You are on page 1of 26

AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRIPENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU PELATIH UTM SEMASA LATIHAN

MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

SIM SIEW LING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


JUDUL :

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRIPENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR SESI PENGAJIAN 2007 / 2008

SAYA :

___

_SIM SIEW LING_____________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : Peti Surat 403, 93708 Kuching, Sarawak. Tarikh : ....................................................... ______________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia: PROF. DR. NOOR AZLAN BI AHMAD ZANZALI Tarikh: ..

CATATAN :

*
**

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRIPENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR

SIM SIEW LING

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia).

Tandatangan :

..

Nama Penyelia: PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI Tarikh : ..

iii

Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:.. : SIM SIEW LING

:..

iv

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT, Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi, Adik-adik Tersayang, Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai

KHAS BUAT,
Pembimbing yang dikasihi, Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai ..

Teman-teman Seperjuangan Terima Kasih Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku

PENGHARGAAN

Di ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali yang telah banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan tunjuk ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua pelajar-pelajar yang telah menjadi responden bagi penyelidikan ini. Tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, kakitangan yang terlibat, serta rakanrakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama di sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.

Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan dan masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih UTM semasa latihan mengajar di negeri Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekatan inkuiripenemuan dan juga mengenalpasti sama ada mereka menggunakan strategi tersebut dalam pengajaran sains. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk

mengenalpasti masalah pelaksanaan inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains yang dihadapi oleh guru pelatih. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian yang terlibat adalah temubual dan pemerhatian. Sampel kajian ini terdiri daripada 6 orang guru pelatih UTM terpilih yang mengajar subjek sains seperti Kimia, Fizik, Biologi, dan Sains. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap pendekatan inkuiri-penemuan adalah sederhana. Guru pelatih sains UTM tidak

mengajar sains secara inkuiri-penemuan dengan sepenuhnya tetapi lebih berpusatkan guru. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa guru pelatih kurang persediaan dan kurang kemahiran fasilitator serta kurang kemahiran dalam teknik penyoalan berasaskan inkuiri.

vii

ABSTRACT

This research is conducted to find out the practice and problems of discoveryinquiry strategys application by trainee teachers of UTM in science teaching during teaching practice. The main objectives of this research are to identify the level of knowledge for UTM trainee teachers in discovery-inquiry strategies and also identify whether the trainee teachers apply the strategies of discovery-inquiry in science teaching. In addition, the purpose of this research is to identify the problems faced by the trainee teachers in applying discovery-inquiry strategies in science teaching. This study used a descriptive approach. The instruments used in this research were interviews and observations. Six UTM trainee teachers who teach science subjects which include Chemistry, Physics, Biology, and Science were selected as respondents for this research. The result is analyzed qualitatively. The result of research showed that UTM trainee teachers have moderate level of knowledge in discovery-inquiry strategies. In fact, they do not fully apply the strategies of

discovery-inquiry in science teaching but used more the teacher-centered approach. Besides that, the researcher found that trainee teachers lack of preparation and facilitators skills. In addition, they also lack skills in questioning which are based on the inquiry approach.

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iv v vi vii viii xiii xiv xv xvi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Rasional Kajian Kepentingan Kajian

1 4 5 7 7 8 9

ix 1.8 1.9 1.10 Skop Kajian Kerangka Teori Definisi Istilah 1.10.1 Amalan 1.10.2 Masalah 1.10.3 Strategi Inkuiri-Penemuan 1.11 Penutup 10 10 11 11 12 12 12

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2

Pengenalan Pendekatan Inkuiri-Penemuan 2.2.1 2.2.2 Tujuan Kaedah Inkuiri-Penemuan Kelebihan Dan Kelemahan Inkuiri-Penemuan

14 14 19

19 21 21 22 23

2.3

Model-Model Pengajaran Inkuiri 2.3.1 2.3.2 Model Inkuiri Sains Sosial Model Inkuiri Jurisprudential

2.4 2.5

Tahap Pengetahuan Tentang Inkuiri-Penemuan Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains

25

2.6

Masalah Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains 28 29

2.7

Penutup

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Lokasi Kajian Persampelan Kajian Instrumen Kajian

30 30 31 32 32

x 3.5.1 Temubual 32 34 34 35 36

3.5.2 Pemerhatian 3.6 3.7 3.8 Prosedur Kajian Analisis Data Penutup

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Hasil Dapatan Bahagian A: Dapatan Kajian daripada Responden 4.2.1 Hasil Dapatan Sampel A 4..2.1.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 4.2.1.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas 4.2.1.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 4.2.2 Hasil Dapatan Sampel B 4.2.2.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 4.2.2.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas 4.2.2.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 4.2.3 Hasil Dapatan Sampel C 4.2.3.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 4.2.3.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas 4.2.3.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 4.2.4 Hasil Dapatan Sampel D 4.2.4.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 4.2.4.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas 4.2.4.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 4.2.5 Hasil Dapatan Sampel E 4.2.5.1 Hasil Dapatan Pra-temubual

38

38 38 38

40 42 43 43

45 47 48 48

50 52 53 53

55 57 58 58

xi 4.2.5.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas 4.2.5.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 4.2.6 Hasil Dapatan Sampel F 4.2.6.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 4.2.6.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas 4.2.6.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 4.3 Analisis Hasil Dapatan Bahagian B: Dapatan Persoalan Kajian 4.3.1 4.3.2 4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Pertama Dapatan Persoalan Kajian Kedua Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 4.3.3.1 Masalah Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dari Segi Persepsi Guru Pelatih 4.3.3.2 Masalah Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dari Segi Persepsi Pengkaji 4.4 Penutup 75 77 74 69 69 70 73 65 68 60 62 63 63

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan 5.2.1 Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Sains Terhadap Pendekatan Inkuiri-Penemuan 5.2.2 Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains 5.2.3 Masalah-masalah Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan dalam Pengajaran Sains

78 79

79

80

81

xii 5.3 5.4 Rumusan Cadangan-cadangan 5.4.1 Cadangan Penyelesaian 5.4.2 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82 84 84 85 86

Penutup

RUJUKAN

87

LAMPIRAN

92

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.1

Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains bagi Sampel A 41

4.2

Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains bagi Sampel B 46

4.3

Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains bagi Sampel C 51

4.4

Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains bagi Sampel D 56

4.5

Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains bagi Sampel E 61

4.6

Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains bagi Sampel F 66

4.7

Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains bagi Sampel-Sampel Kajian 70

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 1

TAJUK
Hubungan pendekatan inkuiri-penemuan dan pembelajaran berfikrah.

MUKA SURAT
11

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

NAMA PENUH

IPTA KBSM KBSR KPM UTM

Institusi Pengajian Tinggi Awam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C D

Soalan Pra-temubual Borang Pemerhatian Soalan Pasca-temubual Borang Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains

92 95 97

99 101 131 155

E F G H

Laporan Pra-temubual Bagi Setiap Sampel Laporan Pemerhatian Bagi Setiap Sampel Laporan Pasca-temubual Bagi Setiap Sampel Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains Bagi Setiap Sampel

170

Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti Teknologi Malaysia 172

Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 174

Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 177 179

Pengesahan Soalan-Soalan Kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Latihan mengajar adalah satu komponen yang penting dalam program latihan perguruan. Malah latihan mengajar adalah diwajibkan untuk semua pelajar yang mengambil kursus perguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti kursus pendidikan. Ia memberikan kesempatan dan peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelum mereka memasuki profesion perguruan yang akan ditempuhi nanti. Sebelum guru pelatih menjalankan latihan mengajar, mereka telahpun mempelajari pelbagai teknik dan kaedah pengajaran. Bagi guru pelatih sains pula, mereka digalakkan menggunakan kaedah mengajar sains yang berkesan dalam pengajaran sains. Akan tetapi, sebelum itu, guru-guru pelatih perlu menguasai segala pengetahuan tentang kaedah pengajaran sains dan bijak memilih strategi yang sesuai dalam pengajaran sains serta mahir untuk melaksanakannya dalam pengajaran sains.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah, kebanyakannya bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru-guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara faktor yang

2 dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan, namun masih terdapat

sebilangan besar guru yang menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran dan

pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.

Pendekatan

inkuiri-penemuan

menekankan

pembelajaran

melalui

pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila

konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan pelajar dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.

Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Oleh yang demikian, Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001) memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, prescriber of appropriate activities, stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person). Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu

3 seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut.

Memandangkan

pendekatan

inkuiri-penemuan

telah

dipilih

sebagai

pendekatan yang utama dalam kurikulum sains oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), guru pelatih seharusnya melaksanakan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains seiring dengannya. Strategi inkuiri penemuan dalam Hasil kajian

pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali.

menunjukkan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding pedekatan tradisional yang berpusatkan guru. Justeru, guru pelatih sains amat

digalakkan untuk mengajar sains secara inkuiri-penemuan. Sehubungan dengan itu, tahap penguasaan konsep pendekatan inkuiri-penemuan adalah penting bagi semua guru pelatih sains. Mereka perlu mempraktikkan diri dalam pengaplikasian inkuiripenemuan dalam pengajaran sains semasa latihan mengajar. Peluang ini

membolehkan mereka menambahkan pengalaman yang baik pada masa hadapan mereka.

Pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains bukanlah sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi guru pelatih. Guru pelatih

digalakkan mengajar sains secara inkuiri-penemuan semasa latihan mengajar. Sungguhpun begitu, beberapa persoalan mungkin timbul semasa guru pelatih menjalani latihan mengajar, iaitu; Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekatan inkuiri-penemuan? Adakah guru pelatih mengajar mata pelajaran sains secara inkuiri-penemuan? Apakah masalah-masalah guru pelatih

dalam melaksanakan pengajaran sains secara inkuiri-penemuan? Untuk menjawab persoalan ini, satu kajian perlu dilakukan untuk menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut.

4 1.2 Latar Belakang Masalah

Bagi guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Latihan Mengajar dijalankan pada semester ke-5 dalam pengajian mereka. Matlamat pengajian sains adalah untuk melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan di sekolahsekolah di mana mereka ditempatkan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Guru pelatih boleh mempergunakan latihan mengajar ini untuk memperolehi pengalaman mengajar sains dengan kaedah pengajaran yang pernah dipelajari.

Pada umumnya, sukatan pelajaran pengajian sains mengandungi dua komponen iaitu akademik dan kaedah. Komponen akademik memberi peluang

kepada guru pelatih untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta, konsep, prinsip dan teori sains. Kesemua ini adalah sejajar dengan susunan

kandungan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komponen kaedah pula memberi peluang

kepada guru pelatih untuk menguasai kemahiran pedagogi, perancangan, pengurusan kurikulum, dan penilaian. Tumpuan diberikan kepada proses pembelajaran yang diperolehi melalui pengalaman supaya guru dapat mengubah peranannya daripada penyampai maklumat kepada fasilitator yang memudahkan proses pengajaran.

Guru pelatih telah didedahkan dengan teori pembelajaran dan strategi inkuiripenemuan sebelum menjalani latihan mengajar. Di peringkat ini, guru pelatih perlu memahami dan mengaplikasikan beberapa teori pembelajaran sains seperti teori perkembangan kognitif Kanak-kanak Jean-Piaget, Teori Bruner, Teori Ausubel, Teori Gagne dan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Beberapa model yang berasaskan teori konstruktisme dipelajari seperti model generatif Osborne, Model Interaktif, Model Pembelajaran Koperatif, Model Konstruktisme 5-Fasa Needham. Antara model-model ini, penekanan diberi untuk Model konstruktisme 5-Fasa Needham, di mana guru pelatih dibimbing untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa secara mendalam. Guru pelatih juga dibimbing menulis persediaan mengajar pelajaran sains mengikut Model Konstruktisme 5-Fasa Needham dengan menggunakan kaedah eksperimen,

5 simulasi, projek dan kajian lapangan. Di bawah sub-tajuk inkuiri-penemuan, strategi peningkatan tahap inkuiri-penemuan melalui kaedah eksperimen, simulasi, projek dan kajian lapangan didedahkan kepada guru pelatih.

Sukatan pengajaran sains major telah disusun mengikut perkembangan yang terancang (developmental). Sepanjang tempoh latihan mengajar, guru pelatih telah diberi input mengenai fakta, konsep, bidang kajian dan juga dibimbing dengan kaedah-kaedah pengajaran sains yang berasaskan inkuiri-penemuan. Guru pelatih juga didedahkan dengan kaedah mengajar sains, kemahiran penyelidikan tindakan, pengajaran mikro dan diberi peluang untuk mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang sebenar di sekolah. Mengajar sains dalam bilik darjah adalah satu tugas yang kompleks dan memerlukan guru pelatih menyedia rancangan harian yang rapi supaya dapat mengajar secara sistematik.

1.3

Pernyataan Masalah

Seperti yang dinyatakan dalam latar belakang masalah, guru pelatih sains telah didedahkan kepada pelbagai kaedah pengajaran sains sebelum mereka dihantar untuk menjalankan latihan mengajar. Akan tetapi, bukannya segala kaedah yang didedahkan itu boleh dikuasai dan diaplikasikan dengan baik oleh guru pelatih dalam pengajaran sains. Hal ini disebabkan guru-guru pelatih masih lagi mentah dalam bidang pengajaran dari segi pengalaman mengajar. Mereka berkemungkinan

menghadapi masalah seperti pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dalam pengajaran sains. Walaupun guru pelatih telahpun didedahkan kepada pengajaran mikro iaitu pembelajaran cara untuk mengajar dalam kelas yang sebenar, pengajaran mikro itu bukannya dapat memberikan keadaan yang sebenar dalam kelas kepada guru pelatih untuk memperolehi pengalaman mengajar. Oleh yang demikian, guru pelatih kemungkinan akan menghadapi masalah dalam pengaplikasian kaedah mengajar sains dengan sepenuhnya dalam latihan mengajar akibat daripada kekurangan pengalaman.

6 Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, namun, masih lagi guru yang mengajar berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih ramai guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu Chalk and Talk. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah Chalk and Talk digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan. Akibat daripada pengaruh tersebut, guru pelatih sains kemungkinan akan turut menjejaki cara tersebut iaitu malas untuk mengaplikasikan kaedah berpusatkan pelajar dalam pengajaran mereka.

Zahara (1998) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk Pengajaran Inkuiri Di Sekolah-Sekolah Malaysia, menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan pengajaran inkuiri kurang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Faktor pertama adalah tanggapan. Menurut beliau, inkuiri adalah amat sesuai diaplikasi dalam

matapelajaran sains. Guru beranggapan bahawa peranan sebagai fasilitator dalam inkuiri-penemuan yang hanya mendorong dan membawa pelajar ke arah penerokaan ilmu yang lebih luas sebagai tidak bekerja. Budaya pengajaran dan pembelajaran yang ada sekarang dianggap sebagai menepati disiplin ilmu. Faktor seterusnya ialah masa pembelajaran, iaitu proses pembelajaran inkuiri kadang-kala memerlukan masa yang panjang dan tidak terhad. Walaupun jadual waktu anjal diperkenalkan, jadual waktu ini masih lagi tidak mendorong dan tidak menarik minat guru untuk memberatkan perubahan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, faktor seperti sikap di mana pelaksanaan kaedah inkuiri dalam KBSM memerlukan perubahan sikap pihak pengurusan kurikulum dan guru terhadap konsep pendidikan dan gaya pembelajaran. Keengganan menganjak

paradigma ini menyebabkan corak pendidikan kekal lama dan keadaan ini akhirnya akan merugikan semua pihak khususnya para pelajar. Faktor lain merangkumi

kemahiran, konsep dan cara aplikasi kaedah inkuiri tidak diberikan secara menyeluruh di universiti atau institusi perguruan. Guru-guru menghadapi masalah

7 apabila hendak menggunakan kaedah ini kerana tahap kemahiran yang tidak mencukupi.

Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dan untuk melahirkan pelajar yang tidak begitu bergantung kepada guru, maka kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih terhadap pendekatan inkuiri-penemuan, mengenalpasti sama ada guru pelatih sains mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah pelaksanaannya.

1.4

Objektif Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk:

1.4.1

Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap pendekatan inkuiri-penemuan.

1.4.2

Mengenalpasti sama ada guru pelatih UTM menggunakan strategi inkuiripenemuan dalam pengajaran sains.

1.4.3

Mengenalpasti masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains.

1.5

Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dikenalpastikan iaitu:

8 1.5.1 Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekatan inkuiri-penemuan?

1.5.2

Adakah guru pelatih melaksanakan pengajaran sains secara inkuiripenemuan?

1.5.3

Apakah masalah guru pelatih dalam melaksanakan pengajaran sains secara inkuiri-penemuan?

You might also like