You are on page 1of 5

Sains Tahun 3 Unit 3: MANUSIA

(A) Jenis dan Struktur Gigi

1. Manusia mempunyai tiga jenis gigi:


1. Gigi kacip: Memotong makanan.
2. Gigi taring: Mengoyakkan makanan.
3. Gigi geraham: Melumatkan makanan.
2. Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, struktur gigi
dari luar ke dalam ialah:
(i) enamel,
(ii) dentin,
(iii) gusi,
(iv) saraf dan
(v) salur darah.
3. Terdapat dua set gigi, iaitu gigi susu dan gigi kekal.

1. Kedua-dua set gigi mempunyai jenis gigi yang sama,


iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham.
2. Perbezaan antara set gigi susu dan set gigi kekal: 

 Cara penjagaan kesihatan gigi:


1. Berkumur dapat mengeluarkan sisa makanan yang
terlekat pada celah gigi.
2. Gigi diberus menggunakan ubat gigi yang digosokkan di
setiap permukaan gigi. Beruslah gigi sekurang-
kurangnya dua kali sehari.
3. Untuk menggunakan flos, selitkan tali flos di celah gigi
dan gerakkannya untuk mengeluarkan sisa makanan.
4. Kita juga perlu membuat pemeriksaan gigi di klinik setiap
enam bulan.
 Terdapat pelbagai teknologi rawatan pergigian seperti:
1. Tampalan
2. Pendakap gigi
3. Gigi palsu
4. Rawatan akar

 (B) Kelas Makanan

1. Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh kumpulan yang


mempunyai kepentingan kepada tubuh badan agar kita
sentiasa kekal sihat.
1. Protein seperti daging, ayam, ikan, udang dan susu
membantu dalam tumbesaran badan.
2. Karbohidrat seperti nasi, kentang, bijirin dan roti
memberi tenaga kepada badan kita.
3. Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
menjaga kesihatan badan kita.
4. Mineral seperti sayur-sayuran, makanan laut, garam dan
keju menjaga kesihatan badan kita.
5. Lemak seperti mentega dan minyak memanaskan badan
kita.
6. Air seperti mineral dan jus mengawal suhu badan kita.
7. Pelawas seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
mencegah sembelit.
2. Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua
kelas makanan dalam jumlah yang mencukupi.
3. Makan makanan tidak seimbang boleh menyebabkan
masalah kesihatan. Oleh itu, kita perlu merancang makanan
yang kita makan supaya seimbang mengikut saranan Piramid
Makanan Malaysia.
1. Aras 1: Makan secukupnya seperti nasi, mi, bijirin,
produk bijirin dan ubi-ubian.
2. Aras 2: Makan banyak seperti buah-buahan dan sayur-
sayuran.
3. Aras 3: Makan sederhana seperti ikan, ayam, daging,
kekacang, susu dan produk tenusu.
4. Aras 4: Makan sedikit seperti lemak, minyak, garam dan
gula.
  
 
(C) Proses Pencernaan

1. Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi


cebisan yang lebih kecil sipaya nutrient daripadanya boleh
diserap semasa melalui urutan aliran makanan di dalam
badan.
2. Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian
badan, bermula dari mulut, esofagus, perut, usus dan berakhir
di dubur.
3. Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi
cebisan yang lebih kecil supaya lembut dan mudah ditelan.
4. Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin kecil di
perut.
5. Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.
6. Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi
yang tidak diperlukan lagi.
7. Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari
selepas makan, makan gelojah dan bercakap semasa makan
boleh memberi kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan
sakit perut. 

You might also like