You are on page 1of 32

RANGKA KARANGAN

BAHAGIAN C
KERTAS PENULISAN
BAHASA MELAYU
Disediakan oleh Cikgu Hidayah
LANGKAH TINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN
• Saling hormat – menghormati – wujudkan keharmonian
• Anjurkan gotong-royong – pupuk semangat kerjasama,
kawasan bersih (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing)
• Hidupkan amalan kunjung-mengunjungi – lahirkan
masyarakat prihatin
• Bantu-membantu – kurangkan bebanan jiran
• Anjurkan rumah tebuka – boleh bertegur sapa – bermaaf-
maafan
• Anjurkan hari keluarga – eratkan hubungan
CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI / AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
• Jaga kebersihan diri – mandi 3 hari
• Tidur cukup – 8 jam sehari
• Lakukan senaman – keluarkan peluh – singkirkan toksin
• Amalkan pemakanan seimbang
• Berfikiran terbuka
• Amalkan gaya hidup sihat
• Buat pemeriksaan kesihatan
CARA JAGA KEBERSIHAN DIRI
• Mandi - hilangkan kotoran dan daki
• Gosok gigi - Tiada kaviti - mulut tidak berbau
• Cuci tangan - Hilangkan bakteria - elak keracunan
makanan
• Potong kuku - Tiada kotoran, kemas
• Kemas bilik - selasa - tidak berbau hapak - tenang belajar
• Pakai pakaian bersih - selesa, elakkan penyakit kulit
FAEDAH MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
• Menambahkan pengetahuan tentang sesuatu tempat
• Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
• Semai semangat cinta akan negara
• Alat hiburan – melawat sambil berhibur
• Merapatkan hubungan dengan rakan-rakan
KEPENTINGAN KOMPUTER
• Sumber rujukan tambahan - e-kamus, blog
• Memudahkan kerja – taip, simpan maklumat
• Jimatkan masa – hanya layari internet untuk cari
maklumat
• Alat hiburan – lihat video, dengar muzik dsb
• Memudahkan urusan harian – perbankan, tempahan
makanan
AMALAN BERJIMAT CERMAT
• Amalan menabung – simpan duit lebihan
• Amalan kitar semula – guna pakai barangan sedia ada
untuk tujuan baharu – botol kaca jadi pasu bunga
• Amalan membawa bekal makanan – tidak perlu beli
makanan di luar, jimatkan wang
• Jimatkan pengunaan elektrik – tutup suiz lepas guna
• Jimatkan air – basuh kereta guna air hujan
• Buat senarai barangan – elakkan beli barang berlebihan
FAEDAH MENABUNG
• Elakkan sikap boros
• Menambahkan wang simpanan
• Latih disiplin diri
• Bantu pada masa kecemasan / sambung belajar
• Dapat membantu ahli keluarga
HORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA
• Bercakap sopan santun
• Menolong ketika diperlukan – ringankan beban
• Berakhlak mulia dan berbudi pekerti
• Belajar bersungguh-sungguh – tunaikan harapan
• Sentiasa doakan kesejahteraan
CARA BALAS JASA IBU BAPA
• Bantu ibu bapa buat kerja rumah – ringankan beban
• Menjaga mereka ketika sakit
• Sering pulang ke kampung
• Tanggung kos rawatan di hospital – bayar bil
• Sambut hari istimewa – rasa dihargai
• Hadiahkan kejayaan – puaskan hati ibu bapa
• Berakhlak mulia – mendoakan orang tua
CARA HARGAI GURU
• Hormati guru - beri salam, bercakap dengan sopan
• Ucapkan terima kasih – tanda penghargaan atas ilmu yang
dikongsikan
• Tumpukan perhatian dalam kelas – fokus, tidak berbual-bual
• Berdisiplin – datang awal, tidak melawan
• Tunjukkan kasih sayang – beri hadiah sebagai tanda
penghargaan
• Ziarahi ketika sakit – tanda prihatin
• Mendapat markah yang baik – banggakan guru
KEPENTINGAN KOKURIKULUM
• Isi masa lapang dengan perkara berfaedah – hindari
masalah sosial
• Tambah ilmu pengetahuan – belajar ikatan / pertolongan
cemas
• Tingkat disiplin diri - tepati masa , kerja kumpulan
• Tingkatkan perpaduan – kerjasama pasukan tanpa kira
kaum
• Tingkatkan kemahiran dalam sukan dan permainan
• Latih kepimpinan diri
PUNCA DAN KESAN PENCEMARAN
• Pembakaran terbuka – asap – jerebu
• Pelepasan asap kilang – hujan asid – rencatkan tumbuhan
• Buang sisa toksik dalam sungai – sungai tercemar
• Tumpahan minyak – hidupan laut pupus
• Pembalakkan hutan – tanah runtuh
• Buang sampah merata-rata – kawasan kotor
CARA PELIHARA ALAM SEKITAR
• Amalan kitar semula barangan – kurangakan sampah
• Ibu bapa beri didikan mengenai kepentingan menjaga
kebersihan alam kepada anak-anak – tidak buang
sampah merata-rata
• Sekolah tekankan subjek sivik – tingkatkan kesedaran awal
untuk jaga alam
• Gunakan kemudahan awam – kurang pencemaran
• Kuatkuasakan undang-undang –
• Tambah bilangan tong sampah di tempat awam
FAEDAH MEMBACA
• Mengetahui berita semasa – baca surat khabar
• Tingkatkan kosa kata baharu – dapat guna perkataan
dengan tepat dan menulis dengan baik
• Meluaskan pengetahuan am – bacaan di ruangan sains /
teknologi dan sebagainya
• Membantu membuat keputusan dengan baik – fikir baik
buruk tindakan
FAEDAH INTERNET
• Sumber rujukan maklumat pantas
• Jimatkan wang – tidak perlu beli bahan bacaan
• Maklumat tambahan mudah didapati – bacaan
ensklopedia / blog / laman web rasmi
• Mudahkan komunikasi – e-mel, laman sosial – boleh
berhubung pada bila-bila masa
• Jimatkan masa – perbankan interet – tak perlu pergi bank,
hanya buka aplikasi dan bayar
KEBURUKKAN INTERNET
• Melalaikan murid – tonton pelbagai video – tak belajar
• Mempengaruhi tindakan seseorang – meniru aksi dari
mana-mana video yang ditonton
• Kes penipuan –
• Menyebabkan ketagihan – anak kecil ketagih melihat
video dalam youtube – menangis jika tidak dapat
• Jejaskan kesihatan – tonton video sehingga lewat malam –
tidak cukup rehat
• Tempat penyebaran berita palsu dan fitnah
MANFAAT PERPUSTAKAAN
• Sediakan pelbagai bahan bacaan
• Suasana tenang dan selesa untuk ulang kaji
• Banyak maklumat terkini – sudut bacaan / ilkan di papan
kenyataan
• Tempat santai keluarga – ada pelbagai aktiviti sesuai
dengan peringkat usia anak
• Boleh menjimatkan wang – boleh pinjam bahan bacaan,
tak perlu beli
FAEDAH BERSUKAN
• Sihatkan badan – keluarkan peluh – singkirkan toksin
• Otak cerdas – oksigen sampai ke otak – tidak mengantuk –
boleh berfikir
• Kurang risiko penyakit kronik – diabetes, sakit jantung
• Isi masa lapang dengan perkara berfaedah – tidak bazir
masa
• Tingkatkan kemahiran diri – belajar teknik yang betul – jadi
atlet – harumkan nama sekolah / negara
MANFAAT BERKEBUN
• Bekalan sayur dan buah segar – tiada racun
• Isi masa lapang
• Jimatkan wang – tak perlu beli sayur dan buah
• Tambah sumber pendapatan – jual sayur / buah
• Manfaatkan tanah – tidak membazir – berbudi kepada
tanah
• Menyihatkan badan – keluarkan peluh ketika berkebun
• Mencantikkan kawasan rumah – tanam pokok bunga
FAEDAH KELAS TAMBAHAN/ TUISYEN
• Lebih banyak maklumat – waktu sekolah terhad / masa
pendek
• Kukuhkan ilmu sedia ada – latih tubi tingkatkan kemahiran
diri
• Suasana selesa – tidak bising / kurang gangguan – tidak
panas
• Lebih fokus – guru tumpukan perhatian – komunikasi dua
hala lebih baik
• Tingkatkan peluang kejayaan – lebih banyak latih tubi –
tahu lebih banyak teknik yang betul
CARA JAGA KEMUDAHAN AWAM
• Gunakan ikut peraturan yang ditetapkan
• Tidak menconteng dinding / apa-apa permukaan – elakkan
pemandangan buruk
• Pam tandas selepas digunakan – pastikan tandas selesa untuk
pengguna lain
• Tutup suis elektrik selepas digunakan – di surau
• Buat aduan kerosakkan kepada pihak bertanggungjawab
• Kempen ’sayangi kemudahan awam’ dalam media massa
• Ketatkan undang-undang – hukuman lebih berat – jadi
pengajaran
CARA ISI MASA SENGGANG / LAPANG
• Bantu ibu bapa buat kerja di rumah – rumah bersih –
kurangkan beban
• Membaca apa-apa bahan bacaan - novel (hilangkan
stres), akhbar (tahu berita terkini), kamus (tambah kosa
kata)
• Bersukan – keluarkan peluh – badan cergas otak cerdas
• Melayari internet – dapat maklumat tambahan , berhibur
• Melakukan hobi – berkebun – sayur dan buah segar
• Ulang kaji pelajaran - tingkatkan kefahaman dan
kemahiran
KEPENTINGAN SAINS & TEKNOLOGI
• Mudahkan urusan manusia – telefon, komputer, periuk nasi
• Jimatkan kos – tak perlu ke kedai/bank, tidak perlu bayar
tol dan minyak
• Majukan ekonomi – jual beli produk
• Tingkatkan keseronokan belajar – penggunaan audio dan
video
• Alat hiburan – radio, internet, televisyen
PUNCA KEMALANGAN
• Kecuaian pengguna – tidak lihat kiri kanan
• Keadaan jalan yang gelap dan berlubang – hilang
kawalan
• Gunakan telefon bimbit ketika memandu – tidak fokus
• Pandu kenderaan melebihi had laju – sukar kawal kereta
• Tidak memberikan isyarat membelok – berlaku pelanggaran
• Mengantuk / mabuk – memandu membahayakan
pemandu lain
• Tidak selenggara kenderaan – kereta rosak
LANGKAH KURANGKAN KEMALANGAN
• Pendidikan sivik – kepentingan menjaga keselamatan diri
• Ketatkan undang – undang – saman pemandu yang cuai
• Servis kereta sebelum pulang kampung
• Patuhi undang-undang jalan raya
• Pakai jaket pemantul cahaya – penunggang motorsikal
dan basikal
• Rehat secukupnya atau tidur di hentian jika mengantuk
CARA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
• Nyanyi lagu dengan penuh semangat
• Berdiri tegak
• Mengibarkan jalur gemilang
• Tidak merosakkan kemudahan awam
• Melawat tempat bersejarah
AKTIVITI SAMBUTAN KEMERDEKAAN
• Aktiviti Tahap 1 :
• 1. Pertandingan kelas ceria merdeka
• 2. Pertandingan mewarna Jalur Gemilang
• 3. Pertandingan koir nyanyian lagu patriotik
• Aktiviti Tahap 2 :
• 1. Pertandingan kelas ceria merdeka
• 2. Pantomim
• 3. Kuiz kemerdekaan
• 4. Sajak/Puisi
PUNCA MASALAH DISIPLIN SEKOLAH
• Pengaruh rakan sebaya – terikut-ikut rakan
• Masalah keluarga – ibu bapa bercerai, kurang kasih
sayang
• Pengaruh media massa – meniru aksi daripada tayangan
video
• Tekanan pelajaran – stress kerana gagal
• Sikap ingin mencuba dan berani
KEPENTINGAN AIR
• Sumber air bersih – minuman
• Kegunaan harian – memasak, mandi, membasuh
• Pengangkutan air – pergi sesuatu tempat - sampan, kapal,
feri
• Pertanian – mengiri kawasan sawah padi – hasilkan beras
• Sumber tenaga elektrik – jana kuasa hidroelektrik –
bekalkan elektrik ke rumah
• Sumber makanan – ikan
CARA HARGAI SAHABAT
• Hulurkan bantuan jika perlu
• Berkongsi maklumat
• Sambut hari lahir – beri hadiah - tanda prihatin dan
hargainya
• Ucapkan terima kasih
• Bertukar-tukar pendapat
• Ajak buat perkara baik bersama-sama – belajar bersama
• Kongsi hobi / minat
AMALAN MAKANAN SEIMBANG
• Mengekalkan berat badan ideal
• Mengekalkan kesihatan badan yang optimum
• Memberikan tenaga yang cukup kepada badan
• Meningkatkan daya tahan badan
• Mengelakkan penyakit
• Membantu tumbesaran tubuh badan dengan baik

You might also like