You are on page 1of 4

SOALAN 3 : PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Soalan 3 (a)
Morfologi atau Kajian Kata- 6 Markah

 Murid dikehendaki membina ayat daripada perkataan atau frasa yang diberi.

 Terdapat enam perkataan atau frasa disenaraikan dan anda perlu membina ayat yang
gramatis untuk menunjukkan anda faham maksudnya.

 Anda tidak boleh menggunakan kata nama khas, peribahasa dan tidak boleh
menambah imbuhan pada perkataa diberikan. Soalan ini mudah untuk pelajar
mendapat 6 markah penuh.

STRATEGI DAN TEKNIK MEMBINA AYAT

1. Bina satu ayat sahaja untuk satu perkataan.

2. Ayat yang dibina mestilah ayat yang lengkap (ada subjek & predikat / mematuhi
hukum D-M), sempurna dan gramatis sesuai dengan tahap pemikiran seorang
pelajar SPM.

3. Digalakkan pelajar membina antara lapan hingga enam belas patah perkataan
bagi membina ayat daripada satu perkataan; digalakkan membina ayat majmuk.

4. Ayat yang dibina mestilah menunjukkan makna perkataan atau bermakna


berdasarkan perkataan yang digunakan.

5. Ayat yang dibina mestilah dapat membezakan makna kata yang diberi. Sekiranya
ayat itu tidak menunjukkan perbezaan makna kata, markah tidak akan diberikan.

6. Perlu diingat bahawa makna sesuatu perkataan boleh berubah melalui


pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Justeru, elakkan daripada;

i. Menambah / menggugurkan sebarang imbuhan kepada kata yang diberi


dalam soalan. Contoh; pukul ... dipukul (tambah imbuhan di untuk kata
dasar)
ii. Elakkan menggandakan kata yang diberi. Contoh; anak ... anak-anak
iii. Elakkan daripada memajmukkan kata yang diberi. Contoh; anak ... anak buah

7. Jangan mengubah kata yang diberi menjadi ungkapan, cogan kata atau simpulan
bahasa. Contoh; bahasa .... Bahasa Jiwa Bangsa

8. Tiada markah diberi jika perkataan yang diberi dijadikan sebagai kata nama khas.
Contoh; genting ... Genting Highlands

1
9. Ayat dalam bentuk cakap ajuk boleh dibina (terutama bagi perkataan yang tidak
berimbuhan / kata dasar). Namun, pastikan peraturan menulis bentuk cakap ajuk
mestilah dipatuhi. Jika gagal berbuat demikian, separuh markah akan dipotong.
Contoh;
“Anjeli, pukul anjing itu kerana ibu bimbang anjing itu mungkin menggigit adik kamu
yang sedang bermain di taman,” kata ibu kepada Anjeli.

10. Gariskan perkataan yang diberikan dalam binaan ayat agar mudah dikesan oleh
pemeriksa.

11. Elakkan daripada sebarang kesalahan ejaan, bahasa, tanda bacaan atau struktur
ayat yang tidak jelas. Setengah markah akan dipotong jika pelajar melakukan
kesilapan-kesilapan tersebut.

12. Gunakan soalan apa, siapa, mengapa, bagaimana, bila dan di mana untuk
dikaitkan dengan perkataan yang diuji. Contoh;
Perkataan diuji – menembak

Siapa - Polis menembak perompak


Mengapa - kerana cuba meragut beg tangan seorang wanita
Bagaimana - menggunakan sepucuk pistol
Bila - petang semalam
Di mana - Jalan Pingai.

Ayat lengkap:
Seorang detektif polis menembak seorang perompak yang cuba meragut beg
tangan seorang wanita di Jalan Pingai pada petang semalam dengan menggunakan
sepucuk pistol.

Formula yang boleh digunakan semasa membina ayat;

(a) Siapa + apa + bila


(b) Siapa + apa + di mana
(c) Siapa + apa + mengapa
(d) Siapa + apa + bagaimana
(e) Siapa + apa + mengapa + di mana
(f) Siapa + apa + bagaimana + bila
# formula ini boleh anda olah dan ubah mengikut kesesuaian ayat yang ingin
anda bina.

Contoh ciri-ciri ayat yang mengandungi KBAT ialah; Kata yang diuji - memburu

Pihak polis menjalankan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu di
di kawasan kelapa sawit pada petang kelmarin dengan mengepung kawasan ladang
tersebut.

Formula yang digunakan : Siapa + apa + mengapa + di mana +bila + bagaimana

2
Soalan 3(a)
Sintaksis - 6 Markah

 Pelajar dikehendaki menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :-

i. Ayat tunggal dan ayat majmuk (menggabungkan / mencerakinkan ayat).


ii. Jenis ayat – ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
iii. Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif atau sebaliknya.
iv. Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah dan sebaliknya.
v. Menganalis ayat pola ayat. ( FN-FN,FN-FK, FN-F A, FN-FS)
vi. Struktur ayat - subjek dan prediket.
vii. Menukarkan ayat songsang kepada ayat biasa atau sebaliknya.

Soalan 3(c)
Mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan - 6 Markah

 Soalan bahagian ini memerlukan murid mengesan dan membetulkan 3 kesalahan


ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.

 Murid boleh menjawab dengan menulis kedua-dua kesalahan berkenaan dengan


menulis penggunaan ejaan & imbuhan yang salah dan pembetulannnya:

Contoh soalan :
Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber
alam semula jadinya.

kesalahan pembetulan

eko-pelancongan ekopelancongan ( ejaan)

mengayakan Kekayaan ( imbuhan)

Soalan 3(d)
Mengesan dan membetulkan kesalahan penggunaan istilah / kata dan tatabahasa. ( 6
markah)

 Soalan bahagian ini meminta anda mencari tiga kesalahan penggunaan istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa.
 Anda akan diberi tiga ayat yang mengandungi satu kesalahan istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.
 Anda boleh menjawab seperti soalan di bawah:-

Stesen minyak-minyak di bandar utama kita mengamalkan konsep layan sendiri.

kesalahan pembetulan

Stesen minyak-minyak Stesen minyak ( tatabahasa)

layan sendiri layan diri ( istilah)

3
Soalan 3(e)
Peribahasa – 6 Markah

 Soalan ini menguji kemahiran peribahasa ( terdiri daripada perumpamaan, bidalan,


pepatah, simpulan bahasa, perbilangan, lidah pendita, kata-kata hikmat).

 Antara bentuk soalan:

i. mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan


petikan.

ii. mengisi tempat kosong dalam dialog dengan peribahasa yang sesuai.

iii. membina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan.

NOTA : Bagi memudahkan anda menjawab soalan ini, anda perlu mencari dan
menyenaraikan semua peribahasa yang terdapat dalam buku teks Tingkatan 4 & 5
kemudian mencari makna kesemua peribahasa tersebut.

You might also like