You are on page 1of 24

Kerangka Karangan - Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Konsep cemerlang:-
1. cemerlang akademik - pencapaian cemerlang dalam peperiksaa
2. cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan,
kepimpinan
3. cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai
4. cemerlang sahsiah - sopan santun, boleh dipercayai,
bertanggungjawab

Isi-isi:
 fokus/beri perhatian semasa di dalam kelas
 pandai mengurus masa dengan baik - bahagi masa untuk belajar, berehat,
beriadah - kehidupan seimbang
 aktif dan sihat - badan sihat, otak cerdas
 pandai berdikari - tahu tanggungjawab, tidak perlu disuruh/dipaksa untuk
belajar/menyiapkan tugasan sekolah
 sentiasa bersiap sedia - mengulang kaji pelajaran - tidak menunggu hingga
saat-saat akhir
 mempunyai target/matlamat harian dan bulanan untuk berjaya
 patuh dan taat kepada ibu, bapa, guru dan suruhan agama
 sentiasa memberi pengaruh yang baik/positif kepada kawan-kawan
Kerangka Karangan - Disiplin Asas Kejayaan
Soalan:
Anda ingin menulis sebuah rencana yang akan dimuatkan dalam majalah
sekolah anda. Tajuk rencana itu 'Disiplin Asas Kejayaan Pelajar'. Tulis rencana
itu.

Pengenalan:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar -
tulang belakang untuk mencapai kejayaan - disiplin dalam diri perlu dipraktikkan
sepanjang masa.

Isi-isi:
 Mengikut segala peraturan sekolah – menjadi pelajar baik/contoh -
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran, tidak terlibat dengan sebarang
salah laku – melatih diri supaya menggunakan masa yang terluang di sekolah
dengan baik – contoh: ulangkaji, pergi ke perpustakaan.
 Mendisiplinkan diri ketika di dalam kelas - mengikut segala pengajaran guru
dengan penuh tumpuan dan penelitian – fokus di dalam kelas – bertanya sekiranya
tidak faham
 Mendisiplinkan diri ketika di rumah - menyediakan jadual belajar yang
munasabah dan mematuhi jadual berkenaan dengan tekun dan gigih - menyiapkan
segala tugasan yang diberikan oleh guru dalam jangka masa yang diberi -
menyediakan nota dan mengulang kaji – tidak mengamalkan sikap membuat kerja
di saat – saat akhir – elakkan menangguh sesuatu tugas
 Mendisiplinkan diri ketika bersama rakan - rakan - menjaga pergaulan -
membataskan diri agar tidak terlibat dengan gejala negatif/tidak sihat seperti
merokok, lepak, ponteng sekolah dan dadah/pil khayal - bijak menggunakan akal
fikiran - jauhi rakan-rakan yang boleh bawa pengaruh buruk
 Mengawal diri dan tingkah laku secara keseluruhan - mengikut segala ajaran
agama, patuh dan taat pada nasihat ibu bapa & guru, belajar menghargai diri
sendiri
Penutup:
Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan
menjadi seorang insan yang sempurna - pilihan terletak dalam tangan sendiri -
sudah terbukti - hanya dengan disiplin yang tinggi sesebuah kejayaan akan dapat
dicapai.
Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Pendahuluan

- Aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak faedah kepada murid/pelajar - terutama


sekali dalam pembentukan sahsiah

Isi - isi

Dapat menonjolkan bakat dan kebolehan seseorang murid/pelajar melalui aktiviti yang
disertai. [Berikan contoh yang sesuai - Kelab Muzik/Pancaragam - menyerlahkan kemahiran
pelajar bermain alat muzik]

Berpeluang belajar sesuatu yang baru dan menarik setiap hari. [Contoh - mempelajari
teknik ikatan tali dalam Persatuan Pengakap dan pertolongan cemas melalui Persatuan
Bulan Sabit Merah.]

Menyihatkan badan - menyertai aktiviti kokurikulum yang berbentuk permainan -


menjadikan badan lebih cergas [Beri contoh]

Melatih murid/pelajar agar lebih berdisiplin - menyertai kelab & persatuan - mereka perlu
mematuhi peraturan dan perlembagaan sesuatu persatuan atau kelab - turut belajar
mentaati perintah ketua - belajar menerima arahan

Memupuk semangat bekerjasama - aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya


memerlukan penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan - belajar menyesuaikan diri
dengan ahli-ahli lain demi menjayakan sesuatu aktiviti.

Menanam sikap saling menghormati sesama ahli pasukan - menghargai peranan setiap ahli
Menonjolkan bakat kepimpinan dalam diri - memegang jawatan dalam persatuan dan kelab
[Berikan contoh] menerapkan nilai tanggungjawab dalam diri - menyediakan pelajar agar
dapat menjadi pemimpin di masa akan datang.

Menyemai keyakinan dan keberanian dalam diri pelajar - perlu percaya pada diri masing-
masing dalam mengendalikan sesebuah persatuan atau kelab.

Pelajar dapat memanfaatkan masa sebaiknya - melakukan perkara yang lebih berfaedah -
tidak terdedah dengan anasir yang tidak sihat.

Penutup

- Menyertai aktiviti kokutikulum - aktiviti yang sihat dan mendatangkan pelbagai kebaikan
- melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Kerangka Karangan - Faedah Mempunyai Kawan yang
Banyak
Pendahuluan
 mengapa penting mempunyai kawan yang banyak? - berkasih biarlah
satu,berkawan biarlah seribu - digalakkan berkawan sebanyak mungkin - tidak jadi
kera sumbang

Isi-isi
 tidak sunyi - bergaul dengan kawan-kawan, ada teman berbual, hidup lebih
terisi
 belajar perkara baru setiap hari - perkongsian pengalaman terutama dengan
kawan-kawan yang duduk jauh di negara lain - bertukar-tukar pandangan
 berpeluang mengenal budaya dan cara hidup yang berbeza- kawan-kawan
yang berlainan agama, budaya, tempat tinggal - tidak seperti katak di bawah
tempurung
 memupuk perpaduan kaum - mengeratkan silaturahim - berkawan tanpa
mengira bangsa, keturunan atau warna kulit
 membentuk sahsiah dan peribadi diri - apabila berkawan dengan pelbagai
peringkat umur - macam-macam ragam - belajar menilai yang mana baik dan yang
mana buruk
 mendapat sokongan moral apabila berdepan dengan masalah - ada kawan-
kawan yang boleh menjadi tempat mendengar masalah - beri nasihat yang
sewajarnya
 saling membantu - terutamanya dalam pelajaran - yang pandai dapat
menolong yang lemah - belajar secara berkumpulan - bertukar-tukar nota/ kertas
soalan periksa

Penutup
 banyak kebaikan mempunyai banyak kawan - berhati-hati - perilaku,
perangai dan tindakan akan dipengaruhi oleh kawan-kawan - antara intan dengan
kaca - pilih kawan yang boleh mendorong untuk berjaya - bukan yang boleh
memusnahkan kita
Kerangka Karangan - Kebaikan dan Keburukan Belajar di
Luar Negara

Pendahuluan

Semua pelajar mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara - satu
pencapaian yang boleh dibanggakan - ada kebaikan dan keburukan

Isi-isi untuk kebaikan belajar di luar negara

Dapat melihat negara orang - mengenali budaya dan cara hidup - berpeluang
melancong ke tempat-tempat menarik semasa tinggal dan belajar di sana

Boleh mempelajari kepakaran negara luar - belajar di luar negara, kita berpeluang
melihat cara mereka bekerja, kepakaran mereka - dapat bawa balik kepakaran yang
dipelajari untuk dimanfaatkan di Malaysia

Mengumpul pengalaman yang cukup berharga - berpeluang mengenal sejarah sesuatu


tempat - melihat sisa tinggalan sejarah

Dapat belajar hidup berdikari - belajar hidup sendiri tanpa bergantung - mengurus
kehidupan seharian

Isi-isi untuk keburukan belajar di luar negara

Sukar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru serba asing - belajar di
tempat baru - suasana lain, bahasa lain

Boleh mengalami kejutan budaya - kehidupan di Malaysia jauh berbeza dengan


kehidupan di luar negara - terpengaruh dengan budaya asing yang buruk - yang
bercanggah dengan norma kehidupan kita

Taraf hidup yang tinggi - terpaksa bekerja sambil belajar untuk menampung
kehidupan di sana - memenatkan

Terpaksa berjauhan daripada keluarga - jarang dapat berjumpa - tidak dapat balik
semasa perayaan - rindu pada keluarga - boleh mengganggu prestasi pelajaran

Penutup

Belajar di luar negara - peluang keemasan yang tidak seharusnya disia-siakan - ada
baik buruknya - kita harus bijak menangani keadaan - harus manfaatkan peluang yang
ada sebaiknya.
Kerangka Karangan - Kebaikan dan Keburukan Pusat
Tuisyen kepada Pelajar
Soalan:
Kewujudan pusat tuisyen yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan
memberikan implikasi yang besar kepada para pelajar. Tulis pendapat anda.

Pendahuluan
 tuisyen seperti sudah menjadi keperluan buat pelajar - perkembangan ini
membuatkan banyak institusi pengajaran seperti pusat tuisyen yang ditubuhkan
untuk memenuhi keperluan - ada baik dan buruknya

Isi-isi
 membantu para pelajar - dapat memahami sesuatu topik dengan lebih baik -
di sekolah bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas menyukarkan tumpuan
diberikan secara khusus buat setiap pelajar

 mengurangkan beban ibu bapa - terutama yang berkerjaya - tidak sempat


untuk memantau prestasi anak-anak di sekolah - hantar ke pusat tuisyen - dapat
membantu memastikan peningkatan pencapaian anak-anak dalam pelajaran

 pusat tuisyen - bersifat komersial - mementingkan keuntungan - keutamaan


untuk memberi servis yang terbaik jatuh nombor dua - tidak mengutamakan kualiti
- ada juga yang mengenakan yuran yang terlalu mahal - sukar untuk ibu bapa yang
tidak mampu

 jumlah masa yang terhad - kebiasaannya satu jam untuk satu subjek dalam
seminggu - tidak cukup untuk menerangkan sesuatu topik secara terperinci

Penutup
 pelajar dan ibu bapa - bijak memilih pusat tuisyen yang sesuai - alah
membeli, menang memakai - berbaloi dengan wang - dapat memberi hasil yang
positif
Kerangka Karangan - Langkah-langkah untuk Menjaga
dan Meningkatkan Tahap Kesihatan
Pendahuluan

 Kesihatan amat penting dalam menjamin kesejahteraan dan keceriaan


individu - tanpa kesihatan yang sempurna, hidup tidak akan bermakna meskipun
banyak harta - ambil langkah-langkah untuk pastikan kesihatan terjaga

Isi-isi

 mengambil berat tentang aspek pemakanan - pemakanan seimbang -


makanan bergizi - diet yang sesuai dengan badan - elakkan makanan yang
berkolestrol tinggi, kurangkan pengambilan garam dan gula
 mengamalkan aktiviti senaman - jangan ambil mudah - perlu bersenam
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu - berpeluh - dapat keluarkan toksin dalam
badan - cergas dan kekal aktif
 memastikan tidur yang sempurna - dapat tidur yang cukup dan berkualiti -
tidak cukup tidur dan rehat - menjejaskan kesihatan - orang yang tidak cukup tidur
- lesu - penampilan tidak bermaya
 mendapatkan pemeriksaan kesihatan - sekurang-kurangnya setahun sekali -
mencegah lebih baik daripada merawat - seandainya dapat kesan penyakit pada
peringkat awal, lebih mudah dirawat

Penutup

 perlu bertanggungjawab atas diri sendiri - pentingkan kesihatan - mula


memandang serius aspek kesihatan
Kerangka Karangan - Faedah
Mengunjungi/Memanfaatkan Perpustakaan
Soalan:
Guru – guru kamu tentu menggalakkan murid – muridnya ke perpustakaan. Berikan
pendapat kamu tentang faedah – faedah yang diperoleh jika seseorang itu
memanfaatkan perpustakaan.

Pendahuluan:
 Membayangkan perpustakaan, terbayang susunan buku.
 Terbayang rakan – rakan yang tekun belajar
 Kemudahan untuk murid

Isi-isi:
 Perpustakaan tempat untuk menimba ilmu - Pengetahuan bertambah dalam
pelbagai bidang - Pengetahuan itu boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di
kelas
 Dapat memanfaatkan masa senggang dengan baik - Mengelakkan diri dari
terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah - Sebagai pewaris bangsa, setiap
detik perlu digunakan sebaik – baiknya.
 Perpustakaan tempat mencari hiburan - Boleh membaca buku cereka yang
digemari - Dapat merehatkan dan menenangkan fikiran
 Dapat mengulang kaji pelajaran atau membuat persediaan untuk
peperiksaan - Suasana tenang, dapat lebih fokus terhadap apa yang dibaca - Jika di
rumah atau di tempat – tempat lain, suasana agak bising dan riuh rendah

Penutup:
 Banyak kebaikannya - memanfaatkan perpustakaan.
 Menggunakan perpustakaan dengan bijak, memberi pulangan yang baik pada
diri
 Langkah yang bijak, tidak melakukan perbuatan yang sia – sia
Faedah Menabung
Pendahuluan

 menabung amalan yang mulia – baki wang belanja harian disimpan – banyak
kebaikannya

Isi – isi

 memupuk nilai berjimat cermat dalam diri – membiasakan diri menabung


walaupun dengan jumlah wang yang kecil – mendidik diri supaya berjimat – tidak
membelanjakan kesemua wang yang dimiliki
 wang yang disimpan boleh digunakan untuk membeli barang-barang
keperluan pembelajaran – tidak perlu meminta duit daripada ibu – bapa
 wang tabungan boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran [beri contoh –
SSPN – menyimpan untuk membolehkan kita menyambung pelajaran di peringkat
universiti]
 wang simpanan boleh digunakan untuk membiayai kos rawatan & perubatan
jika sakit
 simpanan untuk kegunaan hari tua – apabila tidak mempunyai sumber
pendapatan

Penutup

 dengan menabung, banyak manfaat yang akan kita perolehi – amalan ini
perlu dipupuk dan disuburkan sejak kecil
Langkah – langkah Menyuburkan Tabiat Membaca

Pendahuluan
membaca jambatan ilmu – membaca merupakan kunci kejayaan – melalui
pembacaan banyak mendapat ilmu

Isi – isi

 perlu dipupuk sejak kecil – bermula dari rumah – menyediakan perpustakaan


mini di rumah – sediakan bahan bacaan yang sesuai
 ibu bapa berperanan mendidik anak – anak – tunjukkan tabiat membaca –
bawa anak – anak ke kedai buku dan ekspo buku/pesta buku – memberi
pendedahan terhadap pelbagai jenis buku - biar anak rasa teruja apabila melihat
buku lantas berminat untuk membacanya
 pihak sekolah menganjurkan kempen membaca atau bulan membaca –
anjurkan pelbagai jenis aktiviti seperti pertandingan mengeja, membaca, pesta
atau karnival jualan buku – contoh: Program Nilam dapat merangsang minat murid
untuk membaca
 pusat sumber sekolah – sediakan pelbagai bahan yang terkini dan variasi –
buku – buku cerita yang menarik, majalah – majalah ilmiah - dorongan untuk
membudayakan amalan membaca dalam diri murid – murid
 kerajaan perlu lebih kerap mengadakan kempen membaca – semaikan dalam
jiwa anak – anak bahawa membaca itu amalan mulia – perpustakaan boleh
menyediakan sudut khas yang penuh dengan bahan bacaan kanak – kanak – menarik
minat mereka ke perpustakaan – akhbar harian turut boleh mainkan peranan
dengan mewujudkan ruangan atau sisipan yang menarik khusus untuk pembaca
cilik

Penutup
dengan didikan yang betul – dan adanya sumber bahan bacaan yang mudah
didapati dan tidak terhad – budaya membaca akan subur dalam jiwa murid – murid
– membaca jambatan ilmu – luaskan pengetahuan dan minda
Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas

Isi - isi penting yang perlu dihuraikan dengan lebih lanjut:

 Berkongsi kereta sekiranya hala destinasi yang hendak dituju sama. Dapat
jimat tenaga dan wang – perbelanjaan dikongsi bersama
 Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas seperti
mengikut papan tanda isyarat jalan raya, mematuhi had laju yang telah ditetapkan
dan mematuhi lampu isyarat.
 Setiap pengguna jalan raya perlu berhemah tinggi dan mengamalkan nilai-
nilai murni seperti bersabar dan bertolak ansur.
 Menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter dan LRT.
Perkhidmatan awam di Malaysia sudah berkembang - efisyen. Darjah
ketersampaian tinggi - tidak sukar untuk ke tempat yang ingin dituju.
 Menggunakan jalan atau laluan alternatif seperti lebuh raya.
 Rancang perjalanan. Bertolak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pada
waktu puncak.
 Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya
memastikan jalan-jalan yang rosak seperti berlubang atau tidak berturap dibaiki
segera – jalan-jalan yang sempit dilebarkan agar dapat menampung lebih banyak
kenderaan - melicinkan perjalanan trafik.
Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Wau

Imej: Kelate Ori Blog

Pendahuluan
 nama – dibuat daripada kertas, buluh, benang – dilahirkan di sebuah
kampung – mengambil masa yang lama untuk disiapkan

Isi – isi
 badanku dilukis dengan ilustrasi yang menarik – setelah siap aku dihantar ke
kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan menarik termasuk permainan
tradisional – harga yang diletakkan untukku agak mahal
 seorang lelaki membelek diriku – tertarik akan kecantikanku – membeliku
dengan harga yang mahal – membawaku pulang ke rumah – aku dijadikan hiasan
dinding di sudut ruang tamunya
 menunjukkan diriku kepada kawan – kawannya setiap kali mereka
berkunjung ke rumah – ramai yang memuji ketinggian nilai seni pada diriku –
dimainkan pada watu petang – bersam – sama keluarga
 memasuki pertandingan wau – memenangi pertandingan tersebut –
mendapat hadiah lumayan

Penutup
 disayangi oleh tuanku – dijaga rapi – tidak rosak – bangga dapat berbakti
Kerangka Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Motosikal
Pendahuluan:
 nama – dilahirkan di sebuah kilang – motosikal keluaran negara – setanding
dengan motosikal dari luar Negara

Isi – isi:
 reka bentuk yang cantik – berwarna merah – enjin berkuasa tinggi yang
moden
 aku dan rakan – rakan yang lain dihantar ke kedai – kedai motosikal seluruh
Malaysia – dipamer – pengunjung tertarik melihat rupa dan gayaku –
membanggakan – aku dipamerkan sebaris dengan motosikal – motosikal import
 baru tiga hari di situ – tidak sempat bermesra dengan kawan – kawan baru –
telah dibeli oleh seorang pemuda yang kacak – sempat aku dengar perbualan rakan
– rakanku yang iri hati melihat ketampanan tuanku – dibeli dengan harga RM6 000 –
dibawa pulang – berasa teruja – memulakan hidup baru bersama tuanku
 disayangi oleh tuanku – akulah jantung hatinya - dimandikan setiap hari –
tubuhku dijaga – tiada habuk atau debu yang sempat singgah lama di tubuhku
 dibawa bersiar – siar – ditimpa kemalangan – dilanggar oleh sebuah lori – aku
dan tuanku cedera parah – tuanku dikejarkan ke hospital – aku dihantar ke bengkel

Penutup:
 malang tidak berbau – aku tidak dapat dibaiki – tubuhku rosak teruk - ibarat
sudah jatuh ditimpa tangga - menjadi besi buruk – tamatlah riwayatku
Autobiografi - Aku Sebuah Buku Rujukan

Pendahuluan
 nama – berasal dari sebuah syarikat penerbitan buku di Ampang – nama
syarikat – warna kulit – tajuk buku – digunakan sebagai buku rujukan

Isi – isi
 setelah dicetak – dihantar ke kedai – kedai buku – digemari oleh para pelajar
 seorang budak lelaki – membelek – belek diriku – cuba melihat isi
kandunganku – bulat hati untuk membeliku – setelah membayar hargaku (RMXX) –
aku dibawa pulang
 dibawa ke sekolah keesokan harinya – ditunjukkan kepada guru – dipuji oleh
guru kerana membeli buku rujukan yang berkualiti – aku turut berasa bangga
 aku digunakan semasa tuanku membuat ulangkaji – menggunakan
sepenuhnya maklumat – maklumat yang terkandung dalam halaman muka suratku –
sekali sekala aku turut dipinjamkan kepada kawan – kawan tuanku
 sewaktu ujian bulanan – mendapat markah tinggi – memeluk dan menciumku
sebagai tanda terima kasih – menurut tuanku aku telah menyumbang ke arah
kejayaannya itu

Penutup
 aku benar – benar gembira dapat berkhidmat dengan tuanku – aku masih
dalam keadaan yang baik walaupun telah setahun bersama tuanku – balutan plastik
di tubuhku masih rapi – setelah tuanku tidak menggunakanku – aku tidak dibuang –
diberikan kepada adiknya – aku berasa bahagia
Contoh Karangan Autobiografi - Aku Sebuah Kapal
Terbang

Aku Sebuah Kapal Terbang

Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah
kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,
aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu merah. Aku kemudiannya dieksport ke sebuah
negara yang makmur. Sekarang, aku sudah menjadi warganegara Malaysia.

Setibanya di Malaysia, aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang
terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di
sini, akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan
tertarik akan rupa parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku.

Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu, akhirnya aku terpaksa meninggalkan
kawan-kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang
jutawan ternama. Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang
terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku
adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk
membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga
dengan baik bak menatang minyak yang penuh.

Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam
perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan. Aku
terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka badanku
patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku
pada waktu itu umpama kaca terhempas ke batu.

Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah
siap dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat
keputusan untuk menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan
diriku lagi. Hatiku terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang
baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya.

You might also like