You are on page 1of 12

TERHAD 011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 5 Sesi 2022/2023
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN:
1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa
2. Tulis nama dan nama kelas kamu pada Nama Pemeriksa:
ruang yang disediakan.
Markah Markah
3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
ruang jawapan yang disediakan di
dalam kertas ujian ini. A 1-10 10
4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan
1 5
kepada guru bertugas pada akhir ujian. B
2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

TERHAD
011
TERHAD 2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Bekas makanan itu ditutup ____________ supaya bubur jagung yang dibawanya tidak
tumpah.
A sikit-sikit
B jarang-jarang
C kemas-kemas
D longgar-longgar

2 Kapal terbang dari Langkawi ____________ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala


Lumpur.
A daratan
B mendarat
C pendaratan
D mendaratkan

Soalan 3

3 Pilih ayat yang betul.


A Semua murid-murid diminta berkumpul di tapak perhimpunan.
B Aziz membalut buku teks yang baru diperolehnya erat-erat.
C Hafiza menangis teresak-esak ketika ditegur oleh gurunya.
D Pendapat Danial ditolak betul-betul oleh kedua-dua orang abangnya.

TERHAD
011
TERHAD 3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Aini, adakah persiapan dewan sempena Minggu Bahasa Melayu berjalan lancar?” tanya
Cikgu Nurul kepada ketua pasukannya. “Ya cikgu, dewan telah dihias kemas dan cantik.
Saya dan Haris menyusun kerusi mengikut barisan, Sonia menyapu sampah manakala Ah
Meng menyusun pasu bunga di hadapan pentas,” ujar Aini.

“Baguslah begitu. Cikgu juga telah selesai melipat risalah program. Selaku
penyelaras program, cikgu akan memastikan program ini berjalan dengan lancar," kata
Cikgu Nurul.

4 Siapakah yang mengetuai pasukan persiapan dewan?


A Ah Meng
B Sonia
C Haris
D Aini

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Cikgu Nurul merupakan penyelaras program.
B Sonia melipat risalah program dengan kemas.
C Aini melancarkan Minggu Bahasa Melayu di dewan.
D Haris dan Cikgu Nurul ditugaskan untuk menyusun kerusi.

6 Berikut ialah tugas Aini dan rakan-rakan sempena Minggu Bahasa Melayu kecuali
A menyusun kerusi mengikut barisan.
B memastikan program berjalan dengan lancar.
C menyusun pasu bunga di hadapan pentas.
D menyapu sampah di dalam dewan.

TERHAD
011
TERHAD 4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Pada hari ini, Cikgu Julia telah mengajar cara menjaga kebersihan kuku. Rubini,
Farisha dan rakan-rakan berasa teruja dengan pelajaran hari ini.

Mereka menumpukan perhatian terhadap penerangan Cikgu Julia. Pelbagai


cara yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan kuku seperti mengetip kuku
dan membuang kotoran di celah kuku. Kuku perlu dibersihkan untuk
mengelakkan keracunan makanan dan penyakit kuku. Oleh itu, murid-murid
janganlah leka dan alpa dalam mengamalkan kebersihan kuku.

BAHAN 2

TERHAD
011
TERHAD 5 011

7 Cikgu Julia telah mengajar cara


A mengetip kuku.
B menjaga kebersihan kuku.
C mengelak daripada penyakit kuku.
D mengelakkan keracunan makanan.

Kerap cuci tangan dengan sabundan air.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B buah.
C buku.
D butir.

9 Perkataan leka dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A lalai.
B jemu.
C bosan.
D malas.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Cikgu Julia mengajar tentang etika batuk dan bersin.
B Farisha memakai pelitup muka ketika Cikgu Julia memberi penerangan.
C Murid-murid diingatkan agar tidak leka dalam menjaga kebersihan kuku.
D Rakan-rakan Rubini berada di tempat tertutup semasa mendengar penerangan.

TERHAD
011
TERHAD 6 011

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aku bernama Vivo. Selepas sebulan dipamerkan, aku dibeli oleh seorang pemuda.
Tuan baharu aku itu bernama Kelvin.

Setiap hari, aku sentiasa menemani tuan aku. Aku digunakan oleh Kelvin untuk
berbual-bual dengan keluarga dan rakan-rakannya.

Selain itu, aku juga digunakan untuk mendengar muzik, merakam gambar dan
melayari Internet.

Aku dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh tuan aku. Aku berasa amat
bersyukur.

1 (a) Pemuda yang bernama ____________ menjadi tuan baharu 'aku'.


[1 markah]

(b) Mengapakah 'aku' berasa bersyukur?

[2 markah]

(c) Gariskan satu kata kerja yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Selepas sebulan dipamerkan, aku dibeli oleh seorang pemuda.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 7 011

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Aku digunakan oleh Kelvin untuk berbual-bual dengan keluarga dan rakan-
rakannya.

Kelvin dan keluarganya menggunakan aku untuk berbual-bual


dengan rakan-rakannya.

Kelvin menggunakan aku untuk berbual-bual dengan keluarga


dan rakan-rakannya.

[1 markah]

TERHAD
011
TERHAD 8 011

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.


2
Semasa hendak masuk ke kedai membeli barangan pesanan ibunya, Lim
tersedar dia telah kehilangan duit. Ketika itu, dia terlihat barangan tersebut
boleh didapati di dalam bank rezeki bergerak di hadapan kedai tersebut.

Jika kamu berada dalam situasi Lim, apakah yang akan kamu lakukan?

[5 markah]

TERHAD
011
TERHAD 9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang cara-cara menghargai alam.

Tuliskan pendapat kamu tentang cara-cara menghargai alam.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan

[10 markah]

TERHAD
011
TERHAD 10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


MENJAGA KEBERSIHAN KELAS

TERHAD
011
TERHAD 11 011

TERHAD
011
TERHAD 12 011

[20 markah]

TERHAD
011

You might also like