You are on page 1of 8

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca pettikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
penggunaan telefon pintar dalam kalangan murid dan peranan ibu bapa dalam
mengawal penggunaan telefon pintar anak-anak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Telefon pintar wujud hasil perkembangan industri telekomunikasi yang bergerak


pantas. Di Malaysia, bilangan murid yang menggunakan telefon pintar semakin meningkat,
iaitu kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan pengguna. Ramai murid berhasrat untuk
memiliki telefon pintar kerana mereka terpengaruh dengan perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka. Mereka juga turut dipengaruhi oleh rakan terutamanya yang telah
memiliki telefon pintar. Keinginan untuk memiliki telefon pintar boleh menyebabkan
berlakunya kes salah laku seperti kecurian dan pergaduhan.
Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai
guna menyebabkan murid teruja untuk memiliki alat telekomunikasi mudah alih yang canggih
ini. Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka dengan peranti
masing-masing dan seterusnya membawa perubahan yang ketara terhadap tingkah laku
mereka. Murid yang menggunakan telefon pintar lebih mementingkan hiburan berbanding
aspek-aspek lain, contohnya dalam pencarian maklumat dan ilmu pengetahuan. Hal yang
demikian boleh membawa kesan negatif terhadap kkehidupan seseorang murid.
Penggunaan telefon pintar ini juga menyebabkan murid sering berkomunikasi dengan
mencemarkan bahasa seperti penggunaan singkatan dan bahasa slanga dalam khidmat
pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan Instagram.
Telefon pintar turut berperanan sebagai penghubung keluarga, rakan dan sumber
maklumat. Namun jika disalahgunakan, telefon pintar mampu mendatangkan pelbagai
keburukan. Keasyikan menggunakan telefon pintar menyebabkan murid mengabaikan
tanggungjawab terhadap pelajaran seperti tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak
mengulang kaji pelajaran. Selain itu, keasyikan bermain telefon pintar sehingga larut malam
menyebabkan murid hilang fokus semasa di dalam kelas kerana mengantuk akibat tidak
cukup tidur. Lebih buruk lagi, terdapat murid yang bermain telefon ketika di dalam kelas
sehingga mengganggu sesi pembelajaran. Melalui telefon pintar juga, terdapat pihak-pihak
tertentu yang menyebarkan maklumat yang belum tentu kesahihannya secara sewenang-
wenangnya. Oleh sebab pemikiran yang kurang matang, murid mudah menerima dan
mempercayai maklumat tersebut tanpa mengetahui kesahihannya.
Perkara yang lebih membimbangkan kita ialah filem-filem atau video tanpa tapisan
dapat ditonton secara bebas oleh murid melalui telefon pintar. Hal ini menyebabkan
berlakunya keruntuhan akhlak yang serius dalam kalangan murid. Perkara-perkara seperti ini
perlu diambil berat oleh semua pihak dalam usaha membendungnya. Oleh itu, larangan
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap murid yang membawa telefon
bimbit atau pintar ke sekolah ada asasnya dan peraturan ini mesti difahami dan dipatuhi
untuk manfaat semua pihak.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Larangan Telefon Pintar untuk Pelajar Sekolah’
oleh Sa’adiah Shuib,
Dewan Masyarakat, April 2015

1103/2@SMSFX2016 1
SULIT 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pencarian maklumat.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca murid memiliki telefon pintar.


Nyatakan punca-punca tersebut.
[3 markah]

(iii) Penggunaan telefon pintar secara betul dan berhemah banyak membawa
kebaikan.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk


mendidik masyarakat menggunakan telefon pintar dengan berhemah ?
[4 markah]

1103/2@SMSFX2016 2
SULIT 1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,
harganya sekitar RM 500. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang
berjaya menjualnya Shahmeem, jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada
Shahmeem yang berjaya menjualkannya kepadaku. Jaket kulit itu memberi kepadaku
kegembiraan kerana menghangatkan badanku sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus
yang dingin.

Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada
orang lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu
aku kunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin menjualnya tanpa mengalami
sebarang kerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku
rela menerima harga yang lebih jauh rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya
juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit yang murah. Aku berharap agar pemakainya
kelak sedar bahawa kulit itu merupakan sisa orang dan tidak berasa bongkak.

Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-
mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibbah terhadap kijang-kijang yang
telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.

Jika Mevlana Celaleddin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa aku
mempunyai ciri-ciri seorang darwis.

Jika Nasreddin Hodja masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa watak humornya
sudah ada pewaris.

Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Mengapakah jaket kulit itu telah membawa kegembiraan ? [2 markah]

(ii) Nyatakan dua perwatakan yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakan lain yang
terdapat dalam cerpen. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan
kepupusan haiwan? [4 markah]

1103/2@SMSFX2016 3
SULIT 1103/2

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhnya oleh Bendahara Paduka Raja suluh
perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya oleng-oleng.
Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga
perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia pun berbalik, dilanggarnya pula yang
lain, itu pun dua tiga perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang
Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu
pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih
dan tumpu api-api sekalian disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang
Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita ?
Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.”
Maka orang Siam pun kembalilah.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu
Sasbadi Sdn.Bhd.

(i) Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa. [2 markah]

(ii) Nyatakan tindakan Bendahara Paduka Raja untuk menakutkan tentera Siam.
[3 markah]

(iii) Pada zaman dahulu, peperangan merupakan cara penyelesaian yang


difikirkan wajar.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya


peperangan ? [3 markah]

1103/2@SMSFX2016 4
SULIT 1103/2

Soalan 2(d) – Sajak


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Kuhantar engkau mengecapi angin baru


udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putih


dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmu


hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang menghijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbang


menongkah awan mulus dan kabus dingin
Jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.

Sazalee Yacob
Antologi Sejadah Rindu,
Sasbadi Sdn. Bhd.

(i) Berikan maksud tumbuh gunung ego menghalau pekerti. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang berlaku sekiranya anak gadis
sunti penyajak gagal menyesuaikan diri ketika berada di kampus?

Nyatakan tiga kemungkinan itu. [3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak ini. [4 markah]

1103/2@SMSFX2016 5
SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan,
menukarkan atau menggugurkan imbuhan atau menggunakan kata itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) sama-sama - bersama-sama


(ii) pandai-pandai - memandai-mandai
(iii) main-main - bermain-main
[6 markah]

(b) Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan
maksudnya.

Mimi bertanya kepada Yati mengapakah dia tidak balik lagi ke rumah walaupun sesi
persekolahan pada hari itu telah tamat. Yati memberitahu Mimi bahawa wang yang
diberi oleh ayahnya sudah hilang. Mimi bertanya lagi kepada Yati berapakah jumlah
wang yang hilang itu dan apakah kegunaan wang itu. Yati terus menjawab soalan
Mimi bahawa wang yang diberi oleh ayahnya berjumlah RM300 dan wang itu adalah
untuk membayar yuran sekolah yang masih belum dijelaskan sebelum ini. Mimi
menasihatkan Yati supaya melaporkan hal itu kepada guru bertugas pada hari esok.
Yati bersetuju dengan cadangan Mimi dan mengucapkan terima kasih kepada Mimi
kerana cuba membantunya.
[6 markah]

(c) Dalam petikan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan,


negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat
hidup aman dan damai. Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan baik dengan
jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok semangat muhibbah, saling
dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.

[6 markah]

1103/2@SMSFX2016 6
SULIT 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Selain daripada memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna,


remaja harus mengambil sedikit masa untuk mengetahui topik kepenggunaan
semasa.

(ii) Masyarakat yang berbudi bahasa adalah masyarakat yang mempamerkan ciri
positif seperti memberikan layanan yang sopan, senyuman manis dan lemah
lembut.

(iii) Banyak pelajar yang mengugut kerana kerosakan penghawa dingin itu
menyebabkan bilik kuliah menjadi panas.

(e) Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa
berdasarkan setiap situasi tersebut.

(i) Negara Malaysia menjadi tumpuan pekerja-pekerja dari negara jiran untuk
mencari rezeki.

(ii) Jehan suka mencari pengalaman hidup dengan berhijrah ke merata-rata


tempat namun dia tetap berusaha menghormati adat istiadat tempat tersebut.

(iii) Sejak Doni dinaikkan pangkat menjadi mandur lagaknya mengalahkan ketua
jabatan.

[6 markah]

1103/2@SMSFX2016 7
SULIT 1103/2

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin


(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd. Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Watak dalam sesuatu cerita berperanan untuk menghidupkan penceritaan.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu watak
sampingan lelaki dan perwatakannya. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
dapat memberikan teladan kepada pembaca dan sebabnya terkandung dalam
setiap novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2@SMSFX2016 8

You might also like