You are on page 1of 6

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan

makan buah-buahan tempatan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi


80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan yang banyak


mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia. Jambu batu merupakan buah
yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin kepada tubuh manusia. Ketua Unit
Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia
(UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu
batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus
tetapi cara penyediaannya perlu asli, iaitu tidak ada gula di dalamnya. Menurut Dr.
Rokiah, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka
yang mengalami masalah berat badan. Beliau menyarankan agar buah jambu batu
dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan. Katanya, bagi mereka yang
menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh
mengurangkan kolesterol dalam darah, iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol
sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat
minggu. Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400
gram sehari. Betik juga terkenal sebagai bahan pelawas kerana mengandungi Buah
betik yang masak selain kaya dengan vitamin C berkesan merawat hemoroid atau
bawasir dan sembelit. Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi
vitamin yang tinggi dan boleh diambil dalam jumlah yang sama, iaitu 400 gram.
Menurut Dr. Rokiah lagi, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan tidak
memudaratkan mereka yang mengambilnya. Dalam nanas ada tambahan vitamin C
dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. Malahan nanas juga berupaya
menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja.

1. Apakah maksud rangkai kata amalan tetap? [2 markah]

2. Berdasarkan petikan, bagaimanakah cara pengambilan jambu batu yang


disarankan? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk menggalakkan kanak-
kanak makan buah-buahan? [4markah]

1
Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan
anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Anda dan rakan telah menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang meriah.
Tulis dialog antara anda dengan rakan anda tentang sambutan tersebut.

2. Kebersihan ialah asas kesihatan. Cadangkan langkah-langkah untuk menjaga


kebersihan.

3. Dalam masyarakat Malaysia ada ungkapan yang menyatakan “jiran sepakat


membawa berkat”. Tulis sebuah cerita berdasarkan ungkapan tersebut.

4. Persatuan Kemahiran Hidup telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah


kilang. Sebagai setiausaha persatuan, tulis laporan lawatan itu selengkapnya.

5. Masyarakat memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan.


Berikan pendapat anda.

Bahagian D
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji
sama ada
di Tingkatan 1, atau Tingkatan 2 seperti senarai di bawah.

(I) Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)


(ii) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)

Jelaskan secara ringkas tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda
kaji.

2
Bahagian A (i): Ringkasan
1. Jambu batu berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh
manusia
2. Jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang
3. Jambu batu, buah betik dan nanas boleh mengurangkan kolesterol
4. Buah betik berkesan merawat hemoroid atau bawasir dan sembelit.
5. Nanas mengandungi kandungan vitamin yang tinggi
6. Asid yang ada dalam nanas membantu tubuh
7. Nanas turut berfungsi sebagai bahan antioksida

Bahagian A (ii): Pemahaman


1. ... kebiasaan yang mesti dilakukan
2. ... dimakan begitu sahaja
... dibuat jus tetapi tidak bergula
3. ... menyedarkan mereka tentang kepentingan makan buah-buahan
... memilih buah-buahan yang segar untuk mereka
... membawa mereka ke dusun buah-buahan

Bahagian C
1. Format: Dialog
Pendahuluan
- Mengucapkan salam
- Bertanya khabar
Isi-isi
- Telah menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang meriah di Dataran Merdeka – pergi awal-
awal pagi lagi
- Pemimpin-pemimpin negara hadir – dapat menyaksikan perbarisan – tertarik dengan
perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia
- Menyaksikan persembahan pelajar-pelajar – tarian, nyanyian, muzik, dan sebagainya – mereka
membentuk jalur gemilang, logo Hari Kebangsaan, dan sebagainya
- Dapat melihat kelengkapan canggih Angkatan Tentera Malaysia – jet-jet pejuang berlegar-
legar di udara membuat persembahan
- Perarakan kereta berhias begitu mengagumkan sekali – setiap kereta dihias bagi
melambangkan kemajuan dan pembangunan negara
Penutup
- Gembira kerana dapat menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan – berharap dapat
menyaksikannya pada tahun hadapan pula

2. Format: Tiada
Pendahuluan
- Maksud kebersihan - bersih tubuh badan dan persekitaran
Isi-isi
- Menjaga kebersihan diri – mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari – mencuci tangan
selepas keluar tandas – memotong kuku kaki dan tangan
- Menjaga kebersihan bilik – mengemas bilik selepas bangun dari tidur – tidak membiarkan
bilik bersepah-sepah

3
- Menjaga kebersihan rumah – selalu membersihkan rumah – tidak membiarkan barang-barang
berhabuk – memastikan dapur sentiasa bersih
- Menjaga kebersihan persekitaran – membuang sampah sarap – membersihkan kawasan yang
bersemak
Penutup
- Kebersihan perlu dijaga - rakyat sihat negara maju

3. Format: Tiada
Pendahuluan
- Penduduk Kampung Talang hidup aman dan makmur – mereka bekerjasama dalam melakukan
sesuatu – mereka saling menolong antara satu sama lain
Isi-isi
- Beberapa orang penduduk menghidap demam denggi – Ketua Kampung mengadakan
mesyuarat – kawasan yang menakung air dibersihkan
- Mereka melawat mangsa yang sakit di hospital – membawa buah tangan – keluarga mangsa
turut diberikan perhatian – jiran-jiran membantu meringankan beban
- Jika ada kenduri-kendara jiran akan membantu – mesyuarat akan diadakan untuk membahagi-
bahagikan tugas – tuan rumah berasa senang hati kerana jiran akan menolong sehingga kenduri
selesai
- Suatu hari kecurian berlaku di Kampung Talang – jeritan terdengar dari rumah Pak Akob –
jiran-jiran telah keluar – pencuri itu dikejar – berjaya ditangkap
Penutup
- Kesepakatan jiran di Kampung Talang memang tidak boleh diragui – jiran
sepakat membawa berkat

4. Format: Laporan
Pendahuluan
- Tajuk laporan
- Tujuan lawatan
- Peserta dan masa lawatan
Isi-isi
- Persiapan sebelum bertolak – berkumpul di kantin – guru pengiring telah memberikan taklimat
– bertolak dengan bas
- Tiba di tempat lawatan – penerangan daripada jurupandu lawatan – telah dijelaskan bagaimana
kilang minuman tersebut beroperasi
- Melihat cara-cara minuman tin dihasilkan – air dan ramuan minuman dimasak dalam satu
bekas yang besar – ditinkan dengan menggunakan mesin
- Menikmati jamuan ringan dan mendapat cenderamata – gembira kerana dapat menyertai
lawatan tersebut
Penutup
- Lawatan itu amat bermakna dan memberikan pengetahuan
- Pengakuan pelapor, tandatangan, nama dan jawatan pelapor

4
5. Format: Tiada
Pendahuluan
- Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menarik kedatangan pelancong ke
negara ini
- Bersetuju bahawa masyarakat memainkan peranan yang penting untuk memajukan industri
pelancongan
Isi-isi
- Masyarakat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong – melayan pelancong
dengan senyuman dan tutur kata yang sopan – menjelaskan keistimewaan sesuatu tempat
- Menjaga kebersihan dan keindahan alam – tidak membuang sampah di meratarata
tempat – memastikan kebersihan tandas awam
- Menunjukkan imej negara yang baik – pelancong akan takut jika gejala penyeluk saku
berleluasa – sikap memandu kenderaan di jalan raya – sikap vandalisme
- Bersedia membantu pelancong dengan ikhlas – menunjukkan arah jalan – memulangkan
barang pelancong yang tertinggal – mesra dengan pelancong asing
Penutup
- Masyarakat memainkan peranan penting – pelancong akan serik untuk dating ke negara kita
jika masyarakatnya bersikap negatif

Aku Anak Timur


masyarakat yang menghormati budaya asing
– Niek berdarah kacukan Belanda – Indonesia tahu menghormati tatasusila dan budaya Timur
kerana setiap kali hendak membawa Zarina keluar, dia akan meminta izin daripada kedua-dua
ibu bapa Zarina dahulu
masyarakat Barat yang mengamalkan gaya hidup bebas
– rakan Niek hampir merogol Zarina pada hari mereka mengadakan majlis hari jadi di rumah
Niek
masyarakat Barat yang tidak mementingkan institusi keluarga
– mereka takut memikul tanggungjawab apabila berkahwin lalu mengambil keputusan tinggal
bersama pasangan tanpa berkahwin dan akhirnya hidup terbiar setelah tua

Kapten Hassan Wira Bangsa


masyarakat desa
- novel ini berkisar dalam masyarakat desa yang tinggal di daerah Salak Tinggi, Sepang, dan
Kuala Pajam di negeri Selangor
masyarakat yang menganggotai pasukan tentera
- anggota tentera dalam novel ini terdiri daripada pelbagai pangkat bermula daripada peajurit
hinggalah pegawai pemerintah tertinggi
masyarakat yang aktif berpolitik
- golongan ini diwakili oleh watak seperti Tun Datu’ Mustapha yang memimpin Parti USNO di
Sabah

5
JAWAPAN
Bahagian B
Pendahuluan
- Setiap pelajar mengimpikan kecemerlangan dalam pelajaran – terdapat beberapa
faktor yang mendorong kecemerlangan pelajar
Isi-isi
- Kerajinan – pelajar mestilah rajin mengulang kaji pelajaran – jangan bersikap seperti
pahat dengan penukul
- sekolah yang ceria – persekitaran sekolah yang selesa boleh menaikkan semangat
pelajar untuk belajar – lebih tertarik untuk ke sekolah
- rakan sebaya memainkan peranan penting – pilihlah rakan sebaya yang mendorong
kita untuk melakukan kebaikan – boleh mengulang kaji pelajaran bersama-sama
- pelajar memerlukan sokongan guru dan keluarga – mengharapkan bimbingan jika
menghadapi masalah – guru dan keluarga perlu memberikan perhatian terhadap
pelajaran pelajar
Penutup
- pelajar yang cemerlang akan melahirkan modal insan yang berupaya menjana
kemajuan negara

You might also like