You are on page 1of 2

Buah buahan Tempatan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber

genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk
mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang
spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan
terdapat dinegara ini.
Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang,
betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti,
mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.

Senarai Buah-Buahan Tempatan


Belimbing
Betik
Cempedak
Ciku
Durian
Langsat, duku dan dokong
Limau
Mangga
Manggis
Nangka
Pisang
Rambutan
Tembikai

Khasiat Buah-buahan Tempatan


Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan
yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren,
epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapat
buah-buahan

berkhasiat

di

samping

berjimat?

Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis
buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Mari

kita

lihat

khasiat

yang

terdapat

di

dalam

buah-buahan

tempatan.

Pisang
*

Memberi

sumber

tenaga

yang

segera.

Membantu

untuk

mengatasi

masalah

sembelit.

* Mengandungi Tryptophan sejenis protein yang membolehkan badan


mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan
gembira.
* Boleh merangsang pengeluaran hemoglobin di dalam darah dan ini
membantu
mencegah anemia.

You might also like