You are on page 1of 4

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(30 markah)

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) ganggang - gelanggang


(ii) kuncup - kemuncup
(iii) suling - seruling

(b) Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada cakap pindah kepada cakap ajuk.

Roslan menanyai abangnya Rosli, tentang sebab-sebab negara kita mengadakan


pilihan raya umum. Rosli menjelaskan bahawa negara Malaysia mengamalkan pemerintahan
secara demokrasi. Roslan menyatakan bahawa kadang-kadang dia terdengar ungkapan
demokrasi berparlimen disebut-sebut lalu menanyakan maksud ungkapan itu yang sebenarnya
kepada Rosli. Rosli menjelaskan bahawa walaupun kerajaan Malaysia dipilih oleh rakyat,
namun demikian kerajaan ini mestilah berdasarkan perlembagaan yang digubal oleh parlimen.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat , anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat ini semula.

(i) Apabila kontingen negara memasuki stadium sambil mengibar-ngibarkan Jalur


Gemilang, penyokong tersorak-sorai.
(ii) Pesakit yang mengidap leukimia itu perlu menjalankan kemoterapi untuk mengawal
kanser daripada terus membiak.
(iii) Untuk mengelakkan penambahan berat badan akibat obesiti, masyarakat disarankan
untuk berjogging selama 30 minit setiap kali senaman.
(6 markah)

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, ada
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Produk inovatif seperti mesin dan jentera untuk usahawan tempatan dalam bidang
pertanian telah dihasilkan oleh kami.
(ii) Undang-undang berkaitan dengan pembakaran terbuka perlu digubah oleh kerajaan
dengan beberapa perubahan-perubahan.
(iii) Berpuluh-puluh ekor ikan paus terlantar dipersisiran pantai itu dipercayai akibat
pembuangan minyak di dalam laut oleh kapal-kapal nelayan.
(6 markah)

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.


(i) Tercengang-cengang kehairanan
(ii) Sesiapa yang berbuat salah akan terasa apabila disindir
(iii) Jika mempunyai pengetahuan yang sedikit, usah dilawan orang yang lebih banyak
pengetahuan.
Skema jawapan - Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 mrkah)

(a) Membina ayat;

(i) ganggang - sedang disalai / berdiang / ruang di antara dua benda /


Renggang / sejenis lumut yang hidup di dalam air.

gelanggang - tempat menyabung ayam / bertinju / bermain sukan dan


lain-lain medan perang / tempat perjuangan sesuatu bidang

(ii) kuncup - tidak terbuka lebar / kuntum bunga / belum berkhatan

kemuncup - sejenis tumbuhan/ rumput/ cemucup/ rumput jarum

(iii) suling - sulingan benda cair atau cairan yang dihasilkan daripada sesuatu
benda yang disejukkan / dengan cara melakukan stim bagi
mengasingkan campuran pepejal dan cecair (biasanya digunakan
dalam pembuatan minyak wangi atau petroleum).

seruling - alat bunyi-bunyian yang ditiup (daripada buluh dll)


(6 markah)

(b) Cakap ajuk:

Roslan : Abang, mengapa negara kita mengadakan pilihan raya umum?


Rosli : Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi.
Roslan : Kadang-kadang saya dengar demokrasi berparlimen disebut-sebut.
Apakah maksudnya, abang?
Rosli : Kerajaan Malaysia dipilih oleh rakyat. Kerajaan ini mestilah berdasarkan
perlembangaan yang digubal oleh parlimen.

(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan dari segi imbuhan

Salah betul
1. Kontigen Kontijen
Tersorak-sorai Bersorak-sorai

2. Leukimia Leukemia
menjalankan Menjalani

3. berjogging Berjoging
penambahan Pertambahan

(6 markah)
(d) Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.

Salah Betul
1. Inovatif Inovasi
dihasilkan oleh kami Kami hasilkan

2. digubah digubal
beberapa perubahan-perubahan beberapa perubahan /
Perubahan-perubahan

3. terlantar terdampar
di ke

(6 markah)

(e) Peribahasa:

(i) seperti rusa masuk kampung


(ii) siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedas.
(iii) Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
(6 markah)

You might also like