You are on page 1of 1

Faedah Makan Buah-Buahan Tempatan

Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah


yang berasal dari negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti
durian,langsat,rambutan manggis dan lain-lain.

Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih


segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah tentu
khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan
tersebut masih terpelihara.

Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini
mudah didapati dan dibeli  terutama pada musim buah-buahan.Tambahan pula sekiranya
kita rajin bercucuk tanam terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti
pisang dan betik hanya diperoleh di belakang rumah sahaja.

Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan
import harganya dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan
tempatan.Oleh itu kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.

Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini


disebabkan buah-buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia
berbahaya.kebanyak buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan
pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti
keracunan makanan dan sebagainya.

Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita


peroleh sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.  

You might also like