You are on page 1of 13

SJK (C) YU CHAI, 34350 KUALA KURAU, PERAK

UJIAN PENGESANAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 TAHUN 4 (MAC 2016)


MASA : 1 JAM 15 MINIT
NAMA : ____________________

KELAS : 4 _____

TARIKH: __________

ARAHAN AM
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

BAHAGIAN A
[ 20 markah ]
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengann jawapan yang paling sesuai.

1. Encik Rajesh ialah seorang doktor. __________ mempunyai dua buah klinik di Pulau
Pinang.
A. Dia

C. Beliau

B. Kami

D. Mereka

2. __________ mahu semua rakyat bekerjasama, titah Sultan Mahmud kepada


rakyatnya.
A. Beta

C. Tuan Hamba

B. Patik

D. Hamba

3. Encik Daud ke ____________________ untuk mendaftarkan kelahiran anaknya.


A. sekolah

C. hospital

B. pejabat pendaftaran

D. balai polis
1

4. Aznan dan Herina berasa sangat gembira kerana ____________ perempuan mereka
telah selamat dilahirkan.
A. abang

C. adik

B. kakak

D. ibu

5. _______________ sila ambil nombor giliran di mesin itu, kata pegawai itu kepada
ibu Azlin.
A. Puan Azimah

C. Datin Chew

B. Encik Daud

D. Tuan Ali

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

6. _____________ Badrul sedang duduk di atas sebuah bangku sambil membaca surat
khabar.
A. Abang

C. Kakak

B. Nenek

D. Datuk

7. Kai Chun dan rakan-rakannya _______________ kelas mereka semasa aktiviti


gotong-royong dijalankan pada hujung minggu.
A. membersihkan

C. menyusunkan

B. mengotorkan

D. meletakkan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

8. Buah durian belanda mempunyai banyak khasiat dan rasa isi buah durian belanda
masam-masam _____________.
A. pahit

C. manis

B. masin

D. pedas

9. Penduduk Kampung Melati berasa ____________ kerana taman mereka bersih dan
indah.
A. pilu

C. sayu

B. gembira

D. sedih

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah ini.

10. Janang ___________ bola itu ke arah gawang gol pihak lawan.
A. memijak

C. melambung

B. melontar

D. menendang

11. Siew Ming, ___________ letakkan potongan buah epal ini di atas meja.
A. tolong

C. jangan

B. jemput

D. usah

12. ________________ yang merasmikan Program Sekolah Penyayang semalam?


tanya Mohan kepada Aznan.
A. Mengapakah

C. Bilakah

B. Siapakah

D. Dimanakah

13. Murid tahun satu itu berjalan _________________________ semut kerana beg
sekolahnya sangat berat.
A. lambat seperti kura-kura

C. rajin seperti semut

B. pantas seperti kilat

D. angkuh seperti merak

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Pak Cik Chew menjual pelbagai barang di kedai runcitnya.


A. Pelbagai barang di kedai runcitnya dijual pleh Pak Cik Chew.
B. Pelbagai barang dijual oleh Pak Cik Chew di kedai runcitnya.
C. Pak Cik Chew menjual pelbagai runcit di kedai barangnya.
D. Pelbagai barang di kedai runcit Pak Cik Chew dijual olehnya.

15. Bawa buku-buku ini ke bilik guru, kata Cikgu Sulaiman kepada Ranjit.
A. Ranjit menyuruh Cikgu Sulaiman membawa buku-bukunya ke bilik guru.
B. Cikgu Sulaiman memaksa Ranjit membawa buku-bukunya ke bilik guru.
C. Cikgu Sulaiman meminta Ranjit membawa buku-bukunya ke bilik guru.
D. Cikgu Sulaiman memujuk Ranjit supaya membawa buku-bukunya ke bilik guru.

Pilih ayat yang betul


16. A. Perabot itu diperbuat dari kayu jati yang bermutu tinggi.
B. Encik Ramli berasal daripada Perak.
C. Seekor burung telah hinggap kepada dahan pokok.
D. Abang menerima sebuah basikal daripada bapa sempena hari lahirnya.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kumar teringat kembali zaman kanak-kanaknya yang penuh dengan kesusahan. Dia
dibesarkan dalam kemiskinan. Namun dia tidak pernah mengalah. Nasihat ayahnya
sentiasa diingati. Ayahnya hanyalah seorang pekebun sayur. Ibunya pula tidak bekerja
kerana menguruskan adik-beradiknya yang ramai. Ayahnya sangat mementingkan
pelajaran anak-anak. Menurut ayahnya, pelajaranlah yang dapat menjamin masa depan.
Oleh itu, Kumar dan adik-adiknya bersekolah pada sebelah pagi dan membantu ayah
di kebun pada sebelah petang. Pada sebelah malam pula, mereka mengulang kaji
pelajaran dengan tekun. Walaupun letih, itu tidak dijadikan alasan untuk malas belajar.
Pada cuti hujung minggu

pula,

Kumar

dan

adik-adiknya

membantu

ayah mereka

menjual sayur di tepi jalan dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 10.30 pagi. Antara
sayur yang dijual ialah sayur kangkung, kobis, bendi dan kacang panjang. Walaupun
hasilnya tidak seberapa, Kumar dan adik-beradiknya sangat gembira. Berkat kesabaran
dan kesungguhan, Kumar berjaya menjejakkan kaki ke universiti.
membanggakan, adik-adiknya turut

mengikut

Apa yang lebih

jejak langkahnya. Kini, Kumar sudah

membuka sebuah klinik di kampungnya. Adik -adiknya turut menjawat jawatan tinggi.
Walaupun Kumar sudah berjaya, dia sentiasa mengingati nasihat ayahnya supaya tidak
angkuh seperti merak.
17. Siapakah yang teringat kembali zaman kanak-kanak yang penuh dengan kesusahan?
A. ayah Kumar

C Kumar

B. ibu Kumar

D adik-adik Kumar

18. Apakah pekerjaan ayah Kumar?


A. pekebun sayur

C doktor

B. suri rumahtangga

D pesawah

19. Bilakah Kumar dan adik-adiknya membantu ayah mereka di kebun?


A. pada waktu pagi

C pada waktu malam

B. pada waktu petang

D pada cuti hujung minggu

20. Berikan maksud bandingan semacam angkuh seperti merak.


A. baik

C sombong

B. malas

D. rajin

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberikan.
Beliau

Beta

tuan hamba

kami

Saya

tuanku

kita

hamba

1. Encik Lim Guru Besar sekolah saya. _

seorang yang tegas tetapi

baik hati.
2. _________ hendak pergi ke kantin untuk membeli makanan, kata Aznan
kepada Kai Chun.
3. __________ mahu semua rakyat bersatu padu, titah Sultan Mahmud Syah
kepada rakyatnya.
4. Ampun ___________. Patik datang menghadap, kata Bendahara kepada
Sultan Perak.
[4 markah]
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Ayat Tanya:

Jawapan:

Nama saya ialah Siew Min.


[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.


7

Saya tinggal di
Taman Kurau
Lestari.

[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan bandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


___________________________________________________________
___________________________________________________________
[ 2 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
8

Murid-murid SJK (C) Pui Choy telah mengadakan lawatan mesra ke Rumah Kanak-kanak
Seri Melati di Pulau Pinang. Seawal jam 7.00 pagi, semua murid berkumpul di dewan
sekolah. Cikgu Tan telah memberikan taklimat yang ringkas kepada murid-murid
sebelum mereka bertolak.
Murid-murid telah membawa pakaian, makanan dan buku-buku untuk
disumbangkan kepada penghuni rumah kanak-kanak itu. Tepat jam 8.30 pagi, bas yang
telah disewa khas tiba di pekarangan sekolah. Cikgu Tan memberikan arahan supaya
murid-muridnya beratur mengikut pasangan masing-masing dan membawa semua
peralatan.
Selepas itu, mereka pun bertolak ke rumah Kanak-kanak Seri Melati. Mereka
berasa sangat teruja kerana dapat melawat ke rumah tersebut.

a. Murid-murid

SJK

(C)

Pui

Choy

mengadakan

lawatan

mesra

ke

_____________
________________________.
[ 1 markah ]
b. Apakah yang telah dibawa oleh murid-murid SJK (C) Pui Choy ke Rumah
Kanak-kanak Seri Melati?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
[ 2 markah ]
c. Apakah arahan yang diberikan oleh Cikgu Tan kepada murid-muridnya?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
[ 2 markah ]
d. Nyatakan tujuan murid-murid SJK (C) Pui Choy membawa pakaian, makanan
dan buku-buku kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Seri Melati.
9

_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Mengapakah kita membaca? Kita akan mendapat pengetahuan dalam pelbagai
aspek dengan membaca. Membaca juga menjadikan kita seorang yang berilmu
dan tidak mudah diperbodohkan oleh orang lain. Melalui pembacaan yang luas,
kita boleh bercakap tentang pelbagai topik dan tidak akan wujud rasa rendah
diri.
Pendapat umum mengatakan bahawa orang yang banyak membaca itu
pandai dan tahu tentang banyak perkara. Walau bagaimanapun, pendapat ini
tidak semestinya diguna pakai oleh semua orang. Memang ada orang yang rajin
belajar tetapi tidak pandai. Ini berlaku kerana mereka membaca bahan-bahan
yang tidak bermutu dan tidak mengandungi ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang berilmu, kita mesti banyak
belajar dan membaca. Semasa belajar dan membaca, kita harus berfikir sama
ada pengetahuan tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian atau
tidak.
a. Perkataan pandai dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
______________ .
[ 1 markah ]

b. Mengapakah kita perlu membaca?


__________________________________________________________
10

__________________________________________________________
__________________________________________________________
[2 markah]
c. Pada pandangan kamu, apakah yang akan berlaku jika kita tidak membaca?
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
[ 2 markah ]

Soalan 25

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

11

Wahai kawan dengar sini,


Ini cerita tentang bersukan,
Semua orang sayang diri,
Supaya sihat tubuh badan.
Marilah kita semua bersukan,
Regang otot badan ceria;
Masa juga tidak dibuang,
Badan pula cergas sentiasa.
Pergi bersukan dengan keluarga,
Bolehlah kita beramah mesra,
Erat hubungan ahli keluarga,
Supaya hidup aman bahagia.
Ayuh kita pergi bersukan,
Jangan suka membuang masa,
Banyak permainan boleh dicuba,
Kita bersukan dengan gembira.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?


_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
[ 1 markah ]

b. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

12

Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan kita.

Masa akan terbuang apabila kita bersukan.

[ 1 markah ]
c. Berdasarkan rangkap kedua pantun, apakah yang berlaku jika kita
bersukan?
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
[ 2 markah ]

d. Mengapakah kita perlu bersukan? Berikan pendapat anda.


__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
[ 3 markah ]

~ KERTAS SOALAN TAMAT ~

13

You might also like