You are on page 1of 11

Bahagian A

Jawab semua soalan di bawah ( 60 markah )

1. Tarikh 16 September 1963 dikenang dalam Sejarah Malaysia kerana


merupakan tarikh
A. pembubaran Malaysia.
B. pengisytiharaan Persekutuan Tanah Melayu.
C. pengisytiharaan Malaysia.
D. penubuhan Suruhanjaya Cobbold.

2. Apakah sebab Malaysia dibentuk?

A. Menjamin kekayaan negara.


B. Menghapuskan pengaruh Barat.
C. Mencapai keseimbangan kaum.
D. Memenuhi desakan Lee Kuan Yew.

3. Negeri Selangor mendapat nama sempena

A. Sungai Klang.
B. Sungai Gombak.
C. Sungai Selangor.
D. Sungai Damansara.

4. Perlantikan Sultan bagi negeri Perak menggunakan system

A. pemilihan.
B. pewarisan.
C. penggiliran.
D. pengundian.

5. Pilih pasangan yang betul.

6. Dimanakah referendum telah dijalankan pada tahun 1962, sewaktu


proses pembentukan Malaysia?

A. Sarawak
B. Singapura
C. Tanah Melayu
PANITIA SEJARAH SKPM Page 1
D. Borneo Utara

7. Seni tari telah wujud dalam Negara sejak Zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi. Buktinya wujud tarian __________________ yang
dipersembahkan di Istana.

A. Makyung
B. Ngajat
C. Inang
D. Bhangra

8. Pilih pernyataan yang benar.

A. Alat muzik rebab adalah alat muzik tradisional Melayu.


B. Yangqin boleh mengeluarkan bunyi dengan meniupnya.
C. Alat muzik nafiri dimainkan dalam majlis perkahwinan.
D. Bo adalah sejenis alat muzik tradisional India.

9. Mengapakah Rukun Negara diperkenalkan?

A. Perpaduan kaum kukuh.


B. Dasar pecah perintah British.
C. Kegiatan sosioekonomi stabil.
D. Tahap pendidikan meningkat.

10. Apakah prinsip yang diwakili oleh X?

A. Keluhuran Perlembagaan.
B. Kedaulatan Perlembagaan.
C. Ketertinggian Perlembagaan.
D. Kepercayaan Perlembagaan.
11. Perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk
tempatan telah mewujudkan etnik Cina Peranakan yang dikenali
sebagai

A. Sikh
B. Chetti
C. Serani
D. Baba dan Nyonya

12. Pilih pernyataan yang benar tentang petempatan orang


Melayu dan India pada masa dahulu.

PANITIA SEJARAH SKPM Page 2


13. Manakah antara yang berikut peranan rumah ibadat?

A. Tempat aktiviti keagamaan dan kerohanian.


B. Pusat pertahanan tentera dan askar.
C. Tempat menyebarkan fitnah agama lain.
D. Sebagai tempat menyelesaikan masalah.

14. Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia menghormati


semua agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh rakyatnya?

A. Menganjurkan program yang berasaskan satu agama sahaja.


B. Tidak membenarkan pembinaan pusat keagamaan.
C. Cuti umum pada sambutan perayaan keagamaan.
D. Tidak memberikan kebebasan mengadakan aktiviti keagamaan.

15. Masyarakat Iban mengadakan upacara berdoa kepada Tuhan


yang dikenali sebagai upacara

A. Miring.
B. Ngeduang.
C. Kinorohingan.
D. Nakod Nabulang.

13 Mei 1969

16. Nyatakan peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut


sehingga membawa kepada pengenalan Rukun Negara?

PANITIA SEJARAH SKPM Page 3


A. Majlis rumah terbuka Malaysia.
B. Perselisihan dan perbalahan kaum.
C. Pengisytiharan pembentukan Malaysia.
D. Ancaman komunis semakin meningkat.

Hari Deepavali

17. Apakah contoh amalan yang dilakukan ketika perayaan


tersebut?

A. Takbir raya.
B. Mandi minyak bijan.
C. Menghiasi dengan pokok krismas.
D. bertukar-tukar hadiah sesame anggota keluarga.

18. Mengapakah penting untuk menghargai warisan perayaan


kita?

A. Meningkatkan perasaan taksub pada agama.


B. Mempamerkan sikap kurang mesra dan kurang prihatin
masyarakat.
C. Mengenal asal usul diri dan sebagai banteng untuk menolak
pengaruh negatif.
D. Menunjukkan budaya klasik yang ketinggalan zaman dan tidak
moden.

19. Usaha Malaysia menganjurkan kejohanan lumba basikal


antarabangsa Le Tour de Langkawi telah Berjaya

A. mempromosi tempat-tempat menarik di Malaysia.


B. meningkatkan tahap pendidikan rakyat Malaysia.
C. memajukan industry makanan di Malaysia.
D. meningkatkan industry pemasaran basikal.

20. Siapakah tokoh sukan yang dimaksudkan?

PANITIA SEJARAH SKPM Page 4


A. Tan Aik Huang
B. Datuk Lee Chong Wei
C. Tan Sri Dato Dr. M. Jegathesan
D. Datuk Abdul Malek bin Mohamed Noor

21. Sukan dapat membentuk disiplin seseorang individu melalui

A. peluang pekerjaan seperti pengurus sukan dan pegawai sukan.


B. peraturan dan undang-undang sukan tersendiri.
C. kata-kata semangat yang diberikan jurulatih.
D. hubungan rapat dua pasukan yang berbeza.

22. Perkembangan kegiatan ekonomi Negara telah berlaku sejak


zaman kerajaan

A. Kedah Tua
B. Melayu Baru
C. Melayu Melaka
D. Johor-Riau-Lingga

23. Apakah kegunaan industrI getah kepada negara?

A. Membuat tin aluminium.


B. Menghasilkan minyak mentah.
C. Menghasilkan sarung tangan dan lateks.
D. Menyumbang kepada penghasilan biodiesel.

24. Model kereta nasional pertama yang dikeluarkan pada Julai


1985 ialah

A. BMW
B. Perodua
C. PROTON
D. Mitsubishi

25. Antara yang berikut, manakah tugas Perdana Menteri?

A. Mengisyitihar darurat.
B. Pelaksana dasar negara.
C. Memegang cop mohor.
D. Ketua agama Islam.

PANITIA SEJARAH SKPM Page 5


26. Apakah gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj?

A. Bapa Kemerdekaan.
B. Bapa Pembangunan.
C. Bapa Transformasi.
D. Bapa Perpaduan.

27. Bagaimanakah kemerdekaan negara kita dapat dikekalkan


agar tidak lagi dijajah oleh kuasa asing?

A. Meningkatkan ekonomi negara.


B. Membina banyak bangunan pencakar langit.
C. Menanam sikap patriotic dalam diri.
D. Berani menempuh segala cabaran.

28. Bagaimanakah kita dapat mempertahankan negara daripada


ancaman musuh tanpa pertumpahan darah?

A. Melancarkan perang gerila.


B. Menggunakan laman siber.
C. Tidak menjalin hubungan dengan negara luar.
D. Menggunakan akhbar dan karya penulisan bagi meningkatkan
semangat nasionalisme.

29. Pilih cara yang betul untuk memberi sumbangan kepada


negara.

A. Mengamalkan sikap berdikari.


B. Mempunyai sikap jati diri.
C. Mencipta inovasi dan ciptaan baru.
D. Mengecam pemimpin negara jiran.

30. Apakah contoh warisan bersejarah dunia untuk kategori Alam


Semula Jadi yang terdapat di Malaysia?

A. Lembah Lenggong, Perak.


B. George Town, Pulau Pinang.
C. Taman Negara Kinabalu, Sabah.
D. Melaka Bandar Raya Bersejarah.

PANITIA SEJARAH SKPM Page 6


Bahagian B (20 markah)

1. Padankan gambar perayaan di bawah dengan kaum dan etnik yang


betul.

PANITIA SEJARAH SKPM Page 7


( 6 markah )

2. Isikan jawapan yang betul dalam ruangan di bawah.

Wawasan 2020 Dasar Ekonomi Baru Malaysia Boleh

PANITIA SEJARAH SKPM Page 8


Akta Bahasa Kebangsaan

Bil Pernyataan Usaha Kerajaan

1 Dasar ini diperkenalkan untuk


menyusun semula masyarakat dan
membasmi kemiskinan.

2 Slogannya diperkenalkan bagi


menyuntik semangat rakyat Malaysia
untuk mencapai kejayaan pada
peringkat antarabangsa.

3 Akta ini bertujuan untuk


memantapkan pelaksanaan bahasa
Melayu dalam semua bidang.

4 Dasar ini digubal untuk membentuk


masyarakat yang progresif dan
berakhlak mulia. Kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi di
titikberatkan.

( 4 markah )

3. Tulis BETUL atau Salah pada pernyataan di bawah.

1 Agama Islam merupakan agama Persekutuan bagi


negara Malaysia yang telah termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 3.

PANITIA SEJARAH SKPM Page 9


2 Sultan yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong
merupakan ketua agama Islam pada peringkat
Persekutuan, negeri baginda sendiri, negeri yang
tidak mempunyai raja dan Wilayah Persekutuan.

3 Sultan bagi sesebuah negeri boleh menjadi ketua


agama Islam bagi negeri-negeri lain yang tidak
mempunyai raja atau sultan.

4 Penganut agama Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan


penganut amalan kepercayaan lain boleh
mengamalkan agama dan kepercayaan masing-
masing dengan aman dan damai di seluruh negara.

5 Kebebasan beragama ini membolehkan pembinaan


rumah ibadat bagi agama-agama lain tanpa perlu
memohon kebenaran pihak berwajib.

( 5 markah )

4. Tuliskan lima prinsip Rukun Negara mengikut urutan yang betul.

a) _______________________________________________________________
________________

b) _______________________________________________________________
________________

c) _______________________________________________________________
________________

d) _______________________________________________________________
________________

PANITIA SEJARAH SKPM Page 10


e) _______________________________________________________________
________________

( 5 markah )

SELAMAT MAJU JAYA

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

.

[PN AZILAH MOHAMED] [ PN NOR IZON SALLEH]
KETUA PANITIA SEJARAH
SK PEREMPUAN METHODIST

PANITIA SEJARAH SKPM Page 11

You might also like