You are on page 1of 11

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 6 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Azidah menyimpan ____________ daripada wang sakunya ke dalam tabung buluh


yang dia buat sendiri.
A semua
B seluruh
C sebilangan
D sebahagian

2 Air kopi yang dihidangkan kepada tetamu rasanya ____________ kerana kakak terlupa
membubuh gula.
A kelat
B pahit
C payau
D manis

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Fauzi akan membeli kasut itu tetapi wangnya tidak cukup.
B Izati pernah menyaksikan pameran buku itu pada tahun lepas.
C Adib telah menyertai pertandingan syarahan pada bulan depan.
D Zaki dapat menyertai rombongan itu jika diizinkan oleh ayahnya.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

"Din, baru balik?" tiba-tiba sahaja suara ayah mengejutkan aku sebaik tiba dari sawah milik
ayahnya. "Maafkan ayah, Din. Ayah belum masak lagi," kata ayah sambil menunjukkan dua
ekor ikan keli yang dibeli daripada penjaja. "Ayah pergilah mandi dulu, biar saya masak,"
kata Din.

Sebelum kematian ibunya, dia mahu melihat Din menjadi seorang peguam, namun
Din bercita-cita menjadi seorang pendidik. Ibu berharap agar aku dapat mengubah nasib
kami sekeluarga dan menjaga adik-adik.

4 Apakah pekerjaan ayah Din?


A Penjaja
B Peguam
C Pesawah
D Pendidik

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Peguam ialah cita-cita Din.
B Ibu Din telah meninggal dunia.
C Din dikejutkan ayahnya daripada tidur.
D Ayah Din membawa pulang dua ekor ikan puyu.

6 Berikut ialah harapan ibu terhadap Din berdasarkan petikan kecuali


A menjadi guru.
B menjaga adik-adiknya.
C mahu menjadi peguam.
D mengubah nasib keluarga.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2

Cikgu Fatin memberitahu murid-murid di kelasnya bahawa pihak sekolah akan


mengadakan lawatan ke SK Indah Permai.

Lawatan tersebut diadakan adalah untuk melihat keindahan kawasan sekolah


dan juga keceriaan kelas-kelas yang bertemakan flora dan fauna di sana.
Pengalaman daripada lawatan itu akan membantu mereka mencari idea untuk
menceriakan kelas.

Semua murid berasa sangat bersemangat dan tidak sabar untuk menghias
kelas mereka kerana ingin menjadi juara dalam pertandingan keceriaan kelas pada
bulan hadapan.

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Lawatan ke SK Indah Permai diadakan adalah untuk


A mencari flora dan fauna di SK Indah Permai.
B melihat keindahan kawasan sekolah tersebut.
C mengadakan program keceriaan kelas di sana.
D membantu menceriakan kelas di sekolah tersebut.

8
Kelas terbaik akan menerima piala pusingan dan hamper bernilai RM100.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B butir.
C buah.
D bentuk.

9 Perkataan flora dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A tumbuhan.
B haiwan.
C benda.
D orang.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Hadiah pertandingan keceriaan kelas disumbangkan oleh pihak sekolah.
B Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengadakan lawatan ke SK Indah Permai.
C Puan Saloma mengadakan pertandingan keceriaan kelas di SK Indah Permai.
D SK Taman Idaman mengadakan pertandingan keceriaan kelas pada bulan Mac.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Encik Halim memilih kerjaya sebagai penternak walaupun mempunyai ijazah dalam
bidang kejuruteraan. Beliau memelihara seribu ekor lembu betina yang
mengeluarkan susu. Lembu-lembu ini diternak di kandang yang besar berhampiran
dengan kebunnya.

Encik Halim mempunyai seratus orang pekerja. Lima puluh orang


daripadanya mengendalikan mesin pemerah susu. Beliau memasarkan susu segar
berjenama Halim Dairy di semua pasar raya seluruh Malaysia.

1 (a) Pak Halim yang berkelulusan tinggi merupakan seorang _____________.


[1 markah]

(b) Berapakah jumlah pekerja Encik Halim yang mengendalikan ladang tenusu?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Beliau memelihara seribu ekor lembu betina yang mengeluarkan susu.

[1 markah]

(d) Pilih dan tandakan (√ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Lembu-lembu ini diternak di kandang yang besar berhampiran dengan kebunnya.

Di kandang yang besar berhampiran dengan kebunnya lembu-lembu


ini diternak.

Kebunnya yang besar berhampiran dengan kandang lembu-lembu


yang diternak.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian,berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2

Fazli perlu mengikuti Ujian Kecergasan dan Fizikal (SEGAK) untuk


mengukur tahap kecergasan fizikal dirinya. Apabila tiba hari yang
ditetapkan, Fazli berasa tidak sihat kerana mengalami masalah batuk dan
selesema. Fazli bimbang jika tahap kesihatannya akan mengganggu ujian
tersebut.

Jika kamu berada di tempat Fazli, apakah tindakan yang akan kamu lakukan ?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan alat-alat keselamatan pengguna jalan raya.

Tuliskan pendapat kamu tentang kebaikan-kebaikan menggunakan alat-alat keselamatan


pengguna jalan raya.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


AKTIVITI MASA LAPANG

TERHAD
011
TERHAD 10 011

TERHAD
011
TERHAD 11 011

[20 markah]

TERHAD
011

You might also like