You are on page 1of 7

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Jenis-jenis kesalahan ejaan yang sering kali Contoh


disoal
1. kata majmuk ( mantap dan tak mantap) 1. antarabangsa 2. beritahu
Kata majmuk mantap: dieja secara rapat 3. bumiputera 4. jawatankuasa
5. kakitangan 6. kerjasama
7. olahraga 8. matahari
9. setiausaha 10. sukarela
11. suruhanjaya 12. tandatangan
13. tanggungjawab 14. warganegara
15. pesuruhjaya

Kata majmuk tidak mantap: dieja secara a)Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian
terpisah kata bebas.
Contohnya: gambar rajah, biru laut, terima kasih,
kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk
kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana
menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya.

b)Kata majmuk berbentuk istilah khusus.


Contohnya: model linear, garis pusat, mata pelajaran,
kertas kerja, kanta tangan.

c)Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan


iaitu simpulan bahasa.
Contohnya: kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan
angin, pilih kasih.
2. Kesalahan ejaan makanan (a) koey tiau kuetiau 
(b) serunding    serondeng
(c) nasi impit nasi himpit

3. Kesalahan keselarasan vokal: ( a, e, i , o , (a) pelusuk   pelosok 


u) (b) pelek  pelik
(c) untok  untuk 

4. ejaan bahasa Inggeris - bahasa Melayu (a) stress   stres 


(b) university    universiti
(c) experiment eksperimen

5. antara perkataan ke dengan angka (a) ke 21 ke-21


(b) 60 an   60-an
Kesalahan ejaan
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu ejaan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

1. Perumahan terbengkalai mendatangkan risiko kesehatan seperti pembiakan nyamuk Aedes yang
menyebabkan demam denggi.
2. Hutan paya air tawar mempunyai tiga lapisan yang nyata di hutan ini, iaitu kanopi, lapisan tengah dan
lapisan pokok renik.
3. Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang kali secara terancang dan bersturktur
bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal.
4. Lidah buaya mengandungi antibiotik yang mampu meransang pertumbuhan sel kulit baharu dan
mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang tercedera.
5. Penggunaan bekalan air yang tidak bersih memudahkan seseorang itu terutama kanak-kanak terdedah
kepada jangkitan penyakit seperti taon.

Salah Betul
1.
2.
3.
4.
5.

Kesalahan Imbuhan
PERINGATAN :
2. Kesalahan imbuhan pinjaman : dieja rapat (a) anti-dadah   antidadah 
Terdapat dua jenis imbuhan pinjaman : (b) pra sekolah  prasekolah
 awalan: maha, tata, pro, pra, anti (c) seni wati   seniwati
 akhiran : wati, ita, man, wan

Contoh ayat:

i) Ayah menghadiahi senaskah novel (objek ) kepada kakak sebagai tanda sayang terhadap anak sulungnya.

Sepatutnya menghadiahi tukar kepada menghadiahkan

- kata nama
Selepas imbuhan meng...i perlu menerima

- Selepas imbuhan meng…kan menerima objek iaitu benda.

ii)  Adik dapat habiskan dua puluh cucuk sate yang dibeli oleh ayah dalam satu masa.
- Habis merupakan kata akar dan sepatutnya ditulis sebagai kata aktif menjadi -menghabiskan

Latihan kesalahan imbuhan


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses tersusut darat yang disebabkan oleh
ketidakstabilan jisim tanah.

2. Kuala Lumpur berupa ibu Negara Malaysia dan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1
Februari 1974
3. Anak-anak merupakan golongan yang paling memerlukan perhatian dan sokongan daripada ibu bapa
dalam pembentukan peribadi yang sempurna.
4. Guru berperanan membentuk pelajar agar berkemahiran dalam menyelesaikan masalah dan kebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran global yang dinamik
5. Semua peserta kelihatan elegan dengan pakaian tradisional kaum masing-masing pada malam
menyambut Pesta Citra Warna semalam.

Salah Betul
1.

2.

3.

4.

5.

Kesalahan kata atau istilah

Kesalahan kata/ istilah : penggunaan kata yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.
Contoh : Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai tadi.
Mencuci
membersihkan
menyiang
Latihan kesalahan kata atau istilah
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan kata atau istilah. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Kerjasama antara dua buah pasukan itu telah memberikan kejayaan yang luas kepada kedua-dua belah
pihak.

2. Semua pihak lawan harus berganding bahu dan bekerjasama menyertai gejala sosial dalam masyarakat
kita yang semakin berleluasa dewasa ini.

3. Kita harus membiasakan diri untuk melihat tiap masalah yang timbul sebagai suatu hal yang wajar dan
harus dihadapi, bukan melarikan diri daripada masalah.

4. Rakyat perlu dididik dengan diberi pemberitahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap risiko
pinjaman lintah darat agar mereka tidak terpedaya.

5. Kami sekeluarga bercadang untuk balik ke kampong selama seminggu sempena cuti sekolah yang telah
tiba tidak lama lagi.

Salah Betul
1.
2.
3.
4.
5.

Kesalahan Tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
1. kesalahan dari segi kata Contohnya:
a) Kata Ganti Diri i) Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah.
ii) Fridaus dihukum. Dia ponteng sekolah.
iii) Kata dia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
iv) Perkataan mereka tidak boleh diulang

2. Kata bilangan i) Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-
dua tidak boleh disingkatkan
Contohnya: berbagai warna berbagai-bagai warna

ii) Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga tidak boleh didekatkan dengan kata
bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk perhitungan
contoh: dua setengah meter dua meter setengah

3. penggunaan hukum DM Contohnya:


D : unsur yang diterangkan i) Nani Kedai Roti Kedai Roti Nani
M : unsur yang ii) Tomato sos Sos tomato
menerangkan

Latihan kesalahan tatabahasa


Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau
istilah. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
1. Golongan cendekiawan harus mengambil inisiatif untuk menaikkan semula mutu pendidikan
yang kian semakin merosot di negara kita.

2. Encik Lim hanya menyimpan kesedihan yang dirasai di dalam hatinya demi tidak merosakkan
keadaan gembira ahli keluarganya pada hari tersebut.

3. Cikgu Thomas terpaksa membatalkan sesi pengajaran dan pembelajarannya di hari itu kerana
beliau menerima panggilan kecemasan daripada ibunya.

4. Mak Cik Sheila merindui sangat anak-anaknya yang kini bermastautin di Bandar dan jarang-
jarang pulang ke kampong untuk menjenguknya.

5. Kehidupan di negara luar dengan cuaca, masyarakat, dan persekitaran yang berbeza
menyebabkan Zainal selalu merindui kampung halamannya.

Salah Betul

1.

2.

3.

4.

5.
Soalan 5 : PERIBAHASA

Arahan : Terdapat tiga jenis bentuk soalan peribahasa yang diuji dalam latihan ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat di bawah.

1. Saya berasa hairan apabila Molly sering bertanyakan soalan tentang sesuatu yang sememangnya sudah
diketahuinya.

________________________________________________________________________________

2. Cikgu Zaireen menasihati pelajar-pelajarnya agar sentiasa bekerjasama dalam setiap cabaran jika tidak
mahu menemui kegagalan.

_________________________________________________________________________________

3. Setelah lebih tiga bulan bekerja di kilang elektronik itu, Maria sudah dapat menyesuaikan diri. Kini
segala tugas dapat dilakukannya dengan cepat seperti peribahasa
______________________________________________.

4. Para peserta kursus agro pertanian itu berasa gembira apabila diberi peluang untuk menjual sendiri hasil
pertanian mereka di tapak ekspo berkenaan. Peluang yang mereka dapat itu bertepatan dengan
peribahasa

______________________________________________________________________________.

5. Pembangunan di Kuala Lumpur _______________________________________________ kerana


mendapat permintaan yang sangat tinggi.

You might also like