat sopan siuman, berkualiti mempengaruhi tahap kesihatan
Sampai ke mulut mamah perlahan, individu. Makanan yang tidak berkualiti
Tanda tidak gelojoh makan. pula menjadi racun kepada tubuh
Selesai santap nasi - manusia. Makanan yang tidak berkualiti
Diiringkan seteguk minuman, termasuklah makanan yang tercemar oleh
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan bawaan penyakit yang ada padanya.

Santap nasi suap pertama, Wabak penyakit bawaan makanan

Berturut dengan suap kedua; sangat bahaya sehingga dapat
Dua suap, ketiga sudah, menyebabkan kematian. Hal ini lazimnya
Keempatnya basuh tangan; dirujuk sebagai keracunan makanan.
Kelima halwa juadah, Makanan yang tidak bersih ini mungkin
Keenam mengiring buah-buahan. mengandungi bakteria yang
menyebabkan penyakit seperti taun dan
Ketujuh berkumur-kumur, tifoid.
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.

Itulah santap beradat kebesaran

Di dalam riwayat zaman yang silam.

Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Dipetik dan diubah suai daripada
Tingkatan 3, “Keselamatan Pemakanan Adakah Makanan
Kementerian Pendidikan Malaysia Anda Selamat Untuk Dimakan?”
Dewan Siswa, Bil 5, 2018

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 13 02/1

1 Berdasarkan Petikan 1 rangkap pertama dan Petikan 2 perenggan kedua, nyatakan

pesanan yang hendak disampaikan oleh penulis. [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2 Nyatakan dua nilai yang sama dalam kedua-dua petikan tersebut.

[3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3 Pengambilan makanan seimbang amat digalakkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan pengambilan makanan seimbang dalam
kehidupan? [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

[Lihat halaman sebelah

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 14 02/1

4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.
(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Pengajaran bermaksud unsur teladan atau perkara yang dapat dijadikan pedoman oleh
pembaca.
Berdasarkan nilai yang telah ditetapkan, berikan dua pengajaran berserta contoh
peristiwa yang sesuai.

JUSTERU IMPIAN DI • Nilai Kegigihan

JARING • Nilai Kasih Sayang

• Nilai Kasih Sayang

HEMPASAN OMBAK
• Nilai Kerajinan

TAWANAN KOMANDER • Nilai Kegigihan

CAUCASUS • Nilai Keprihatinan

• Nilai Kasih Sayang

CHOT
• Nilai Kegigihan

[10 markah]

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 15 02/1

___________________________________________________________________________

TERHAD 16 02/1

Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 minit]

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1 Lihat iklan di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

Pertandingan Teater Monolog

“Apresiasi Bahasa Jiwa Bangsa”
Bersempena dengan
Gerakan Dekad Bahasa kebangsaan 2019
Peringkat Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka

Dengan kerjasama
Perpustakaan Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

30 November 2019 (Sabtu)

2.00 petang – 5 petang
D’Studio, Aras 2,
Perpustakaan Kuala Lumpur,
Dewan Merdeka, Kuala Lumpur

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 17 02/1

_________________________________________________________________________

TERHAD 18 02/1

2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kesan-kesan kunyahan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud petikan.

Secara saintifik, proses kunyahan dikenali sebagai pengunyahan. Kunyahan

merupakan langkah pertama dalam proses penghadaman makanan. Cara kunyahan dan
tempoh kunyahan memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan tahap
kesihatan seseorang.
Terdapat pelbagai teori yang mencadangkan cara kunyahan, bilangan kunyahan,
dan tempoh kunyahan yang betul. Makanan kunyahan yang kecil membolehkan
makanan mudah dihadamkan kerana luas permukaannya yang terdedah kepada enzim
pencernaan lebih tinggi. Saiz makanan yang kecil juga membolehkan zat daripada
makanan diserap oleh usus dengan mudahnya.
Selain itu, kunyahan kecil juga dapat mengelakkan penyakit kronik kerana saiz
makanan yang kecil akan lebih cepat terhadam serta dapat menghalang pembiakan
bakteria. Kunyahan makanan secara perlahan-lahan juga dapat membantu usaha
mengekalkan berat badan yang seimbang. Apabila makanan dikunyah dengan kadar
yang lebih lama, seseorang itu akan terdorong untuk mengurangkan jumlah
pengambilan makanan. Kajian membuktikan bahawa makanan yang dikunyah dua kali
ganda daripada biasa mampu menjadikan seseorang itu berasa kenyang dengan lebih
cepat.
Tiada sesiapa menyangka bahawa proses mengunyah mampu menyumbang
kesihatan tulang rahang dan gigi kita. Mengunyah merupakan senaman semula jadi
kepada rahang kita yang dapat meningkatkan kekuatan tulang. Tambahan lagi,
mengunyah secara perlahan-lahan membolehkan kita menikmati setiap suapan, setiap
rasa dan kelazatan makanan yang diambil.
Individu yang gemar melakukan kunyahan ‘kosong’ akan mengurangkan
keupayaan perut dan usus untuk merembeskan asid dan enzim yang diperlukan apabila
seseorang itu sedang makan. Secara keseluruhannya, kunyahan secara perlahan-lahan
memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Kunyahan Secara Sihat’,
Dewan Masyarakat, Oktober 2016.

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

TERHAD 19 02/1

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD
TERHAD 20 02/1

HELAIAN JAWAPAN BAHAGIAN A

NAMA :

ANGKA GILIRAN :

Hitamkan jawapan anda.

Contoh:
A B C D

1 A B C D 11 A B C D

2 A B C D 12 A B C D

3 A B C D 13 A B C D

4 A B C D 14 A B C D

5 A B C D 15 A B C D

6 A B C D 16 A B C D

7 A B C D 17 A B C D

8 A B C D 18 A B C D

9 A B C D 19 A B C D

10 A B C D 20 A B C D

02/1© 2020 Hak Cipta Bahagian Pendidikan Menengah MARA TERHAD

You might also like