You are on page 1of 18

TERHAD S02/1

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tingkatan 1 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (02/1)
1 jam 30 minit
 
Nama

No. Kad Pengenalan

Kelas

 
ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan Nama Pemeriksa:
nama kelas anda pada ruang yang
disediakan. Markah Markah
Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada
ruang jawapan yang disediakan di A 1-15 15
dalam kertas ujian ini.
1 2  
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
kepada guru bertugas pada akhir ujian. 2 2  
3 4  
B
4 2  
5 10  
6 10  
C 1 15  
Jumlah 60  

S02/1 TERHAD
TERHAD 2 S02/1

Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.

BAHAGIAN A
[15 markah]

Soalan 1 - 2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Walaupun hidup dalam serba kekurangan namun Mak Cik Maznah berat hati untuk
menerima ____________ daripada orang ramai.

A hadiah
B ganjaran
C sumbangan
  D cenderamata

2 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang ____________ yang telah
berjaya menuntut kemerdekaan negara kita daripada British. 

A negarawan
B bangsawan
 
C sejarawan
D cendekiawan

S02/1 TERHAD
TERHAD 3 S02/1

Soalan 3 - 4

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

3 I        Mak Minah menyimpan makanan sejuk beku di dalam bekas kaca.


II       Kemalangan itu mengakibatkan bekas luka yang dalam pada kaki Zahid.
III     Sejak berhenti kerja setahun lalu, Puan Zainab tidak pernah berjumpa
         dengan bekas majikannya.
IV     Encik Chong meletakkan keretanya di bekas khas yang telah disediakan oleh
         pihak penganjur.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
  D II, III dan IV sahaja

4 I       Penyu menyorokkan kepala di dalam kulit apabila diancam musuh. 


II      Ayah menghadiahi abang beg duit yang diperbuat daripada kulit lembu.
III     Kulit muka kakak menjadi kering selepas menggunakan produk 
         kecantikan itu.
IV     Sarimah menggunakan plastik untuk melindungi kulit buku yang baru
         dibelinya daripada hujan. 

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
 
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

S02/1 TERHAD
TERHAD 4 S02/1

Soalan 5 - 6

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

5 Lain-lain hal yang kurang penting tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat kali ini.

A Hal lain-lain
B Lain hal
C Hal-hal lain
D Lain-lain hal
 

6 Koleksi Butik Cempaka mengetengahkan fesyen pakaian tradisional wanita seperti baju
kurung dan baju kebaya.

A Butik Cempaka Koleksi


B Butik Koleksi Cempaka
  C Cempaka Butik Koleksi
D Koleksi Butik Cempaka

S02/1 TERHAD
TERHAD 5 S02/1

Soalan 7 - 8

Pilih ayat-ayat yang betul.


7 I      Betul, kelmarin saya yang menjemur pakaian ibu.
II     Benar, saya yang mengajak dia datang ke rumah nenek.
III    Pemandangan di sawah padi itu benar cantik belaka.
IV    Nenek tua betul bersemangat bersenam.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
  D II, III dan IV sahaja

8 I      Berapakah jumlah murid yang mendapat bantuan zakat?


II     Kamu hendak ke Melaka bila?
III    Mengapa kamu bersedih pada setiap hari?
IV    Kamu hendak ke seberang laut bagaimanakah?

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
 
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

S02/1 TERHAD
TERHAD 6 S02/1

Soalan 9

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

9 Semua guru SMK Dataran Indah menyenangi sikap Fatin  yang peramah.

A Sikap peramah semua guru SMK  Dataran Indah disenangi oleh Fatin.
B Semua guru  SMK Dataran Indah disenangi oleh Fatin yang peramah.
 
C Sikap Fatin yang peramah disenangi oleh semua guru SMK Dataran Indah.
D Fatin dan semua guru SMK Dataran Indah disenangi kerana bersikap peramah.

Soalan 10

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


10 Abang telah mendapat markah penuh dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah bandingan semacam yang paling tepat dengan
pernyataan tersebut.

A baik macam malaikat.


B bijak macam pendeta.
 
C diam macam tunggul.
D ligat macam gasing.

S02/1 TERHAD
TERHAD 7 S02/1

Baca bahan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Soalan 11 - 15 berdasarkan bahan di bawah

              Beberapa hari lagi Tahun Baharu Cina akan tiba. Sim Pau
memujuk Lim Pooi untuk berjumpa dengan doktor tetapi Lim Pooi tidak
mahu. Sim Pau risau kerana Lim Pooi sudah tiga hari tidak makan apa-
apa. Dia takut sakit Lim Pooi semakin melarat.  Badannya kurus.
Mukanya cengkung. Matanya kuyu.  Dia tidak mahu kehilangan orang
yang tersayang lagi.  Sudahlah Lim Foong meninggalkannya selama-
lamanya. Selepas itu, Lim Meng dan kini, Lim Pooi pula tengah sakit.

            “Sakit aku hanya Lim Meng sahaja yang boleh mengubatnya.”
Entahkan betul entahkan tidak Sim Pau tidak tahu tapi mereka masih
mengharapkan agar Lim Meng balik Tahun Baharu ini.

            “Lim Meng, baliklah nak, papa kau dah tak marah kan kau lagi.”

            Pintu rumah diketuk. Sim Pau berada di dapur yang ketika itu
sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.  Sim Pau lekas-lekas ke
hadapan untuk melihat siapa yang datang.  Dia membuka pintu.
Dipetik  daripada cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin,
Antalogi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia

11 Berdasarkan petikan, rangkai kata semakin melarat membawa maksud

A menjadi sakit
B menjadi kronik
  C bertambah kritikal
D bertambah sengsara

S02/1 TERHAD
TERHAD 8 S02/1

12 Yang berikut merupakan keadaan Lim Pooi, kecuali

A kuyu
B risau
  C kurus
D cengkung

13 Berdasarkan petikan, apakah persoalan yang paling tepat dengan pernyataan tersebut?

A Kasih sayang ibu bapa terhadap anak.


B Keinsafan akan kesalahan yang dilakukan.
  C Kemaafan terhadap perbuatan yang lalu.
D Keprihatinan akan masalah yang dihadapi.

14 Mengapakah Sim Pau mengharapkan kepulangan Lim Meng ?

A Kesakitan yang dialami oleh Lim Pooi


B Memujuk Lim Pooi untuk berjumpa dengan doktor
  C Memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina
D Tidak mahu kehilangan orang tersayang lagi.

15 “Lim Meng, baliklah nak, papa kau dah tak marah kan kau
lagi.”

Apakah persoalan yang paling tepat dengan pernyataan di atas?

A Kasih sayang ibu bapa terhadap anak.


B Kemaafan terhadap kesilapan yang lalu.
 
C Keprihatinan terhadap sesuatu masalah.
D Keinsafan terhadap kesalahan lalu.

S02/1 TERHAD
TERHAD 9 S02/1

BAHAGIAN B
[30 markah]

1 Dalam bahan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti dua


kesalahan   tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

Herba Tradisi

Kemunculan produk herba di pasaran hari ini seperti cendawan tumboh selepas hujan.
Hal ini membuatkan produk perubatan dan herba semakin mendapat tempat di hati
pengguna. Pengusaha-pengusaha yang bijak mencipta pelbagai bahan berasaskan herba
untuk menghasilkan produk perubatan secara komersial, terutama yang melibatkan
kecantikan demi mendapatkan keuntungan yang berlipatganda.

(i) ____________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________

[2 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 10 S02/1

2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.  Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Damia sukakan masakan ibu yang begitu menyelerakan.

      __________________________________________________________________

(ii) Tuan Pengetua telah menyampaikan kata aluan semasa upacara perasmian
       kejohanan sukan sekolah.

        __________________________________________________________________

[2 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 11 S02/1

3 Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang
gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan.
Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak boleh
menambah perkataan lain.

(i) Pola: Frasa Nama + Frasa Kerja

mengayak kuih dibuat tepung kakak untuk sedang

___________________________________________________________________

(ii)  Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif

sungguh harum berbau bunga dan cantik itu

___________________________________________________________________

(iii) Pola: Frasa Nama + Frasa Sendi

tangan ayah kelahirannya jam untuk ulang sempena itu tahun

___________________________________________________________________

(iv) Pola: Frasa Nama + Frasa Nama

saya hospital seorang  di jururawat ibu

___________________________________________________________________

[4 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 12 S02/1

4 Lihat bahan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua bandingan semacam yang sesuai.

(i) ___________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________

[2 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 13 S02/1

Baca bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

S02/1 TERHAD
TERHAD 14 S02/1

  
5 (a) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2 di atas, nyatakan cara-cara yang boleh
dilakukan untuk membantu keluarga perajurit negara yang telah terkorban di
medan tempur. 

 
 
 
[3 markah]

(b) Berikan dua persoalan yang terdapat dalam bahan 3. 

 
 
 
[3 markah]

(c) Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan semangat ini


semakin berkurangan terutamanya dalam kalangan remaja. 

 
 
 
 
[4 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 15 S02/1

6 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 1.

(i)      Sejambak Bakti, karya Rejab F.I


(ii)     Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(iii)    Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv)    Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini

Persoalan ialah perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak
diungkapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, kemukakan tiga contoh peristiwa
yang bersesuaian dengan persoalan yang diberikan. 

S02/1 TERHAD
TERHAD 16 S02/1

[10 markah]

S02/1 TERHAD
TERHAD 17 S02/1

BAHAGIAN C
[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang  faktor-faktor yang menyebabkan masalah banjir di bandar. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

   

        Banjir kini lebih kerap melanda kawasan-kawasan bandar termasuk  Kuala Lumpur. 
Akhir-akhir ini, kota metropolitan itu sudah mengalami beberapa kejadian banjir.  Semakin
pesat program pembangunan, semakin mudah pula bandar raya ditenggelami air hujan. 
Apakah masalahnya hingga menyebabkan bencana alam ini sering terjadi?

            Masalahnya ialah semua pihak sudah seperti tidak prihatin lagi.  Kita terlalu ingin
cepat membangun, sehingga kita melupakan ciri-ciri untuk memelihara dan menjaga alam
sekitar.  Kita bangga untuk menegakkan batu-bata dan besi untuk menunjukkan keupayaan
kita mencakar langit tetapi mengetepikan usaha untuk mengekalkan keindahan bumi.  Pihak
pemaju pula gagal untuk mematuhi peraturan tentang alam sekeliling, termasuk usaha
mencegah banjir.  Pihak pemaju lebih mementingkan keuntungan.  Pihak berkuasa pula
gagal memantau projek pembangunan ini hingga menyebabkan pihak pemaju begitu berani
mengetepikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

                      Pada masa yang sama, masyarakat sendiri tidak prihatin dan terus melakukan
amalan yang tidak baik yang menyumbang kepada masalah banjir di kawasan bandar. 
Sikap orang ramai yang suka membuang sampah di merata-rata tempat telah menyebabkan
berlakunya banjir kilat.  Sampah yang dibuang ke dalam longkang boleh menyekat
longkang dan saliran lain menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar.  Walaupun
telah kerap kali diadakan kempen menjaga kebersihan, orang ramai masih tidak dapat
mendisiplinkan diri mereka.  Inilah kedegilan manusia, ditambah pula dengan kelemahan
penguatkuasaan undang-undang sehingga orang tidak takut, malah memeperlekeh hukuman
dan denda terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

         

S02/1 TERHAD
TERHAD 18 S02/1

[15 markah]

S02/1 TERHAD

You might also like