You are on page 1of 11

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ABU

Peribahasa ‘Genggam bara api biar sampai jadi abu’ bermaksud membuat sesuatu
perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh
dikaitkan dengan suatu peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di
Kampung Sungai Choh, Rawang, Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun,
bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama
dengan lima orang adik-beradik yang lain.
Sejak itu, beliau mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama
abangnya. Beliau bersama abangnya mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahandanya.
Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terkandas disebabkan
masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya. Akhimya, dia mengambil keputusan
untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya adalah RM50 sahaja. Wang
sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan ibunya. Sewaktu
berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang guru
bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang
lelaki, dan lima orang perempuan.
Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya
berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan
keluarganya dan sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga.
Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-
buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah,
Selangor. Selain itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi
menambah sumber makanan seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya.
Isterinya pula rajin menyediakan kuih-muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah,
kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya di gerai-gerai makan.
Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib anak-
anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-
anak adalah arnanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-
anak. Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik
dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual
waktu sendiri. Ada masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran,
berjemaah, mengaji, dan bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli
keluarga mesti patuh dengan peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau
menyediakan sebatang rotan untuk menakut-nakutkan anaknya agar tidak leka dengan
tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka membuat kesalahan di sekolah, beliau
akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau berpegang kepada prinsip ‘boleh
merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan’.
Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan
belanja persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya
tidak dapat disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka
sebagai rujukan. Kejayaan anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan
kepada anak-anaknya yang lain. Beliau bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya
sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing malahan beliau turut memberi sumbangan
besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya membangunkan Kampung Tok Pinang,
Serendah.
Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau kini boleh tersenyum bangga
melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang. Kejayaan anak-
anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang diberikan
selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di
dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh
negara, sarna ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya
berusia 46 tahun bekerja sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat
sarjana di Universiti Malaya, manakala yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di
peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua orang lagi anak perempuannya juga sedang
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan England.
Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiarni kini adalah
basil titik peluhnya dan sumbangan anak-anak. Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu
membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan tidak perlu lagi memerah keringat,
namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga setengah ekar.
Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai ‘Tokoh Bapa Cemerlang’ merupakan kejayaan besar yang
dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai
peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan.
Dengan itu, pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat
mengetahui rahsia di sebalik kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya ‘Anugerah
Bapa Cemerlang’ dapat dianggap sebagai dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh
anak-anak mereka menjadi warga yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat,
agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian dengan peribahasa ‘genggam bara
api, biar sampai jadi abu’

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku
apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30
peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘D’ bagi kedua-dua matapelajaran..

Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR enam bulan
lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau telah banyak menghabiskan
masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di padang seiring dengan kecemerlangan di
kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini.

Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan
aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen
tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar ,
bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku.

Mulai hari itu aku akan mengikuti kelas tuisyen , di samping membuat latihan intensif sekurang-
kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat memperbaiki kelemahanku. Aku juga
akan mengikuti Klinik UPSR , untuk memastikan aku mendapat maklumat-maklumat terkini
teknik belajar yang berkesan.

Tiga bulan berlalu , dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak percaya
markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’. Walaupun aku masih ketinggalan jika
dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin menjelang ujian percubaan UPSR
nanti aku boleh mencapai markah yang maksimum.

Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan , aku mendapat 5A . Aku mampu tersenyum,
usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi kesan. Aku yakin aku akan beroleh
kecemerlangan dalam UPSR yang akan belangsung sebulan lagi jika akau terus meningkatkan
usahaku. Bak kata pepatah “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan .”

HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di seberang
sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke kampung tersebut.

Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh .Keesokannya
penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja jambatan
itu siap dibina dan boleh digunakan semula.
Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung.Mereka bergotong-
royong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina serau , balai raya
dan sebagainya.

Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan belia ,


kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan
mengeratkanlagi hubungan antara penduduk.

Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap mereka
yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka untuk memajukan desa
yang tercinta , bak kata pepatah ‘ Hidup sepakat membawa berkat’.

Oleh hal yang demikian tidak hairanlah kalau Desa Warisan terpilih menjadi kampung terbaik di
peringkat negeri dalam pertandingan antara kampung baru-baru ini. Selain itu, kampung tersebut
telah menjadi tumpuan kampung-kampung lain untuk meninjau rahsia kejayaanya.

Bersatu Teguh Bercerai Roboh” seterusnya menjadi amalan berguna untuk menentukan
kejayaan sesebuah negara.
Huraikan pandangan anda terhadap pernyataan di atas.

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh” merupakan satu cogan kata yang dalam maknanya
untuk diamalkan oleh manusia sejagat demi mencapai kesejahteraan hidup. Cogan kata ini
menggesa seluruh masyarakat bersatu dan berganding bahu dalam melakukan sesuatu
pekerjaan atau menyelesaikan sesuatu masalah supaya mereka dapat hidup dalam suasana
yang sejahtera, utuh, dan harmoni. Sebaliknya, jika kita bercerai-cerai, berpecah-belah, dan
mementingkan diri sendiri, kita akan mengalami huru-hara dan kehancuran.

Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, kita
haruslah menghayati peribahasa ini dengan hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama,
dan adat resam. Untuk mencapai kemajuan nagara, masyarakat harus hidup dalam suasana
aman dan damai.
Semangat bersatu padu boleh disemai dan dipupuk di kalangan jiran tetangga melalui semangat
kejiranan, khususnya di kawasan bandar yang semangat kejiranannya dikatakan semakin luntur.
Kita yang tinggal di kawasan bandar sering berjauhan dengan keluarga dan kaum kerabat. Jadi,
jiranlah yang menjadi saudara mara kita yang terdekat. Melalui hubungan sedemikian, masalah-
masalah sosial seperti kecurian dan rompakan dapat dikurangkan. “Jiran sepakat membawa
berkat” juga dapat diperhatikan melalui suasana kemesraan, tolong-menolong, dan saling
menjaga kebajikan sesama mereka.

Semangat gotong-royong, iaitu dengan melakukan kerja secara beramai-ramai juga akan
mempererat hubungan sosial antara anggota masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan
perasaan kekitaan dan kesedaran kebangsaan. Selain itu, dengan adanya aktiviti bergotong-
royong, masa, tenaga, dan perbelanjaan individu, masyarakat, dan negara dapat dijimatkan. Ini
juga bermakna, sesuatu kerja berat akan menjadi ringan apabila dilakukan bersama, bak kata
pepatah “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Dalam bidang pentadbiran, sama ada di sektor swasta atau di sektor kerajaan, semangat
bersatu di kalangan pekerjanya juga harus dipupuk. Sekiranya semangat ini diabaikan, maka
sesebuah organisasi itu tidak akan maju. Hal ini terjadi kerana tidak ada kerjasama antara
semua pihak untuk memajukan organisasi tersebut. Jika hanya pihak tertentu sahaja yang
bekerja bertungkus lumus, sedangkan pihak yang lain tidak memberi komitmen, maka kejayaan
cemerlang tidak akan tercapai. Oleh yang demikian, semangat seperti “aur dengan tebing” perlu
dijadikan panduan demi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Di peringkat nasional, memang tidak dinafikan lagi tentang kepentingan semangat


bersatu itu. Misi dan visi yang dirancangkan oleh kerajaan untuk memajukan negara bukan
setakat memerlukan kerjasama semua rakyat, malahan kerajaan dan rakyat harus bersatu dan
berganding bahu untuk menjayakannya. Usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup masyarakat tidak akan menjadi realiti, sekiranya tidak ada tindak balas
positif daripada rakyat keseluruhannya. Jika segelintir sahaja yang menyahutnya, maka kempen-
kempen dan program-program kerajaan seperti inflasi sifar, cintai alam sekitar, budaya
membaca, dan lain-lain akan gagal.

Tambahan pula, negara sekarang sedang mengalami masalah ekonomi. Oleh sebab itu
rakyat harus bersama-sama membantu memulihkan keadaan supaya tidak bertambah teruk.
Rakyat dan kerajaan tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana masalah yang melanda
negara dirasai bersama-sama.

Oleh yang demikian, dapatlah kita katakan bahawa pepatah “Bersatu teguh bercerai
roboh” amat penting untuk dijadikan teras dalam mencapai kejayaan. Jika masyarakat berpecah-
belah dan bercerai-berai, sudah pasti berbagai-bagai masalah negara akan timbul seperti kes
jenayah, pengangguran, kemiskinan, rusuhan kaum, dan lain-lain. Sesungguhnya keadaan
sosial yang tidak stabil akan membantut usaha kerajaan untuk memajukan negara. Oleh itu,
marilah kita beramal dan berpegang teguh dengan peribahasa “Bersatu teguh bercerai roboh”
demi kebahagiaan kita semua.

 
Belakang Parang Sekalipun Diasah Akan Tajam Juga
“ Belakang parang sekalipun diasah akan tajam juga “. Maksud peribahasa ini ialah
sesuatu perkara yang susah akan ahkirnya berjaya juga jika diusahakan secara consisten dan
tekun.

Peribahasa ini bermakna walaupun seseorang itu tidak pandai dalam sesuatu bidang tetapi jika
dia berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya dalam bidang itu. Kita mesti tidak mudah putus
asa dalam menghadapi cabaran. Berikut adalah pengalaman saya mengenai peribahasa ini

Saya telah mula belajar bermain piano pada usia 8 tahun. Pada mulanya saya mendapati jari-jari
saya sakit. Saya tidak mahu pergi ke kelas piano. Saya memberitahu perkara ini kepada ibu
bapa saya.

Tetapi ibu bapa saya tetap merangsang saya untuk berusaha bersungguh-sungguh. Saya
mengikuti nasihat mereka dengan hati yang tabah. Dalam ujian lisan dan praktikal piano, saya
mendapat keputusan yanf cemarlang.

Saya berasa sungguh gembira. Usaha saya telah berhasil. Ibu bapa dan guru piano saya juga
memuji saya. Saya tidak lagi akan melupakan peribahasa “ Belakang parang selagipun jika
diasah akan tajam juga “ .

Amalan Menabung
Faedah Menabung

Menabung merupakan satu amalan proaktif berpaksikan kesedaran seseorang dalam


membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Pada zaman
pascaglobalisasi ini, menyimpan wang tabungan di bank merupakan prakarsa yang
efektif untuk memastikan wang tabungan disimpan dengan selamat berbanding
dengan menyimpan wang secara konvesional di rumah. Malah terdapat juga
tabungan yang dibuat melalui skim pelaburan yang menjanjikan dividen yang tinggi.
Amalan menabung ini perlu dijadikan instrumen dalam mendepani kos hidup yang
semakin kompleks dan mencabar. Walaupun amalan menabung ini merupakan
perkara yang positif, masih ramai golongan remaja yang memandang sepi akan
faedah menabung kepada mereka. Pelbagai pihak perlu membuka mata akan faedah
menabung kepada seseorang apatah lagi dalam era ledakan maklumat dan bahang
industrialisasi kini.

Aktiviti menabung membolehkan seseorang merencana masa depan dengan


ekonomi yang kukuh dan mapan. Hal ini kerana menabung merupakan alternatif
untuk menambah pendapatan dengan menyimpan wang di bank secara berterusan
dan dalam jangka masa panjang. Melalui penyimpanan ini, pendeposit akan
memperoleh faedah atau dividen daripada pihak bank mahupun agensi pelaburan.
Apabila wang sudah terkumpul, seseorang individu tidak akan berdepan dengan
masalah ketirisan wang sehingga boleh menjejaskan keselesaan hidup mereka.
Amalan gali lubang tutup lubang dengan meminjam daripada rakan-rakan atau
saudara mara akan dapat diatasi. Amalan ini bukan sahaja boleh merosakkan
institusi kekeluargaan malah boleh merenggangkan persahabatan apabila pinjaman
tidak dapat dibayar semula. Sebagai contohnya, seseorang individu boleh
menggunakan wang tabungan untuk membeli hartanah dan membiayai kos
pembelian termasuklah urusan jual beli yang pastinya tidak melibatkan wang yang
sedikit jumlahnya. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, menabung merupakan
inisiatif positif yang perlu menjadi budaya hidup seseorang kerana boleh merencana
masa depan yang kukuh.

Pada zaman yang serba canggih dengan kepesatan kemajuan sains dan teknologi ini
memaksa kita mendapatkan pendidikan yang sempurna agar dapat bersaing di
pentas global. Hal ini kerana melalui tabiat menabung, kita akan mendapat pelbagai
limpahan nikmat terutamanya apabila hendak melanjutkan pelajaran ke menara
gading. Hasil tabungan boleh digunakan untuk membiayai kos pendidikan dan
mentaliti kebergantungan kepada wang bantuan dapat dikesisikan daripada terus
menjadi pegangan hidup. Sebagai contohnya, ibu bapa yang ,membuat tabungan
melalui insurans pendidikan tidak akan menghadapi masalah apabila anak-anak
mereka ditawarkan mengikuti pengajian di universiti. Para remaja juga boleh
menggunakan wang tabungan untuk membeli buku rujukan yang boleh membantu
meningkatkan tahap intelektualisme mereka. Kursus-kursus pengajian yang
ditawarkan tentu sahaja memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, amalan menabung
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit akan membantu kita membiayai kos pendidikan
yang sempurna bagi menjana kemajuan negara agar dapat duduk sama rendah
berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

Putaran kehidupan akan mengubah seseorang daripada kanak-kanak kepada remaja


dan akhirnya menjadi dewasa. Semasa menjangkau usia dewasa, komitmen hidup
semakin kompleks kerana perlu menyara kerluarga. Hal ini kerana dalam zaman
milineum ini, kos kehidupan dijangka semakin meningkat dan memerlukan
kebestarian akal dalam menghadapinya. Wang tabungan amat penting dan perlu
direncanakan secara sistematik agar pendapatan bulanan dapat dibelanjakan secara
berhemah. Kek pendapatan perlu dibahagikan dengan bijak dan memastikan
sebahagiannya disimpan sebagai wang tabungan. Kehidupan berkeluarga amat
bernilai dan kemenjadian anak-anak menjadi satu harapan bagi semua insan yang
bergelar ibu dan bapa. Sehubungan dengan itu,, anak-anak perlu mendapat
pendidikan yang sempurna bagi melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran
menguasai kemahiran teknologi. Sebagai contohnya, selain diberikan pendidikan
wajib dan formal di sekolah, ibu bapa juga perlu menghantar anak-anak menghadiri
kelas tambahan . dan memastikan tanggungjawab menjaga dan menanggung
keperluan asas anak-anak seperti pakaian, makanan dan tempat tinggal yang selesa.
Oleh itu, amalan menabung perlu subur di dalam jiwa kerana boleh dijadikan
sumber untuk menyara keluarga .

Keselesaan dan kesenangan hidup tentunya menjadi impian setiap insan. Sesebuah
keluarga memerlukan bukan sahaja rumah yang selesa malah kemudahan yang
moden dan efisien. Hal ini kerana kos untuk memiliki semua ini bukanlah sedikit.
Selain harga rumah yang melebihi ratusan ribu ringgit, peralatan elektrik, bil elektrik
dan air merupakan perkara wajib yang mesti dimiliki dan dibayar dengan segera.
Justeru, untuk memiliki kesempurnaan hidup ini, amalan menabung merupakan
langkah bijak dan mendatangkan impak yang besar. Kemampuan untuk membeli
peralatan rumah secara tunai sebenarnya jauh lebih murah daripada jika dibeli
secara ansuran. Segai contohnya, kita boleh menyimpan dalam jangka waktu
tertentu untuk memiliki barangan idaman tanpa perlu berhutang. Kebijaksanaan
dalam membuat belanjawan kewangan dan membuat tabungan merupakan cara
yang paling bijak untuk membeli barangan yang berkualiti sesuai dengan alah beli
menang memakai. Bagaimanapun, amalan ukur baju di badan sendiri perlu menjadi
keutamaan dalam menggunakan wang tabungan. Oleh itu, amalan menabung
menjamin keselesaan dan kesenangan hidup kita.

Hidup ini bagai roda dan kita tidak dapat menduga masa depan kita. Menabung
boleh dijadikan instrumen untuk mempersiapkan diri menghadapi sebarang
kemungkinan seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hasil tabungan
kita boleh dijadikan cagaran pada waktu kesusahan, kecemasan dan kesempitan.
Walaupun kita berusaha untuk menjauhi sebarang kesusahan namun malang tidak
berbau dan langit tidak selalu cerah. Apabila awan mendung menyelubungi
kehidupan, wang yang disimpan boleh digunakan untuk membiayai kos rawatan
perubatan atau saat kecemasan. Kealpaan untuk menabung merupakan satu
kesilapan yang perlu diteladani daripada pengalaman hidup orang lain. Kita tidak
mahu meminta-minta apabila ditimpa musibah. Sebagai contohnya, apabila
keupayaan dan kudrat terbatas akibat penyakit atau usia yang semakin bertambah,
wang tabungan boleh digunakan. Kita menjadikan wang simpanan sebagai perisai
menghadapi risiko dan tidak menjadi seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Oleh itu,
menabung boleh menjadi medium penyelamat bagi kita menghadapi sebarang
kemungkinan dalam kehidupan.

Menabung boleh dijadikan sebagai wahana mendisiplinkan keluarga. Hal ini kerana
amalan menabung membolehkan kita nmenyemai dan menyuburkan amalan
berjimat cermat dan berpegang kepada peribahasa ingat sebelum kena jimat
sebelum habis. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik untuk menabung boleh
mendorong anak-anak menjauhi pembaziran, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Kesederhanaan dalam kehidupan dapat dibentuk memandangkan fitrah
anak-anak yang mudah dibentuk jika diberikan teladan yang baik. Sebagai
contohnya,ibu bapa boleh membelikan tabung atau membawa anak-anak
mengunjungi institusi perbankan agar mereka dapat melihat sendiri akan iklim sihat
yang perlu diikuti. Dengan cara ini anak-anak akan terdedah dengan budaya hidup
sihat dan mengenali pengurusandunia kewangan dan impaknya kepada ekonomi
diri, keluarga dan kepentingannya di peringkat sarwajagat.Kemaslahatan menabung
juga perlu diwara-warakan dengan sebaik-baiknya agar anak-anak yang masih kecil
dapat menghayati konsep tabungan dengan lebih jelas lagi. Oleh itu, amalan
menabung boleh menjadi salah satu prakarsa yang pragmatik untuk mendisiplinkan
keluarga sekaligus melahirkan keluarga yang sejahtera

Natijahnya, menabung merupakan amalan mulia yang perlu dijadikan budaya hidup
dan dipraktikkan. Amalan ini boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang individu
dan mengekalkan keseimbangan negara secara efektif. Perspektif negatif seperti biar
papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai visi untuk keluar
daripada belenggu kehidupan yang begitu mencabar. Menabung boleh dijadikan
benteng untuk mendepani realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang.
Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan
obligasi terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap individu
agar kemakmuran diri dan negara dapat dikekalkan momentumnya.

Kepentingan amalan menabung

                    “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.” Apabila mendengar sahaja peribahasa di atas,
pasti tergambar dalam fikiran kita bahawa peribahasa itu amat sinonim dengan perbuatan
menabung. Cuba kita berfikir sejenak, apakah itu menabung? Menabung merupakan perbuatan yang
mulia dan dapat ditakrifkan sebagai mengasingkan sejumlah wang demi menjamin masa depan
seseorang. Namun begitu, dalam era pascaglobalisasi ini kesedaran untuk menabung semakin
menyusut dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi golongan remaja. Para cendekiawan
memfasiqkan bahawa wang bukan segala-galanya, tetapi tidak dinafikan dengan wang kita dapat
melakukan segala-galanya. Peribahasa tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata amat
tepat untuk menyokong pendapat tersebut. Kini, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan
untuk menabung. Kita boleh menabung di bank-bank tempatan yang banyak terdapat di negara kita
atau melabur dalam saham-saham yang dijamin oleh kerajaan. Sememangnya, amalan baik ini
haruslah dididik oleh ibu bapa sejak setahun jagung kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Izharnya, amalan menabung ini mendatangkan banyak faedah bukan sahaja kepada individu yang
melakukannya tetapi juga terhadap masyarakat dan negara.

                   Pada hemat saya, kepentingan primanya ialah para pelajar dapat menyambung pelajaran
dengan menggunakan wang tabungan sekiranya diperlukan. Hal ini demikian kerana kos pengajian
di peringkat universiti semakin meningkat. Bagi golongan miskin pula, wang pendaftaran sesi
pengajian sahaja pun sukar untuk dibayar. Jika kita menabung, kita dapat menampng perbelanjaan
persekolahan lain, seperti membeli buku-buku rujukan, membayar yuran sekolah dan yuran kelas
bimbingan luar. Dalam hal ini, kita wajarlah membuka akaun di bank dengan bantuan daripada ibu
bapa. Di sampng itu, kita haruslah menabung dalam jumlah yang konsisten setiap bulan dan wang
simpanan ini tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi. Sikap boros dan berbelanja pada
perkara yang tidak perlu haruslah dielakkan sama sekali. Natijahnya, kita tidak perlu bersandar pada
ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi
mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti. Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang
menggantungkan harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal
beroleh bantuan kewangan, mereka pun seolah-olah kaca terhempas ke batu. Melalui amalan
menabung, ibu bapa kita tidak perlu bergolok bergadai untuk membiayai kos pelajaran anak-anak
yang mahal sekali. Orang tua-tua pernah berkata bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna haruslah menjadi pedoman dalam amalan ini. Ringkasnya, kehidupan masa hadapan
lebih terjamin dengan pembelajaran sepanjang hayat dijadikan landasan untuk berjaya sekiranya
ada tabungan yang mencukupi.

                   Faedah kedua sekiranya seseorang itu melakukan tabungan ialah wang tabungan
itu dapat digunakan pada waktu kecemasan. Dana kecemasan ini cukup penting terutamanya buat
individu yang sudah berkeluarga. Dana kecemasan biasanya merupakan satu dana yang disimpan
untuk membiayai perbelanjaan di luar jangkaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa
malang tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu, wang yang
ditabung dapat membantu orang yang berada dalam keadaan susah sebagai sumber kewangan.
Misalnya, semasa dalam masalah kesihatan, ditimpa bencana alam dan tragedi kemalangan jalan
raya. Sudah pasti wang tabungan itu amat berguna untuk tujuan rawatan. Sebagai impaknya, wang
tersebut juga boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Dalam erti
kata yang lain, wang tersebut dapat memudahkan segala urusan pada masa hadapan. Hal ini jelas
dinyatakan dalam peribahasa sediakan payung sebelum hujan dan beringat sebelum kena, berjimat
sebelum habis. Hakikatnya, amalan menabung merupakan persediaan kita untuk menghadapi saat-
saat kecemasan yang tidak dapat dijangka oleh akal sama sekali.

  

                   Selain digunakan untuk waktu kecemasan, kebaikan amalan menabung yang seterusnya
ialah dapat melahirkan insan yang menyemai tabiat berjimat cermat. Tegasnya kepada kita bahawa
orang yang sering mengalami kesempitan wang tidak berhemat dalam berbelanja. Selain itu, kita
juga amat susah untuk menyimpan wang sehinggakan kita terpaksa mengikat perut pada akhir bulan
kerana sikap boros berbelanja. Dengan itu, sikap boros berbelanja ini sepatutnya diganti dengan
didikan dan amalan menabung. Selaras dengan itu, kita juga wajarlah mengelakkan sikap suka
berhutang dalam kalangan masyarakat. Menurut Dato Michael Chong, kita tidak perlu “mengemis”
dan menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan
menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. Seterusnya, kita juga digalakkan untuk merekod
sesuatu perbelanjaan untuk megenal pasti wang yang kita belanjakan itu. Sebagai kesannya, kita
dapat mengelakkan diburu pemiutang atau diisytiharkan muflis apabila gagal membayar hutang.
Sementara itu, sikap boros juga tidak akan berlaku dalam perbelanjaan seharian kita. Sudah terang
lagi bersuluh bahawa sikap berhemah dan bijak mengurus kewangan dalam diri sendiri akan dapat
dipertingkatkan dengan amalan menabung.

                   Amalan menabung juga penting untuk kelangsungan hidup pada hari tua nanti. Hal ini
berpunca daripada masalah kesihatan pada hari tua tidak dapat dijangkakan oleh sesiapa. Oleh itu,
kita perlu menyimpan wang dari awal dan tidak boleh menunggu sehingga waktu yang sesuai. Victor
Hugo ada berkata bahawa orang yang menabung itu bagaikan bintang di langit. Seseorang yang
menabung lebih awal maka wang simpanannya akan menjadi lebih banyak. Kehidupan kita pada hari
tua akan menjadi lebih selesa apabila tiada masalah kewangan kerana kita mendapat rawatan yang
baik dan sempurna. Wang yang ditabung ini amat penting digunakan untuk kos perubatan dan sara
hidup kerana sudah tidak bekerja. Amalan menabung sebenarnya mampu menjamin kestabilan
hidup kita di dunia. Di samping itu, kemaslahatan diri dan keluarga akan terpelihara melalui amalan
menabung. Amalan menabung bertepatan dengan peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
yang mengatakan kemaslahatan menabung. Kata aforisme bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian haruslah menjadi panduan dalam mengamalkan amalan menabung. Tegasnya, masa
depan kita untuk hari tua akan lebih terjamin apabila menabung.      

                   Akhirulkalam, amalan menabung memberikan pelbagai manfaat kepada umat manusia
sekiranya diurus secara bijak dan berhemat. Dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
berfikiran positif untuk memastikan amalan menabung menjadi rutin hidup seluruh masyarakat
Malaysia. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah, yang pipih tidak datang melayang, yang
bulat tidak datang bergolek dan tidak ada gunung tinggi yang tidak dapat didaki, tidak ada luruh
dalam yang tidak dapat dituruni. Sikap bersungguh-sungguh yang berpegang kepada peribahasa
Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya perlu ada dalam diri untuk merealisasikan
amalan menabung sebagai budaya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang. Kesabaran dan
ketekunan dapat mendaki gunung-ganang. Seterusnya, kita wajarlah bijak merancang kewangan
hidup kita dengan mengamalkan budaya menabung wang sejak setahun jagung lagi supaya dapat
merealisasikan impian diri sendiri malahan negara. Kita juga perlu merenungi faedah-faedah amalan
menabung dan menjadikan amalan tersebut sebagai agenda utama dalam kamus hidup kita. 

Pendahuluan

 menabung - amalan menyimpan atau mengumpul wang - dengan


keadaan taraf hidup yang semakin tinggi - amalan ini perlu disemaikan
dalam jiwa remaja - belajar menyimpan agar masa depan lebih terjamin -
banyak langkah-langkah yang boleh diambil dalam memastikan amalan
ini terus bercambah dalam diri anak muda
Isi – isi

 peranan ibu - bapa - pupuk budaya suka menyimpan dalam jiwa


anak-anak sejak kecil - jangan terlalu ikut kemahuan mereka/limpahi
mereka dengan kemewahan - sebaliknya ajar remaja untuk menyimpan
wang jika ingin membeli sesuatu - buka akaun simpanan untuk anak-
anak - didik dan lentur mereka agar tidak membelanjakan semua wang
saku - baki wang saku dimasukkan ke dalam bank pada setiap hujung
bulan - anak akan sedar betapa pentingnya menyimpan atau menabung
 peranan remaja (individu) - remaja perlu sedar - yang bulat
tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang - perlu
belajar menyimpan dari sekarang supaya dapat menempah hidup yang
lebih senang di masa akan datang - disiplinkan diri agar dapat
menyimpan sejumlah wang (kendatipun sedikit) setiap hari/bulan -
remaja boleh mengajak rakan sebaya agar turut sama menabung dan
tidak boros berbelanja
 peranan pihak sekolah - anjurkan minggu atau bulan kesedaran
menabung - laksanakan kempen dan aktiviti yang wajar diadakan demi
menghidupkan budaya menyimpan dalam kalangan remaja - contohnya:
membuat kerjasama dengan pihak bank - memanggil wakil dari pihak
bank ke sekolah - membolehkan pelajar membuka akaun simpanan
dengan jumlah minima/menambah wang simpanan
 peranan pihak bank atau institusi kewangan - adakan pakej-
pakej khusus untuk remaja dengan pelbagai faedah seperti hadiah
lumayan dan perlindungan insurans -  lebih menarik minat remaja.
Contoh lain - PTPTN wujudkan akaun SSPN yang menggalakkan anak-
anak & remaja menabung untuk pembiayaan pengajian tinggi mereka
kelak - memancing minat remaja untuk menyimpan
 peranan pihak kerajaan - lancarkan kempen-kempen seperti
bijak berbelanja, berbelanja secara berhemat dengan meluas - gunakan
semua wadah media untuk sampaikan mesej pada remaja - wujudkan
Hari Menabung - bertujuan untuk suntik kesedaran kepada remaja akan
betapa pentingnya menabung

Penutup

 sekiranya setiap pihak menggembleng tenaga memainkan peranan


masing-masing - usaha untuk mendidik remaja tentang kepentingan
menyimpan akan berjaya - kikis budaya boros berbelanja sebaliknya
pupuk dalam diri agar berbelanja secara berhemat

You might also like